Sinopsis Siccin 6

Sinopsis Siccin 6

Yaşar sukar untuk menerima kenyataan atas kematian bapanya. Pada masa yang sama, dia berdepan masalah dengan ibu tirinya setelah dia mewarisi harta bapanya. Dia juga mendapat tahu bahawa kakak iparnya Canan yang tinggal serumah jatuh hati kepadanya. Sementara cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi, kejadian aneh mula berlaku dalam rumah tersebut. Efsun, anaknya yang mengalami gangguan mental, berdepan kisah silam gelap yang menyebabkan keadaan keluarga itu menjadi lebih rumit. 

Lakonan Merve Ates, Adnan Koç, Dilara Büyükbayraktar

Akan di tayangkan di pawagam pada 22 Ogos 2019

SINOPSIS TELEFILEM LESEN BESAR (Astro Citra)

SINOPSIS TELEFILEM LESEN BESAR (Astro Citra)

Lesen Besar

SINOPSIS TELEFILEM LESEN BESAR


Tiga sekawan yang rindu zaman bujang mereka telah merancang untuk pergi 'road trip' setelah mendapat pelepasan daripada pasangan masing-masing. Tapi nasib tidak menyebelahi mereka di sepanjang jalan.


Akan disiarkan Sabtu, 3 Ogos 2019, 9:00 malam di Astro Citra 131 & Citra HD 126

Lakonan Mark Adam, Zain Hamid, Mustaqim Mohamed, Husna Mustaffa dan ramai lagi.


Telemovie Hassan Turbo, Sabtu, 3 Ogos Jam 9.30 Malam di TV3



Telemovie Hassan Turbo,  Sabtu, 3 Ogos Jam 9.30 Malam di TV3 

Hassan Turbo

Telemovie Hassan Turbo,  Sabtu, 3 Ogos Jam 9.30 Malam di TV3 

Lakonan Pekin Ibrahim, Saidi Sabri, Afifah Nasir, Sabri Yunus, Engku Salwani dan ramai lagi


SINOPSIS HASSAN TURBO

Kisah maruah lelaki yang tercemar kerana perlawanan Muay Thai. Duan Betis Besi kalah di tangan Hassan Turbo di sebuah perlawanan Muay Thai. Kerana dendam, Duan telah melarikan anak Tok Guru mereka.

Hati hidup dan mati

Orang yang hidup, kena cucuk jarum yang kecil pun terasa sakit. Berbeza dengan orang yang mati, tangannya dipotong dua pun dia tidak merasa apa-apa.

Begitulah perumpamaan bagi orang yang punya hati yang hidup dan orang yang memiliki hati yang mati.

Orang yang telah mati hatinya, tertinggal solat lima waktu pun dia tidak rasa apa. Tak rasa bersalah langsung. Sedangkan dosa tinggal solat adalah dosa yang besar.

Berbeza dengan orang yang hatinya hidup, hatinya rindu untuk bertemu Allah di dalam solat. Sentiasa menunggu-nunggu waktu solat. Merasa amat bersalah jika terlambat menunaikan solat.

Sesungguhnya tidak sama orang yang telah mati hatinya dengan orang yang sentiasa hidup  hatinya dengan Allah swt.

(Dipetik daripada facebook Zonkuliah)

📮Join Telegram Taman Orang Soleh
telegram.me/RiyadusShaliheen

Drama adaptasi novel Lelakimu Yang Dulu karya Farah Darianna di slot Akasia TV3

Drama adaptasi novel Lelakimu Yang Dulu karya Farah Darianna di slot Akasia TV3.

Bakal ditayangkan pada bulan September nanti.

Lakonan Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Syafnida Shuhaimi, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Jalaludin Hassan, Dian P.Ramlee, Rosnah Johari, Hamidah Wahab, Arryyan Petra ...


Bertemu, bercinta dan berkahwin. Mudah aturan hidup Hazrul dan Daliya. Tetapi bukan manusia namanya jika hidup tidak diuji. Ketika sedang bahagia, Hazrul ditimpa musibah.

"Tolong beritahu Liya, bukan abang yang lakukan semua tu?" - Daliya

Kebisuan si suami untuk menafikan tuduhan buatkan Daliya kecewa. Dia pergi membawa hati yang lara.

Pertemuan semula selepas dua tahun membongkar rahsia yang selama ini Daliya simpan. Rupanya, mereka ada zuriat. Heidi Isyraf bin Hazrul Izzuddin itu buktinya. Bagi Hazrul, Daliya isteri yang tidak setia. Meninggalkannya saat dia kehilangan segalanya.

"I nak jumpa anak I!" - Hazrul

"Lepas apa yang you buat, you masih nak mengaku yang Heidi tu anak you?" - Daliya

Daliya bukan lagi perempuan lemah seperti dulu. Dia tak mungkin akur pada kehendak Hazrul yang masih bergelar suaminya. 

Hazrul pula, bukan lelaki yang mudah mengalah. Si anak dijadikan alasan untuk memerangkap Daliya agar kembali padanya. Dan kuasa yang dimiliki Hazrul buatkan Daliya tidak punya pilihan.

"I promise, apa yang kita buat ni adalah untuk Heidi. Only for him." - Hazrul

"Tapi tak bermakna kita akan berkongsi bilik yang sama, kan?" - Daliya

"Come on, Daliya. You kembali sebagai isteri I, bukan housemate. So, we're sharing this room." - Hazrul

Setelah apa yang terjadi, apakah tiada sisa cinta di hati mereka? Benarkah segalanya dilakukan hanya kerana si anak?

Word 186 : AUGUST 01 2019

Word 186 : 

AUGUST 01 2019

Ogos ialah bulan kelapan dalam sebuah tahun dalam kalendar Gregory dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 31 hari.
Bulan ini dinamakan "Ogos" bersempena Augustus Caesar dan mempunyai 31 hari supaya sama dengan bulan Julai. Sebelumnya ia dipanggil Sextilis, yang bererti "keenam" dalam bahasa Latin.
Di Malaysia31 Ogos merupakan Hari Kebangsaan negara Malaysia.
Ogos bermula pada hari yang sama dengan Februari pada tahun lompat.

Sumber : Wikipedia

Ogos

Definisi : bulan yg kelapan dlm tahun Ma­sihi (terdiri drpd 31 hari). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

MENGUATKAN

MENGUATKAN
Alkisah seekor rusa betina sedang hamil tua.
Ketika mendekati detik-detik kelahirannya, rusa ini pergi ke suatu tempat yang jauh di sisi hutan yang berdekatan dengan sungai.
Tiba-tiba sesuatu yang tidak ia bayangkan terjadi !
Terdengar suara gemuruh dari langit dan tiba-tiba tampak kilat yang menyambar kepermukaan bumi. Hutan kering ini terbakar dahsyat karena percikan api dari petir tersebut.
Ketika rusa ini menoleh ke kiri, tampak seorang pemburu telah siap melesatkan anak panah ke arahnya.
Saat menoleh ke kanan, ia pun terkejut melihat seekor singa lapar yang siap menerkamnya.
Maka tiada pilihan bagi rusa ini selain :
1. Mati dimangsa singa.
2. Mati terkena panah.
3. Mati terbakar.
4. Atau mati tenggelam karena melompat ke sungai.
Yang jelas ...
Bahaya mengancam dari berbagai penjuru dan tidak ada lagi kesempatan untuk berlari.
Lalu apa yang harus ia lakukan?
Bersedih dan merintih?
Menangis dan menjerit?
Atau ia harus berlari sementara kondisinya begitu lemah?
Atau menyerah pada keadaan?
Rusa pun pasrah. Dia hanya fokus untuk melahirkan bayinya.
Lalu apa yang terjadi?
Kilat-kilat yang menyambar mengganggu pandangan si pemburu. Akhirnya panah yang dilesatkan pun meleset dan mengenai si singa lapar. Singa malang itu mati seketika.
Tiba-tiba hujan datang begitu deras dan memadamkan kebakaran di hutan tersebut.
Pemburu lari mencari tempat berteduh dan tidak fokus lagi kepada rusa tersebut.
Rusa pun melahirkan dengan selamat !
Sahabatku....
Segala kesulitan menyerbumu dari segala arah. Masalah datang bertubi-tubi seakan tak memberimu kesempatan untuk bernafas lega.
Masalah di tempat bekerja,
Masalah di dalam rumah,
Masalah di jalan,
Masalah dengan anak-anak kita semuanya datang bersamaan.
Seakan kamu tidak bisa lagi berbuat apa-apa..
Lalu apa yang harus dilakukan?
Jadilah seperti Rusa. Biarkan semuanya berjalan apa adanya.
Lakukan sesuatu yang mampu kau lakukan !
Selebihnya serahkan kepada Allah
Karena Allah yang mengatur jalan kehidupanmu..
Saudaraku...
Sungguh Allah  menyayangi hamba-Nya melebihi kasih sayang ibu pada anaknya.
DIA lah yang akan menyelesaikan semua masalahmu dan menyembuhkan luka-lukamu.
Jangan berkata, Ya Allah aku memiliki masalah yang besar…
Tapi katakan, Hei masalah, aku memiliki Allah Yang Maha Besar"
Tetap istiqomah...
Semoga bermanfaat 
*******

Drama Cindai, akan datang di slot Samarinda TV3...

Drama Cindai, akan datang di slot Samarinda TV3...

Drama Cindai mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Cindai  yang menjadi gelandangan di kota raya. Dia juga menghidapi Bipolar.Walapun begitu, Amir sentiasa bersama Cindai.

Lakonan Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Catriona Brian Ross, Niezam Zaidi, Haeriyanto Hassan, Ainina Ahmad, Fatin Afeefa ...


ALLAH TIDAK MENYUSAHKAN KAMU MELAINKAN INGIN KAMU BERSYUKUR KEPADANYA

ALLAH TIDAK MENYUSAHKAN KAMU MELAINKAN INGIN KAMU BERSYUKUR KEPADANYA

Firman Allah SWT :

مَا یُرِیدُ ٱللَّهُ لِیَجۡعَلَ عَلَیۡكُم مِّنۡ حَرَجࣲ وَلَـٰكِن یُرِیدُ لِیُطَهِّرَكُمۡ وَلِیُتِمَّ نِعۡمَتَهُۥ عَلَیۡكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ

[Surat Al-Ma'idah 6]
‎Terjemahan :
"Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur"

Join Telegram Tazkirah Ringkas

Wadah Terkini