Sinopsis Telefilem Satu Tong (Astro)

Telefilem Satu Tong akan disiarkan pada 16 September 2022 di Astro Prima 105 pukul 12:00 tengah hari dan Astro Gemilang saluran 100 pukul 10:30 malam.

Sinopsis Telefilem Satu Tong

Mengisahkan masalah yang sering dialami rakyat Malaysia termasuk gangguan bekalan air. Keluarga Tan dan keluarga Karim sudah lama berjiran dan mengambil berat antara satu sama lain. Pada suatu hari, mereka mendapat berita akan berlaku gangguan air sementara akibat pencemaran sungai.

Sinopsis Telefilem Rumah Usang Di Hujung Tanjung (TV1)

Telefilem Rumah Usang Di Hujung Tanjung ditayangkan pada 18 September ini, pukul 2.00 petang di TV1.

Sinopsis Rumah Usang Di Hujung Tanjung

Mengisahkan konflik bermula apabila Pak Samad enggan menjualkan rumahnya kepada pemaju hartanah. Pak Samad mahu mewasiatkan rumah itu kepada cucu angkatnya bernama Firdaus. Berjayakah Pak Samad mempertahankan rumahnya?

Sudah ada pasangan yang baik di sisi, bersyukurlah.

Sudah ada pasangan yang baik di sisi, bersyukurlah.

Janganlah menyakitinya. 
Janganlah menguji kesabarannya.
Janganlah mengkhianati kepercayaannya.

Di luar sana, masih ramai yang sedang berdoa dan menginginkan pasangan yang tepat untuk dimiliki.

Kalian yang telah dihadiahkan pasangan yang baik, janganlah ambil kesempatan atas kebaikannya.

Jika dia berbuat baik, kalian perlu balas dua kali ganda kebaikannya.
Jika dia tunjukkan kecintaannya, kalian perlu balas cintanya dua kali ganda.
Jika dia menghargai kalian dengan kasih sayangnya, kalian perlu balas sayang yang terindah untuknya.

Hari ini, ucaplah terima kasih atas cinta dan kasih sayang terindah di hadapan pasangan. Lakarkan keharmonian dengan senyuman paling ikhlas untuknya. 

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, 
Kasih sayang terindah buat semua.

Kredit: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Sumber 

senarai penuh pemenang AIM 23

senarai penuh pemenang AIM 23:

Lagu Terbaik
Ernie Zakri & Syamel - Goodbye Hello

Album Terbaik 
Yonnyboii - Yonny (Deluxe Version)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) 
Arddley Nicholas - Pilu

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Ernie Zakri - Sinar Mata Hati

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)
VE - Tunggu

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
Shila Amzah & Liza Hanim - Bahagiakan Dia
 
Kulit Single / Album Terbaik 
Ziha Salleh - Adat Kasih

Rakaman Lagu Terbaik
Dayang Nurfaizah - Tudung Periuk

Rakaman Album Terbaik
Dayang Nurfaizah - Belagu

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Dayang Nurfaizah - Tudung Periuk

Artis Baharu Terbaik
Vanessa Reynauld

Video Muzik Terbaik
Janna Nick - Gatal

Runut Bunyi (OST) Terbaik Filem/Drama
Liza Hanim & Shila Amzah - Bahagiakan Dia

Lagu Pop Etnik Terbaik
Ziha Salleh - Adat Kasih

Lagu Nasyid Terbaik
Thank You Allah - Datin Alyah ft Cat Farish & Ustaz Haris

Lagu Rock Terbaik
Sekumpulan Orang Gila - Tugu Ugut

Lagu Pop Terbaik
Ernie Zakri & Syamel - Goodbye Hello

Lagu R&B/HipHop Terbaik
Joe Flizzow - CIAO

Lagu Pop Elektronik Terbaik
Late Night Frequency - Fun, Lust, Love

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Sophia Zuhri - Game Of Charades

Lagu Cina Tempatan Terbaik
Uriah - Suan Shen Me

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Keisya Levronka - Tak Ingin Usai

Lagu Paling Tinggi Distrim
Force Park Bois

Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Tontonan di Youtube Malaysia
Malam Semakin Dingin - Tajul & Afieq Shazwan

Lagu Nada Dering Jualan Paling Tinggi
Adakah Ini Mimpi - Reedzwann

Anugerah Sri Wirama AIM 23
Mr Tan Su Loke

#cintasejati #jmbelog

Tertutup mata
Hilang semua ralat di jiwa
Berantakan merantai ritma
Yang tersimpan noda



Di mana hilangnya cinta
Seindah bulan purnama
Untukku berpuisi
Bermadah pujangga

Beralun resah
Mengulit rasa rentap di jiwa
Ternanti-nanti
Pelangi yang mewarnai dunia

Janji diputus hati terguris
Membawa rasa hilang tak ada

Ke mana ku cari ganti
Ke mana ku cari dia
Umpama menantikan kepompong jadi rama-rama

Di mana hilangnya cinta
Seindah bulan purnama
Untukku berpuisi

Bermadah pujangga
Hari yang bersilih ganti
Ku tetap ada di sini
Mencari erti sebenar
Cinta sejati

Ke mana ku cari ganti
Ke mana ku cari dia
Umpama menantikan kepompong jadi rama-rama

Di mana hilangnya cinta
Seindah bulan purnama
Untukku berpuisi
Bermadah pujangga

Wadah Terkini