Sinopsis:
Gunting turun-temurun milik Bhavana telah hilang! Kesemua anak dan menantunya berada di rumah ketika itu. Disebabkan kejadian itu, Bhavana mula menuduh mereka — menyebabkan semua terasa hati dan pulang ke Kuala Lumpur. Namun, kehilangan kecil itu akhirnya membuka makna besar tentang kasih keluarga dan erti memaafkan.
Pelakon:
Sai Kogila, Liza Abdullah, C. Kumaresan, Bell Ngasri dan lain-lain.
Tarikh Tayangan: Sabtu, 26 Oktober 2019 Masa: 9.30 malam Saluran: TV3
Kadang yang hilang bukan sekadar barang, tapi hubungan yang terlerai tanpa sengaja.
Mungkin, kehilangan itu juga cara Tuhan menyatukan semula hati yang menjauh.
Mengisahkan Dr Dina & Dr Malik yang bertugas di bilik mayat dah mereka menerima satu mayat yang sangat cantik. Dalam proses bedah siasat yang sedang dilakukan satu-persatu susuk emas mayat itu dijumpai Dr Dina. Setelah dicabut bermulalah gangguan untuk mereka berdua!
Telefilem seram 'Dah Mati Pun Cantik' disiarkan pada Sabtu ini, 26 Oktober 2019, jam 9 malam di slot Citra Exclusive, Astro Citra. Lakonan Faizal Hussein, Lisa Surihani, Natasha Elyzza, Lash Mokhtar, Anna Melissa ...
Drama adaptasi novel Dia Pengantinku karya Nurfaza Alisya di TV1 bermula 24 Oktober 2019, setiap Khamis hingga Ahad pukul 7 malam. Lakonan Saharul Ridzwan, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Tisha Shamsir Alam, Esma Daniel, Aleza, Nynaa Harizal, Izzy Reef, Nada Nursyuhada ...
SINOPSIS DIA PENGANTINKU
Aimi Najwa seorang gadis cantik keturunan Belanda, namun amat payah untuk mencari jodoh. Baginya, kerjayanya lebih penting daripada memikir soal jodoh. Apatah lagi dia bukannya gadis yang pandai memasak.
Jiwa Aimi Najwa bergolak tidak tentu arah. Mengapa lelaki yang pernah menjadi mangsa tengkingannya adalah anak majikannya sendiri? Dan dia juga lelaki yang menyambutnya ketika mahu jatuh pada karnival pengantin, yang dimarahinya kerana melanggarnya ketika keluar dari lif?
Entah di mana harus disorok wajahnya. Namun, Aimi Najwa harus bersabar menghadapinya. Yang penting rahsianya tidak diketahui teman sepejabatnya. Namun telinganya berdesing sebaik terdengar suara gemeresik Syed Ashraf memanggilnya ‘Cik Pengantin’. Gelaran yang paling benci didengarnya.
Rombongan merisik akan datang! Penolakan Aimi Najwa dikenakan syarat oleh abah dan uminya untuk mengenali semula lelaki yang pernah menjadi teman zaman kanak-kanaknya. Cinta monyet yang pernah terjadi antara mereka dahulu. Siapa lagi kalau bukan si chubby Bobo atau nama penuhnya Shahabudin!
Cinta itu hadirnya tanpa diundang. Datangnya tanpa diduga. Itulah yang terjadi kepada Aimi Najwa. Dia senang dengan sikap penyayang yang ditonjolkan Shahabudin. Tanpa sedar ada perasaan yang ‘bertamu’ di hatinya untuk Syed Ashraf. Dua lelaki yang berlainan watak. Namun sikap kedua-dua lelaki ini yang sama membuatkan dia keliru. Kedua-duanya berjiwa lembut dan penyayang.
Dalam resah hati terpaut. Dalam benci ada cinta. Sukar untuk Aimi Najwa menerima kenyataan yang terbongkar. Semakin dia menjauhi insan yang menyintainya, hatinya mula disirami rasa rindu. Diundang pula dengan rasa cemburu terhadap Tengku Elisa yang semakin rapat dengan insan yang telah melukai hatinya.
Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta? Siapa yang Aimi Najwa cintai? Siapa yang harus dia pilih? Shahabudin atau Syed Ashraf?