Telefilem Pemberontakan Kampung Harmoni malam ini

Telefilem Pemberontakan Kampung Harmoni lakonan  Jalil Hamid, Dee Al Hadi pada 29 Jun 2019,Sabtu,9 Malam di Astro Citra.


Kisah seorang gadis yang bencikan Hari Raya dan cuba untuk merosakkan perasaan gembira orang lain supaya mereka menjadi sepertinya.

Word 179

Word 179

Bismillah

🍀 KAMI TAHU TETAPI KAMI TAK BUAT 🍀

Reminder to my own self.

Berkata Imam Ibnul Qayyim rhm, "Seorang remaja perempuan telah meninggal dunia disebabkan taun. Maka pada suatu hari bapanya telah bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya bertanya, wahai anakku, khabarkanlah kepadaku keadaan hari akhirat.

Aku telah pergi ke satu dunia, hal yg berlaku di dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya. Sesungguhnya kita semua tahu akan tetapi kita mahu lakukan. Demi Allah ! Sesungguhnya pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat, jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku, lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya."

🌼 Sesungguhnya remaja perempuan itu telah berkata mengenai satu perkara yg sangat berat untuk dihadapi (kita semua pasti akan menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK BUAT. Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya)

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan "subhanallahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali, dosa kita akan diampun oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapnya.

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yg diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak melakukannya

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan Allah SWT menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh 70,000 malaikat yg akan memohon ampun kpd Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit

🌼 Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa yg menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur, menunggunya hingga jenazah selesai ditanam akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yg kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud)

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah SWT membinakan untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah atau seperti puasa yg tidak berbuka atau seperti yg berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yg menjadi tanggungan bulanan kita.

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca alquran itu, satu huruf akan diganjari 10 kebaikan, kita tidak juga membaca alquran.

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan tuhannya dlm keadaan manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para sahabat RA tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullaill.

🌼 Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila bila masa akan tetapi kita sering menangguhkan taubat dan tidak bersungguh membuat pahala

🌼 Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, setiap nafas yg kita hembuskan, semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah SWT.

🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita?

🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk menghadapi hisab yang boleh memufliskan?

🍁 Berbahagialah kepada yg membacanya, faham akannya dan bersegera mengamalkannya. Semoga Allah SWT membalas dgn sebaik balasan kpd yg menyebarkannya........

Just fwd
Amat benar akan kealfaan kita...

(C & P)

Word 178

Word 178

Ingatlah pesan seorang ulama tersanjung;

Hanya dua tempat bertanya.

Pertama : Tuhan

Kedua : Hati


Jika hartamu sudah tidak ada, belumlah kita bernama rugi.

Tetapi jika keberanian sudah tidak ada, seluruh kehidupan menjadi porak peranda.

#sekadarrenungan
#facebook

Telefilem Salam Manis 28 Jun ini, pukul 9:30 malam di TV2.

Saksikan telefilem Salam Manis arahan Khir Rahman, lakonan Ruhainies, Azrel Ismail, Adam Shah, Nur Risteena Munim, Jasmin Hamid, Arash Mohd , Zain Hamid, Zazlee Baginda pada Jumaat, 28 Jun, pukul 9:30 malam di TV2.

Mengisahkan seorang gadis yang fobia untuk keluar rumah kerana dihantui peristiwa lampau. Dia jatuh cinta kepada doktor yang merawatnya namun dikhianati.

Telefilem Kau Langit Aku Laut 29 Jun ini pukul 10 Malam di TV3

Saksikan gandingan Izzue Islam dan Azira Shafinaz dalam telefilem Kau Langit Aku Laut di slot Cerekarama, Sabtu, 29 Jun pukul 10 Malam di TV3 

Kisah Anas yang tak mahu lagi mempertaruhkan hidupnya sebagai penjenayah, setelah 7 tahun di penjara. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah pakciknya dan memulakan hidup baru lalu ketemunya dengan April.

SINOPSIS MANUSKRIP CINTA

SINOPSIS MANUSKRIP CINTA

Mengisahkan Aryani, seorang penulis sepenuh masa. Aryani suka bereksperimen dengan manuskrip untuk mencari kelainan dalam setiap manuskrip yang ditulisnya.

Manuskrip keempat tulisannya tidak diberi pelepasan oleh editor, Kak Adibah yang merasakan kisah cinta yang ditulisnya terlalu kosong tanpa watak antagonis. Kak Adibah mencabar Aryani untuk jatuh cinta jika dia mahu menulis kisah cinta yang menyentuh perasaan dan lebih dramatik. 

Watak asal yang ditulis dalam manuskrip Aryani sebenarnya berdasarkan watak Dr. Rian Akasyah, seorang doktor pakar jantung, cardiologist yang menyewa dirumah sebelahnya. Dian selalu memerhatikan gerak-geri Rian, mengambil tahu pasal kerjaya Rian dan hal-hal berkenaan dengan hidup seorang doktor pakar jantung. Tunang Rian, Helena juga diselitkan dalam manuskripnya.

Gara-gara Kak Adibah menyuruhnya bercinta, Aryani terpaksa mencari boyfriend tikus putih untuk eksperimenkan cinta dalam manuskripnya. Dian meminta kawan baiknya, Gee untuk carikan teman lelaki. Tanpa disangka, diperkenalkan dengan lelaki yang bermulut loji yang pernah dijumpai dahulu iaitu Dr Izak Ashaal yang juga kawan baik kekasih Gee, Effan.

Dr. Izak Ashaal, merupakan doktor pakar tulang, orthopedist. Masalah mula timbul setelah Aryani mendapat tahu yang Izak ada agendanya tersendiri dengan Effan.

Drama adaptasi novel Manuskrip Cinta nukilan Syamnuriezmil. Dibintangi oleh Siti Saleha, Fadlan Hazim, Hafizh Roshdi, Reen Rahim, Syazuwan Hassan dan ramai lagi. Diarahkan oleh Jamal Khan. Akan ditayangkan pada bulan September nanti di saluran RTM.


(VIDEO) DAKWAH KASIH SAYANG BERSAMA MAKNYAH FULL!

DAKWAH KASIH SAYANG BERSAMA MAKNYAH FULL!


"Mak ayah saya tinggalkan saya dengan 1 botol susu, 5 helai kain lampin.
Umur 12 tahun saya dah kerja di lorong"

Perkongsian terbaik untuk semua.

Usah hina mereka !!!

Kisah Hidup Colonel Sanders dan Kentucky Fried Chicken

Kisah Hidup Colonel Sanders dan Kentucky Fried Chicken
iluminasi colonel sanders sejarah7
Wajah Colonel Sanders yang terpapar pada logo, kotak dan visual KFC pasti mengingatkan kita tentang pengasas KFC iaitu Colonel Harland Sanders.Tahukah anda, Colonel Sanders merupakan peniaga yang hanya mampu merasai hidup selesa pada hujung usianya?
Kisah perjalanan Colonel Sanders mengembangkan perniagaannya patut memberikan inspirasi kepada anak-anak muda yang baru berjinak-jinak hendak memulakan perniagaan kerana kejayaan terbukti, tidak akan datang dengan mudah.

Awal Usia

iluminasi colonel sanders sejarah
Harland Sanders lahir pada 9 September 1890 di Indiana.
Harland mempunyai kehidupan awal yang susah selepas ayahnya meninggal dunia ketika usianya baru enam tahun dan dua adiknya yang masih kecil. Atas desakan hidup, ibunya terpaksa melakukan pelbagai kerja hanya untuk menampung keperluan hidup sementara Harland ditugaskan menjaga adik-adiknya di rumah, termasuklah menyiapkan adik-adiknya, mengemas rumah dan memasak.
Kemahiran memasaknya pula diasah dari kesempitan hidup yang dirasai.
Tidak cukup dengan itu, Harland telah mula bekerja pada umurnya 10 tahun untuk memastikan belanja rumah mencukupi. Pekerjaan pertama beliau adalah sebagai pembantu ladang dengan gaji 2 dollar sebulan. Mungkin bosan dengan pekerjaannya, pada usia 16 tahun, Harland memalsukan dokumen pengenalan diri lalu menyertai tentera.
Harland tidak kekal lama dalam tentera selepas ditugaskan di Cuba selama 3 bulan sebelum perkhidmatannya berkahir dan dia memulakan hidup di Alabama dengan melakukan pelbagai jenis pekerjaan bagi menampung hidup dan Harland juga pernah mencuba nasib sebagai peguam, sebelum bertumbuk dengan anak guamnya sendiri di dalam mahkamah. Dia juga pernah menjadi bidan bersalin kerana pada waktu itu, ramai orang tidak mampu mengupah doktor.

Menuju Kematangan

iluminasi colonel sanders sejarah2
Harland akhirnya menemui kehidupan stabil sebagai pengusaha stesen minyak selama 6 tahun sebelum Amerika mengalami kemerosotan ekonomi teruk yang digelarkan 'The Great Depression.'
Pada tahun 1930, ketika berusia 40 tahun, Harland tidak ada pendapatan tetap dan hampir-hampir muflis yang memaksanya ke sebuah daerah bernama Corbin di Kentucky. Di sana beliau mendapat kontrak dengan syarikat Shell untuk menguruskan sebuah stesen minyak yang baru dibina dan Shell membenarkan Harland serta keluarganya tinggal di situ.
Sayangnya Harland pada stesen minyak itu, apabila wujud sebuah lagi stesen minyak berdekatan yang dikendalikan oleh syarikat lain, dia berbalas-balas tembakan dengan pengusaha stesen tersebut atas dasar persaingan. Nasib menyebelahi Harland kerana lawannya yang melepaskan tembakan dahulu dan tidak ada pertuduhan dapat dibuat atas tindakannya.

Era Sanders Court and Cafe

iluminasi colonel sanders sejarah3
Semakin hari semakin ramai pemandu yang berhenti mengisi minyak dan bertanyakan di mana lokasi yang menarik untuk makan. Melihat pemandu-pemandu yang menghadapi kesukaran mendapatkan makanan, Harland mula menjual makanan kepada pemandu yang singgah. Oleh kerana kekurangan tempat makan, semua pengunjung akan menggunakan meja makan keluarga Harland sebagai tempat menjamu selera.
Rumah Harland yang menyediakan makanan menyelerakan membuatkan makin ramai orang yang datang berkunjung semata-mata untuk makan. Menu yang dihidangkan mula mengalami proses penambahan- Harland mula menyiapkan steak, ham, telur, biskut dan yang paling terkenal, ayam goreng.
Melihat perniagaannya mula laris, Harland kemudiannya membeli sebuah motel berdekatan dan mengubahsuainya menjadi restoran yang mampu menempatkan 142 tetamu dalam satu masa dan menamakannya "Sanders Court and Cafe."

Bergelar Colonel

iluminasi colonel sanders sejarah5
Walau pun begitu, beliau masih menghadapi masalah apabila proses menyediakan ayam goreng agak perlahan sehinggakan pelanggan terpaksa menunggu lama. Ketika melawat kedai barang elektrik di sekitar daerah tersebut, Harland menemui 'periuk tekanan' yang mampu memasak ayam goreng dalam waktu yang lebih singkat.
Pada tahun 1935, Gabenor Kentucky yang bernama Ruby Laffoon, menganugerahkan pangkat Colonel pada Harland Sanders atas sumbangannya dalam mempopularkan hidangan masyarakat tempatan Kentucky.
Sejak dari hari itu, Harland Sanders mula dikenali dengan gelaran Colonel Sanders namun nasib tidak menyebelahi Colonel Sanders apabila pada awal 1950, lebuhraya baru dibina mengakibatkan orang ramai tidak lagi melalui jalan di mana restorannya berada.
Menyedari hakikat yang perniagaannya perlu berkembang ke luar, Colonel Sanders yang pada ketika itu sudah berusia 62 tahun, menjual semua asetnya dan mula berkelana mencari pengusaha yang mahu menggunakan resipi ayam goreng beliau untuk dijual di restoran mereka.

Kentucky Fried Chicken dan Hujung Usia

iluminasi colonel sanders sejarah6
Restoran pertama yang bersetuju menjadi francais Colonel Sanders adalah sebuah hotel bernama Do Drop Inn yang terletak di Salt Lake City, Utah yang menjadi tapak pertama Kentucky Fried Chicken. Pada tahun 1952, Colonel Sanders berjaya menjual francaisnya kepada lebih 200 cawangan lain di serata Kanada dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1964, Colonel Sanders menjual syarikat francaisnya dengan harga 2 juta dan hanya meneruskan tugasnya sebagai duta kepada Kentucky Fried Chicken sehinggalah penghujung hayatnya.
Colonel Sanders didapati menghidap penyakit leukimia pada Jun 1980 sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada 16 Disember 1980 ketika berusia 90 tahun.
Sehingga tahun 2014, sebanyak 18,875 restoran Kentucky Fried Chicken telahdibuka di seluruh dunia.
Sumber : Iluminasi

Lama menduda, Ally Iskandar gadis Temerloh sebagai isteri

Ada 7 jenis orang yang akan kita jumpa (7W)

Dalam bisnes(kecil atau besar) kita akan jumpa ramai orang dan macam-macam ragam.

Ada 7 jenis orang yang akan kita jumpa (7W) :

SOME WILL

Dia akan datang sendiri.

SOME WONT

Cakap macamana pun dia memang tak nak.

SOME WISH

Selalunya orang yang rapat dengan kita. Dia akan wish bila kita berjaya.

SOME WONDER

Orang yang keliru dan tak tau ap-apa. Apa tu bisnes? Apa tu networking? apa tu dan apa ni.

SOME WAIT
Orang yang tunggu dan lihat kejayaan kita baru dia nak ikut.

SOME WORRY

Risau kena tipu dan tak yakin sebab sejarah silam menghantui hidup mereka.

SO WHAT

Jawapan kita. NEXT!

Berniaga bukan perkara mudah. Bukan setakat sebut..."aku dah berniaga" terus jadi kaya dan berjaya.

No ❌ No ❌ No ❌

Tak ada jalan mudah nak berjaya dalam bisnes.

Orang kaya dan jutawan bukan ambil masa sebulan @ dua bulan @ 7 bulan nak jadi jutawan.

Tapi makan masa lama bertahun usaha tanpa kenal erti putus asa tanpa fikirkan kekalahan.

Jangan ada sifat negatif dalam jiwa.

Kalau nak berjaya jangan terikut minda orang lain yang merosakkan semangat kita.

BUANG 3M

M = Malu
M = Malas
M = Mati akal (cepat putus asa)

Ubah dan disiplin diri kita

Teruskan usaha Kita semua.

Wadah Terkini