SINOPSIS DRAMA DIA (TV3)


SINOPSIS DRAMA DIA (TV3)

Mengisahkan Adit, seorang pemuda jujur dan rajin yang telah menerima surat wasiat arwah bapanya. Adit bakal mewarisi empayar perniagaan di Malaysia dan telah dipaksa berkahwin dengan anak kenalan ayahnya di Malaysia. Biarpun Adit sudah punya pilihan hati, tetapi dia terpaksa akur dengan keputusan ayahnya demi mereliasikan impian ayahnya itu.

Adit (Irwansyah) telah dijodohkan dengan Emelda (Izara Aishah), walaupun Adit sebenarnya amat mencintai Aira (Janna Nick). Oleh kerana patah hati, Aira telah membawa diri ke tempat lain dan bekerja sebagai seorang penulis.

Adit berusaha untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada Emelda dengan sepenuh hati. Namun, jodohnya dengan Emelda tidak berpanjangan apabila isterinya itu meninggal dunia ketika melahirkan bayi sulung mereka yang diberi nama Icha Aulia (Sandrinna Michelle Skornicki).

Pada masa yang sama, Adit harus berdepan ujian untuk merapatkan hubungan Icha dengan keluarga arwah isterinya. Konflik bertambah apabila Adit bertemu semula dengan Aira, wanita yang pernah dicintainya sebelum dia membina rumahtangga bersama Emelda. Walaubagaimanapun, Aira kini rapat dengan Zaid (Adi Putra) yang telah lama mendambakan cinta Aira.

Pelbagai rintangan dan dugaan harus dilalui Adit. Adakah dia cukup tabah untuk mengharungi kesemua ujian yang menimpa hidupnya ini? Apakah kesudahannya? - myinfotype


GAMBAR PELAKON

Dia tv3 Irwansyah dan Janna Nick

Dia TV3
JUDUL : DIA
EPISOD : 60 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Oktober 2017
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 9.00 malam
SIARAN : TV3 (Drama Eksklusif)
SKRIP : Zarihah Hassan, Nasir Sulaiman, Azidah Jaafar, Azmy Ariff, Shuhadatul Ain
PENGARAH : Eoon Shuhaini / Omar Olly Alaydrus / Zamri Zakaria
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd / Limelight Pictures
PELAKON : Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah, Adi Putra, Sandrinna Michelle Skornicki, Kevin Andrean, Juliana Moechtar, Aleza Shadan, Zamarul Hisham, Tatiana Sivek, Cahya Kamila, Billy Boedjanger, Emma Maembong, Farouk Hussain, Fazlina Ahmad Daud, Nonny Nadirah, Tash Yong, Taib Zamannuri, Mawar Rashid, Syaffiq Sahli, Anas Ridzuan, Rykarl Iskandar, Hefny Sahad, Nadia Brian, Ezzaty Abdullah




WATAK PELAKON
Irwansyah sebagai Aidit
Janna Nick sebagai Aira
Izara Aishah sebagai Emelda
Adi Putra sebagai Zaid
Sandrinna Michelle Skornicki sebagai Icha
Kevin Andrean sebagai Mika
Juliana Moechtar sebagai Zelma
Aleza Shadan sebagai Fatimah
Zamarul Hisham sebagai Hafiz
Emma Maembong sebagai Tina
Farouk Hussain sebagai Pak Hashim
Fazlina Ahmad Daud sebagai Mak Milah
Tash Yong sebagai Bella
Taib Zamannuri sebagai Zaki
Syaffiq Sahli sebagai Ustaz Nasir

LAGU TEMA / OST DIA 
Tajuk : Dia
Penyanyi : Dayang Nurfaizah
Video : LINK

Dia - Dayang Nurfaizah (OST Drama Dia TV3)


Dia - Dayang Nurfaizah (OST Drama Dia TV3)

masih masih detak yang sama
tiada yang berubah
masih masih segar yang sama
akankah dia tersedar
ku terluka dan terlupa
hingga datang semula ku terluka
dan terlupa
sampai bila tak terganti seperti dirinya
sampai bila tak terubah rinduku padanya
dia luar biasa dari segalanya
oh penawar cinta dia
dia
hanya bayangan di minda semua tentang dirinya
hanya aku masih terjaga
akankah dia tersedar
akankah dia tersedar
ku terluka dan terlupa
hingga datang semula ku terluka
dan terlupa
sampai bila tak terganti seperti dirinya
sampai bila tak terubah rinduku padanya
dia luar biasa dari segalanya
oh penawar cinta dia
biar masa terganti masa
biar luka atas luka
setiap saat masih merindukannya
pulanglah kau yang ku cintai
pulanglah kau kepadaku ku menunggu
ku menunggu

sampai bila tak terganti seperti dirinya
sampai bila tak terubah rinduku padanya
dia luar biasa dari segalanya
oh penawar cinta dia

1234U - FATTAH AMIN


1234U - FATTAH AMIN

Sukar untuk aku percaya
Kini aku telah jatuh cinta
Kau selalu menari di minda
Kau buat aku tertanya-tanya

Kau asak ku berkali-kali
Kau cuit hati dalam emoji
Kau kata kau suka padaku
Tapi cuma di bibir sahaja

Luah saja apa yang kau mahu
Katakan padaku
One two three sayang kamu selalu
Rasa rasa mahu
Bertemu denganmu

Three four, you I adore
Never felt this before
One two three for you
One two three for you

Luah saja apa yang kau mahu
Katakan padaku
One two three sayang kamu selalu
Rasa rasa mahu
Bertemu denganmu

Three four, you I adore
Never felt this before
One two three for you
One two three for you

One two sayang kamu selalu
Rasa rasa mahu
Bertemu denganmu

Three four, you I adore
Never felt this before
One two three for you
One two three for you

SINOPSIS OPAH DOT COM

SINOPSIS OPAH DOT COM

Kisah Opah merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan IKS. Dia mempunyai seorang cucu bernama Iskandar yang bekerja di pekan dan tinggal bersama Opah selepas ibu bapanya meninggal dunia. Opah dilihat seperti orang biasa, tidak sombong dan bercampur dengan semua orang. Puan Azila datang ke kampun dan memaklumkan Opah perlu hadir ke sesi pembacaan wasiat Datuk Hasan. Opah amat terkejut apabila mendapat tahu yang dia akan mewarisi harta peninggalan Datuk Hasan, bekas suaminya yang keluar meninggalkan kampung untuk mencari rezeki tetapi tidak pulang ke kampung membuatkan Opah menjanda sehingga kini. Dalam wasiat Datuk Hasan itu, Opah perlu menjadi CEO selama 2 tahun dan menyelesaikan masalah syarikat sebelum syarikat dilepaskan kepada mereka yang layak iaitu cucu-cucunya. - myinfotype


Opah Dot Com


JUDUL : OPAH DOT COM
TARIKH / MASA : Isnin, 16 Ogos 2017, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Quiara One Production Sdn Bhd
PELAKON : Norlia Ghani, Ku Faridah, Afiq Muiz, Mimi Lana, Gambit Saifullah, Nora Lunia, Mak Wan

SINOPSIS TOMBIRUO: PENUNGGU RIMBA


SINOPSIS TOMBIRUO: PENUNGGU RIMBA

Berkisarkan dendam seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia di atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini memburunya di atas kematian isteri tercinta, Salina.

Sementara samseng yang diupah ingin memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi mereka untuk mengaut keuntungan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku.

Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan Amiruddin adalah mangsa keadaan. Pengembaraan Tombiruo yang penuh bahaya dan tragis ini membawanya mengenali erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta sekaligus membuka hatinya menerima peranan sebagai Penunggu Rimba. - infotype

Tombiruo Penunggu Rimba

Filem ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ merupakan adaptasi karya novelis Ramlee Awang Murshid. Filem yang berlatarbelakangkan negeri Di Bawah Bayu ini diarahkan oleh Nasir Jani dan Seth Larney. Menampilkan lakonan Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, M. Nasir dan ramai lagi. Akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai pada 12 Oktober 2017.

TAJUK : TOMBIRUO:PENUNGGU RIMBA
Tarikh Tayangan : 12 Oktober 2017
Genre : Aksi / Drama 
Pengarah : Nasir Jani, Seth Larney
Pelakon : Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Datuk M. Nasir, Faye Kusyairi, Datin Marlia Musa, Dynas Mokhtar, Michael Chan, R. Azmi Ismail
Terbitan : Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf, Layar Sunan

WATAK PELAKON 

Zul Ariffin sebagai Ejim 
Farid Kamil sebagai Amiruddin
Nabila Huda sebagai Wan Suraya 
Faizal Hussein sebagai Pondolou
Datuk M. Nasir sebagai Tan Sri Berham
Hasnul Rahmat sebagai Juslan

Wadah Terkini