Pages

سبتمبر 17، 2020

Polis denda pemuda panjat tiang elektrik gara-gara pelitup muka

Polis denda pemuda panjat tiang elektrik gara-gara pelitup muka


JAKARTA – Anggota ­polis ­mengarahkan seorang ­lelaki ­memanjat dan memeluk ­sebatang tiang elektrik kerana didapati tidak memakai pelitup muka, menurut laporan portal berita ­­Suara.com baru-baru ini.
Satu rakaman video yang ­tular menerusi laman sosial ­TikTok menunjukkan pemuda ­berkenaan ­dihukum di tempat awam kerana kesalahan itu.
Sambil memeluk tiang ­elektrik, pemuda itu juga diminta berjanji agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.
“Saya berjanji dunia dan ­akhirat jika keluar rumah selepas ini, saya akan memakai pelitup muka. Jika berbohong, saya akan diambil tindakan tegas,” kata ­lelaki itu.
Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan awam Alun-Alun ­Talaga, Kabupaten Majalengka di Jawa Barat, Indonesia dan ­menerima pelbagai reaksi ­netizen yang geli hati terhadap hukuman luar biasa itu oleh anggota polis ­berkenaan.
“Pengajaran yang digunakan cukup unik dan diharap pemuda itu benar-benar insaf,” kata ­seorang netizen.
Ada segelintir netizen ­mengkritik tindakan anggota ­polis itu kerana dia turut ­didapati tidak memakai pelitup muka dengan sempurna. – Agensi _Kosmo

0 comments:

إرسال تعليق

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!