Tanda Seseorang Itu Mempunyai Saka

Tanda Seseorang Itu Mempunyai Saka

Tanda Seseorang Itu Mempunyai Saka Sila Ambil Tahu : Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya.

Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawanya tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.

Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allaah subhanahu nwa ta`ala. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

DALILNYA:
Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk ‘khadam’ dinyatakan di dalam Al-Quran.
Firman Allaah subhanahu nwa ta`ala.: Maksudnya

“Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan…
(Surah Al-Jin: 6)

Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah).

Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang dengan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.

PERTALIAN ANTARA JIN DAN SAKA

Terdapat pertalian yang erat antara jin dan saka! Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka.

DALILNYA:
Dari Abu Tha’labah berkata: Rosuulullaahi shollallaahu a`laihi wasallam. bersabda: Maksudnya Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah.

Jin yang berpindah-randah seperti yang disebutkan diklasifikasikan sebagai jenis jin yang menjadi saka disebabkan jenis jin ini yang mampu berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2822495254493990&id=888981397845395&sfnsn=mo

Salah Apa Aku - ILIR 7

Salah Apa Aku - ILIR 7

Aku percaya kamu

Tapi lagi-lagi kau bohongiku
Kau telah tipu aku
Aku menyayangimu

Tapi lagi-lagi kau sakitiku
Kau telah khianatiku
Tak pernah ku sangka kau telah berubah

Kau membagi cinta dengan dirinya
Aku yang terluka sungguh aku kecewa
Entah apa yang merasukimu

Hingga kau tega mengkhianatiku
Yang tulus mencintaimu
Salah apa diriku padamu

Hingga kau tega menyakiti aku
Kau sia-siakan cintaku
Aku menyayangimu

Tapi lagi-lagi kau sakitiku
Kau telah khianatiku
Tak pernah ku sangka kau telah berubah

Kau membagi cinta dengan dirinya
Aku yang terluka sungguh aku kecewa
Entah apa yang merasukimu

Hingga kau tega mengkhianatiku
Yang tulus mencintaimu
Salah apa diriku padamu

Hingga kau tega menyakiti aku
Kau sia-siakan cintaku
Wo-oo Woo-oo-oo
Entah apa yang merasukimu

Hingga kau tega mengkhianatiku
Yang tulus mencintaimu
Salah apa diriku padamu

Hingga kau tega menyakiti aku
Kau sia-siakan cintaku
Woo-oo
Entah apa yang merasukimu

Hingga kau tega mengkhianatiku
Yang tulus mencintaimu
Salah apa diriku padamu

Hingga kau tega menyakiti aku
Kau sia-siakan cintaku
Kau sia-siakan cintaku

SINOPSIS PINK SMILE

Pink Smile

SINOPSIS PINK SMILE

Mengisahkan Luna yang selalu singgah di Duncan Coffee House kerana meminati Kaz, pemilik kedai tersebut. 

Luna - Si pencinta tegar tapi hanya mampu tengok dari jauh aje setiap kali dia ke Duncan CoffeeHouse. Kaz merupakan aura beku yang mampu mencairkannya dalam lima saat. Tiap kali berada dekat dengan Kaz, Luna kena panick attack. Pengsan tak sedar dunia apabila ‘dunia’ impiannya berada dekat dengannya.

Kaz - Kehadiran Luna menjadi pencetus ilham untuk menu terbaru Duncan CoffeeHouse. Luna, perempuan comel dengan braces merah jambu! Tanpa sedar si pencetus ilham turut mencetus fenomena luar biasa dalam hati. Tapi mengapa Luna pula cuba main tarik tali?

Akif - Berdiri atas nama seorang sahabat, tetapi tidak pernah ada untuk Luna kerana sering menidakkan perasaan aneh sejak dari bangku sekolah menengah menyebabkannya sering menghilangkan diri. Setelah mengenal pasti rasa yang ada, dia nekad kembali untuk mendapatkan Luna. Dan takdir membawanya ke Duncan CoffeeHouse, di mana Luna sering datang menjenguk cinta.

Dapatkah Akif merebut kembali cintanya yang telah lama ditinggalkan? Bagaimana pula keputusan Luna? Siapa pilihan Luna? Sama ada kisah semalam atau cinta impiannya? Duncan CoffeeHouse menyatukan kembali mereka semua, merungkai semua persoalan yang membelenggu mereka bertiga.

Drama 20 episod adaptasi novel 'Pink Smile' karya Luna Adresia di TV3 pada bulan Ramadan nanti.

Lakonan Fattah Amin, Sweet Qismina, Syafi Tee, Afifah Nasir, Intan Najuwa, Natasya Mahyan, Esma Daniel, Noniswara, Iswan Ismail, Farhan Asri, Izzat Mushtaq ...

SINOPSIS JERAT

Jerat tv3

SINOPSIS JERAT

Kisah tiga sahabat Iris, Najihah dan Angie yang akrab atas dasar kerja. Iris, anggota polis berpangkat inspektor. Angie wartawan. Najihah pula peguam. Tiga kombinasi ini saling bekerjasama menyelesaikan banyak kes jenayah. Dalam masa yang sama, Iris sibuk membuat persiapan perkahwinananya dengan Faris seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Telefilem 'Jerat' disiarkan pada Sabtu, 14 Mac 2020 pukul 10 malam di TV3.

Lakonan Adam Lee, Mona Allen, Julia Farhana Marin, Nina Kho, Ridzuan Hashim, Lan Siro, Cha Oi ...

SINOPSIS ISTERIKU 120KG

Isteriku 120kg

SINOPSIS ISTERIKU 120KG

Mengisahkan Aiman Zafril yang disyaratkan oleh Nenek Masyitah untuk mengahwini Nelydia sebelum harta keluarga dipindah milik kepada namanya. Nelydia merupakan rakan sepermainan Aiman ketika beliau berusia 7 tahun. Malangnya, Nelydia bukanlah pilihannya berdasarkan saiz badan yang besar.

Aiman tiada pilihan, dia perlu berkahwin jika mahu harta menjadi miliknya. Setelah bergelar suami kepada Nelydia seberat 120 kg itu, nenek Masyitah mahukan cicit pula. Jika tidak, jangan harap nenek Masyitah akan memberikan harta.

Gelap hitam dunia Aiman Zafril. Bagaimana dia mahu menyentuh Nelydia sedangkan melihat wanita itu sahaja tekaknya sudah loya? Nenek Masyitah pula makin hari makin mendesak mahukan cicit. Tetapi lain pula bagi pihak Nelydia yang berasa cukup bertuah kerana dapat menjadi isteri kepada lelaki kacak dan kaya seperti Aiman Zafril. Namun, sukar sekali untuk membuatkan Aiman Zafril jatuh hati kepadanya.

Untuk terus menjadi isteri Aiman Zafril demi mengecap kemewahan, Nelydia perlu memberikan zuriat buat lelaki itu. Nelydia buntu dan keliru. Perlukah Nelydia berkorban sejauh itu?

Drama 13 episod adaptasi novel 'Isteriku 120kg' karya Siti Nur Dhuha disiarkan bermula 12 Mac, setiap Khamis hingga Ahad pukul 7 malam di TV1. 

Lakonan Amar Asyraf, Jaja Iliyes, Iswan Ismail, Afifah Nasir, Neera Azizi, Fauziah Nawi, Lisa, Mili Supina, Mak Wan ...

WORD 220 | WW | MARCH 11 2020

MARCH 11 2020 : WORD 220

What Is Your Dream

A dream is a succession of images, ideas, emotions, and sensations that usually occur involuntarily in the mind during certain stages of sleep. The content and purpose of dreams are not fully understood, although they have been a topic of scientific, philosophical and religious interest throughout recorded history. Wikipedia

Comelkan Maryam Syahrizal

Comelkan Maryam Syahrizal






A post shared by Jojie Aminuddin (@jojieaminuddin) on


Maryam Syahrizal anak angkat kepada Jojie (Kakak Ella) dan Syahrizal

GOOGLE

SEGMEN | Hilton Garden Inn Kuala Lumpur

Agak lama saya tidak bercuti. Antara tempat bercuti yang masih diingatan saya ada masa di Kuala Lumpur. Saya menginap di Hilton Garden Inn Kuala Lumpur. Harga murah dan berpatutan di sana.


Info lanjut boleh di bawah 


Hilton Garden Inn Kuala Lumpur

Hilton Garden Inn Kuala Lumpur

Kelebihan Hilton Hotel Garden Inn
  1. Hotel yang bersih dan berada berhampiran banyak tempat tarikan pelancong. Terutama sekali Jalan Chow Kit. Boleh naik Grab ataupun memandu sendiri untuk ke lokasi ini dalam beberapa minit saja dari hotel. 
  2. Nikmati pemandangan indah dari bumbung hotel.
  3. Biliknya pun kemas & bersih. Menu makanan paginya sedap dan beraneka jenis. Memang memenuhi standard rangkaian hotel milik Hilton. Tidak hairanlah Hilton Garden Inn menjadi pilihan penginapan di kuala lumpur.
  4. Tempat letak kereta percuma diberikan kepada para pelanggan.
Ulasan pelancong yang pernah menginap di Hilton Garden Inn
  • 7.9/10 dari 351 ulasan di Agoda
  • 4/5 dari 375 ulasan di TripAdvisor
  • 8/10 dari  330 ulasan di Hotels.com
  • 4/5 dari 371 ulasan di Expedia.com.my
  • 8.1/10 dari 1,222 ulasan di Booking
Alamat: Jalan Tuanku Abdul Rahman North 449, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Harga: Dari RM150/ malam




travel

SEGMEN | Pelan Rumah Banglo 2 Tingkat. 6 Bilik Tidur & 5 Bilik Air

Saya suka Pelan Rumah Banglo 2 Tingkat. 6 Bilik Tidur & 5 Bilik Air. Sebab Mudah bila adik beradik datang bertandang dan bermalam. Tidak perlu berebut-rebut nak ke bilik air bila bangun pagi.




Pelan Rumah Banglo 2 Tingkat. 6 Bilik Tidur & 5 Bilik Air

Kelebihan rumah tingkat yang diketahui ramai ialah mudah untuk mengasingkan ruang keluarga dengan tetamu.

Rekaan pelan lantai untuk aras bawah.

Cuba lihat rekaan pelan lantai untuk aras bawah, bilik untuk tetamu (bedroom 2) & pembantu rumah (bedroom 1) berada di tingkat ini.
Sekiranya keluarga anda menerima kunjungan dari saudara mara, boleh saja mereka menginap di bilik yang disediakan khas untuk mereka ini. 

Bilik tetamu juga mempunyai bilik air yang terdapat di dalam bilik, jadi mereka tak perlu keluar dari bilik untuk mandi. Semestinya ini akan memberikan keselesaan kepada tetamu untuk menjaga aurat mereka.

Selain itu, bilik yang sama juga dapat dijadikan bilik pengantin semasa kenduri perkahwinan yang kita adakan pada masa akan datang.


Pada arah bawah juga disediakan sebuah bilik air yang boleh diakses oleh semua orang, terutama sekali untuk tetamu.


Rekaan pelan lantai untuk aras atas.

Ruang atas dikhususkan untuk ahli keluarga & mempunyai "family area"nya sendiri. Kawasan ini sesuai diletakkan tv untuk ahli keluarga berbual mesra.

Bedroom 3 & 4 sesuai untuk anak lelaki dan tidak mempunyai bilik air sendiri. Mereka boleh menggunakan bathroom 3 yang berada hampir dengan ruang keluarga di aras ini.

Bedroom 5 pula sesuai untuk anak perempuan, terutama sekali yang sudah meningkat dewasa. Bilik ini mempunyai bilik airnya sendiri yang sudah tentu memudahkan anak perempuan kita menjaga aurat semasa adik beradik lelakinya yang lain.

Ini selaras dengan tuntutan agama islam yang menetapkan pengasingan tempat tidur adik beradik berlainan jantina.
Aras atas juga mempunyai ruang solat untuk keluarga bersolat secara berjemaah bersama sama, mengaji al quran & mungkin juga menjadi ruang pengisian rohani keluarga.

Bilik paling luas untuk keseluruhan rumah ini sudah tentulah "master bedroom" yang lengkap dengan bilik airnya.

Di bawah ini saya sertakan juga pelan 3 Dimensi untuk rumah ini. Ini hanyalah cadangan sahaja, setiap klien Nas Nuri boleh mengubah rupa bentuk luaran dan dalaman mengikut selera mereka sehingga puas hati.

Itulah kelebihan bina rumah atas tanah sendiri kan.

Contoh idea rekabentuk 3D untuk rumah banglo 2 tingkat.




Wadah Terkini