Gerhana Matahari berlaku di Malaysia.

Pada 26 Disember 2019, sebuah fenomena alam berlaku iaitu gerhana matahari. Lebih menarik lagi, fenomena ini dapat dilihat di keseluruhan Malaysia! Sebelum kita fikir apa yang perlu dilakukan, mari kita ulang kaji semula berkenaan fenomena ini.

1
Bagaimana gerhana matahari berlaku?

Fenomena gerhana matahari berlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dan Matahari pada satu garis lurus. Oleh sebab bulan berada di tengah, maka bayang-bayang bulan akan menutupi sebahagian Bumi. Daripada bayang-bayang inilah yang kita namakan sebagai gerhana Matahari.

2
Bilakah gerhana matahari berlaku dalam satu hari?



Gerhana matahari hanya berlaku pada waktu siang, iaitu waktu antara matahari terbit dengan matahari terbenam. Hemisfera bumi yang berada pada waktu malam, tidak akan dapat melihat gerhana matahari di bahagian hemisfera siang.

3
Berapa kerapkah gerhana matahari berlaku?



Gerhana matahari berlaku sekitar 2 kali setahun. Namun gerhana matahari boleh berlaku lebih daripada 2 kali setahun, tetapi kebarangkaliannya adalah kurang. Gerhana matahari yang paling tinggi kekerapannya adalah pada tahun 1935 dengan 5 kali gerhana pada tahun tersebut.

4
Bagaimana wujud gerhana matahari yang berbeza?



Terdapat 4 jenis gerhana matahari iaitu gerhana matahari penuh, gerhana matahari separa, gerhana matahari cincin dan  gerhana matahari hibrid.
Gerhana matahari penuh berlaku apabila keseluruhan matahari ditutupi oleh bulan. Gerhana matahari separa berlaku apabila sebahagian matahari ditutupi bulan. Gerhana matahari cincin pula berlaku apa bila keseluruhan bulan menutupi matahari, namun tidak menutupi keseluruhan matahari. Gerhana matahari hibrid pula berlaku dengan gabungan matahari cincin dan matahari penuh.
Gerhana matahari pada 26 Disember akan datang ialah gerhana matahari cincin. Namun hanya bahagian selatan johor dan sebahagian sarawak sahaja yang dapat melihat gerhana matahari cincin. Manakala kawasan lain hanya dapat lihat gerhana matahari separa.

WORD 214

WORD 214

disember 22 2019 @ 1630 

- engkau pergi meninggalkan aku selamanya

- walau engkau sekadar ayah angkat tapi engkau segalanya bagi ku

- Al-Fatihah

SEGMEN | 24 Jam Bloglist #35 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2020 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 3.00 petang 24/12/2019 sehingga 3.00 petang 25/12/2019. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #35 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2019.

** jom support Mia Liana....


Kisah Seram Hostel lakonan Janna Nick, Yuna Rahim di Astro Citra

Sekumpulan pelajar asrama yang sedang bercerita tentang pengalaman masing-masing namun akhirnya mendapati bahawa rakan-rakan mereka adalah hantu.

Kisah Seram Hostel lakonan Janna Nick, Yuna Rahim di Astro Citra pada Sabtu 28 Disember, jam 9 malam

SINOPSIS DI HUJUNG RANTING

SINOPSIS DI HUJUNG RANTING

Mawardah dipertemukan dengan Amar dalam satu kemalangan kecil. Pertemuan itu menumbuhkan bibit cinta Amar terhadap Mawardah. Namun belum sempat cinta diluahkan, Mawardah dikahwinkan dengan Hakim anak rakan karib arwah ibu Mawardah tanpa disedari bahawa lelaki itu adalah abang kandung Amar.

Perkahwinan itu mengecewakan Amar lalu membawa diri ke negara jiran. Sesungguhnya Mawardah tidak pernah diberitahu bahawa Hakim telah pun memiliki isteri sebelumnya iaitu Fatin. Perkahwinan Fatin dan Hakim di luar negara ditentang keluarga Hakim. Kecurangan Fatin dan desakan ibu Hakim iaitu Datin Fatimah memaksa Hakim menceraikan Fatin dengan talak satu.

Namun Fatin berusaha untuk kembali memiliki Hakim hingga berjaya. Berita Hakim kembali kepada Fatin dan layanan dingin Hakim terhadap Mawardah membuatkan Amar benci terhadap Hakim. Apakah Amar akan kembali kepada Mawardah semula atau Mawardah pasrah dan tetap setia memegang tanggungjawabnya sebagai isteri.

Drama bersiri 30 episod adaptasi novel 'Di Hujung Ranting' karya Indah Hairani akan datang di RTM. Dibintangi oleh Shukri Yahaya, Nad Zainal, Dayang Areeda,  dan Amar Asyraf. Drama terbitan A.Aida Production, dibawah arahan Along Kamaludin.

Lakonan Nad Zainal, Shukri Yahaya, Dayang Areeda, Amar Asyraf, Umar Dzariff , Aishah Atan, Aida Khalida , Fazlina Ahmad Daud, Zoey Rahman, Arash Mohd, Afzan A Rahman, Silfeny Osman, Jovi Heng, Joyce Harn ...

SINOPSIS CINDAI

SINOPSIS CINDAI 

Kisah tentang kehidupan seorang gadis yang menghidapi bipolar disorder bernama Cindai, dia juga seorang gelandangan kerana tidak mempunyai saudara yang boleh di tumpang. Namun disisinya sentiasa ditemani dan dijaga oleh seorang insan bernama Amir. Amir setia bersama Cindai dan sentiasa berada di sisi Cindai di saat susah dan senang.

Cindai Reihana membesar di rumah anak yatim setelah kematian kedua ibu bapanya. Dia juga mempunyai kecacatan di mata yang menyebabkan dirinya sering disisihkan dan dibuli oleh rakan-rakan. Cindai membesar menjadi seorang pemberontak. Sehinggalah dia berjumpa dengan Iskandar, satu-satunya insan yang melayannya dengan baik. Dia mula jatuh hati. Namun, Cindai kecewa apabila mendapat tahu Iskandar sudah berkahwin. Dia kemudiannya tekad hendak memisahkan Iskandar dan Yasmin agar dia dapat memiliki cinta Iskandar.

Drama Cindai 15 episod menemui penonton bermula 23 Disember, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di slot Samarinda TV3.

Lakonan Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Catriona Brian Ross, Niezam Zaidi, Haeriyanto Hassan, Ainina Ahmad, Mas Khan, Annie Mosha, Ameerul Asraf, Munah Bella, Zalfazin, Ku Zara Eryna ...

Juara Gegar Vaganza 2019

Gegar Vaganza (GV6) 2019 : Keputusan Peringkat Akhir
  1. Naqiu Boboy - JUARA - RM100,00
  2. Hardy Mirza - JUARA - RM100,000
  3. Jatt - KETIGA - RM30,000
  4. Nur Fatima - KEEMPAT - RM20,000
  5. One Nation Emcees - KELIMA - RM15,000
  6. Sham Visa - KEENAM - RM10,000

Wadah Terkini