Word 205 : Tahukah anda bahawa sebenarnya gajah berjalan berjengket?

Word 205

Subhanallah. Tahukah anda bahawa sebenarnya gajah berjalan berjengket? Mungkin kita anggap tak masuk akal sebab gajah kan mamalia paling besar di darat, kalau berjengket mestilah beratnya meranapkan tulang kaki.
Tapi rupa - rupanya gajah miliki lemak di belakang kaki yang bertindak sebagai kusyen lembut. Dengan kusyen lemak ini, berat gajah dapat disebarkan secara sekata dan ia dapat menyerap daya mekanikal pergerakan.

Luka Dan Bahagia - Han Byul

Luka Dan Bahagia - Han Byul

Hamparan hati lena memaksa terukir indah kasih bermadah aku cuba untuk meluahkan kesan yang kau berikan siang terluka malam bahagia kenangan indah terus bersinar aku cuba untuk meluahkan kesan yang kau berikan Tangisan embun pagi melayari kesedihan ini tak akan ku persia dirimu mengapa kau pergi? Kini engkau merana harapan dari sisa kenangan ku tak mampu untuk meneruskan Kau baluti luka yang berbisa 사랑하면 안되서 (Sarang hamyeon andoeseo) 그렇게 잊을수만 있다면 (Geuleohge i-jeulsu man itdamyeon) 그토록 바래왔던 사랑이 (Geutolog balae watdeon sarangi) 다시 또 있을까 (Dashi tto iss-eulkka) Memori indah Kita bersama Maafkan diri ini Telah membuat kau tersiksa Luka dan bahagia

Malam Tahlil Suhaila Balik di Astro Citra Sabtu Ini

Dalam pada menanggung perit kematian Suhaila, suaminya berdepan dengan masalah yang tak disangka-sangka apabila mayat isterinya kembali ke rumah pada salah satu malam tahlilnya.

Telefilem seram 'Malam Tahlil Suhaila Balik' diinspirasikan daripada kisah benar akan disiarkan di Astro Citra pada Sabtu, 12 Oktober 2019, pukul 10 malam.

Lakonan Uqasha Senrose, Hisyam Hamid, Wan Maimunah Aziz, Zarynn Min, Liza Abdulah ...

Telefilem Jangan Disalahkan Takdir 12 Oktober 2019 di TV3

Kisah bermula tentang dua sahabat, Muhammad dan Romi.

Seorang bersifat positif, seorang lagi negatif.

Mereka sering bertelagah apabila Romi si negatif itu sering menyalahkan orang lain.


Telefilem Jangan Disalahkan Takdir disiarkan di slot Cerekarama pada Sabtu,12 Oktober, 9.30 malam di TV3.

Lakonan Amar Baharin, Amar Asyraf, Syerinie Myra, Aman Graseka, Zainab Othman, Fathil Dani

Sticker murah 5 sen ajer!!!

#stickermurah 5 sen ajer!!!
stiker produk, sticker doorgift, sticker kahwin & akikah, sticker harijadi, sticker makanan, sticker kuih muih dan lain-lain lagi
⭐️⭐️Limited offer!!! Limited Offer!!!⭐️⭐️
Harga Serendah 5 sen shj
Harga Serendah 5 sen shj
 mencari sticker label termurah, cantik & pantas
 untuk tempahan, hanya klik link dibawah:-
http://wasap.my/+60139369330/sticker5sen
http://wasap.my/+60139369330/sticker5sen
✔️ Kualiti sticker terbaik, gam kuat, kalis air dan tahan calar
✔️ boleh buat pelbagai bentuk
✔️ cuma cabut dan tampal sahaja
✔️ kualiti dijamin yg terbaik
✔️ menggunakan plotter yg berteknnologi tinggi supaya stiker dipotong dengan kemas dan cantik
✔️ tempoh siap seawal 24jam - 3 hari
✔️ penghantaran ke seluruh malaysia
Sticker ini sesuai digunakan untuk:-
✔️ paperbag/goodies
✔️ bag kahwin
✔️ bekas minuman/makanan plastik
✔️ bekas untuk kek/cookies
✔️dan lain-lain lagi
#stickermurah #promosi #stickerlabel # stickercustom #stickermurah5sen #stikerlabel #adamiaprint

SINOPSIS SARA SAJEEDA

SINOPSIS SARA SAJEEDA

Menceritakan tentang Sara, seorang pensyarah di sebuah kolej swasta yang dipaksa oleh ayahnya, Ismadi untuk berkahwin dengan menantu pilihannya, Megat. Namun begitu, hubungan cinta yang terjalin selama 4 tahun antara mereka berakhir setelah Sara memutuskan hubungan itu akibat tidak tahan dengan sikap Megat yang terlalu mengikut kata-kata ayahnya tanpa mempunyai pendirian sendiri.

Fawaad, seorang jejaka dari Pakistan, pada mulanya menetap di luar negara telah kembali ke pangkuan keluarganya. Tidak lama kemudian, dia ditawarkan untuk bekerja sebagai jurutera di Malaysia. Fawaad tersepit di antara mengutamakan keluarganya yang telah lama ditinggalkan atau kerjayanya. Akhirnya, dia memilih untuk memulakan kehidupan baharu di Kuala Lumpur.

Fawaad dan Sara bertemu dalam suatu insiden yang telah menambat hati Sara untuk mengenali Fawaad dengan lebih rapat. Pengenalan atanra mereka mula berubah menjadi cinta namun tidak direstui oleh Ismadi. Sara ingin memperkenalkan Fawaad sebagai calon suami. Malangnya, Ismadi dikejutkan dengan berita gempa bumi yang melanda keluarganya sehingga dia terpaksa pulang ke negara asalnya.


Kembalinya Fawaad ke rumah, dia melihat keluarganya membuat persiapan perkahwinan untuknya. Dia rasa tertipu. Walaupun menolak pada mulanya, Fawaad akur dengan keputusan itu dan kasihan dengan nasib Sajeeda yang telah kehilangan kedua ibu bapanya dalam kejadian tanah runtuh dan gempa bumi.

Setalah pulang ke Malaysia, Fawaad mula berbelah bahagi apabila Sara mengajui dia telah jatuh cinta dengan Fawaad sedangkan dia telah pun berkahwin dengan Sajeeda tanpa rasa cinta. Akhirnya, dia merahsikan perkahwinannya demi cintanya kepada Sara dan bersedia untuk mengahwininya meskipun tidak direstui Ismadi.

Selepas berkahwin, Sara dapat menghidu pergerakan Fawaad yang seakan menyembunyikan sesuatu. Fawaad pula kerap menerima panggilan daripada Salma yang mahu anaknya pulang. Apakah nasib Sajeeda di kampung itu?

SINOPSIS ADELLEA SOFEA

SINOPSIS ADELLEA SOFEA

Mengisahkan Adellea Sofea seorang gadis solehah yang jatuh cinta dengan sorang jejaka bernama Firdaus. Lelaki yang dianggap mampu memberi kebahagian dan memanisan dalam hidupnya.

Setelah berkahwin, segalanya mula berubah apabila Sofea mendapat tahu Firdaus merupkan seorang penagih dadah. Rumahtangga yang bahagia mula berantakan. Kemuncaknya Firdaus ditangkap dan didakwa atas tuduhan cubaan membunuh isterinya sendiri.

Drama 'Adellea Sofea' akan menemui penonton pada bulan Disember nanti, bermula 6 Disember.

Lakonan Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz, Bella Dally, Jasmine Suraya, Fizo Omar, Josiah Hogan, Iman Zulkarnain, Roy Azman, Fazlina Ahmad Daud, Cassia Iman, Kazar Saisi, Sharisa Haris ...


Wadah Terkini