Misteri laluan rahsia Shell Grotto di London yang sehingga kini tiada siapa tahu asal-usul kewujudannya

Misteri laluan rahsia Shell Grotto di London yang sehingga kini tiada siapa tahu asal-usul kewujudannya

 

Pada tahun 1835, James Newlove telah meminta anak lelakinya, Joshua untuk menggali lubang pada tanah untuk membina sebuah kolam itik. James merupakan pengetua sebuah sekolah lelaki yang terletak di Margate, Kent di United Kingdom.

Bagaimanapun, kehidupan dan karier James berubah dengan serta-merta apabila Joshua mendakwa telah menemui satu laluan rahsia yang dipenuhi dengan butiran mozek daripada cengkerang laut!

Barney Moss/Flickr

Dua beranak ini nampaknya berjaya menemui khazanah misteri yang dinamakan Shell Grotto. Akan tetapi, tiada siapa dapat merungkaikan misteri kewujudannya sehingga ke hari ini. Tiada siapa mengetahui siapa yang membina laluan bawah tanah itu, bila ia dibina mahupun tujuan pembinaannya.

Dalam terowong rahsia ini dipenuhi dengan 4.6 juta cengkerang yang menghiasi dinding dan juga siling. Ianya sungguh unik dan bercirikan simbol-simbol tertentu…

Emőke Dénes/Wikimedia Commons

Adakah terowong ini pernah dijadikan sebagai tempat untuk masyarakat purba bersemayam dan melakukan upacara tertentu? Atau mungkin ianya dijadikan sebagai bilik mesyuarat bagi kumpulan rahsia? Tiada siapa dapat membongkarkan misteri itu.

Sejak James membuka Shell Grotto kepada orang ramai pada tahun 1838, pelbagai teori mula dikemukakan namun tiada satu pun mempunyai bukti mahupun penjelasan kukuh mengenai kewujudannya.

Google Maps

Terletak kira-kira 90 minit dari kota London jika menggunakan pengangkutan keretapi, Shell Grotto terus menjadi tarikan pelancong yang terkenal. Dahulunya ia merupakan sebuah ladang, kini telah berkembang menjadi kawasan jalanraya di bandar.

Shell Grotto kini dimiliki oleh Sarah Vickery yang jatuh cinta dengan keindahan binaan ini ketika mengunjunginya ketika kecil. Justeru, apabila Shell Grotto mahu dijual pada tahun 2001, Sarah terus mengambil keputusan nekad untuk membelinya.

Martin Hearn/Flickr

Jika anda berkunjung ke tempat bersejarah ini, anda akan berpeluang untuk menyaksikan hiasan cengkerang daripada kepah, siput laut, tiram, kerang, siput sedut dan juga siput buluh.

Sejak sekian lama, para pengkaji telah mengemukakan beberapa teori mengenai tujuan pembinaan terowong purba itu. Antaranya seperti tempat upacara pemujaan, gua penyeludup atau mungkin dibina oleh aristokrat pada abad ke-18 sekadar untuk perhiasan.

Ben Sutherland/Flickr

Dalam satu penjelasan terkini oleh Mick Twyman daripada Persatuan Sejarah Margate, beliau merangkumkan bahawa Shell Grotto telah dibina oleh Knights Templar pada abad ke-12 dan ia merupakan sebuah kuil untuk menjalankan upacara Masonic.

Martin Hearn/Flickr

Dalam kajiannya pada tahun 2006 itu turut menyatakan bahawa kubah terbuka itu juga mungkin dibina untuk berfungsi sebagai kalendar solar.

Satu lagi teori dikemukakan oleh Persatuan Arkeologi Kent yang mendakwa Shell Grotto sebagai lombong kapur pada zaman pertengahan. Bagaimanapun menjelang abad ke-17 atau ke-18, lombong ini telah diperluaskan dan dihiasi dengan cengkerang bagi tujuan yang tidak dapat dikenalpasti.

Saksikan video di bawah yang menunjukkan misteri Shell Grotto ini.

Shell Grotto/Youtube

Sumber: Mother Nature NetworkShell Grotto/Youtube

Sumber

SINOPSIS BATIN ARAM-ARAM

SINOPSIS BATIN ARAM-ARAM

Setelah lama tidak pulang ke kampung, Baitini kembali untuk menguruskan perniagaan chalet dan kelong yang ditinggalkan arwah ayahnya. Bahhar berusaha menguruskan perniagaan keluargnya hingga mengabaikan diri sendiri, menyambut gembira kepulangan kakaknya. Namun semuanya berubah, apabila Asyar tiba-tiba hadir dan mengaku sebagai suami kakaknya!

Saksikan dalam #BatinAramAram, pukul 9.00 malam, 2 Mac 2019 (Sabtu), lakonan @iskandarzulkarnain_ @hushairihusain@wna_307 dan Azman Hassan di @rtm_malaysia @tv1_rtm | myklik.rtm.gov.my/ | #RTMMobile

SINOPSIS PENTAS

SINOPSIS PENTAS

Kisah empat sahabat dan sekuntum bunga mekar di taman. Musa pemuda terpelajar terpaksa kembali bergaul bersama-sama rakan sekampung di Felda yang mempunyai pelbagai kerenah serta masalah, demi mencapai suatu misi. Anak Tok Ketua, seorang nurse di sebuah klinik desa pula menjadi rebutan para jejaka di kampung.

Saksikan telefilem komedi 'Pentas' arahan Nor Azmi Semail pada Sabtu, 2 Mac 2019 pukul 9 malam di Astro Citra.

Lakonan Iskandar Zulkarnaian, Isyariana, Joe Aziz, Zainorhisyam, Syaiful Zero, AR Badul ...

SINOPSIS RESORT BERHANTU

SINOPSIS RESORT BERHANTU

Kejadian buli zaman sekolah dahulu menyebabkan Rosalinda dan Amira ingin mengadakan "Reunion Dinner" untuk menyatukan kembali semua 13 orang pelajar sekolah selepas 10 tahun tidak bertemu.


Saksikan Telemovie DFKL Resort Berhantu


Sabtu, 2 Mac Jam 9.30 Malam di TV3


Lakonan : Izzue Islam, Bell Ngasri, Amirul Faqeem, Ain Edruce, Jaja Iliyas

Tonton di https://youtu.be/hY50uRTkYN0

Word 121

Word 121


Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal

kerana selamat tinggal bererti pergi selamanya.

Dan pergi selamanya bererti melupakan.

J.M. Barrie, Peter Pan

Lelah Mengalah

Lelah Mengalah

Dulu ku tak tahu Kalau cintamu kau bagi dua Dulu ku tak tahu Kalau kau sudah ada yang punya Kini ku mengerti Betapa sakitnya hati ini Kini ku sadari Telah lama ku dikhianati Lelah hati ini Lelah hidup denganmu Walau ku terlanjur sayang pada dirimu Namun ku sesali semuanya ku sesali Untung saja aku tak sampai bunuh diri Lelah ku mengalah lelah memendam rasa Luka hati ini tak dapat terobati Telah sekian lama hidup bersandiwara Biar ku mengalah asal engkau bahagia Dulu ku tak tahu Kalau cintamu kau bagi dua Dulu ku tak tahu Kalau kau sudah ada yang punya Lelah hati ini Lelah hidup denganmu Walau ku terlanjur sayang pada dirimu Namun ku sesali semuanya ku sesali Untung saja aku tak sampai bunuh diri Lelah ku mengalah lelah memendam rasa Luka hati ini tak dapat terobati Telah sekian lama hidup bersandiwara Biar ku mengalah asal engkau bahagia Tak mudah tuk dijalani Hanya merana hati Bagai jarum dalam jerami Sulit untuk kembali Kasih biarkan aku pergi... Lelah hati ini Lelah hidup denganmu Walau ku terlanjur sayang pada dirimu Namun ku sesali semuanya ku sesali Untung saja aku tak sampai bunuh diri Lelah ku mengalah lelah memendam rasa Luka hati ini tak dapat terobati Telah sekian lama hidup bersandiwara Biar ku mengalah asal engkau bahagia Tak mudah tuk dijalani Hanya merana hati Bagai jarum dalam jerami Sulit untuk kembali Kasih biarkan aku pergi



Nayunda - Lelah Mengalah (Official Lyric Video)

Sinopsis Doctor Stranger

Sinopsis Doctor Stranger


Sinopsis Doctor Stranger
As a child, Park Hoon (Lee Jong-suk) and his father Park Cheol (Kim Sang-joong) were tricked and sent to North Korea. After being sent to North Korea, Park Hoon and his father were denied access to go back to South Korea. In North Korea, Park Hoon was trained to become a doctor by his father who was already a famous doctor. He became a genius cardiothoracic surgeon after attending medical school in North Korea. There, he fell deeply in love with Song Jae-hee (Jin Se-yeon). After Park Hoon's father died, he tried to flee to South Korea with Jae-hee, but lost contact with her in the end. Park Hoon was able to flee to South Korea alone.
In South Korea, Park Hoon begins to work as doctor in a top hospital Myungwoo University Hospital. Meanwhile, he found a girl that looks exactly like Jae-hee, Doctor Han Seung-hee, who claims not to know Park Hoon.
Translate : Doctor Stranger

Credit : Wikipedia

Inilah 5 waktu makruh solat & menghampiri haram.Ramai yang silap & keliru

Inilah 5 waktu makruh solat & menghampiri haram.Ramai yang silap & keliru

Ramai di kalangan kita terkeliru dan salah faham tentang waktu-waktu yang diharamkan, ditegah atau dilarang melaksanakan solat. Sering juga ditanyakan bilakah waktu haram solat? Dan di manakah batasannya antara waktu yang diharamkan dengan yang dibolehkan atau dengan kata lain dari pukul berapa sampai pukul berapakah tempoh masanya waktu yang diharamkan itu?

Setelah sekian lama tertangguh, tiba juga topik bagi menghuraikan tentang waktu-waktu yang dilarang menunaikan solat. Dalam masa 24 jam yang dikurniakan Allah سبحانه وتعالى kepada kita, tidak semua waktu boleh digunakan untuk melaksanakan solat2 sunat.

A.  Waktu-Waktu Yang Ditegahkan Solat

Selain umat muslim diwajibkan untuk menjalankan solat lima waktu, ternyata ada lima waktu juga yang dimakruhkan (walaupun menghampiri haram) untuk melaksanakan solat. Sebenarnya ada dua pendapat mengenai hukum lima waktu yang tidak dibenarkan untuk menjalankan solat ini. Iaitu Makruh-Tahrim (makruh yang mendekati haram) dan Makruh-Tanzih (suatu perbuatan yang apabila dilakukan akan mendatangkan murka Allah / pekerjaan yang sangat dibenci Allah سبحانه وتعالى).

Perkara ini ada disebutkan di dalam hadis :

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة بعد العصر حتى تغرب الشمس ، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس

Daripada Abi Hurairah r.a : “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ melarang dari mengerjakan solat selepas Asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas Subuh sehingga terbit matahari.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad.)

Sebahagian As-Sayafieah mengiktibar sebagai (waktu2 yang dimakruhkan untuk solat) iaitu tegahan ‘Karahah Tahrim’ [Karahah tahrim adalah apa yang di sabitkan haramnya itu dengan dalil yang ihtimal dan perlu kepada takwil].

- Iklan -

B.  Lima Waktu Ditegah Melakukan Solat

Dalam banyak waktu solat yang perlu diwaspada adalah mengenai lima masa yang dilarang melakukan solat sunat. Bilakah lima waktu tersebut?

1)      Sesudah menunaikan Solat Fardhu Subuh sehingga terbit matahari.

2)      Semasa terbit matahari sehingga ia meninggi kadar setombak.

3)      Ketika matahari tegak di atas kepala sehingga ia condong ke barat.

4)      Selepas menunaikan Solat Fardhu Asar sehingga terbenam matahari.

5)      Semasa matahari hampir terbenam sehingga tenggelam seluruh bulatannya.

Kesemua 5 waktu di atas dikecualikan bagi mereka yang berada di Tanah Haram, Makkah al-Mukarramah.

C.  Tiga Berhubung Dengan Waktu Dan Dua Berhubung Dengan Perbuatan

Berpandu daripada hadis-hadis, ulama menjelaskan terdapat lima waktu yang dilarang bersolat, iaitu tiga berkenaan dengan waktu atau masa manakala dua lagi berkaitandengan perbuatan:

1.  Tiga Waktu Haram Berhubung Dengan Waktu

Tiga waktu yang diharamkan solat yang berhubung dengan masa:

1) Dari ketika terbit matahari di ufuk timur sehingga naik dengan kadar satu tombak atau 7 hasta pada pandangan mata iaitu kira-kira 3 darjah bersamaan 12-15 minit (dalam tempoh 12-15 minit setelah terbit matahari).

2) Ketika matahari tegak di atas kepala iaitu dari ‘Istiwa’ (matahari berada di tengah2langit) matahari sehingga ‘Zawal’ (gelincir/condong matahari ke barat). Tempohnya terlalu singkat, ditegah solat ketika ini kecuali pada hari Jumaat.

3) Semasa matahari kemerahan di waktu senja dan hampir terbenam matahari di ufuk Barat sehingga tenggelam seluruh bulatannya iaitu masanya berakhir sejurus saja masuknya waktu Maghrib.

Daripada Uqbah bin Amir Al Juhani r.a., katanya:

ثَلَاثُ سَاعَاتٍ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْهَانَا أَنْ نُصَلِّيَ فِيهِنَّ أَوْ أَنْ نَقْبُرَ فِيهِنَّ مَوْتَانَا حِينَ تَطْلُعُ الشَّمْسُ بَازِغَةً حَتَّى تَرْتَفِعَ وَحِينَ يَقُومُ قَائِمُ الظَّهِيرَةِ حَتَّى تَمِيلَ الشَّمْسُ وَحِينَ تَضَيَّفُ الشَّمْسُ لِلْغُرُوبِ حَتَّى تَغْرُبَ

“Ada tiga waktu yang Rasulullah ﷺ melarang kita solat  atau menguburkan jenazah pada waktu-waktu tersebut. Pertama, ketika matahari terbit hingga ia agak meninggi. Kedua ketika matahari tepat berada di pertengahan langit (tengah hari tepat) hingga dia telah condong ke barat. Ketiga, ketika matahari hampir terbenam sehingga dia telah tenggelam sama sekali.”

2.  Dua Waktu Haram Berhubung Dengan Perbuatan

Dua waktu yang ditegah atau dilaranguntuk solat yang berhubung dengan perbuatan

1)      Selepas melaksanakan Solat Fardhu Subuh sehingga terbit matahari.

2)      Selepas melaksanakan Solat Fardhu Asar sehingga terbenam matahari.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ وَعَنْ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

“Bahawasanya Rasulullah ﷺ melarang solat sesudah solat Asar hingga matahari terbenam, dan sesudah solat Subuh hingga matahari terbit.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)

Dari Abu Said al-Kudri r.a. bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak ada solat setelah solat Subuh sampai naik matahari dan tidak ada solat setelah Asar sehingga matahari terbenam.”

Dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Jika hijab matahari telah terlihat, tangguhlah solat sehingga benar-benar nampak. Jika matahari menghilang, tangguhlah solat sampai matahari benar-benar terbenam.”  (Muttafaq ‘alaih).

D.  Dua Kategori Waktu Ditegah Solat

Pada lima waktu yang ditegah dan dilarang melakukan solat-solat sunat, ianya boleh dibahagikan kepada dua kategori:

1) Solatsunat yang tidak bersebab dan tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya, seperti:

a)  Solat Sunat Mutlak,
b) Solat Sunat Tasbih dan sebagainya.

2) Solatsunat yang bersebab tetapi sebabnya itu datang terkemudian (asbab muta’akkhir), seperti:

a)Solat Sunat Istikharah
b)Solat Sunat Musafir
c)  Solat Sunat Ihram
d)Solat Sunat Hajat

Sebab Solat Sunat Musafir itu adalah kerana hendak keluar memulakan safar atau perjalanan, ia hanya berlaku setelah melaksanakan solat Musafir manakala Istikharah itu pula kerana membuat suatu perkara itu dimulakan selepas melaksanakan solat Istikharah.

E.  Pengecualian Solat Pada Waktu-Waktu Larangan

Dalam mazhab Syafi‘ larangan solat pada waktu-waktu tersebut dikecualikan dalam keadaan berhubung dengan tempat dan waktu.

1) Tempat : Tanah Haram Makkah: Kesemua lima waktu yang diharamkan solat tersebut ‘Tidak Terpakai’ dan dikecualikan di Masjidil Haram dan kawasantanah haram di persekitaran Makkah, maka solat di semua kawasan ini dibolehkan dan bebas pada bilamasa, tanpa ada waktu yang diharamkan.

Dibenar melaksanakan apa saja jenis solat di tanah suci Makkah tanpa mengira sebarang waktu sekalipun pada waktu yang terlarang. Pendapat ini adalah yang shahih di dalam mazhab Syafi‘ie dan disokong dengan hadis Rasulullah ﷺ, sabda Baginda : “Wahai Bani Abdi Manaf, jangan kamu melarang seseorang Tawaf di rumah ini (Baitullah) dan solat pada bilawaktu yang dia sukai, malam atau siang.” (Hadis riwayat At-Tirmidzi)

2) Waktu : Di waktu Istiwa sehingga Zawal pada hari Jumaat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa melaksanakan solat ketika matahari tegak (rembang panas) adalah ‘Makruh Tahrim’. Bagaimanapun ia dikecualikan pada hari Jumaat.

Perkara ini dijelaskan di dalam sebuah hadis daripada Qatadah daripada Nabi ﷺ, katanya: “Bahawasanya Baginda membenci solat pada tengahari (rembang) kecuali pada hari Jumaat.” dan Baginda ﷺ bersabda: “Sesunguhnya neraka Jahannam dimarakkan (pada ketika itu) melainkan pada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Abu Daud)

F.  Tambahan Pengecualian

Lima waktu di atas memang tidak dibenarkan untuk mendirikan solat. Tetapi, jika ada suatu sebab yang munasabah, maka DIBENARKAN, contohnya seperti tiga perkara berikut:

1)  Sewaktu kesiangan untuk bangun Solat Subuh dan ketika itu matahari sudah terbit, maka tetap diwajibkan untuk Solat Subuh.

2)  Begitu juga dengan Solat Asar, sekiranya kita terlambat untuk melakukan solat tersebut dan ketika itu bersamaan dengan masa tenggelamnya matahari, kita tetap diwajibkan untuk melaksanakan solat Asar.

3)   Ketika baru tersedar dari pengsan atau baru pulih dari penyakit gila, maka tetap dituntut untuk melaksanakan solat yang tertinggal.

G.  Hukum Solat Ketika Khutbah Jumaat

Apabila khatib telah naik ke atas mimbar atau sedang berkhutbah, maka para jemaah dituntut untuk mendengar dan menumpukan perhatian kepada khutbah yang disampaikan. Dilarang melaksanakan solat walaupun solat itu adalah Solat Qadha kecuali boleh melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid atau yang lebih afdhalnya dengan melakukan Solat Sunat Rawatib (Solat Sunat Qabliyah Jumaat) sebagai gantinya serta diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) Solat Sunat Tahiyatul Masjid tersebut.

H.  Kesimpulannya,

Meskipun solat merupakan ibadat yang terunggul di sisi Allah سبحانه وتعالى, namun ibadat tersebut mesti mengikut cara peraturan yang dikehendaki-Nya. Walau bagaimana indah dan baiknya sesuatu ibadat mengikut pandangan sendiri, akan tertolak ibadah itu sekiranya tidak menepati kehendak Allah سبحانه وتعالى.

Firman Allah سبحانه وتعالى :

فَأَقِيْمُوا الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ كِتَابًا مَوْقُوْتًا.

“Maka dirikanlah olehmu akan solat sesungguhnya solat itu difardhukan ke atas orang mukmin pada waktu yang ditetapkan.” (Surah An-Nisa’ : Ayat 103)

Kalau ditelti hadis-hadis tersebut, cuma solat sunat sahaja tidak boleh dilakukan selepas Solat Subuh atau selepas Solat Asar. Ada pun lebih afdal solat di awal waktu, larangan ini bukan untuk solat fardhu yang misalnya dihujung waktu Asar hingga masuknya waktu Maghrib, atau di penghujung Subuh hingga terbit matahari.

Cubalah sedaya upaya untuk melaksanakan solat di awal waktu kerana solat adalah suatu kewajipan yang telah ditentukan waktunya bagi orang2 yang beriman. Sahnya solat bergantung kepada syarat sah solat dan rukun2 solat yang 13. Adapun antara syarat sah solat adalah hendaklah yakin telah masuk waktu solat. bagi mereka yang solat, kemudian ketika sedang solat tiba2 masuk waktu solat seterusnya, semoga Allah سبحانه وتعالى terima solat yang kita lewatkan secara sengaja ataupun tidak itu.

Berkaitan dengan waktu tahrim, mereka yang melanggar larangan solat dalam waktu itu dikira melanggar larangan Allah سبحانه وتعالى dan Rasulullah ﷺ, jadi maksudnya berdosa atau solat itu tidak sempurna. Sedangkan solat itu adalah perkara pertama yang akan dihitung; sempurna solat kita, maka amalan yang lain pun akan Allah سبحانه وتعالى terima, kalau solat kita dah sangkut, bagaimana dengan amalan2 kita yang lain? Jadi, marilah kita muhasabah diri kita, adakah solat kita selama ini sudah sempurna untuk layak dikemukakan di Padang Mahsyar untuk dihisab kelak?

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah yang Maha Mengetahui)

Sumber: shafiqolbu.wordpress.com

Sumber

Amalina Tercatit Dalam Malaysia Book Of Records

Penyanyi Santesh meluahkan rasa teruja apabila muzik video lagu nyanyiannya berjudul Amalina versi Tamil mencipta sejarah apabila tersenarai dalam Malaysia Book Of Record.

Dia tidak menyangka lagu versi Tamil itu dinobatkan sebagai lagu Tamil yang paling pantas meraih sejuta tontonan dalam tempoh tiga hari dimuat naik di YouTube.

Sumber

Dash Box Hotel, Cyberjaya

Dash Box Hotel, Cyberjaya
#OMMtravel

Perlukan short vacay, Dash Box Hotel memang sesuai, dekat pulak tu!

Buka pintu je dah sampai swimming pool, boleh terus terjun! Breakfast dia pun sedap gais, serius terubat stress kerja.

Dash Box Hotel
Persiaran Apec, Cyber 8, 63000
Cyberjaya, Selangor

Bagi paparan full-HD , tonton di https://www.youtube.com/ommtvchannel

#google

Kenapa berhenti di KLIA?

Fuhh…Patutlah. Ini Sebab Kenapa Pesawat Terbesar Di Dunia Berhenti Di Malaysia, Bukan Kat Singapura @ Indonesia.

Malaysia baru menerima ketibaan tetamu istimewa, pesawat Antonov 225 Ukrainian 1980 yang dikatakan sebagai pesawat terbesar di dunia! Ia mendarat kat KLIA untuk mengisi minyak sebelum meneruskan penerbangannya ke ke Australia bagi menghantar generator elektrik seberat 117 tan.

Imej dari Jetphotos.

Perbezaan saiz Antonov An-225 dengan Boeing B737-400 Malaysia Airlines. Image dari JetphotosPerbezaan saiz Antonov An-225 dengan Boeing B737-400 Malaysia Airlines.

Imej dari Weaponary

Perbandingan bentuk peaswat terbesar :

An-225 (green)The Hughes H-4 Hercules (gold),The Boeing 747–8 (blue)A380-800 (pink) 

Apa yang menariknya, pesawat ni menggunakan 6 buah enjin turbo jet Ivchenko Progress D-18T (kalau pesawat biasa 2 enjin je), 42 tayar, berukuran 88 meter lebar dari hujung sayap ke hujung satu lagi serta 85 meter panjang dengan berat keseluruhan 640 tan.

Ia boleh terbang dengan kelajuan maksimum 850 kilometer sejam, malah tangki minyaknya juga dapat menampung sehingga 300,000 kilogram.

Keadaan dalam pesawat An 225 Dlm pesawat 225 aKeadaan dalam pesawat An 225 Dlm pesawat 225 a

 

Kenapa berhenti di KLIA?

So dengan saiz pesawat yang sebesar tu, KLIA dianggap lokasi paling sesuai (dengan keluasan 100 kilometer persegi) sebab ia mempunyai landasan yang luas. Ia jugak pernah diiktiraf sebagai lapangan terbang kedua terbaik dunia dengan reka bentuk yang unik dan memiliki kemudahan yang selesa.

Sebab itulah KLIA menjadi pilihan jika nak dibandingkan dengan lapangan terbang negara berdekatan seperti Singapura atau Indonesia.

KeIuasan landasan kat KLIA. Image dari skyscraper cityKeIuasan landasan kat KLIA. Image dari skyscraper city

Setelah sembilan tahun berlalu…

Korang tahu tak sebenarnya kan ni bukanlah kali pertama pon pesawat ni menjejaki tayarnya kat bumi Malaysia masih aman tapi dari apa yang kitaorang dapat tahu, kali terakhir ia ke Malaysia pada sembilan tahun yang lalu sekitar Disember  2007.

Sebahagian gambar pesawat mendarat pada 14 April 2018 yang lalu:

Foto 1

Foto 2

Foto 3

Foto 4

Foto 5

Foto 6

Foto 7

Sumber : Soscili.com & BH0nline via CelotehSaje

Sumber

Inilah satu-satunya sahabat Rasulullah SAW yg mempunyai akaun bank di Arab saudi.

Inilah satu-satunya sahabat Rasulullah SAW yg mempunyai akaun bank di Arab saudi.

Sungguh kagum apabila mendengar kisah ini. Siapa sangka, hanya dengan sebuah telaga, harta yang ada kemudiannya beranak-pinak selama beribu tahun. Menjadi pahala yang tidak putus-putus, mengalir deras ke akhirat walau kita sudah terputus hubungan dengan dunia ini.

Mungkin ada yang masih belum mengetahui siapakah dia yang dimaksudkan. Itulah Uthman bin Affan bin Abu Al-‘As bin Umayyah bin Abdul Syams bin Abdul Manaf r.a. Salah seorang daripada sepuluh orang sahabat Nabi yang dijamin syurga oleh Allah SWT.

Beliau merupakan khalifah Islam ketiga daripada Khulafa Al-Rasyidin pada tahun 644 hingga 655 Masihi, selama 12 tahun. Kekayaannya melimpah-ruah, namun sedikit pun tidak melekakannya dalam perjuangan agama.

Bagaimana dengan membeli sebuah telaga 1400 tahun lalu dan mewakafkannya, kini hasilnya digunakan bagi membantu fakir miskin dan anak yatim? Ikuti perkongsian seperti di bawah oleh Zine Islamik. Semoga bermanfaat buat semua.

Tahukah anda, Saidina Uthman bin Affan masih memiliki sebuah akaun di Saudi Bank dan sebuah hotel mewah di Madinah sehingga ke hari ini?

Bahkan bil elektrik dan bil air juga, penamanya adalah Saidina Uthman sahabat Baginda Rasulullah SAW yang mulia. 

1400 tahun yang lalu, beliau membeli sebuah telaga dan mewakafkannya kepada para Muslimin. Dari telaga itu, telah tumbuhnya pokok-pokok kurma yang menghasilkan income. Separuh daripada income itu dimasukkan ke dalam akaun bank beliau, dan separuh lagi disedekahkan kepada orang miskin dan anak-anak yatim. 

Ladang kurma menjadi sangat subur, dan memberi pulangan yang sangat lumayan, kerajaan Arab Saudi telah membina sebuah hotel mewah di bandar Madinah Munawwarah. 

- Iklan -

Ada yang berpendapat, hasil pendapatan dari itu pada setiap tahun adalah kira-kira 50 juta riyal (SAR)! Separuh dari total pendapatan itu masih diagihkan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim, manakala separuh lagi dimasukkan ke dalam akaun beliau di bawah seliaan Kementerian Wakaf Arab Saudi.

Inilah yang dikatakan sedekah jariah yang tak akan putus. 3 amalan yang Nabi Muhammad SAW jamin tak akan putus, ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah, dan doa anak yang soleh. 

Siapa sangka, hanya dengan sebuah telaga, harta beranak-pinak selama beribu tahun tanpa putus. Pahala mengalir deras ke dalam. Mana tahu, dengan kita sebarkan manfaat dan kebaikan pada hari ini, pahala mengalir tanpa putus hingga ke syurga.

BIODATA SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN

Nama penuh adalah Uthman Bin Affan Bin Abu Al-’As Bin Umaiyah. Beliau dari Keturunan Bani Umaiyah. Beliau telah lahir pada 576M Iaitu 6 tahun selepas “Tahun Gaja” dan lahir di Makkah Al-Mukarramah.

Beliau juga merupakan Khalifah Ketiga daripada Khulafa’ Al-Rasyidin pada 644M Bersamaan 23 Hijrah selama 12 TAHUN dan  Wafat pada : 18 Zulhijjah 35 Hijrah.

Sebab kewafatan beliau adalah disebabkan dibonoh oleh pemberontak ketika sedang membaca Al Quran. Beliau mendapat gelaran “Zu Nurain” ( Yang mempunyai dua cahaya kerana telah memperisterikan dua puteri Rasulullah SAW ).

Beliau sanggup berhijrah ke Habsyah dengan meninggalkan segala kemewahan dan kesenangan demi menyahut seruan Allah dan Rasulullah. Beliau juga adalah seorang yang sangta penyantun dan lemah lembut,sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik ketika bercakap walaupun dengan musuh.

Antara jasa Saidina Usthman adalah membeli perigi “Raumah” dengan harga 35,000 dirham dan mensedekahkannya untuk kegunaan orang ramai. Beliau juga ada membeli sebidang tanah untuk membesarkan Masjid Nabawi, membebaskan hamba pada hari Jumaat setiap minggu serta menderma sebanyak 300 ekor unta dan 10,000 dinar untuk kegunaan tentera Islam dalam peperangan Tabuk.

Antara jasa lain, Saidina Uthman menjadi utusan Rasulullah SAW dalam perjanjian Hudaibiyah serta menubuhkan Angkatan Tantara Laut.

Sumber 1 : Zine Islamik via siakapkeli

Sumber 2: 1001 Sirah Nabi Muhammad SAW

Sumber

CUACA PANAS MULA BERBEKAS 2

CUACA PANAS MULA BERBEKAS 2

HARIAN METRO -SETEMPAT -28/02/2019 -M/S 3 




CUACA PANAS MULA BERBEKAS

CUACA PANAS MULA BERBEKAS

Paras air dua empangan di Pulau Pinang menyusut

Empat sungai di Kelantan di bawah paras normal

Tiga hutan di Pahang terbakar

Lebih 1,000 hektar hutan di Riau terbakar berpotensi jerubu

HARIAN METRO -SETEMPAT -28/02/2019 -M/S 2/3 




Sejarah dan latar belakang syarikat jenama kasut terkemuka, Nike Inc

Sejarah dan latar belakang syarikat jenama kasut terkemuka, Nike Inc

Pada akhir 1950-an, seorang jurulatih veteran, Bill Bowerman, tidak berpuas hati dengan kasut lari yang dijual di pasaran yang diperbuat daripada kulit dan logam yang berat. Dia mula mencari jalan dan sering memikirkan cara untuk mengurangkan berat kasut untuk membantu pelari memecut dengan mudah.

Bowerman ketika itu juga merupakan seorang mentor, jurulatih dan juga rakan kepada Phil Knight, iaitu rakan kongsinya dalam syarikat Blue Ribbon Sports yang menjadi pelopor kepada jenama Nike. Keyakinan Knight dan inovasi Bowerman telah menjadikan Nike sebagai salah satu jenama paling dikenali di dunia sehingga ke hari ini.

Bowerman mula bermain-main dengan kasut lari sejak tahun 50-an apabila beliau menghantar kertas cadangan kepada beberapa syarikat kasut tentang idea untuk menambah baik kasut bagi para atlet balapan. Nasib tidak menyebelahi Bowerman apabila tidak ada satu pun syarikat yang menerima ideanya itu. Walaupun berasa kecewa, ia tidak mematahkan semangat Bowerman. Jadi, beliau telah mengambil inisiatif sendiri mempelajari cara membuat kasut dengan tunjuk ajar daripada tukang kasut tempatan.

Phil Knight menjadi atlet pertama yang mencuba kasut yang dihasilkan oleh Bowerman. Pelari muda itu mencuba kasut Bowerman semasa satu sesi latihan namun tidak dapat mencubanya untuk tempoh yang lama. Ini disebabkan rakan sepasukannya, Otis Davis ternampak prototaip kasut tersebut dan ingin mencubanya. Davis amat menyukai kasut tersebut hingga tidak mahu memulangkannya kepada Knight. Malah, Davis memakai kasut Bowerman ketika menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1960 dan memenangi pingat emas dalam acara 400 meter.

Dari situ, Bowerman telah mula menerima tempahan kasut mengikut saiz kaki atlet. Beliau akan melukis bentuk kaki mereka, mengukur kelebaran tapak kaki dan mengambil kira kesesuaian kaki seperti buku lali tirus atau tumit lebar. Bowerman bereksperimen dengan pelbagai jenis tekstil untuk mencari bahan yang paling ideal, ringan, tahan lasak dan boleh diregangkan. Daripada kulit kanggaru, belulang rusa, kulit ular sehinggalah sisik ikan, beliau berjaya menghasilkan sepasang rekaan baru setiap minggu. Pada masa yang sama, beliau berterusan mencari syarikat yang berminat untuk bekerjasama dengannya namun masih menemui jalan buntu.

Ketika itu, menurut Bowerman, kasut lari terbaik adalah yang dihasilkan oleh orang Jerman. Namun, beliau yakin bahawa kasutnya adalah yang terbaik dalam dunia kerana mempunyai tapak kasut yang bagus. Tetapi apakan daya, tiada satu pun syarikat kasut Amerika yang ingin mengilangkan kasutnya.

Langit tidak mendung berpanjangan bagi Bowerman. Peluang akhirnya terbuka luas apabila Knight telah dapat menghubungi Onitsuka pada tahun 1964. Knight percaya yang kasut buatan Jepun yang murah adalah setanding dengan kasut Jerman yang mahal. Kedua-dua rakan kongsi ini mula melabur dalam perniagaan mengimport dan menjual kasut sukan dari Jepun, sekali gus membuka ruang untuk Bowerman mengetengahkan ideanya.

Bowerman menghabiskan musim panas dengan mereka bentuk kasut dan terus menuju ke Tokyo pada bulan Oktober bersama isterinya, Barbara untuk menghadiri acara Sukan Olimpik 1964 di mana ada tiga orang pelari dari Oregon bertanding. Bowerman dan isterinya tinggal seminggu lebih lama untuk berjumpa dengan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Onitsuka iaitu Kihachiro Onitsuka dan juga S. Morimoto iaitu seorang eksekutif syarikat.

Bowerman menyampaikan idea-idea bernasnya sambil melawat kilang kasut untuk belajar tentang mesin memotong dan menjahit kasut. Setelah yakin dengan proses pembuatan kasut Jepun yang dipelajari dan mempunyai hubungan erat dengan kedua-dua pemimpin syarikat itu, beliau pulang ke tanah air untuk mencipta prototaip baru.

Kejayaan pertama Bowerman dengan kasut Tiger muncul pada musim bunga berikutnya, pada tahun 1965 pada satu pertemuan acara balapan. Semasa pertemuan itu, pelari jarak jauh dari University of Oregon dan pelari maraton Olimpik, Kenny Moore memecut dalam perlumbaan 880 meter dan ingin memotong rakan sepasukannya. Moore tersilap langkah dan terjatuh hingga menyebabkan kecederaan tegasan patah yang berpunca daripada pepaku kasut. Kecederaan inilah yang memberikan idea bernas kepada Bowerman.

Semasa Moore sedang dalam proses pemulihan, beliau berlatih dengan memakai Onitsuka Tiger TG-22 iaitu kasut lompat tinggi yang tersilap dijual sebagai kasut lari oleh Blue Ribbon Sports. Apabila keputusan X-ray Moore menunjukkan tulang metatarsus ketiganya patah, Bowerman meminta untuk melihat kasutnya dan mengkaji anatomi kasut tersebut. Kasut itu mempunyai span kusyen di bahagian tumit dan bahagian depan kaki namun tidak mempunyai sokongan lengkuk.

Bowerman kemudian mencipta satu prototaip baru untuk membetulkan kasut TG-22 itu. Beliau meletakkan kusyen di bahagian dalam kasut dengan span getah lembut di bahagian depan kaki serta getah keras di bahagian tengah kaki selain memasang tapak kasut getah. Pada bulan Jun 1965, beliau menghantar sampel kasut itu beserta arahan pembuatan kepada Onitsuka.

Kasut yang dinamakan Tiger Cortez itu disukai oleh semua orang. Ia merupakan kasut pertama yang stabil dan selesa dipakai di atas jalan. Rupa bentuknya juga amat 'cool' sehinggakan ia bukan sekadar menjadi kasut lari malah kasut berfesyen rakyat Amerika.

Apabila Knight dan Bowerman mengambil keputusan menghentikan import dan edaran kasut melalui Blue Ribbon Sports, mereka melancarkan Nike sebagai jenama kasut sukan. Bowerman juga telah mendapatkan paten bagi hasil inovasinya dengan bahagian dalam kusyen tapak kasut Cortez. Pada bulan Julai 1973, Runner's World telah menggelarkan Nike Cortez sebagai kasut lari jarak jauh paling popular di Amerika Syarikat.

Nike Cortez hanyalah permulaan bagi Bowerman. Beliau kemudian mencari peluang untuk mereka sepasang kasut dengan cengkaman hebat di atas pelbagai permukaan, tanpa pepaku besi. Ideanya datang ketika sedang bersarapan apabila menuang sirap mapel ke atas wafel.

Semasa acara balapan dan padang Sukan Olimpik 1972, mereka mula mengedarkan kasut rekaan baru Bowerman dengan tapak kasut berbentuk wafel itu kepada para atlet semasa sesi latihan. Lelaran pertama dikatakan agak kasar namun para pelari suka cengkaman tapak kasut wafel itu. Bowerman kemudian memperhalusi konsep itu dan berjaya menghasilkan kasut Waffle Trainer yang ikonik pada tahun 1974.

Legasi Bowerman sebagai pemikir dan orang yang membawa pembaharuan akan sentiasa dikaitkan dengan tapak kasut wafel Nike. Pelbagai versi wafel itu masih diguna pakai dalam rekaan kasut Nike hari ini, sama seperti inovasi Bowerman yang lain termasuklah kusyen di bahagian tumit, bahagian atas kasut yang diperbuat menggunakan nilon dan juga paten-paten yang lain.

Pada tahun 1979, mereka melancarkan pula teknologi Nike Air. Ini membolehkan mereka menguatkan lagi kewujudan sebagai pesaing kuat dalam industri kasut sukan. Perkembangan Nike adalah sangat drastik dan pantas hingga membolehkan mereka tersenarai sebagai saham terbitan awam pada penghujung 1980. Tidak lama kemudian, jenama kasut mereka menjadi popular di kalangan penggemar sukan sehingga berjaya menjadi pembekal no. 1 kasut sukan di Amerika Syarikat bermula tahun 1982.

Logo jenama Nike "Swoosh" dan slogan "Just Do It" telah menjadi lambang yang begitu sinonim bagi rakyat Amerika. Pada tahun 1985, mereka memulakan rekaan kasut signature bagi seorang pemain rookie NBA iaitu Michael Jordan. Populariti Jordan yang sedang meningkat telah melonjakkan jualan kasut Nike sehingga memecah rekod.

Dari situ, Nike mula menceburkan diri dengan rekaan pakaian dan aksesori. Mereka mula menandatangani kontrak dengan pelbagai pasukan antarabangsa seperti pasukan bola sepak Brazil dan pasukan bola sepak lelaki dan wanita Amerika Syarikat. Pada tahun 1996, lagi sekali mereka mengambil seorang lagi atlet rookie iaitu pemain golf Tiger Woods dengan bayaran sebanyak USD5 juta setahun. Kisah selebihnya tidak perlu diceritakan lagi.

Nike secara terus-menerus melancarkan edisi baru kasut sukan di bawah jenama itu. Mereka membangunkan Nike Shox pada tahun 2000 yang diterima baik oleh masyarakat. Hari ini, Nike merupakan satu empayar gergasi yang menyatukan pelbagai sukan seperti tenis, bola sepak, kriket dan besbol di bawah satu bumbung.

Keinginan Bill Bowerman untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dan inovasi perniagaan Phil Knight telah menjadikan Nike salah satu syarikat yang paling menguntungkan dan paling dikenali dalam sejarah dunia. Pada 2012, pendapatan tahunannya telah melebihi USD24 bilion. 

Nike mengambil alih dan menjual banyak syarikat sepanjang perjalanannya menuju kejayaan. Salah satunya adalah Umbro. Kini, Nike mempunyai dua anak syarikat iaitu Converse Inc. dan Hurley International.

Dengan bilangan pekerja melebihi 44,000 orang dan nilai jenama itu sendiri yang dianggarkan sekitar USD10 bilion, Nike merupakan hasil usaha inovasi yang berterusan selain pelaburan yang tepat. Maka, tidak hairanlah ia mampu menjana keuntungan sehingga ratusan juta dolar saban tahun.

Sumber : Google

Dah Genap 10 Tahun, Ini 20 Update Menarik Tentang WhatsApp

Dah Genap 10 Tahun, Ini 20 Update Menarik Tentang WhatsApp

Rasanya hampir semua orang mempunyai aplikasi WhatsApp

Pada 24 Februari lalu, genap 10 tahun WhatsApp berkhidmat untuk semua.

Rasanya hampir semua orang mempunyai aplikasi WhatsApp bagi tujuan memudahkan komunikasi diantara kita dengan seseorang, sama ada secara terus, mahupun secara berkumpulan (group).

Berikut adalah 10 perkara menarik tentang aplikasi WhatsApp:

#1 – Mula dilancarkan pada peranti Android dan iPhone pada 24 Februari 2009.

#2 – Pada Disember 2009, WhatsApp membenarkan perkongsian foto dan video kepada kenalan.

#3 – Jun 2010, aplikasi ini memperkenalkan fungsi perkongsian lokasi bagi memudahkan kita tahu lokasi kenalan dengan mudah.

#4 – Pada Februari 2011, WhatsApp memperkenalkan chat secara berkumpulan pada kedua-dua jenis sistem operasi.

#5 – Sebanyak 1 billion mesej telah dihantar dalam masa sehari sehingga bulan Oktober 2011.

#6 – Buat pertama kalinya WhatsApp memperkenalkan mesej bersuara (voice messages) pada Ogos 2013.

#7 – Sehingga April 2014, WhatsApp mencatatkan sebanyak 500 juta pengguna seluruh dunia.

#8 – Pada Oktober 2014, WhatsApp menyertai Facebook bagi menguatkan lagi pasaran mereka.

#9 – Fungsi ‘blue tick’'double tick', 'single tick' dan ‘grey tick’ diperkenalkan bagi menunjukkan sama ada penerima sudah membaca mesej mahupun sebaliknya.

#10 – WhatsApp memperkenalkan WhatsApp Web pada Januari 2015.

#11 – Sehingga Februari 2016, WhatsApp sudah mencatatkan sehingga 1 billion pengguna setiap bulan.

#12 – April 2016, fungsi End-to end encryption diperkenalkan bagi meningkatkan fungsi keselamatan.

#13 – Aplikasi WhatsApp pada pengguna desktop diperkenalkan pada Mei 2016.

#14 – Fungsi panggilan videodiperkenalkan pada November 2016.

#15 – Sehingga Februari 2017, fungsi ‘Status’ pada WhatsApp pula diperkenalkan bagi pengguna berkongsi gambar atau video untuk kenalan selama 24 jam.

#16 – Sebanyak 1 billion pengguna direkodkan setiap hari sehingga Julai 2017.

#17 – Fungsi panggilan secara berkumpulan telah diperkenalkan pada Julai 2018.

#18 – WhatsApp memperkenalkanfungsi Sticker bagi pengguna berkongsi gambar emoji menarik pada penerima bermula Oktober 2018.

#19 – Sehingga 2018, sebanyak 1.5 billion pengguna dicatatkan setiap bulan bagi aplikasi WhatsApp Business.

#20 – Februari 2019, WhatsApp sudah berusia 10 tahun!

Sumber: WhatsApp  

Sumber

KFC Perkenalkan Menu Baharu ‘Ghost Pepper Zinger Burger Dan Twister’


KFC Perkenalkan Menu Baharu ‘Ghost Pepper Zinger Burger Dan Twister’


fire-up-your-tastebuds-with-kfcs-new-ghost-pepper-zinger-twister-starting-from-rm8-90-world-of-buzz-2

KFC hari ni telah memperkenalkan menu baharu iaitu ‘Ghost Pepper Zinger Burger Dan Twister yang pastinya akan memberikan anda rasa pedas luar biasa.
Keunikan menu baharu ini terletak pada sosnya yang menjadikan rasanya unik dan menyelerakan. Sos yang diperbuat daripada ‘ghost pepper’ ini dikatakan 400 kali ganda lebih pedas daripada sos Tabasco.
Buat anda yang ingin mencuba menu baharu ini, anda boleh dapatkan di restoran KFC berdekatan anda. Harga untuk menu ini bermula daripada RM8.90 sahaja. Kalau anda peminat setia sos pedas, ini anda kena cuba.

WORDLESS WEDNESDAY : FEBRUARY 27 2019 (Nothing)

FEBRUARY 27 2019

Nothing


Am I better off dead?
Am I better off a quitter?
They say I'm better off now
Than I ever was with her
As they take me to my local down the street
I'm smiling but I'm dying, trying not to drag my feet
They say a few drinks will help me to forget her
But after one too many, I know that I'm never
Only they can see where this is gonna end
They all think I'm crazy but to me it's perfect sense
And my mates are all there trying to calm me down
'Cause I'm shouting your name all over the town
I'm swearing if I go there now
I can change her mind turn it all around
And I know that I'm drunk but I'll say the words
And she'll listen this time even though they're slurred
So I dialed her number and confessed to her
I'm still in love but all I heard was nothing
So I stumble there, along the railings and the fences
I know if I faced her face, that she'll come to her senses
Every drunk step I take leads me to her door
If she sees how much I'm hurting, she'll take me back for sure
And my mates are all there trying to calm me down
'Cause I'm shouting your name all over the town
I'm swearing if I go there now
I can change her mind turn it all around
And I know that I'm drunk but I'll say the words
And she'll listen this time even though they're slurred
So I dialed her number and confessed to her
I'm still in love but all I heard was nothing (nothing, nothing)
She said nothing (nothing, nothing)
Oh, I wanted words but all I heard was nothing
Oh, I got nothing (nothing, nothing)
I got nothing (nothing, nothing)
Oh, I wanted words but all I heard was nothing
Oh, sometimes love's intoxicating
Oh, you're coming down, your hands are shaking
When you realize, there's no one waiting
Am I better off dead?
Am I better off a quitter?
They say I'm better off now
Than I ever was with her
And my mates are all there trying to calm me down
'Cause I'm shouting your name all over the town
I'm swearing if I go there now
I can change her mind turn it all around
And I know that I'm drunk but I'll say the words
And she'll listen this time even though they're slurred
So I dialed her number and confessed to her
I'm still in love but all I heard was nothing (nothing, nothing)
She said nothing (nothing, nothing)
Oh, I wanted words but all I heard was nothing
Oh, I got nothing (nothing, nothing)
I got nothing (nothing, nothing)
Oh, I wanted words but all I heard was nothing
Oh, I got nothing (nothing, nothing, nothing, nothing, nothing)
Nothing
I got nothing
I got nothing

Wadah Terkini