Telefilem 6 (Astro Citra)


Telefilem 6 (Astro Citra)

Sinopsis Telefilem 6

Kisah sebuah keluarga yang pergi ke Kuala Lumpur untuk bercuti dan menyewa di sebuah hotel. Kejadian aneh mula berlaku apabila mereka terperangkap di tingkat 6 dan tidak menjumpai jalan keluar dari situ.

JUDUL : 6 (ENAM)
WAKTU SIARAN : Sabtu, 28 April 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Mustika HD 134
PENGARAH : Syed Fariz
TERBITAN : Anomalous@Suar Channel
PELAKON : Janna Nick, Fikry Ibrahim, Danish Hazriq, Zain Hamid, Akmal Ahmad

Kredit : MiT

Aku Mahu Menulis

Aku Mahu Menulis

Telefilem Istana Firdaus (Tv3)

Telefilem Istana Firdaus (Tv3)

Sinopsis Telefilem Istana Firdaus

Istana Firdaus adalah mengenai keluarga yang mempunyai dua anak. Tetapi disebabkan kekangan kehidupan dan kesibukan bekerja, anak bongsu yang baru berusia dua bulan terpaksa dihantar ke rumah pengasuh.


Kebetulan pula si pengasuh turut menjaga ramai kanak-kanak lain. Malangnya, hari pertama anak ini dihantar ke sana, dia meninggal dunia kerana tersedak susu.

Kematian si anak menyebabkan si ibu mula meroyan dan tidak dapat menerima hakikat kematian anak bongsunya sehingga mengabaikan anak sulungnya yang baru berusia lapan tahun.

Antara babak dalam Telefilem Istana Firdaus



Waktu tayangan Telefilem Istana Firdaus

Tarikh : Mei 2018
Saluran : TV3
Slot : Cerekarama

Profile Produksi Telefilem Istana Firdaus

Arahan : Along Kamaludin 
Terbitan : Mel Corporation (M) Sdn Bhd



Dilamun Rindu - Qalam Band

Dilamun Rindu - Qalam Band

Mengapa ketika ini lah aku sendirian
Terkenang kenangan waktu kita bersama
Pilu rasa hati bila engkau tiada di sisi

Indah waktu itu bila engkau di sampingku
Seakan dunia milik kita berdua
Kini kau tiada hanya aku dilamun rindu

Mengapa kau menghilangkan dirimu
Katakan lah salahku
Sehingga kau hancurkan hidupku

Korus:
Berikan lah kesempatan untuk aku menjelaskan
Agar engkau kan fahami apa yang telah terjadi
Tak perlu kau meragui ketulusan hati ini
Kerna aku bisalah mengerti

Tidak pernah pun terlintas untuk aku menduakan
Kerna ku telah berjanji
Cinta kita kan abadi
Tak perlu kau mengkhianati
Cinta yang luhur dan murni
Di atas tomahan orang lain

Mengapa kau menghilangkan dirimu
Katakan lah salahku
Sehingga kau hancurkan hidupku

[Ulang Korus]

Tidak pernah pun terlintas untuk aku menduakan
Kerna ku telah berjanji
Cinta kita kan abadi
Tak perlu kau mengkhianati
Cinta yang luhur dan murni
Di atas tomahan orang lain

Indah waktu itu bila engkau di sampingku
Seakan dunia milik kita berdua
Kini kau tiada hanya aku
Dilamun rindu

Kini kau tiada hanya aku
Dilamun rindu


Dilamun Rindu - Qalam Band

MR. GREY

DRAMA MR. GREY adaptasi novel karya Syamnuriezmil.


Setia itu mahal yang tak mampu dipertahankan oleh orang murahan.

“Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim...”

“Saya...”

“Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai...”

“Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.”

Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi.

“Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko.” - NISA

“Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan.” – MR. GREY

Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.

Saat diulit bahagia...

Mr. Grey membuat pilihan untuk menghilangkan diri. Dia memutuskan untuk kembali kepada Datin Musalma.

“Abang nak minta maaf. It’s not you, it’s me.” – MR. GREY

Apakah pilihan Nisa? Membuat keputusan untuk terus setia kepada Mr. Grey yang tegar meninggalkannya? Atau membuat keputusan untuk memilih Ilham Arsyad?

“Nisa maafkan abang tak sebab mencintai Nisa dan tak boleh lupakan Nisa?” - ILHAM

“Buat apalah nak maafkan abang. Bak kata abang, Nisa tak ada hak untuk halang abang sukakan Nisa.” – NISA

Ya, hidup itu memang kelabu. Tapi, kita selalu ada pilihan...



SINOPSIS MR. GREY

Mengisahkan Mr.Grey dan Nisa Ardina yang mengambil keputusan bernikah, tetapi melukakan hati dua insan, iaitu Datin Musalma dan Ilham Arsyad yang sudah sekian lama menyayangi Nisa. Ketika Nisa mengecapi kebahagiaan, Grey meninggalkan isterinya untuk kembali kepada ibunya yang sedari awal tidak sukakan Nisa. Mungkinkah perpisahan ini membawa Ilham kembali kepada Nisa atau mungkin Grey menyedari kesilapannya dan kembali menuntut tempatnya dalam hati Nisa?

Pelakon : Fendy Bakry, Eyra Hazali, Shah Iskandar, Lisdawati, Gambit Saifullah, Scha Elinnea, Kayda, Nabil Aqil, Mardiana Alwi, Fauziah Ahmad Daud, Farah Nabilah

Tajuk : Mr. Grey
Mula Tayangan : 9 April 2018
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 malam 
Siaran : Astro Ria 104 & Ria HD 123
Terbitan : Global Station Sdn Bhd
Jumlah Episod: 14

Kredit : http://www.kbergetar.co/

Kau Kasih Ku Sayang - Asha Malik

Kau Kasih Ku Sayang - Asha Malik

Dulu ku hilang menyepi Menangis aku sendiri Seksanya rasa hati Cintaku kasihku hancur sepi ooo... Kini kau hadir kembali Sinari hidupku ini Bagaikan tak percaya Gembira rasa di hatiku ini Percayalah padaku Tak akan berulang lagi kisah itu Maafkanlah sayang kepada diriku Agar cinta kita kan kekal abadi Kau kasih aku sayang Aaa aku cinta kau rindu Oh... asyiknya bila dilanda asmara oh... Kau kasih aku sayang Kau cinta aaa aku rindu Oh.. beginilah dua insan bercinta Jangan kau pergi lagi Tinggalkan aku hidup menyendiri Manakah janji suci dulu terhadapku Yang setia menanti Oh cinta kita

Zulheimy Ma'amor



Zulheimy Ma'amor

ASAL USUL PLAT KENDERAAN MALAYSIA.

Tahukah anda bahawa ada pelbagai jenis huruf pada plat kenderaan Malaysia.
Anda mungkin pernah nampak kenderaan yang bermula dengan huruf A sampai Z.
Di samping  itu ada pula kenderaan yang dicatat IM4U. Tahukah anda apa maksudnya?
Di bawah adalah image kenderaan dan plat kenderaan terlebih dahulu.
Plat kenderaan ini bermula dengan huruf M
Plat kenderaan ini pula bermula dengan huruf W
Plat kenderaan ini pula mempunyai plat IM4U
Plat kenderaan ini bermula dengan huruf S
Plat kenderaan ini bermula dengan huruf P
Plat kenderaan ini bermula dengan huruf G
Plat kenderaan ini bermula dengan huruf B
Plat kenderaan ini bermula dengan huruf V
Plat kenderaan ini pula ditulisnya PUTRAJAYA
Plat kenderaan ini pula bermula dengan huruf C
Plat kenderaan ini bermula dengan huruf Q
Plat kenderaan ini bermula dengan huruf A
Mesti ada yang tak tahu asal usul nombor plat ini. Kenapa plat Johor mula dengan J? Kenapa Perak dengan A?
Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama.
Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan. 
Persoalannya pernahkah anda menanya diri anda " KENAPAKAH KENDERAAN DI NEGERI PERAK BERMULA DENGAN A"? 
Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu.

Ketika itu, Perak lebih maju berbanding dengan negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.

Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk Tanah Melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak. 

Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.
Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B ),  diikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D). 
Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.
Akhirnya, plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi. 
PLAT A = Perak
PLAT B = Selangor
PLAT C = Pahang
PLAT D = Kelantan

PLAT E = Sabah (sebelum tahun 1980-an)
i) PLAT EJ: Jesselton (sekarang Kota Kinabalu, sejak 1968)
ii) PLAT ES: Sandakan
iii)PLAT  ET: Tawau
iv) PLAT ED: Lahad Datu
v) PLAT EU: Keningau
vi) PLAT EK: Kudat
vii) PLAT EL: Labuan

PLAT F = Putrajaya (mulai Jun 2016)
PLAT H = Teksi (diikuti dengan huruf negeri)
PLAT J = Johor  

PLAT K = Kedah
i)PLAT  KV = Langkawi

PLAT L = Labuan
PLAT M = Melaka
PLAT N = Negeri Sembilan
PLAT P = Pulau Pinang

PLAT Q = Sarawak
i) PLAT QA dan PLAT QK: Kuching
ii) PLAT QB: Sri Aman
iii) PLAT QC: Samarahan
iv) PLAT QL: Limbang
v) PLAT QM: Miri
vi) PLAT QP: Kapit
vii) PLAT QR: Sarikei
viii) PLAT QS: Sibu
ix) PLAT QT: Bintulu 

PLAT  R = Perlis
PLAT  S = Sabah (ditukar daripada E)
i) PLAT  SA, PLAT  SAB & PLAT  SAC: Kota Kinabalu
ii) PLAT  SB: Beaufort
iii) PLAT  SD: Lahad Datu
iv) PLAT  SK: Kudat
v) PLAT  SS: Sandakan
vi) PLAT  ST: Tawau
vii) PLAT  SU: Keningau 

PLAT T = Terengganu
PLAT V = Kuala Lumpur (siri kedua; mulai Julai 2016)
PLAT W = Kuala Lumpur (siri pertama) 

PLAT Z = Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
i) PLAT Z: Panglima Angkatan Tentera (Pemerintah Tertinggi ATM)
ii) PLAT ZA ke PLAT ZD: Tentera Darat Malaysia (TDM)
iii) PLAT ZL: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
iv) PLAT ZU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
v) PLAT ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
vi) PLAT JZ: Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)

Tahukah anda ada juga plat yang dicatat lain daripada yang tersebut di atas.
Contohnya ada kenderaan yang mempunyai plat khas.
  PLAT KHAS
- Putrajaya
- Proton
- Tiara
- Perdana
- Satria
- Chancellor
- Perodua
- NAZA
- LOTUS
- KRISS
- Jaguh
- BAMBee
- SUKOM
- X OIC
- XIII NAM
- XI ASEAN
- XXX IDB
- G1M
- 1M4U
- Patriot
- TTB
- GP
- Putra
- VIP (Visit Pahang 2017) 

Contoh kenderaan yang mempunyai plat khas dicatat seperti image di bawah.
Harap dari penerangan ini dapatlah membuka minda anda tentang pelbagai plat kenderaan di Malaysia.
kredit : steemit

Wadah Terkini