Telemovie Kitab Sijjin

Telemovie Kitab Sijjin

SINOPSIS KITAB SIJJIN

Kisah Adi merupakan seorang anak yang taat dan soleh, namun segala-galanya berubah selepas orang tuanya meninggal dunia dan dia mula menyalahkan takdir dan menjadi samseng. - MIT

JUDUL : KITAB SIJJIN
WAKTU SIARAN : Sabtu, 6 Januari 2018, 9.00 malam
SIARAN TV : Citra Exclusive (Astro Citra 131 & Mustika HD 134)
PENGARAH : Rashid Sibir
TERBITAN : Opera Klasik
PELAKON : Zahiril Adzim, Kodi Rasheed, Mona Allen, Soffi Jikan, Azhan Rani

Tutorial: Broken Link

Broken Link adalah pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda. Broken bermaksud mati, rosak, pecah dan link pula bermaksud pautan, tautan, jaringan, laluan. Pasti ada banyak link rosak ini berada di dalam blog anda dan ini akan menjejaskan SEO di blog anda. Biasanya kita jumpa dengan link ini dengan mendapat masej seperti berikut "Page Not Found", "Error 404 Not Found". Kalau dalam istilah bahasa Melayu ialah sejenis pautan yang rosak "Ralat""404-Halaman Tidak Dijumpai".

WORDLESS WEDNESDAY : JANUARY 03 2018

Wordless Wednesday

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.


Setiap hari rabu, semua blogger akan post gambar di blog masing-masing tanpa meletakkan sebarang kata-kata atau penjelasan untuk gambar tersebut. Tujuannya, biarlah gambar sahaja yang menjelaskan segalanya.

Sebab aku sayang kau

“Kau pekak ek?”
“Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I’m not deaf. Thank you for asking.”
“Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?”
“Okay, but stay away from my stuff and get your own TV.”
Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya… ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu!
“Jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni, boleh tak?”
“Jadi aku patut tunggu tengah hari atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you’re suggesting?”
“Pergi mampus.” 
“Terima kasih, I love you too.”
Arghhh!!! Dia memang sengaja mahu menyakitkan hati aku.
Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.
Adakah itu tandanya… Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal?
Oh, sesungguhnya dia harus bijak memilih! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir. 
“Kenapa kau nak kahwin dengan orang yang menyusahkan?”
“Mudah… sebab aku sayang kau.”

Coretan dari drama "CINTA HATI BATU"

Kredit : Cinta Hati Batu

Drama Cinta Hati Batu (TV3)

 Drama Cinta Hati Batu yang diadaptasi daripada novel One Day You'll Be Mine karya Inawza Yusof.

SINOPSIS CINTA HATI BATU

Berkisar tentang Anith Fitriah (Aishah Azman) yang hanya mahukan sebuah kisah percintaan yang sempurna, tetapi akhirnya penderitaan yang diperolehinya. Perkahwinannya bersama Dzul Ehsan (Ashraf Muslim) merupakan desakan dan aturan keluarganya hanyalah untuk melupakan bekas tunangnya, Nik Afezal (Fadlan Hazim) yang terkorban dalam satu kemalangan. Perkahwinan yang pada dasarnya atas niat yang murni, sebenarnya membebankan Anith kerana Ehsan merupakan seorang duda beranak satu yang dinamakan Aya (Indah Emeerlda). Walau bagaimanapun, Anith dapat menyesuaikan dan melatih dirinya untuk menjadi seorang ibu yang penyayang. Sungguhpun begitu, perkahwinannya bersama Ehsan terpaksa ditamatkan kerana perkahwinan mereka tidak bahagia. Ketika berduka itu, Anith bertemu semula dengan bekas tunangnya disangkanya yang telah meninggal, Nik Afezal. Anith mendapati bahawa kematian Nik Afezal beberapa tahun dahulu sebenarnya hanyalah satu helah keluarga Nik Afezal untuk memisahkan mereka. Setelah tiga tahun bertemu kembali, Anith mula mencintai Nik Afezal semula. Walau bagaimanapun, Nik Afezal sebenarnya sedang menghidap penyakit kemurungan yang menyebabkannya sering bertindak diluar pemikiran yang waras. Dapatkah Anith menemukan percintaan yang sempurna seperti yang diinginkannya? - MiT

JUDUL : CINTA HATI BATU 
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 28 Disember 2017
WAKTU SIARAN : Rabu & Khamis, 9.00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Sofia J Rhyland
PENULIS NOVEL : Inawza Yusof
PENGARAH : Amor Rizan
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Aishah Azman, Ashraf Muslim, Fadlan Hazim, Nadzmi Adhwa, Fazreen Rafi, Indah Emeerlda, Nadiyah Shahab, Farisha Irwayu, Shahriza Mahmud, Sasqia Dahuri, Ardell Aryana, Mustaqim Bahadon, Fana Azizan, Ain Edruce, Ikhlas Jalil, Livonia Ricky Guing, Fadzil Hamdan, Azhar Amir, Mili Supina, Alif Hadi

WATAK PELAKON 
Aishah Azman sebagai Anith Fitriah
Ashraf Muslim sebagai Dzul Ehsan
Fadlan Hazim sebagai Nik Afezal
Indah Emeerlda sebagai Aya
Nadzmi Adhwa sebagai Farez
Nadiyah Shahab sebagai Nahda
Farisha Irwayu sebagai Asmah
Shahriza Mahmud sebagai Rohaya
Mili Supina sebagai Zubaidah
Mustaqim Bahadon sebagai Hazmi
Ardell Aryana sebagai Elisa
Sasqia Dahuri sebagai Farisha
Fana Azizan sebagai Rini
Ain Edruce sebagai Mega Ariyana
Livonia Ricky Guing sebagai Kristine
Ikhlas Jalil sebagai Khairil

LAGU TEMA / OST CINTA HATI BATU
Lagu : Kata Akhirmu
Penyanyi : Ariff Bahran




Kata Akhirmu - Ariff Bahran


Kata Akhirmu - Ariff Bahran  (OST CINTA HATI BATU)

Harus bagaimanakah lagi
Cara untuk aku membuktikan
Harus bagaimanakah lagi
Cara untuk aku persembahkan

cinta yang kau pinta
menurut telahanmu

Tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini
Walaupun ku tak pernah merasai
Sedikit kasih darimu

Harus bagaimanakah lagi
Cara untuk aku meruntuhkan
Egomu yang sering menggunung
Dan menolakku jauh darimu

Dimanakah ia
Tempatku dihatimu

Tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini
Walaupun ku tak pernah merasai
Sedikit kasih darimu

Tak mungkin ku sekalipun akan mengalah
Demi cintaku
Kucoba tuk menjadi yang terbaik
Hanya untuk dirimu sayang

Takkan pernah ku mengalah
Untuk menjadi yang terbaik

Tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini
Walaupun ku tak pernah merasai
Sedikit kasih darimu

Tak mungkin ku sekalipun akan mengalah
Demi cintaku
Kucoba tuk menjadi yang terbaik
Hanya untuk dirimu

Andai kau menyedari
Besarnya cinta ini
Dan ku terus menanti
Kata akhir darimu 

Wadah Terkini