Hanya rindu

Lirik lagu Hanya Rindu versi Arab - Syed Salahuddin (asal: Andmesh Kamaleng)

*
أُحِبُّكِ يَا مَنْ إِلَيْهَا أَهْدِي كَلِمَاتِي
Aku mencintaimu, wahai orang yang kudedikasikan kata-kataku padanya
أَطَالَ فِي عُمْرِهَا يَا رَبَّ العَالَمِين
panjangkan umurnya wahai tuhan seluruh alam.
لَوْ جُمِعَتْ أَيَّام عُمْرِي مِن فَرْحٍ
Kalaulah aku kumpulkan saat-saat gembira dalam hidupku
مَا تُسَاوِي لَحْظَة مِنْ وَقْتِي مَعَكِ
semuanya tidak akan dapat menyamai indahnya waktu yang aku habiskan denganmu.
*
أَنْـتِ الحُـبُّ وَالجَنَّـةُ تَحْتَ قَدَمَيْـك
Engkau adalah cinta, dan Syurga berada di bawah telapak kakimu
لَا تَـؤُمُّ القُلُـوْبُ إِلَّا إِلَيْـك
Hati takkan mudah percaya kecuali hanya padamu
خَفْـقُ الـرُّوْحِ لَـنْ يَجْـزِيْ عَبِيْـرًا فَـاحَ بِعَطَـائِك
Bilangan denyut nadi takkan mampu membalas semerbak pemberianmu
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى الإِحْسَانِ إِلَيْهَا
Ya Allah, bantulah aku untuk berbakti padanya
لِلأُمِّي الحَبِيبَةِ
untuk ibuku yang tercinta
*
صَبَـاحُ الخَيْـرِ يَا كُلَّ الخَيْـر
Selamat pagi untuk pemilik segala kebaikan
فَأَنْتِ فَقَـطْ تَسْتَحِقِّيْـنَهَـا
Maka hanya engkau yang pantas dicintai
أُمِّـيْ الحَبِيبَةِ
Ibuku yang paling dikasihi
يَا بَحْـرِي وَشَمْسِي
Wahai lautanku dan matahariku
أَنَا أَحْتَـاجُكِ دَوْمًـا يَا أُمِّي
Aku selalu memerlukanmu wahai ibuku
*
رَبِّي أَبْعَدَ عَن أُمِّي مَتَاعِبَ الدُّنْيَا،
Tuhan, jauhkan ibuku dari masalah dunia,
وَلَا تَذُقْهَا طَعْمَ الأَلَمِ يَا شَافِي
Dan tidak merasakan sebarang kesakitan Wahai Maha Penyembuh
وَلَا دُمُوعَ الحُزْنِ أَسْعَدَهَا وَاحْفِظْهَا لِي
Dan dari air mata kesedihan, Gembirakannya dan jagalah dia untukku
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى الإِحْسَانِ إِلَيْهَا
Ya Allah, bantulah aku untuk berbakti padanya
للأُمِّي الحَبِيبَةِ - حَبِيبَتِي - يَا أُمِّي
untuk ibuku yang tercinta - Yang Tercinta - Wahai Ummi
*
*
*
Kredit: Arnamee.blogspot.com

SINOPSIS PUSAKA

SINOPSIS PUSAKA

Mengisahkan tentang Inspektor Nuar Ishak (Syafiq Kyle) yang telah menemui mayat wanita bernama Balqis dan Qistina (Sweet Qismina) pasangan kembar yang terkurung di sebuah rumah tinggal dan memerlukan siasatan penuh oleh pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Nuar.


Semenjak itu, hidup Inspektor Nuar Ishak asyik diganggu pelbagai kejadian aneh, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.  Disamping permasalahan dengan adik kembarnya Nur (Mimi Lana) dan semakin hilang pertimbangan diri, Nuar harus selesaikan kes tersebut sebelum ramai lagi nyawa yang hilang.

SINOPSIS HIJAB REJAB

Rejab seorang pemuda nakal yang teringin untuk melihat hantu telah nekad untuk membuka hijab. Eddy sehabat setianya membawa Rejab berjumpa dengan Wak untuk membuka hijab bertujuan untuk melihat benda ghaib. Namun selepas beberapa hari, Rejab tak mampu bertahan lagi melihat mahkluk di sekelilingnya dan mahu menutup semula hijabnya.

Telefilem seram komedi 'Hijab Rejab' pada Sabtu ini, 2 November pukul 9 malam di Astro Citra.

Lakonan Safwan Nazri, Harris Annuar, Tajuddin Bakar, Norlia Ghani, Hasmira Azmi, Aida Salleh

Drama Satukan Rasa, 4 November 2019

Drama Satukan Rasa, 4 November 2019, 10 malam, Astro Ria & Ria HD

Lakonan Siti Nordiana, Khai Bahar, Nine, Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Kem, Nina Juren, Nadya Syahera, Ainin Batrisya, Raja Azmi ...

MATAWANG KEDAH

_MATAWANG KEDAH_
Apabila tiba saja di Kedah sama ada melalui jalan darat atau udara, SILA TUKAR MATAWANG anda. Kedah menggunakan matawang sendiri.
Lima duit (lima det)=5 sen
Sekupang=10 sen
Lima belaih duit (lima belaih det)=15 sen
Dua kupang=20 sen
Suku=25 sen
Tiga kupang lima duit (tiga kupang lima det)=35 sen
Tengah dua ringgit=RM1.50
Dua ringgit tiga=RM2.30
Tengah dua ratuih=RM150.00
Tengah dua ribu=RM1500.00
Tak dak det sekepiang=muflis, 0 sen
Orang semekin, makan semekut, tidoq semejid=gelandangan
Ada duit belum tentu bahagia,
Takdak duit dah tentu tak bahagia...

Word 207

Word 207
-
Cuba bayangkan kalau #semua orang di Malaysia malam semalam Allah bagi RM 10,000,000.00 setiap seorang terus ke dalam akaun bank.
-
Bangun pagi ni, kita cek akaun melalui Maybank2u , punyalah terkejut sebab ada RM10 juta dalam akaun. Kita pun merancang untuk masukkan duit dalam pelaburan, bagi emak dan ayah, bayar hutang, beli kereta baru, beli rumah baru, shopping sakan dan pergi Melancong dan Umrah
-
Kita pun call emak di kampung, emak cakap tak perlu bagi emak duit lagi sebab emak dah jutawan.
-
Kita keluar rumah untuk pergi selesaikan urusan kita tadi. Keluar rumah, baru nak hidupkan kereta myvi, kereta pula rosak. Terus terbayang nak tukar dengan Lambo Avantador Sebelum tu, kena ada kereta lain dulu untuk ke sana.. Kita pun call tuan kereta sewa untuk sewa kereta. "Maaf, kami tidak beroperasi selama setahun kerana semua staff cuti. Mereka sudah jadi jutawan."
-
Kita pun terus membuka applikasi Grab dan Uber. Ternyata tiada yang available kerana semua sudah jadi jutawan.
-
Kita mula melangkahkan kaki keluar untuk mendapatkan teksi. Ternyata Teksi juga tiada kerana semua pemandu teksi sudah jadi jutawan.
-
Kita teruskan melangkah ke bank untuk mengeluarkan duit. Bank juga tutup kerana semua pegawai bank sudah jadi jutawan. Duit di dalam mesin Atm juga sudah habis kerana kita agak lewat dan tiada penghantaran duit kerana mereka yang bekerja dengan Securiforce juga sudah jadi jutawan.
-
Kita mula buntu dan cuba melangkah longlai ke kedai mamak berhampiran untuk pekena teh ais kaw bagi menghilangkan rasa tertekan. Ternyata kedai mamak juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan.
-
Kita semakin buntu. Kelihatan banyak projek pembinaan bangunan tidak berjalan kerana semua pekerja Indonesia dan Bangla juga sudah jadi jutawan.
-
Kite melangkah masuk ke kedai 24 jam, 7 eleven. Buat kali pertama kedai 7 eleven juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan.
-
Banyak stesen minyak yang tutup kerana terputus bekalan minyak kerana pemandu lori minyak juga sudah jadi jutawan.
-
Keadaan jalan menjadi semakin sesak. Tetapi tiada Polis Trafik yang bertugas menjaga lalu lintas kerana semua Polis Trafik juga sudah jadi jutawan.
-
Jadi, bagaimana dengan kita?
-
Kesimpulannya, Allah dah jadikan setiap perkara itu #adil dan sempurna.
-
Kepada mereka yang Allah berikan nikmat rezeki, jawatan besar, kedudukan yang tinggi, pengaruh yang besar, pangkat, kejayaan, kemewahan, kemasyhuran yang lebih, jangan sesekali #sombong, #berlagak dan memandang #hina pada orang yang serba kekurangan atau biasa-biasa sahaja ini.
-
Kerana tanpa disedari, mereka ini lah yang banyak #memudahkan urusan harian anda dengan izin Allah.
-
Cc - Hamba Kaya

Selamanya

Puas aku utuskan surat cinta
Namun kau balas dengan derita
Mengapa tidak kesampaian
Untuk aku milikimu
*
Mengapa kita
Kasih yang terpisah
Bersatu cumalah hati
Menangis sedih biarlah
Kutemui di taman fantasi
*
Hasrat aku hanya memilikimu
Berkejar di alam fana cinta
Senyummu tiada ternilai
Tapi semua hanya dusta
*
Tapi ...
Malam-malam indah kian bercelaru
Mendoakan agar kau temui cinta
Sampai hujung nyawa
*
Mengapa kita
Kasih yang terpisah
Bersatu cumalah hati
Menangis sedih biarlah
Kutemui di taman fantasi
*
Mengapa kita
Kasih yang terpisah
Bersatu cumalah hati
Menangis sedih biarlah
Kutemui di taman fantasi
*
Tapi ...
Malam-malam indah kian bercelaru
Mendoakan agar kau temui cinta
Sampai hujung nyawa
*
Mengapa kita
Kasih yang terpisah
Bersatu cumalah hati
Menangis sedih biarlah
Kutemui di taman fantasi
*
Mengapa kita
Kasih yang terpisah
Bersatu cumalah hati
Menangis sedih biarlah
Kutemui di taman fantasi
*
#jmbelog

Drama Pesan Pada Hati (TV3)

Kisah cinta pandang pertama antara Yusof, lelaki bandar dengan Zulaikha seorang gadis kampung. Namun kerana perbezaan darjat hubungan mereka dilontar kebencian.

Setelah lima tahun berpisah, Zulaikha kembali untuk meminta pertolongan daripada Yusof dan sebagai ganti dia perlu menjadi orang gaji.


Drama bersiri (15 episod) Pesan Pada Hati.

Drama arahan terakhir arwah Raja Ahmad Alauddin.

Disiarkan di slot Lestary TV3 bermula 25 Oktober, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam.

Lakonan Shukri Yahaya, Nabila Razali, Jasmin Hamid, Chacha Maembong, Sara Ali, Arja Lee, Elya Miera, Adam Yusuf, Firdaus Ghufran, Bella Rose, Muaz Fitri, Liza Abdullah, Anne Abdullah

Pendoa yang Ikhlas, 27 Oktober pukul 9 malam di TV1

Kehidupan Haji Tamin sebagai seorang imam dan jurunikah. Selain itu, beliau juga sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti politik. Urusan keluarga dan anak-anak digalas oleh isterinya yang sentiasa menyokong minat dan kecenderungan beliau. Akan tetapi, langit tidak akan selalu cerah. Apakah yang membuatkan Haji Tamin terlalu berat hati ingin meletakkan jawatan sebagai imam & jurunikah?


Lakonan Bohari Ibrahim, Adibah Noor, Zahiril Adzim, Fatimah Abu Bakar, Che Kem, Azman Hassan

HAPPY DIWALI

HAPPY DIWALI

WISHING YOU AND YOUR FAMILY A LOT OF HAPPINESS.

PROSPERITY AND SPARKLING DIWALI.

Wadah Terkini