HARI ini 12 Mac, genaplah setahun wabak coronavirus atau COVID-19 diisytihar sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Lebih setahun 'mendung' berterusan, kini  'mentari' muncul lagi

HARI ini 12 Mac, genaplah setahun wabak coronavirus atau COVID-19 diisytihar sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada komuniti atau daerah semata-mata.

COVID-19 telah menepati kriteria pandemik kerana wabak ini mengancam manusia sejagat di seluruh dunia.

Pandemik COVID-19 bermula daripada penularan wabak di peringkat epidemik yang merebak secara meluas sehingga tidak dapat dikawal dan telah membunuh 2.6 juta orang setakat ini.

Antara pandemik yang pernah berlaku adalah wabak Antonine, wabak Jusne serta 'The Black Death' yang dipercayai membunuh puluhan juta orang sekitar abad ke 14.

Sebelum COVID-19 menyerang,  HIV/AIDS adalah satu-satunya pandemik yang diramal mampu membunuh sehingga 100 juta orang pada tahun 2025.

Di Malaysia, pandemik COVID-19 telah memasuki gelombang ketiga dan telah menyebabkan 1,200 kematian setakat 11 Mac.

Walaupun kes harian masih tinggi tapi berada dalam trend penurunan dan telah 6 hari mencatatkan kes di bawah 2,000. Penurunan kes ini berlaku secara perlahan-lahan dan dijangka stabil sekitar dua angka pada Mei.

Pendekatan untuk mengimbangi keperluan kesihatan rakyat dan kestabilan ekonomi yang diambil kerajaan menjadi faktor penurunan kes agak perlahan dan ini sememangnya telah dijangka.

Penghasilan vaksin dan kejayaan kerajaan mendapat bekalan vaksin yang mencukupi ketika semua negara sedang 'berebut' adalah satu sinar harapan baharu, ibarat mentari muncul lagi selepas mendung berterusan lebih setahun.

Penularan jangkitan hanya boleh dikawal menggunakan vaksin jika  imuniti berkelompok atau Herd Immunity terbentuk. Ini  boleh dicapai selepas 80% populasi di Malaysia mengambil vaksin.

Selepas lebih setahun kita terpaksa berperang dengan musuh yang tidak nampak, inilah peluang untuk kita menang.

Jika 126,000 orang menerima vaksin setiap hari, kita dijangka nencapai lebih awal sasaran 80% populasi sekaligus imuniti berkelompok dibentuk lebih awal.

Walaupun Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi Fasa 3 hanya akan bermula Mei, pendaftaran awal akan memastikan kelancaran proses vaksinasi dan mencapai sasaran 126,000 suntikan sehari.

Banyak 'kebebasan' akan kita kecapi lebih awal jika sasaran imuniti berkelompok ini dicapai lebih awal.

Kita merancang, kita berusaha dan kita berdoa, kepada Tuhan juga kita berserah.

Vaksin COVID-19, lindung diri lindung semua.

Romantika 4 Hari 3 Malam | Cukup Derita Itu

Nantikan drama adaptasi novel 'Romantika 4 Hari 3 Malam' karya Wizana Emilia di slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan Sean Lee dan Amelia Henderson. Drama 13 episod arahan Nizam Zakaria, terbitan Wiranusa Corporation. Disiarkan bermula 10 Mac setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di TV3. Juga boleh menonton semua episod secara percuma di laman wetv.vip atau di aplikasi WeTV.

Nantikan drama adaptasi novel 'Cukup Derita Itu' karya Siti Rosmizah di slot Samarinda TV3. Drama arahan Along Kamaludin, terbitan SR One Sdn Bhd. Akan menemui penonton pada bulan Ramadan nanti. 

SINOPSIS RESORT KASIH BUNGA RAYA

SINOPSIS RESORT KASIH BUNGA RAYA
Mengisahkan kisah suka duka kehidupan sebagai pekerja resort.

Nantikan drama sitkom 'Resort Kasih Bunga Raya' akan ditayangkan di RTM TV1. 

SINOPSIS PROJEK ANCHOR SPM

SINOPSIS PROJEK ANCHOR SPM
Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Aizat, kapten pasukan ragbi yang disegani, bersama Hilmi, iaitu Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas yang cemerlang, serta rakan mereka yang hanya dikenali sebagai Botol, adalah rakan karib dan sentiasa bersama di kala waktu susah dan senang.

Sementara itu, Aaidaa, pelajar paling cemerlang akademik STIA yang gemar menyendiri, bersusah payah membantu adik tirinya, Jaja, yang kurang mahir pendidikan, untuk bersedia hadapi peperiksaan terbesar, SPM.

Di samping itu, setelah mencuri keluar beberapa kali daripada kampus sekolah pada waktu malam, Aizat akhirnya ditangkap oleh Pengetua Awang, pengetua STIA yang amat tegas.

Pengetua Awang, memberi syarat kepada Aizat supaya tidak dibuang sekolah dan perlu meraih keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM yang sudah hampir.

Justeru, Aizat dengan terdesaknya cuba mencari jalan keluar, dan akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa, dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan-rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Nantikan drama premium Astro Originals 'Projek Anchor SPM' diinspirasikan daripada penipuan yang dirahsiakan di Malaysia. Akan datang mulai 15 Mac ini, setiap Isnin, 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 HD | 128 SD, atau strim di On Demand dan Astro GO

Wadah Terkini