Sinopsis Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Sinopsis Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Mengisahkan tentang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang diketuai oleh Kapten Adib dan mentornya, Mejar Adnan yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara yang berada dalam pergolakan. Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas. 

Mengetahui perkara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran, abang ipar kepada Adib dan juga seorang juruterbang SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ialah sebuah filem aksi ketenteraan Malaysia 2022 yang akan datang arahan bersama Zulkarnain Azhar dan Frank See dengan skrip oleh Zulkarnain, See, Peter Toyat dan Opie Harris. Ia mengisahkan mengenai Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang mereka ditembak. Manakala pasukan Tentera Udara di Malaysia berusaha untuk menyelamatkan mereka. Dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As'ari, Pablo Amirul, Jack Tan, Sara Ali dan ramai lagi, filem ini dijangka akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 25 Ogos 2022.

Tahukah kau nak, apa beza ibu dengan ayah?



Ibuku selalu berpesan kepadaku :

Nak, tertawalah riang di hadapan ayahmu apabila beliau pulang ke rumah,
Kerana dunia luar itu begitu kejamnya sehingga dapat membahayakan ayahmu...

Tahukah kau nak, apa beza ibu dengan ayah?

Ibu membawamu (mengandungmu) di dalam rahim selama 9 bulan, namun ayahmu membawamu seumur hidupnya, tanpa kau sedari...

Ibu berupaya kuat agar kau tak merasa lapar, namun ayahmu lah yang mengajarimu agar kau tak kelaparan lagi, tanpa kau fahami...

Ibu menggendongmu (dengan memelukmu) di dada, namun ayahmu menggendongmu dibelakangnya, tanpa kau perhatikan...

Cinta ibu ini sudah kau kenali mulai dari semenjak kau lahir, namun cinta ayahmu 'kan kau ketahui setelah kau menjadi seorang ayah... Kerana itu bersabarlah dengan baik...

Kredit kepada penulis dari FB Penyejuk Hati

AN NUR - AL- IKHWAN


 #Assalamualaikum 

#selamatpagi 

#salamjumaat 

#jmbelog 


Tajuk: An-Nur Artis: Al-Ikhwan (SMA Darul Falah, Melaka) lirik:

 اسعد بهذا النور بطول بدر النور بروح سلام النور أنوار ربنا يا خالق الانسان أفضال على الأسعاد يا ربي ربنا أفصل حجتنا يا ألله يا ربي يا رسول يا نبي ألله يهدنا ألله سعينا لاءاله ءالا الله يا ألله يا محمد يا ألله يا مجاد محمد رسول ألله حجتنا بالنور ألله يا نبي يا ألله يا رسول الله


Sumber : http://nailahthowus.blogspot.com/2017/04/lirik-al-ikhwan-annur.html?m=1

Malaysia kini berada dalam landasan untuk muncul sebagai negara pertama yang berjaya menghasilkan Graphene, iaitu satu bahan yang dikatakan 200 kali ganda lebih kuat daripada logam.



200 Kali Ganda Lebih Kuat Dari Logam, Malaysia Bakal Jadi Negara Pertama Hasilkan Graphene, Dibuat Dari Sisa Sawit

Anda mungkin pernah mendengar nama vibranium, iaitu satu bahan yang dikatakan lebih kuat dari logam. Bagaimanapun, bahan ini hanya wujud dalam negara fantasi Wakanda, dalam dunia Marvel sahaja.

Namun begitu, Malaysia bakal menjadi negara pertama di dunia yang berjaya menghasilkan bahan tersebut, namun dengan nama berbeza. Percaya atau tidak, Malaysia kini berada dalam landasan untuk muncul sebagai negara pertama yang berjaya menghasilkan Graphene, iaitu satu bahan yang dikatakan 200 kali ganda lebih kuat daripada logam.

Lebih menarik, produk ini dikatakan akan dihasilkan menggunakan sisa isirong kelapa sawit, iaitu komoditi perladangan yang amat dekat dengan hati rakyat Malaysia. Untungnya kita, negara ini mempunyai begitu banyak ladang kelapa sawit yang berguna dalam penghasilan Graphene ini.



Menurut laman web Graphene.info, Graphene adalah satu karbon setebal satu atom yang tersusun dalam bentuk hexagon. Ia adalah blok binaan grafit (yang mempunyai pelbagai kegunaan, salah satunya ditemui dalam mata pensel), tetapi Graphene adalah satu bahan yang secara tersendiri sangat menakjubkan. Graphene dianggap sebagai ‘bahan ajaib’ kerana pelbagai ciri menarik yang mempersonakan yang dimilikinya.

Graphene juga adalah bahan paling nipis yang diketahui oleh manusia setakat ini, tetapi ia juga mempunyai kekuatan yang sangat mengejutkan, iaitu lebih 200 kali ganda lebih kuat daripada logam.



Kelebihan lain Graphene adalah ia mempunyai tahap ketahanan yang tinggi kepada api. Graphene juga ringan dan pengalir yang efektif yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang insdutri.

Pada tahun 2004, penyelidik Universiti Manchester, Andre Geim dan Kostya Novoselov melakukan satu penyelidikan meluas berkaitan penghasilan Graphene dan mereka menemui cara mudah menghasilkan Graphene tersebut.

Mereka berdua mendapat Hadiah Nobel atas sumbangan kajian mengenai bahan ini.

Berbalik kepada Malaysia, memandangkan Graphene ini boleh dihasilkan oleh manusia, sebuah syarikat tempatan, Graphjet Technology Sdn Bhd berjaya mencipta teknologi yang dalam proses pempatenan untuk menghasilkan Graphene daripada sisa isirong kelapa sawit. Graphjet Technology ditubuhkan pada 2019 dan loji pertamanya terletak di Kuantan, Pahang.



Setakat ini, 30,000 tan sisa isirong sawit kering boleh menghasilkan 60 tan Graphene setiap tahun. Sekiranya semua proses berjalan lancar, Malaysia bukan sahaja bakal menjadi negara pertama yang menghasilkan bahan ini, malah berupaya untuk mengeluarkan Graphene dalam skala besar.

Harga purata untuk Graphen ialah dari RM 1,300 hingga RM 1,700 setiap gram. Tetapi Graphene yang dihasilkan oleh Graphjet Technology dijangka akan dijual pada harga diantara RM 90 hingga RM 112 setiap gram. Penurunan harga ini membolehkan Graphene diguna pakai secara besar-besaran untuk pelbagai aplikasi.

Pelbagai pengaplikasian Graphene dalam teknologi sedang dibangunkan buat masa ini dan antara yang terawal penggunaannya adalah dijangka dalam penghasilan skrin telefon bimbit, bateri, kereta elektrik, dakwat, bahan komposit dan penapisan.

Graphjet Technology baru-baru ini juga menandatangani perjanjian penggabungan dengan Energem Corp dan penggabungan itu menjadikan nilai syarikat meningkat kepada RM 6.6 bilion. Mereka juga merancang untuk disenaraikan di Nasdaq tidak lama lagi bagi mendapatkan modal pengembangan operasi.

Toyota Trike yang berpangkalan di Jepun juga bekerjasama dengan Graphjet Technology untuk mendapatkan bahan ini untuk penghasilan basikal EV keluaran syarikat itu.

Siapa sangka, pokok sawit bakal meletakkan nama Malaysia di peta dunia sekali lagi dan akan memberikan pulangan lumayan buat semua.

(08/08/2023/_0934am) Pingat sukan Komanwel 2022 Malaysia kedudukan carta pungutan terkini

(08/08/2023/_0934am) Pingat sukan Komanwel 2022 Malaysia kedudukan carta pungutan terkini


Sukan Komanwel menyaksikan Birmingham, England menjadi negara bandar tuan rumah pada edisi ke-22 bagi tahun 2022. Sukan Komanwel edisi ke-22 secara rasminya akan berlangsung bermula pada 29 Julai 2022 hingga 9 Ogos 2022 membabitkan 72 negara, 280 acara dalam 20 jenis sukan yang dipertandingkan.



Chandler Wobble _ Bumi berputar semakin laju punca hari paling singkat

 


Saintis-saintis menyatakan bahawa perubahan iklim, aktiviti seismik dan fenomena dikenali sebagai Chandler Wobble menjadi punca rekod hari paling singkat pada 29 Jun lalu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pada hari kejadian, Bumi melengkapkan putaran penuh dalam masa 1.59 milisaat kurang daripada masa standard 24 jam.

Fenomena itu turut didakwa berpunca daripada perubahan putaran Bumi pada paksinya yang mengalami gerakan goyah dipanggil ‘Chandler Wobble’. Ia berfungsi sama seperti putaran gasing yang bergoyang apabila mula perlahan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, putaran Bumi menjadi semakin laju yang mengakibatkan hari yang lebih singkat.

Pemanasan global yang mencarikan ais dan salji pada kadar lebih pantas juga didakwa memberi kesan kepada kejadian tersebut.

Kajian menunjukkan apabila glasier mencair akibat peningkatan suhu atmosfera dan pembakaran bahan api fosil, pengagihan semula jisim menjadikan Bumi beralih dan berputar lebih pantas pada paksinya.

Ini membawa kepada pencairan ratusan bilion tan ais setahun ke dalam lautan yang menyebabkan Kutub Utara dan Kutub Selatan bergerak ke arah timur sejak pertengahan 1990-an.

Gempa bumi dan aktiviti seismik lain juga boleh memberi kesan kepada kelajuan putaran Bumi. Fenomena itu boleh menggerakkan jisim ke arah pusat Bumi.

Sebagai contoh, gempa bumi pada 2004 yang mengakibatkan tsunami di Lautan Hindi telah mengalihkan batuan yang cukup untuk memendekkan waktu pada hari kejadian sebanyak hampir tiga mikrosaat.

Peredaran lautan dan tekanan di dasar laut turut menarik paksi Bumi. Pada November 2009, peristiwa di Lautan Selatan menjadikan Bumi berputar lebih laju dan memendekkan separuh daripada hari dalam bulan itu sebanyak 0.1 milisaat.

Sesetengah pakar percaya bahawa sesuatu mungkin berlaku pada teras dan mantel Bumi.

“Kami tidak pasti kerana Bumi adalah sistem yang sangat kompleks tetapi saya percaya ia menyebabkan Chandler Wobble terjejas dan tempoh hari berkurangan secara serentak.

“Tiada siapa menjangkakan bahawa Bumi akan mula berputar dengan lebih pantas,” kata Dr. Leonid Zotov dari Institut Astronomi Sternberg, Moscow. – Agensi

Sumber 

KEHENDAK DAN KETENTUAN ALLAH: SUATU PENJELASAN

KEHENDAK DAN KETENTUAN ALLAH: SUATU PENJELASAN

Imam al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadith dalam Sahihnya bahawa RasuluLlah SAW bersabda:

 مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا وَقَدْ كُتِبَ مَقْعَدُهُ مِنَ النَّارِ، وَمَقْعَدُهُ مِنَ الجَنَّةِ، قَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ، أَفَلَا نَتَّكِلُ عَلَى كِتَابِنَا، وَنَدَعُ العَمَلَ؟ قَالَ: اعْمَلُوا فَكُلٌّ مُيَسَّرٌ لِمَا خُلِقَ لَهُ، أَمَّا مَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ السَّعَادَةِ فَيُيَسَّرُ لِعَمَلِ أَهْلِ السَّعَادَةِ، وَأَمَّا مَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الشَّقَاءِ فَيُيَسَّرُ لِعَمَلِ أَهْلِ الشَّقَاوَةِ، ثُمَّ قَرَأَ فَأَمَّا مَنْ أَعْطَى وَاتَّقَى. وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَى

Bermaksud: “Tiada seorang dari kamu kecuali telah ditentukan tempatnya sama ada di neraka atau syurga”. Para sahabat berkata, “Ya RasuluLlah! Apakah kita pasrah saja dengan apa yang ditentukan untuk kita dan kita tidak beramal?”.

Baginda menjawab, “Hendaklah kalian beramal! Setiap orang akan dimudahkan sesuai dengan tujuan dia diciptakan. Barangsiapa yang tergolong orang-orang yang berbahagia maka dia akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang yang berbahagia tersebut. Barangsiapa yang yang tergolong orang-orang yang sengsara maka ia akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang yang sengsara itu.”

Kemudian Baginda SAW membaca firman Allah Ta’ala (yang ertinya) “Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik, maka kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala terbaik, maka kelak kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar”.

Ayat al-Qur'an dan Hadith di atas menunjukkan bahawa apabila seseorang senantiasa melakukan amal saleh maka Allah Ta’ala akan memberikan kemudahan kepadanya untuk terus beramal saleh. Sebaliknya, apabila seseorang terbiasa melakukan suatu yang buruk, maka Allah Ta’ala akan mempermudah jalannya melakukan keburukan. 

Sayyidina Bashir bin Ka’b (ra) berkata bahawa beliau mendengar para sahabat yang mendengar hadith di atas, mereka berkata, “Inilah saatnya! Kami akan berusaha keras dan beramal”. (al-Bukhari)

Sayyidina Suraqah bin Ju’shum (ra) pula setelah mendengar hadith tersebut berkata, “Aku tidak pernah sesemangat sekarang ini dalam beramal”.( Riwayat al-Tabari dalam al-Tafsir)

Imam Ibnu Ajibah rahimahuLlah dalam Taqyidan menjelaskan bahawa hadith yang menyebut, “Beramallah! Setiap orang akan dimudahkan sesuai dengan tujuan dia diciptakan” adalah merupakan gabungan antara syariat dan hakikat, yakni ianya bermaksud “Hendaklah kamu berkeinginan untuk beramal dengan syariat secara zahir sungguhpun pada hakikatnya bukanlah kamu yang berkuasa untuk menciptakan amalanmu”.

Imam al-Taftazani rahimahuLlah dalam Sharh al-Arba’in al-Nawawiyah (hadith no.42) berkata:

“Sabdaan RasuluLlah SAW ‘beramallah kerana setiap orang dimudahkan sesuai dengan tujuan dia diciptakan’ adalah merupakan jawapan kepada keumuman perintah untuk beramal dalam keadaan Taqdir telah ditetapkan kemanakah tempat tinggal setiap manusia sama ada di syurga atau neraka, yang menunjukkan bahawa segala-galanya telah terjamin dengan didahului oleh Taqdir. Lalu Allah menyeru manusia untuk beramal adalah agar hamba-hamba-Nya mengetahui bahawa sesungguhnya perantaraan dan penghubung adalah diambil kira dalam setiap perkara dan urusan di alam kejadian ini. Bahkan usaha dan ikhtiar manusia adalah turut termasuk dalam ketentuan Taqdir sebagai ketetapan asbab. Oleh itu, manusia hendaklah berusaha dan beramal dengan hati yang penuh harap dan takut serta pengenalan kepada Sifat-Sifat Allah”.

Sungguh segalanya di alam ini adalah atas Kehendak Allah dan ianya hendaklah difahami atas dua aspek iaitu Kehendak Allah yang berkaitan dengan Syariat (Iradah Tashri’iyyah) iaitu hukum-hakam agama, di sini adalah medan ujian bagi seseorang hamba untuk lenyapkan kehendak dirinya ke dalam Kehendak Allah dengan anggota badannya berusaha untuk mentaati hukum-hakam-Nya. 

Manakala aspek kedua ialah Kehendak Allah yang berkaitan dengan kejadian alam ini (Iradah Takwiniyyah) iaitu hukum-hakam kejadian yang manusia tiada pilihan padanya. Ia merupakan medan ujian buat hati manusia untuk melenyapkan kehendak dirinya ke dalam Kehendak Allah dengan pasrah, sabar dan redha atas segala Ketentuan-Nya. Antara Iradah Takwiniyyah ialah Allah Ta‘ala menciptakan dan mengadakan:

1. Daripada sesuatu yang tiada kepada ada, atau 

2. Daripada ada kepada tiada, atau 

3. Daripada ada serta mengekalkan ke‘ada’annya, atau 

4. Daripada sesuatu yang tiada serta mengekalkan ketiadaannya. 

Imam al-Bayhaqi dalam kitabnya berjudul al-Qada’ wa al-Qadar (ms.167,180) berkata:

 “Allah Ta’ala berfirman: Dan tiada mereka berkemahuan melainkan ianya adalah Kemahuan Allah Tuhan Semesta Alam (al-Takwir:29)… Maka sesungguhnya tidak berlaku pada diri manusia sebarang ucapan, amal perbuatan dan cetusan niat melainkan ia berlaku dengan Kemahuan Allah Ta’ala dan Kehendak-Nya. Dan Dia mengkehendaki untuk memberi hidayah kepada siapa yang Allah ketahui nasib bahagianya secara azali dalam Ilmu-Nya, dan Dia mengkehendaki kesesatan ke atas siapa yang diketahui nasib celakanya dalam Ilmu-Nya secara azali. Maka dia tidak mengkehendaki dengan sesuatu yang betentangan dengan Ilmu-Nya, dan tidak ada suatu yang berlaku bertentangan dengan apa yang dikehendaki-Nya”.

 Selanjutnya Imam al-Bayhaqi berkata, “Dan urusan membolak balikkan hati manusia, mencampakkan permusuhan dalam jiwa manusia, meletakkan rasa cinta dalam jiwa-jiwa manusia, mengapungkan burung di udara, cetusan kasih sayang dan prihatin dalam qalbu manusia, dan kekerasan hati, kesemuanya itu adalah merupakan sesuatu yang ditentukan Allah dalam Taqdir-Nya”.   

Sesungguhnya Iradah Allah pastilah “sifar tujuan” kerana wujudnya matlamat atau tujuan pada sifat Iradah Allah adalah mustahil bahkan Allah Ta’ala sendiri menafikannya melalui FirmanNya, “Kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Jika kamu nyatakan apa yang ada dalam hati kamu atau kamu sembunyikannya, Allah tetap mengiranya. Dia mengampunkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dan mengazab sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu” (al-An’am:59). Ayat ini dengan jelas menerangkan bahawa Allah Ta’ala memiliki Kehendak yang mutlak ke atas setiap perkara. Kehendak yang mutlak ini berpunca daripada Sifat Maha Mengetahui-Nya ke atas segala sesuatu. 

Apabila disebutkan bahawa Iradah Allah adalah bebas dari sebarang tujuan yang spesifik, yang dimaksudkan ialah Sifat Iradah yang azali pada Zat-Nya (Dhat al-Iradiyyah al-Azaliyyah), bukan pada apa yang dikehendaki Allah (MuradiyyatuLlah) kerana terdapat perbezaan antara hakikat Kehendak Ilahi dengan sesuatu yang menjadi objek kepada Kehendak Ilahi. Wujudnya dua hakikat yang berbeza di antara Sifat Iradah dengan sesuatu yang dikehendaki-Nya adalah untuk mensyumulkan Qudrah dan Iradah Allah Ta’ala.

Imam al-Bayjuri menamakan azaliyyah iradiyyatuhu sebagai al-iradah al-mubram iaitu sifat Kehendak Allah yang putus/muktamad manakala muradiyyah sebagai al-Iradah ghayr al-mubram (al-mua’allaq) iaitu sifat Kehendak Allah yang tidak putus/tidak muktamad.

 Menurut Ulama Asha’irah, Iradah Allah adalah berkait kepada al-Qada’ manakala Qudrah-Nya adalah berkait kepada al-Qadar, demikian itu adalah segi sifat. Manakala dari segi masa, al-Qada’ berlaku semasa azali dan al-Qadar berlaku semasa baharu. Melalui aspek al-Qada’, Allah Ta’ala berkuasa ke atas setiap makhluknya sebelum mereka wujud lagi. Manakala melalui al-Qadar pula, Dia berkuasa ke atas mereka setelah mereka wujud. Dengan ini, setiap makhluk telah dikuasai oleh Allah Ta’ala semenjak daripada masa azali sehinggalah ke masa baharu.

Sifat Iradah Allah amat sesuai disifatkan dengan kebaikan (husn) kerana banyak ayat al-Qur’an yang menerangkan bahawa kejadian langit dan bumi tidak diciptakan secara main-main (la’ibin) dan sia-sia (batilan). Adapun mengenai sesuatu yang dikehendaki Allah, adalah sempurna serta berhikmah dan mustahil ia bersifat keburukan (qubh). Justeru, Imam al-Jurjani menjelaskan bahawa ciri husn pada dhat al-iradiyyah bermaksud, dengan tanpa dikaitkan dengan apa yang dikehendaki oleh Allah muradiyyatuhu Ta ala, sifat asal al-iradah adalah baik. 

Manakala ciri husn pada muradiyyatuhu Ta ala pula bermaksud, apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah adalah baik. Dua maksud ini menggambarkan bahawa zat Kehendak Allah dan setiap apa yang terhasil daripada KehendakNya adalah baik (husn). Kesimpulannya, hakikat Iradah Allah mustahil dapat disifatkan dengan husn atau qubh jika hanya berpandukan pada kebaikan dan keburukan yang zahir pada akal semata-mata.

Sebaliknya, husn dan qubh adalah hukum yang hanya menilai perbuatan manusia (af’al al- Ibad) dan bukan penilai Af’al Allah ataupun Sifat IradahNya. Maka, tanpa syariat yang dibawa oleh para Nabi bersama Kitab-Kitab yang diturunkan oleh Allah, manusia tidak akan dapat mengenali secara tuntas apakah perkara yang baik dan buruk.  

Allah Ta‘ala telah menjadikan sistem dunia ini bahawa sesiapa yang hendak mendapatkan apa yang diingininya sama ada untuk keuntungan duniawi atau ukhrawi, dia hendaklah berusaha (al-kasb, to earn) ke arah itu dan dalam masa yang sama Allah merahsiakan natijah kepada usahanya itu sebagai suatu bentuk ujian kepadanya.

Ini kerana Allah memberikan akal kepada manusia untuk membuat pilihan terbaik (ikhtiyar) dalam menghalakan keinginan dirinya untuk melakukan sesuatu yang boleh diusahakannya. Lalu manusia disuruh untuk bersikap akauntabiliti dan bertanggungjawab atas setiap pilihannya di samping berserah kepada Ketentuan Allah terhadap hasil daripada usahanya itu. 

Sungguhpun segala yang berlaku di dunia ini adalah pilihan Allah Ta’ala, namun Allah tidak pernah salah memilih kerana segalanya itu adalah Perbuatan-Nya yang Maha Bijaksana. Dalam masa yang sama, manusia juga memilih, namun dia tidak dapat mencipta perbuatannya sendiri dan tidak pula dapat memberi bekas kerana ia hanyalah milik Allah Ta’ala.

Dan manusialah yang terdedah kepada kesalahan memilih, yakni salah memilih perbuatan, salah memilih akhlak, salah memilih tingkahlaku, salah memilih sahabat, salah memilih jalan dan aliran. Maka manusia dihukum dan diazab kerana membuat pilihan yang salah, bukan kerana kesalahan pilihan Allah Ta’ala.

Berusaha di atas asbab adalah merupakan Sunnah RasuluLlah SAW dan melengkapkan pegangan Ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah. Firman Allah Ta’ala, “Tidakkah Kami telah menjadikan baginya dua mata, Dan lidah serta dua bibir? Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?” (Surah al-Balad:8-10). 

Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani dalam al-Isti’dad li Yawm al-Mi’ad meriwayatkan bahawa Sayyidina Ali (ra) mengatakan bahawa kitman al-sirr (menyembunyikan rahsia) adalah merupakan SunnatuLlah. Yakni ALlah Ta’ala mengetahui dan menetapkan segala yang berlaku pada diri manusia akan tetapi Dia merahsiakannya sebagai sistem yang Allah aturkan alam ini agar ia menjadi ujian bagi hamba untuk berusaha mendapatkan natijah yang baik dariNya.

Imam al-Sanusi dalam Sharh al-‘Aqidah al-Kubra menegaskan bahawa telah menjadi kesepakatan Ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah bahawasanya Kehendak Ilahi adalah merangkumi iman dan kufur, taat dan maksiat, dan baik dan buruk. Hanya saja para Ulama berselisih pendapat mengenai adakah boleh untuk mengatakan secara khusus “Allah berkehendak kepada kekufuran, kemaksiatan dan keburukan”. Ada pihak yang tidak membenarkannya untuk menjaga adab dengan Allah dan dikhuatiri berlaku salah faham disisi masyarakat awam yang mendengar ungkapan tersebut lalu menyangka Allah Ta’ala-lah yang kafir dan pemaksiat kerana Dia yang berkehendak dan Dia juga Pelaku yang hakiki, sedangkan sebaliknya perkara tersebut tidak begitu. Pihak lain pula ada yang membolehkannya kerana sandaran lafaz iradah kufur kepada Allah bermaksud Allah berkehendak menjadikan kekufuran pada hamba bukan Allah bersifat dengannya.

Menurut Imam al-Sanusi, pendapat yang terbaik dalam hal ini ialah seseorang perlu melihat kepada jenis majlis yang dia berada, jika ianya majlis ilmu dan pembelajaran, maka diperbolehkan untuk mengungkapkannya dan jika ia majlis umum maka yang terbaik ialah menjaga adab dengan Allah dengan tidak mengungkapkannya secara khusus.  

Menurut Imam Abu al-Hasan Asha’ari, manusia tidak memiliki ikhtiar sama sekali, dan kehendak manusia wujud sebagai wujud mumkin yang tidak memberi kesan sama sekali ke atas semua perbuatan mereka. Sesungguhnya Allah Ta’ala menjadikan kesan sesuatu perbuatan berdasarkan perjalanan adat kebiasaan (bi tariqi ma jarat al-‘adah) semata-mata dan Dialah yang mencipta segala faktor luaran yang mempengaruhi pilihan dan keinginan setiap hamba. Akan tetapi beliau menegaskan bahawa tindakan hamba adalah hakiki dan bukan simbolik serta tidak menafikan perbuatan manusia sama sekali. Kerana pandangan tersebut, ianya sangat hampir dengan Ulama Sufi yang menjelaskan bahawa penyaksian hati yang menyaksikan bahawa manusia pada hakikatnya tidak memiliki sebarang pilihan, dan sesungguhnya Pelaku yang hakiki adalah Allah Ta’ala. 

Shaykh Sa’id Fawdah dalam tahqiqnya ke atas kitab Risalah Khalqi al-‘Amal li al-Dawwani menulis dan mengesahkan bahawa pandangan Imam Abu al-Hasan al-Ash'ari di atas dalam bicara Tawhid al-Af'al bahawa "tiada yang memberi bekas atau kesan pada kewujudan kecuali Allah” adalah merupakan kashaf beliau sama ada dengan jalan yang diluar kemampuan akal fikiran (ma wara’ al-hijab) atau ianya adalah suluhan dari Mishkat Nubuwwah yang mana pandangannya itu bertepatan dengan zahir al-Qur’an dan Sunnah. Selesai. 

Kemudian, faham al-kasb (usaha) diketengahkan sebagai hakikat yang membuktikan kemampuan hamba dalam melakukan perbuatan mereka. Sungguhpun begitu, al-kasb hanyalah sekadar perantaraan untuk perbuatan itu wujud. Ini bermakna, kemampuan hamba hanya mampu menjadi sebab kepada wujudnya perbuatan dan bukan pewujudnya yang hakiki (qudrah ‘ala ijad al-sabab al-wujudiyyah dun mawjud). Hakikat tersebut membuktikan hamba tidak layak menjadi pelaku af’al kerana kemampuan mereka dalam melakukan sesuatu perbuatan hanyalah sekadar merujuk kepada keinginan dan pilihan mereka sahaja. Dengan kemampuan sebegini mereka tidak layak menjadi pelaku af’al yang sejati. Oleh itu, dapat difahami di sini bahawa setiap individu hanya mampu dengan pasti mengusahakan (yaksib) iaitu mengingini dan memilih perbuatan akan tetapi bukan penghasilnya yang sebenar.

Imam Ibnu Ata’iLlah rahimahuLlah dalam al-Hikam berkata, “Kepada Kehendak Allah bersandarnya segala sesuatu, dan bukanlah Kehendak Allah yang bersandar kepada sesuatu.”

 Iaitu seorang hamba hendaklah menyandarkan segala usaha dan doa kepada Kehendak Allah dengan penuh kehambaan dan hendaklah dia mengelak daripada sikap berpegang kepada ikhtiar dan doa yang diusahakannya. 

Imam al-Syatibi rahimahuLlah mengatakan bahawa seorang hamba itu hendaklah menghayati bahawa setiap sesuatu itu tertakluk kepada Ketentuan Allah yang bersifat Qadim dan Azali. Maka, apa sahaja yang dia lihat atau temui dalam alam ini, maka segeralah dia kembalikan kepada Allah dan meyakini bahawa hal itu adalah Kehendak-Nya, Keputusan-Nya dan Ketetapan-Nya. (Iqazh al-Himam, Imam Ibnu Ajibah)

Ini bermakna bahawa sebelum kita mentukan pilihan kita, Allah telah menentukan pilihan-Nya untuk kita. Dan Allah Ta‘ala menetapkan kehendak kita lebih awal daripada apa yang hendak kita kerjakan. Maka berkehendaknya kita itu, adalah terlebih dahulu berkehendaknya Allah Ta‘ala. Oleh itu, manusia hendaklah menyerahkan kehendaknya kepada kehendak yang diredhai Allah, iaitu menerusi neraca syariat yang dibawa oleh RasuluLlah SAW agar dirinya berada di jalan yang lurus. Kemudian dengan neraca taqdir Allah Ta‘ala yang telah menetapkan peristiwa dan kejadian agar jiwanya tenang dan redha dengan Ketentuan-Nya.

Perlu difahami bahawa sungguhpun semua perbuatan manusia berlaku atas Izin dan Kehendak Allah, namun begitu, Kehendak Allah ada yang berserta Redha-Nya dan ada Kehendak Allah yang berserta Murka-Nya. Perbuatan maksiat yang dilakukan seorang hamba dikehendaki oleh Allah namun tidak diredhai oleh-Nya sebaliknya dimurkainya. Sebaliknya, perbuatan baik yang dilakukan seorang hamba adalah dikehendaki dan diredhai oleh Allah.

 Contohnya seorang majikan yang ingin menguji pekerjanya dengan memberinya sejumlah wang untuk melihat pekerjanya jujur atau khianat dengan amanah tersebut. Maka untuk pekerjanya menggunakan wang itu adalah sesuatu yang dikehendaki oleh majikannya kerana di situ akan terbukti sama ada pekerjanya itu jujur atau berkhianat. 

Oleh yang demikian, seorang hamba itu tidak boleh mempersalahkan Allah Ta‘ala serta Kehendak dan Ketentuan-Nya jika dia memilih jalan maksiat, dan tidak boleh pula dia sewenang-wenangnya melakukan maksiat dengan beralasan segalanya adalah berlaku dengan Kehendak Allah, kerana dalam sebuah hadith Qudsi, Allah Ta‘ala memberi peringatan yang mafhumnya, “Aku akan memenuhkan syurga dengan hamba-hamba yang Aku Kehendaki dan Aku akan mengisi neraka dengan hamba-hamba yang Aku Kehendaki” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 

Dapat diketahui disini bahawa sungguhpun segala sesuatu adalah kesan Perbuatan Allah, Kehendak dan Ketentuan-Nya, namun bukan semua Perbuatan, Kehendak dan Ketentuan-Nya itu berserta Redha-Nya, kerana ada yang bersalut kemurkaan-Nya. Maka, seorang hamba hendaklah meyakini segalanya berlaku dengan Kehendak Allah dan Ketentuan-Nya, dan dalam masa yang sama berusaha untuk memilih hal-hal yang diredhai oleh-Nya, menjauhi perkara yang dimurkainya agar dirinya berada dalam natijah yang baik dalam Kehendak-Nya.

DOA AGAR SELAMAT DALAM PERJALANAN

DOA AGAR SELAMAT DALAM PERJALANAN

Anda juga boleh lanjutkan doa menaiki kenderaan seperti di bawah agar perjalanan anda ke destinasi yang dituju selamat dan perjalanan anda dipermudahkan.

سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِى سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِى السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِى الأَهْلِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِى الْمَالِ وَالأَهْلِ

Bacaan Rumi : Subhanal ladzi sakhora lana hadza wa ma kunna lahu muqrinina wa inna ila ila rabbana la munqalibun. Allahumma inna nas aluka fi safarna hadzal birra wat taqwa wa minal ‘amali ma tardla. Allahumma hawwin ‘alaina safarana hadza wa’thu ‘anna bu’dahu. Allahumma antash shokhibu fis safari wal kholifatu fil ahli. Allahumma inni a’udzubika min wa’tsais safari wa kabatil mundhori wa suil munqolabi fil mali wal ahli.

Maksud :

“Maha suci Allah yang telah menundukkan (kenderaan) ini untuk kami, padahal kami sebelumnya tidak mempunyai kemampuan untuk melakukannya, dan sesungguhnya hanya kepada Rabb kami, kami akan kembali.

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan, taqwa dan amal yang Engkau redhai dalam perjalanan kami ini.

Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ini, dekatkanlah bagi kami jarak yang jauh. Ya Allah, Engkau adalah pendamping dalam perjalanan dan pengganti di tengah keluarga.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kesukaran perjalanan, tempat kembali yang menyedihkan, dan pemandangan yang buruk pada harta dan keluarga.” 

(HR. Muslim no. 1342, dari ‘Abdullah bin ‘Umar)

DOA MENAIKI KENDERAAN

DOA MENAIKI KENDERAAN

Sebelum memulakan perjalanan sama ada memandu sendiri atau menaiki pengangkutan lain, berdoalah agar perjalanan kita selamat dengan melafazkan doa dari petikan Al-Quran di bawah :

سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ

Bacaan Rumi : Subhanal ladzi sakhora lana hadza wa ma kunna lahu muqrinina wa inna ila ila rabbana la munqalibun

Maksud : Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya.

(Surah Al-Zukhruf : Ayat 13-14)

Sinopsis Drama Epilog 3 Naga -Astro / Mytv

Sinopsis Drama Epilog 3 Naga

Mengisahkan tentang kisah tiga sahabat karib yang hanyut dalam memilih jalan hidup sehingga terjerumus dengan kancah jenayah kongsi gelap. Fazarul, Khalid and Sean merupakan sahabat karib sejak kecil. Persahabatan, kisah cinta dan kasih sayang keluarga, disulam dengan kenakalan remaja yang mula membawa padah tatkala batas dilangkah.

Mereka merupakan sahabat karib sejak kecil. Di mana ada Fazarul, pasti akan kelihatan Khalid dan Sean di sampingnya. Kenakalan zaman remaja dirasakan suatu lumrah. Namun, ia mula membawa padah tatkala batasnya dilangkah. Jiwa remaja mereka mula hanyut tidak terbendung.

Khalid tersilap memilih jalan hidup. Sedikit demi sedikit dia terheret ke kancah kumpulan kongsi gelap. Semakin hari semakin sukar untuk melarikan diri.

Keinginan untuk berseronok di sebuah pusat hiburan hanya mengundang sengketa. Tempat sueh itu menjelmakan tragedi. Sean menjadi mangsa pertama.

Fazarul pula masih kuat semangatnya. Dia nekad mahu melepaskan Khalid dari dunia itu. Rakannya dipujuk untuk menyerah diri. Tetapi, tiada yang pasti apabila hati sudah diselubungi dendam. Di manakah titik pengakhirannya?

Drama adaptasi novel ‘Epilog 3 Naga’ nukilan Kaz Ishak mengangkat genre aksi tentang dunia gengsterism bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam mulai 3 Ogos 2022 di Awesome TV saluran 123 Astro atau saluran 112 MyTV.

Wadah Terkini