Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti
Sara, seorang mangsa kepada orang yang dia paling percaya.. Siapakah orang yang dia percaya tu?
Nantikan dalam Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti bermula 21 Mac ni setiap Isnin - Khamis 11 Malam di Astro Ria
Nantikan filem romantik komedi, Autumn In Wales akan datang 24 Mac ini di Astro First, saluran 480.
Mengisahkan Aira yang sanggup ke Wales untuk membawa tunangnya, Darwish kembali ke Malaysia. Aira menyangka yang Darwish memutuskan pertunangan mereka kerana ada masalah di Wales namun semuanya terungkap yang Darwish memutuskan hubungan kerana perempuan lain, Marissa. Aira bertemu Mat Kelantan, Jaka yang bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah cafe. Jaka setuju untuk membantu Aira mendapatkan cinta Aira kembali.
Nantikan filem romantik komedi, Autumn In Wales akan datang 24 Mac ini di Astro First, saluran 480.
Lakonan Eyka Farhana, Jaa Suzuran, Keith Foo, Wanna Ali, Joey Daud, Amyza Aznan, Amirul Haswendy, Fara Mendoza, Wanns Ahmad, Sissy Imann ...
Saksikan telefilem Kerana Binti Abdullah arahan Nizam Zakaria pada Sabtu (19 Mac 2022) jam 9 malam di TV1.
Kisah kehidupan seorang anak tak sah taraf, Khaira yang dipelihara oleh abang angkatnya, Along namun isteri Along, Maria tidak menyukai Khaira.
Saksikan telefilem Kerana Binti Abdullah arahan Nizam Zakaria pada Sabtu (19 Mac 2022) jam 9 malam di TV1.
Lakonan Alif Satar, Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Salina Saibi, Nurhasmira Azmi ...
Doa Malam Nisfu Sya’ban
Ya Allah, kurniakan padaku kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
Ya Allah, masukkan aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
Ya Allah, kurniakan padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah SAW.
Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
Ya Allah, selamatkan rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.
Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
Ya Allah, terima amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkan aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
Ya Allah, apabila aku mati, biarkan jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
Ya Allah, kurniakan kepadaku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.
Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi,
mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.
Ya Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Jangan singgahkan keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.
Ya Allah, tingkatkan kecintaanku untukMu dan NabiMu.
Ya Allah, ampuni aku dan tingkatkan kurnian rahmat dan rezekiMu.
Ya Allah, beri aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanMu.
Ya Allah Ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan Kau biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan aku dari kalangan orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.
Ya Allah, selamatkan aku dari fitnah Dajjal.
Ya Allah, selamatkan aku dari azab kubur dan azab api neraka.
Ya Allah, tingkatkan usahaku dalam kerja-kerja sadaqatul jariah.
Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkan bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.
Ya Allah, tingkatkan kesyukuranku semata-mata kepadaMu.
Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
Ya Allah, izinkan aku dan suamiku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.
Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
Ya Allah, ampuni dan berikan rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Ya Allah, hapuskan Virus Covid19 di seluruh dunia dan sembuhkan mereka yang dijangkiti.
Ya Allah, ampunkan segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan ampunkan segala dosa seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia.
Amin Ya Rabbal’ Alamin
Mac 2022
Sekejap saja sudah suku pertama 2022
Sinopsis She Was Pretty Malaysia ( Adaptasi Drama Korea)
Sinopsis She Was Pretty Malaysia ( Adaptasi Drama Korea)
She Was Pretty mengisahkan seorang wanita bernama Nadia yang semasa kecil dikenal sebagai gadis cantik. Namun ketika dewasa, penampilannya berubah menjadi tak menarik.
Nadia punya rambut keriting mengembang dan warna kulitnya pun berubah dari putih menjadi bintik kemerahan.
Nadia punya rambut keriting mengembang dan warna kulitnya pun berubah dari putih menjadi bintik kemerahan.
Nadia bekerja di pejabat penerbitan terkenal. Suatu hari Nadia bertemu dengan cinta pertamanya Haniff. Dulu Hanif pernah diejek kerana tubuhnya yang besar. Dia menjadi sedih namun Nadia sentiasa menceriakan Hanif. Tidak lama kemudian Hanif ke luar negara dan kembali ke Malaysia dan bekerja di pejabat yang sama dengan Nadia. Oleh kerana perubahan wajah Nadia. Hanif tidak mengenali temannya itu.
Malu dan takut membuatkan Nadia meminta rakan baiknya Julie untuk menyamar sebagai dirinya bila bertemu Hanif. Kekesalan berlaku bila Hanif mula dating Julie. Hanif tidak menyedari pembantu yang sentiasa di sisinya adalah orang yang dia suka ketika kecil. Pada masa yang sama Nadia dilayan dengan sangat baik oleh seniornya Ashraff.
Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 : Syarat, Tarikh Permohonan & Bayaran
Perincian Pengeluaran_Khas maksimum RM10,000 KWSP:
- Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
- Tarikh permohonan online 1-30 April 2022
- Tempoh bayaran bermula 20 April 2022
- Jumlah pengeluaran maksimum RM10K, minimum RM50
- Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)
The Masked Singer Malaysia 2 :Tersingkir Minggu Kelima Hingga Ketujuh
The Masked Singer Malaysia 2 : Tersingkir Minggu Kelima Hingga Ketujuh
Minggu 5 : Iman Troye : AisKrim Roti
Minggu 6 : Zul HUzaimy : Mat Penyu
Minggu 7 : Reshmonu : Periuk Kera
Nantikan drama komedi terbitan produksi Mache All Star United bertajuk Republic Of Gombak akan disiarkan di slot Diandra TV9.
Nantikan drama Nusyuz Berkiblat Cinta lakonan Fikry Ibrahim dan Emma Maembong akan datang ramadan ini di Astro Ria.
NantikanFilem Renjana, sebuah kisah perjuangan wanita akan datang di Astro First, saluran 480 pada 17 Mac 2022.
Sinopsis Filem Renjana
Pada tahun 1907, seorang guru dari Pulau Pinang, Che Aminah datang ke Kedah. Che Aminah dikritik dan dianggap terlalu kebaratan oleh penduduk kampung apabila cuba meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan mereka ke sekolah dan diberikan pendidikan. Pada mulanya, hanya 5 orang gadis yang hadir ke sekolah Jawi & Al-Quran, keazamannya untuk melihat lebih ramai pelajar mendaftar ke sekolah tersebut. Dia telah mencipta sejarah sebagai guru pertama di sekolah perempuan.
Nantikan Filem Renjana, sebuah kisah perjuangan wanita akan datang di Astro First, saluran 480 pada 17 Mac 2022.
Lakonan Nabila Huda, Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Hasnul Rahmat, Nadia Aqilah, Zamarul Hisham, Kodi Rasheed, Sefik Khair, Emma Latah, Kamal Bakar, Ainin Batrisya ...
DI SEBALIK TABIR #SUAMIKULELAKIPENDOSA
DI SEBALIK TABIR #SUAMIKULELAKIPENDOSA