5 Doa untuk Ayah

5 Doa untuk Ayah


1. Doa untuk Ayah yang Masih Hidup

Allahumma fighfirlii wa liwaa lidhayya warham humaa kamaa rabbayaa nii shokhiroon

“Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku. Baik ibu maupun bapakku, sayangilah mereka seperti mereka menyayangiku di waktu kecil.”

2. Doa untuk Ayah yang Sedang Sakit

Allahumma robbannaasi adzhibil ba’sa wasy fihu, wa antas syaafi, laa syifaa-a illa syfaauka, syifaan laa yughaadiru saqaama.

“Ya Allah, Rabb Manusia dan alam semesta, hilangkanlah kesusahan dan berikanlah dia kesembuhan, Engkau Dzat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain.”

3. Doa untuk Ayah yang Sedang Sakit Parah

Allahumma ahyini maa kaa natil khayatu khoirolli, watawaf fanni adza kaanat wafaatu khirolli.

“Ya Allah, hidupkanlah dia apabila itu lebih baik baginya. Dan matikanlah dia apabila kematian itu lebih baik baginya.”

4. Doa untuk Ayah yang Sudah Meninggal

Allahummaghfir lahu warhamhu wa ‘aafihi wa’fu ‘anhu wa akrim nuzulahu wa wassi’

madkholahu, waghsilhu bil maa i wats-tsalji walbarodi wa naqqihii minal khothoo ya kamaa yunaqqots- tsawbul abyadhu minad danas.

Wa abdilhu daaron khoiron min daarihii wa ahlan khoiron min ahlihii wa zawjan khoiron min zawjihi, wa adkhilhul jannata wa a ‘idzhu min ‘adzaabil qobri wa fitnatihi wa min ‘adzaabin naar.

“Ya Allah, ampunilah dan rahmatilah, bebaskanlah, lepaskanlah dia. Dan muliakanlah dia di tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih dan sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan dan dosa seperti baju putih yang bersih dari kotoran.

Dan gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia ke dalam surga-Mu, dan lindungilah dia dari siksa kubur serta fitnahnya, dan siksa api neraka.”

5. Doa untuk Ayah dan Saudaranya

Allahummaghfirlii, waliwaalidayya, war hamhumma, kamaa robbayaanii shagiiroo. Walijami’il muslimina, walmuslimaati, walmu’miniina, wal mu’minaati, al ahyaa’i minhum wal amwati.

Wataabi’ wabainanaa, wa bainahum bil khoiraati, robbighfir warham wa anta khoirur roohimiina, walaa quwwata, illa biilaahi ‘aliyyil adzim.

“Ya Allah, berikanlah ampunan kepadaku atas seluruh dosa – dosaku dan seluruh dosa kedua orang tuaku dan kasihanilah keduanya itu sebagaimana beliau berdua mengasihiku ketika aku masih kecil.

Begitu juga kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat, semua orang yang beriman, baik laki-laki maupun perempuan yang masih hidup maupun yang sudah meninggal dunia, dan ikutkanlah diantara kami dan mereka dengan kebaikan – kebaikan-Mu.

Ya Allah berilah ampunan dan belas kasihanilah karena Engkaulah Tuhan yang lebih berbelas kasih dan tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan-Mu.”

SUMBER

kerja

kerja...
tak kerja tak makan...
makan untuk kerja...
kerja untuk makan...

buat lah apa pun janji rezeki dari hasil yang halal...

Kes pertama varian (VOC) Omicron di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan kes pertama varian (VOC) Omicron di Malaysia, melibatkan seorang pelajar warga asing berusia 19 tahun. 

Amalkan ayat al-Quran ini untuk penawar semua penyakit. Insya-ALLAH dengan izin-NYA

TIADA siapa yang mahu dirinya jatuh sakit. Apabila kesihatan terjejas, maka rutin harian juga akan terkena tempiasnya.

Pasti banyak kerja yang akan tertangguh atau langsung tidak dapat dilakukan. Malah, ia juga mungkin menyukarkan untuk kita melakukan ibadah sunat yang biasa dilaksanakan.

Namun, jika sedang diuji dengan kesakitan, maka pergilah mendapatkan rawatan daripada mereka yang pakar. Pada masa sama, usah mengeluh dengan ujian itu. Sabar adalah sebaik-baik tindakan.

Siapa tahu, barangkali dengan kesakitan itu akan menyebabkan dosa-dosa kita terhapus. Wallahuaklam.

Pada zaman milenial ini, pelbagai jenis penyakit yang datang 'menyerang' masyarakat tanpa mengenal usia.

Antara penyakit yang biasa kita dengar ialah darah tinggi, kencing manis, jantung, batu karang, gout, strok, buah pinggang, barah, ketumbuhan, senggugut dan macam-macam lagi.

Begitupun, ketahuilah, tiada penyakit yang tiada penawarnya kecuali mati.

Dalam al-Quran terkandung penawar untuk semua penyakit.

Pakar perubatan Islam, Ustaz Datuk Sharhan Shafie menjelaskan, menerusi kalam ALLAH berkenaan, terselit amalan yang boleh menjadi penawar kepada penyakit.

"Sebenarnya Tuhan sebut secara spesifik dalam al-Quran penyakit yang ada dalam dada kita.

"Kepada mereka yang menghadapi penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, batu karang dan seumpamanya yang disahkan oleh pakar perubatan serta bukan daripada penyakit gangguan makhluk halus, ingatlah bahawa al-Quran ada untuk merawat mereka sebenarnya," katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan dalam TikTok milik @meeradriana baru-baru ini.

Ujar beliau, terdapat satu ayat yang begitu hebat untuk kita amalkan. Insya-ALLAH ia akan jadi penawar untuk diri kita.

Beliau kemudian membacakan sepotong ayat yang diambil daripada ayat 57, Surah Yunus.

Ayat berkenaan berbunyi: وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ (Wa syifaul lima fis sudur). Ia membawa maksud: Penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada.

Ustaz Sharhan menganjurkan kita membaca ayat berkenaan sambil tangan diletakkan pada dada.




"Ini kerana, dalam dada itu terdapat jantung dan pelbagai organ penting lain.

"Maka, bacalah potongan ayat itu setiap kali lepas solat dengan meletakkan tangan pada dada.

"Yakinlah kepada ALLAH dan usahlah mempercayai perkara-perkara khurafat," nasihatnya.

Jom kita cuba lakukan amalan ini. Insya-ALLAH, penyakit yang dihidapi akan sembuh dengan izin-NYA.

Apa-apapun, segala nasihat doktor dan preskripsi ubat yang diambil jangan pula dibiarkan begitu sahaja. Biarlah kedua-duanya bergerak seiring dalam memberikan kesan yang baik.

Setelah berusaha untuk menerima rawatan, makan ubat dan mengamalkan bacaan potongan ayat al-Quran tadi, bertawakal dan berserahlah kepada ALLAH SWT.

 Sumber: TikTok @meeradriana

KETIKA ENGKAU SUSAH, MOHONLAH HANYA KEPADA ALLAH

KETIKA ENGKAU SUSAH, MOHONLAH HANYA KEPADA ALLAH 


Firman Allah SWT :


فَنَادَىٰ فِی ٱلظُّلُمَـٰتِ أَن لَّاۤ إِلَـٰهَ إِلَّاۤ أَنتَ سُبۡحَـٰنَكَ إِنِّی كُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِینَ


[Surah Al-Anbiya' 87]

Terjemahan :

"(setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

25 BLOG - 29 NOVEMBER 2021

otak tak berfungsi, 1 hari 1 ...

otak tak berfungsi, 1 hari 1 ...

nak tulis gapo...

xde idea...

koje pagi balek male...

SURAH AL- BAQARAH AYAT 255


Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.

Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Wadah Terkini