Julai 31, 2023

Sesal

*Sesal* _oleh Fath_

Jam 11:30 malam. Amran melangkah berat ke ‘rumah sampah’.

Duduk apartmen beginilah, sampah kena buang di tempatnya. Kena turun tangga atau lif. Menapak sedikit jauh dari tempat tinggal.

“Cepatla buang sampah tu, Amran. Jangan asyik dengan telefon!” Berbuih mulut emaknya berleter. Berat punggung Amran untuk bangun.

Sedar tak sedar masa berlalu begitu cepat. Amran pandang keliling. Dah tiada orang berlegar di kawasan perumahan. Hanya ketawa keluarga kedengaran kadangkala di atas sana.

“Buang sampah?” Suara garau itu menegur.

“Opocot mak!” Hampir Amran melatah. Dari mana datangnya orang tua ini? Tadi tak nampak pun.

“A-ah…” Amran teragak-agak menjawab.

“Wangi!” Lelaki tua itu tersengih. Begitu lebar. Matanya tiada sinar.

“Perut ikan je, pak cik. Apa wanginya?” Amran rasa pelik. Sisa yang busuk itu takkanlah dikatakan wangi.

“Oh, bak sini! Mari pak cik tengok.”

Lelaki tua itu rakus merampas bungkusan sampah di tangan Amran. Terketar lututnya. Bukan apa, baru dia perasan pak cik itu berbulu lebat seluruh muka dan tangan. Suluhan dari kereta yang lalu sebentar tadi membolehkan dia nampak segalanya.

Menyesal tak dengar cakap mak buang sampah awal-awal!

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut