Filem WIRA Di Pawagam 21 November 2019

Filem 'Wira' ini mengisahkan tentang karakter utamanya, Hassan (Hairul Azreen) yang merupakan seorang bekas tentera yang telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil. Dia menyertai tentera bukan sahaja untuk mengawal “setan” dalam dirinya tetapi juga tidak sanggup melihat hidup keluarganya dan orang sekelilingnya yang ditekan dan dikawal oleh Raja (Dain Said). Setelah menyempurnakan khidmat untuk negara, Hassan kembali juga demi keluarga dan menyelesaikan hutang adiknya Zain (Fify Azmi) atas kekalahan pertandingan MMA yang dianjurkan oleh Raja. Hassan dan Zain terpaksa bertanding sekali lagi dengan Vee (Ismi Melinda) dan Rayyan (Josiah Hogan), kedua-dua anak Raja. Apakah halangan yang akan mereka hadapi seterusnya? Adakah Hassan mampu menyelamatkan keluarga dan orang di sekelilingnya?

Lakonan Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda, Dato Hilal Azman, Josiah Hogan, Dain Said, Yayan Ruhian, Henley Hii ...

Filem WIRA Di Pawagam 21 November 2019

Word 208 : Maulidur Rasul 2019

Word 208 : Maulidur Rasul 2019

Maulidur Rasul diperingati oleh umat Islam pada bulan Rabi ‘ul-Awwal, bulan ketiga di dalam kalendar Islam.
Maulidur Rasul turut dikenali sebagai Maulud Nabi di Malaysia, dan biasanya di penuhi dengan ceramah agama serta bacaan ayat suci al-Quran.
Nabi Muhammad di lahirkan sekitar tahun 570 (dalam kalendar Masihi). Bapa saudaranya telah membesarkan baginda selepas ibu bapanya meninggal dunia semasa baginda masih kecil. Nabi Muhammad bermula dengan menceburi bidang perdagangan dan penggembalaan.
Baginda mula berdakwah sekitar umur 40. Akhirnya, baginda dan pengikut-pengikutnya yang berjumlah sekitar sepuluh ribu berjaya menguasai Mekah. Nabi Muhammad meninggal dunia akibat keuzuran pada 632 selepas menyatukan Tanah Arab kepada sebuah entiti Muslim tunggal.

7 Netizen

Tujuh orang yang diburu oleh pembunuh bersiri mempunyai satu persamaan - mereka semua merupakan pembuli siber.

Telefilem thriller '7 Netizen' pada 9 Nov 2019 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD

Lakonan Nafiz Muaz, Mimi Lana, Yusuf Bahrin, Kak Girl, Azri Sabri, Aepul Roza, Bunga, Mat Over, Nelissa Nizam ...

SINOPSIS IKUT JEJAKMU

SINOPSIS IKUT JEJAKMU

Mengisahkan Ustaz Yusof yang bersusah payah memperjuangkan dakwah di kalangan masyarakat pendalaman untuk mengislamkan mereka. Ada yang tidak menyukainya sehinggakan surau telah dibakar.

Telefilem istimewa sempena Maulidur Rasul bertajuk 'Ikut Jejakmu' pada Sabtu, 9 November pukul 9 malam di TV1.

Lakonan Amir Nafis, Azhan Rani, Lia Natalia, Adib Haziem ...

Dato S (Astro First)

Dato S (Astro First)

Sazali, seorang jurujual yang mempunyai perwatakan menarik. Dek kerana enggan hidup dalam serba sederhana, dia nekad untuk menipu ramai orang dengan pelbagai aktiviti haram sehingga mendapat tentangan isterinya. Dalam masa yang sama, Sazali turut berkenalan dengan Arman (Fikry Ibrahim) dan Bunga (Puteri Aishah) yang memberikan pelbagai ‘inspirasi’ buatnya untuk terus mengaut kekayaaan dari pelbagai sumber haram.

Kamal Adli, Puteri Aisyah, Fikry Ibrahim, Zulin Aziz, Jalaluddin Hassan


Aku Belum Mahu Mati Sabtu Ini di TV3

Maria, wanita yang bekerjaya, tidak menitikberatkan soal keagamaan dan agak cenderung mengumpul pelbagai jenis patung walaupun tidak digemari oleh suaminya.

Telefilem Aku Belum Mahu Mati, Sabtu,9 November, 9.30 malam di Tv3

Lakonan Zara Zya, Ady Putra, Tasha Shila, Syida Melvin,  Kismah Johar ...


RINTIHAN SEORANG IMAM

*RINTIHAN SEORANG IMAM*
-
*Jemaahku...*
Kerana sekeping roti canai sedap di mana sekali pun... sanggup kau mencari,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,
-
*Jemaahku...*
Kerana kenduri kendara jauh dimana sekali pun... bersungguh kau hadiri,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun mungkin tiada jua kau kunjungi,
-
*Jemaahku...*
Kerana bolasepak yang kau minati... Stadium Bukit Jalil sanggup kau jejaki,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun mungkin tiada jua kau kunjungi,
-

Tengku Ismail Leon Petra

Tengku Ismail Leon Petra anak kepada bekas ratu cantik Moscow Rihana Oksana Gorbatenko dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

MENTOR MILENIA 2019

MENTOR MILENIA 2019

BLACK
AEDY KAMA
BULAN

HAZAMA
APEX TAUDIN
ARAYN MALIK

AKIM
SHAREE LOPES
RYAN QUE

STACY
REMY MANAF - TERKELUAR 03 OKTOBER 2019
RIKA RIANA

ERNIE ZAKRI
DAUS HUSNY
YAZRUL ARREP

MENTOR MILENIA 2019 BERMULA 27 OKTOBER 2019 9 MALAM DI TV3

Senarai calon-calon dan pemenang ASK2019:

Senarai calon-calon dan pemenang ASK2019:

Drama Terbaik
★ Di Sisi (Unit Drama TV, RTM) ★Lalang (Unit Drama TV, RTM)
Sirna (Onechinoiz Studios)
Telingkah (Unit Drama TV, RTM)
Titi Kayu (Eleven Field)
Filem Terbaik
★ One Two Jaga ★Paskal
Gol & Gincu Vol 2
Hantu Kak Limah
Polis Evo 2

Pelakon Lelaki Terbaik Drama

SINOPSIS 7 HARI KISAH CINTA LANGKAWI

SINOPSIS 7 HARI KISAH CINTA LANGKAWI

Berkisahkan seorang vlogger popular bernama Adira (dijayakan oleh Chi Azim) yang menggunakan nama vlog Diva Asmara yang kerap memuatnaik kata-kata nasihat dan motivasi kepada pengikutnya tentang permasalahan cinta remaja serta bagaimana mengatasinya.

Apabila beliau menerbitkan buku bertajuk Cara Memikat Lelaki Dalam 7 Hari, seorang lagi vlogger di Langkawi bernama Joe (dijayakan oleh Josiah Hogan) mencabarnya untuk membuktikan keberkesanan sistem yang disarankan dalam bukunya. Adira enggan melayan cabaran tersebut tetapi pembantu peribadinya, Eli (dijayakan oleh Tengku Norsaili) mendesak Adira untuk menyahut cabaran yang telah menjadi viral di media social.

Cabaran yang dilontarkan kepada Adira bukanlah untuk Joe jatuh cinta dengannya dalam 7 hari tetapi untuk Adira menawan kawan Joe bernama Ben (dijayakan oleh Peter Davis) yang berasal dari UK. Lebih-lebih lagi situasi ini menjadi rumit dengan kehadiran kawan Joe iaitu Nik (dijayakan oleh Mark Adam) yang sering mengganggu pelan Joe untuk merosakkan reputasi Adira (dengan cara yang tak sengaja).

Pada masa yang sama, ayah Adira, Datuk Rahim (dijayakan Oleh Shahruddin Thamby) telah memaksa anak rakanniaganya, Zul (dijayakan oleh Amai Kamarudin) segera ke Langkawi untuk memikat hati Adira, kerana dia inginkan Zul untuk menjadi menantunya.

Siapakah yang akan berjaya? Adira? Joe? Nik? Zul? Atau Ben?

Filem komedi romantik '7 Hari Kisah Cinta Langkawi' mula ditayangkan di Pawagan bermula 31 Oktober 2019.

Lakonan Josiah Hogan, Mark Adam, Peter Davies, Chi Azim, Tengku Ely, Amai Kamaruddin, Sharifah Shahira, Shahruddin Thamby, Chi Azim, Tengku Norsaili ...

Manfaat dari bacaan Ayattul Kursi

Manfaat dari bacaan Ayattul Kursi
►1. Bacalah saat meninggalkan rumah anda, dan 70,000 malaikat akan melindungi anda dan seisi rumah. 
►2. Bacalah saat memasuki rumah anda, dan kemiskinan tidak akan masuk ke rumah anda.
►3. Bacalah setelah berwudhu dan anda dapat naik 70 darjat di sisi Allah SWT.
►4. Bacalah sebelum tidur dan 1 Malaikat akan melindungi anda sepanjang malam.
►5. Bacalah setelah solat fardu, dan satu-satunya yang dapat memisahkan anda dari syurga adalah kematian.

Wadah Terkini