Telefilem Takkan Gentar 24 Ogos DI TV3

"Omar Ali gigih mengilap bakat pelajar OKU (disleksia), Ibrahim menjadi atlet sekolah hingga ke peringkat kebangsaan. Suri hanya mahu anaknya berjaya dalam pelajaran."


Saksikan Telefilem Takkan Gentar yang bersiaran di slot Cerekarama Sabtu, 24 Ogos, 9.30 malam di Tv3

Lakonan Nafiz Muaz, Eman Manan, Fauzi Nawawi, Laila Nasir, Zarina Zainuddin, Kuza ...


SINOPSIS DRAMA MIMPI YANG SEMPURNA

Drama adaptasi novel Mimpi Yang Sempurna karya Aiza Qriselda bakal disiarkan di RTM menerusi saluran TV1, bermula 22 Ogos 2019, setiap Khamis  dan Jumaat, pukul 7.00 malam (26 episod).

Lakonan Aqasha, Tiz Zaqyah, Farahdhiya, Keith Foo, Elisha Sandha, Afifah Nasir, Shaharuddin Thamby, Arash Mohamad, Kuna, Aidil Aziz, Firdaus Ghufran, Rania Humaira, Jesse Lim, Ramli Salleh, Elanie Aidid dan ramai lagi.




SINOPSIS DRAMA MIMPI YANG SEMPURNA

Kisah cabaran seorang wanita untuk mengatasi keegoan seorang lelaki yang juga merupakan penyelia di tempat kerjanya, yang akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta.

Wardah bertugas sebagai pembantu kepada seorang pengurus kanan bernama Haiman. Haiman seorang duda terkenal dengan sikap panas barannya melayan pekerja-pekerjanya termasuk Wardah dengan dingin. Wardah rasa dirinya menjadi mangsa buli Haiman yang banyak memberikan tugasan untuknya hingga seringkali pulang lewat ke rumah.

Setelah mendapat nasihat Mak Uda, Wardah kembali bersemangat terus bekerja malah merancang mahu mengubah sikap Haiman. Haiman semakin galak bagi kerja kepada Wardah juga mendesaknya ikut serta dirinya menghadiri mesyuarat. Wardah kongsi masalah dengan kawan baiknya, Yasmeen. 

Haiman tiba-tiba mula melayan Wardah dengan baik. Sikapnya berubah ceria dengan kehadiran Wardah di sisi. Dalam pada itu ibu bapa Wardah mula bertanyakan hubungan Wardah dengan tunangnya, Adib yang dilihat dingin.

Pada sambutan hari keluarga di mana Haiman berubah mesra dengan pekerjanya. Disitu juga Haiman cemburu melihat Zaki, penyelia majlis tersebut cuba mendekati Wardah. Pada masa sama Wardah meluangkan masa dengan Haiman. Haiman runsingkan pembedahan jantung ibunya dan berkongsi kisah dirinya yang sedang berusaha mendapatkan hak penjagaan anaknya Akim. 

Lima tahun berlalu setelah Haiman menghilangkan diri secara tiba-tiba. Wardah kini bergelar peguam di firman guaman milik pak ciknya Zikri & Associates. Wardah sedang mengendalikan kes anak guamnya, Arissa tentang hak penjagaan anaknya Akim. Takdir Allah Wardah bertemu kembali dengan Haiman, bekas suami anak guamnya. Sementara itu muncul Zaki yang baru tamat belajar dari luar negara bertemu dengan Wardah.

Hubungan Haiman dan Wardah kembali rapat dan akhirnya mereka berkahwin. Namun hubungan mereka ada pasang surutnya. Rumah tangga mereka diuji dengan pelbagai dugaan apatahlagi ada yang cemburu melihat kemesraaan mereka. 

SINOPSIS DRAMA HILANG YANG KEMBALI

SINOPSIS DRAMA HILANG YANG KEMBALI

Mengisahkan konflik keluarga kerana kehilangan anak. Sepuluh tahun yang lalu, Fara dan suaminya Razif bercuti di sebuah pulau bersama anak mereka Daniel yang ketika itu berusia 9 tahun dan Danish, 8 tahun. Malang tidak berbau, Danial hilang tanpa dapat dikesan.

Puas mereka mencari Daniel tapi Danial tidak juga ditemui. Razif membuat keputusan dan meminta Fara membawa Danish supaya pulang ke Kuala Lumpur dahulu. Pada mulanya, Fara berkeras tetapi akhirnya dia pulang setelah Razif berjanji akan mencari Danial dan tidak akan pulang ke Kuala Lumpur tanpa anak mereka.

Sebulan kemudian, Fara yang menanti penuh harapan kecewa apabila akhirnya Razif pulang jugag tetapi tanpa Danial. Kehilangan Danial memberi tamparan dalam perhubungan Fara dan Razif. Fara seolah berdendan dengan Razif kerana tidak mengotakan janjinya. Apatah lagi campur tangan saudara mara dan Puan Salmah, ibu Razif, membuatkan Fara bertambah tertekan. Jauh di sudut hati, Fara tidak pernah putus harapan dan yakin Danial akan dapat ditemui juga nanti.

Suatu hari, Fara dan Razif dikunjungi oleh seorang pemuda yang memberitahu dia adalah Danial, anak mereka yang hilang dahulu. Fara ragu-ragu pada mulanya, tetapi apabila Danial menunjukkan kesan parut di tangannya, Fara yakin pemuda itu adalah anaknya. Danial menceritakan bagaimana dia hilang serta menunjukkan gelang yang sama seperti yang pernah Danial pakai sebelum dia hilang. Fara bertambah yakin bahawa Danial itu anaknya setelah melihat parut di tangan Danial.

Namun Razif pula curiga dan hatinya kuat mengatakan bahawa pemuda itu bukan anak kandungnya. Siapakah sebenarnya pemuda itu? Adakah benar dia adalah Danial atau sebaliknya?

Drama Hilang Yang Kembali

Ranking Alexa 21 Ogos 2019



Ranking Alexa 21 Ogos 2019

Global Ranking : 2,491,121
Rank in Malaysia : 26,033

Sumber : Alexa

Yang Satu – Akim & The Majistret

Yang Satu – Akim & The Majistret

Dahagakan kasih sayangmu
Mendambakan ikhlas padaku
Atas nama cinta
Bagai isi dan kuku
Tak akan aku lepaskan
Demi kamu
Hanya satu
Sampaiku menutup mata
Engkau milikku selamnya
Demi masa
Sampai waktu
Kalau aku pergi dulu
Ku nanti di pintu syurga
Dahagakan kasih sayangmu
Mendambakan ikhlas padaku
Atas nama cinta
Bagai isi dan kuku
Tak akan aku lepaskan
Demi kamu
Hanya satu
Sampaiku menutup mata
Engkau milikku selamnya
Demi masa
Sampai waktu
Kalau aku pergi dulu
Ku nanti di pintu syurga
Dahagakan kasih sayangmu
Mendambakan ikhlas padaku
Atas nama cinta
Bagai isi dan kuku
Tak akan aku lepaskan
Demi kamu
Hanya satu
Sampaiku menutup mata
Engkau milikku selamnya
Demi masa
Sampai waktu
Kalau aku pergi dulu
Ku nanti di pintu syurga
Ku nanti di pintu syurga…

Word 190

Word 190

Firman Allah swt yang bermaksud, "Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal."

(Surah : An Nahl 96)

Bukanlah orang yang cerdik jika mengutamakan kehidupan dunia yang fana daripada kehidupan akhirat yang kekal.

(Dipetik daripada facebook Zonkuliah)

📮Join Telegram Taman Orang Soleh
telegram.me/RiyadusShaliheen

Wadah Terkini