MAYA PERCINTAAN - U-TOPIA

MAYA PERCINTAAN - U-TOPIA
Kasih sayang cinta terhalang
Alam indah hanya sementara
Mengapa ini harus terjadi
Aku kesepian
Sampai bila harus begini
Janji manis hanya di bibir
Kau persendakan cinta yang suci
Aku kau tinggalkan
Maya percintaan
Ada madu ada racun
Manis cuma seketika
Kini pahitnya kurasakan
Hidupku sengsara
Hanya kenangan manjamu
Yang menggoda ingatanku
Engkau semakin menjauh
Biar ku terus memburu
Kepastian
Renda hatiku yang terluka
Merentasi rindu membara
Apakah ini sudah suratan
Untukku oh sayang
Maya percintaan
Ada madu ada racun
Manis cuma seketika
Kini pahitnya kurasakan
Hidupku sengsara
Hanya kenangan manjamu
Yang menggoda ingatanku
Engkau semakin menjauh
Biar ku terus memburu
Kepastian
Sampai bila harus begini
Janji manis hanya di bibir
Kau persendakan cinta yang suci
Aku kau tinggalkan
Maya percintaan
Ada madu ada racun
Manis cuma seketika
Kini pahitnya kurasakan
Hidupku sengsara
Hanya kenangan manjamu
Yang menggoda ingatanku
Engkau semakin menjauh
Biar ku terus memburu
Kepastian
Renda hatiku yang terluka
Merentasi rindu membara
Apakah ini sudah suratan
Untukku oh sayang



Program siswazah Maxis

Maxis melancarkan dua program sizwazah baharu untuk memberi peluang kepada bakat muda Malaysia memulakan kerjaya dalam bidang yang mereka minati dan mencapai cita-cita untuk menjadi penyedia penyelesaian konvergen terkemuka di barisan hadapan teknologi.

Program Sizwazah Maxis yang akan dijalankan selama setahun membolehkan graduan membina pengalaman kukuh dalam persekitaran pantas, kreativiti dan berinovasi untuk membantu mereka maju dalam perjalanan kerjaya mereka.

Ketua Pegawai Sumber Manusia Maxis, Natalia Navin berkata, di Maxis, warga kerjanya sentiasa menjadi aset paling kritikal untuk mencapai cita-cita dan komited untuk membina generasi pemimpin yang berpandangan jauh untuk Malaysia.

"Program Siswazah Maxis baharu kami adalah platform yang sangat baik untuk menyediakan pentas pembelajaran dipercepat bagi graduan baharu yang mahukan pengkhususan yang akan membolehkan mereka menjadi pakar atau pemimpin subjek dalam bidang yang mereka minati.

"Kami benar-benar mahu graduan kami menerapkan pemikiran yang inovatif dan Terus Menerajui dalam dunia yang semakin berubah," katanya dalam satu kenyataan.

Program Siswazah Maxis 2021 terbuka kepada orang ramai dan calon terpilih kemudian akan mendapat manfaat daripada dua program yang khas iaitu Program Siswazah Sumber Manusia dan Program Siswazah Perusahaan.

Ia bukan sahaja membolehkan mereka mencapai hasrat dan aspirasi mereka, tetapi juga memulakan permulaan yang baik untuk kerjaya yang berpotensi.

"Terdapat empat langkah utama dalam program ini iaitu bermula dengan memilih program pilihan mereka, penyerapan dan latihan, putaran pekerjaan serta pengalaman kerja.

"Untuk memohon Program Siswazah Maxis, calon yang berminat boleh melayari http://bit.ly/Maxis-Graduate-Programme-2021. Permohonan dibuka sehingga 31 Mac 2021," katanya.

Wadah Terkini