jangan sia-siakan usia yang masih ada... Ustaz Hanafi


Kaya mana pun manusia pasti takkan mampu beli walau 1 hari untuk teruskan hidup di dunia.

Kita yang masih diberi usia jangan sesekali sia-siakan usia yang masih ada.

_ Ustaz Hanafi 

Lirik Lagu Yakjud dan Makjud - Bumi Putra Rockers

Di hujung dunia ada bencana yang mengerikan
Ada terpedaya ada yang berkuasa
Yakjud memerintah Makjud membinasakannya
Bani Adam yang akan menjadi mangsanya
Jika mengikut perasaan seperti dia

Di zaman ini apakah ia berkuasa
Wahai manusia tegakkan kalimah Tuhan
Yakjud memerintah Makjud membinasakannya
Di dunia ini yang akan menjadi mainannya
Bani Adam yang akan menjadi mangsanya
Jika mengikut perasaan seperti dia

Di zaman ini apakah ia berkuasa
Wahai manusia tegakkan kalimah Tuhan
Yakjud memerintah Makjud membinasakannya
Di dunia ini yang akan menjadi pentasnya
Yakjud dan Makjud mungkin memerintah
Jika manusia terlupa dengan perintah Tuhannya

ada hikmah disebaliknya...

 


Tanpa rasa sakit,
Kita tak akan pernah belajar menjadi kuat.

Tanpa rasa kecewa,
Kita tak akan pernah belajar menjadi dewasa.

Dan

Tanpa rasa kehilangan,
Kita tak akan pernah belajar erti menghargai.

Setiap perkara yang berlaku itu adalah satu bentuk pembelajaran dan ada hikmah disebaliknya.

Persoalannya, bilakah tembok Yakjuj dan Makjuj ini akan terbuka?

Yakjuj dan Makjuj adalah keturunan Nabi Adam daripada anak Nabi Nuh AS yang mempunyai tiga anak iaitu Sam, Ham dan Yafits. Kemudian anak Yafits bernama Mada, Yunan, Makjuj, Tubal, Misk dan Tiran. Maka Yakjuj dan Makjuj adalah daripada anak keturunan Yafit. 

Allah SWT berfirman maksudnya: "Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan keduanya, suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: "Hai Dzulqarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?" Dzulqarnain berkata: "Apa yang telah dikuasakan oleh Rabbku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi.' Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulqarnain: "Tiuplah (api itu)." Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, diapun berkata: "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar kutuangkan ke atas besi panas itu." Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat (pula) melubanginya. Dzulqarnain berkata: "Ini (dinding) adalah rahmat daripada Rabbku, maka apabila sudah datang janji Rabbku Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Rabbku itu adalah benar." (Surah Al-Kahfi ayat 92-98)

Dalam kitab Ensiklopedia Akhir Zaman dikatakan wajah mereka mirip orang Mongolia atau Tartar. Sifat-sifat mereka sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadis iaitu tidak fasih berbicara, seperti matanya, kecil hidungnya, perang (merah) rambutnya, lebar dahinya.

Rasulullah SAW berkhutbah dalam keadaan jarinya dibalut kerana disengat kalajengking. Baginda bersabda: "Kamu mengatakan tidak ada musuh. Padahal sesungguhnya kamu akan terus memerangi musuh sampai datangnya Yakjuj dan Makjuj, lebar mukanya, kecil (sepet) matanya dan ada warna putih di rambut atas. Mereka mengalir dari tempat-tempat yang tinggi, seakan-akan wajah-wajah mereka seperti perisai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Walaubagaimanapun, perbahasan Yakjuj Makjuj ini tidak dapat lari daripada kisah-kisah yang tidak benar antaranya:

1. Yakjuj dan Makjuj adalah makhluk yang tubuhnya seperti pokok yang sangat besar.

2. Yakjuj dan Makjuj adalah makhluk yang tingginya empat hasta

3. Yakjuj dan Makjuj adalah makhluk yang membentangkan telinganya dan mempertemukan dengan telinga yang satu lagi (telinga panjang dan lebar).

 

Dalam riwayat lemah yang lain disebut tingginya adakah sejengkal, dua jengkal dan tiga jengkal. Mengikut riwayat yang sahih, mereka adalah golongan yang kuat sehingga tidak ada pun yang boleh memerangi mereka.

Dari sudut bilangan mereka pula, Nabi Muhammad SAW bersabda: "…di antara Yakjuj dan Makjuj seramai 999 dan dari kalian satu." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Itulah nisbah Yakjuj Makjuj dan manusia menunjukkan betapa ramainya mereka bahkan Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu termasuk anak keturunan Nabi Adam, andai kata mereka dilepaskan nescaya mereka akan merosakkan kehidupan manusia. Tiada seorang lelaki pun yang mati di antara mereka kecuali dia meninggalkan keturunannya yang berjumlah 1,000 orang atau lebih...." (Hadis Riwayat Attabrani)

Di dalam surah al-Kahfi ayat 93 hingga 98, Allah menceritakan kisah Yakjuj dan Makjuj dan Raja Zulkarnain.

"Apabila Raja Zulkarnain sampai di antara dua gunung dia dapati satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak memahami perkataan. Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi, oleh itu setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

"Dia (Raja Zulkarnain) menjawab (kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhan aku jadikan, daku menguasainya, lebih baik (daripada bayaran kamu); Oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai- ramai) aku akan bina di antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh."

Hasil pertemuan itu mereka dimaklumkan, memang penduduk di situ setiap hari akan mengetuk pintu besi Yakjuj dan Makjuj sebanyak tiga kali sehari dan kemudian merapatkan telinga pada pintu untuk mendengar reaksi dari dalam tembok berkenaan.

Bawalah kepadaku ketul-ketul besi sehinggalah ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu. Dia kemudian perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga ia menjadi merah menyala seperti api. Berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan ke atasnya. Maka mereka (Yakjuj dan Makjuj) tidak dapat memanjat (tembok) dan mereka juga tidak boleh menebuknya."

Ayat al-Quran di atas menceritakan ketika Raja Zulkarnain tiba di negeri yang terletak berdekatan dua buah bukit (Armenia), penduduk di situ meminta pertolongannya kerana mereka menjadi mangsa kekejaman kaum Yakjuj dan Makjuj.

Raja Zulkarnain yang masyhur dengan kekuatan tentera dan kebijaksanaannya menawarkan bantuan secara percuma, lalu dibina dinding di antara dua bukit itu dari potongan besi, lalu dibakar dengan api dan kemudian dituangkan tembaga agar dinding kuat dan kukuh. Akibatnya, Yakjuj dan Makjuj tidak lagi dapat masuk ke negeri itu kerana mereka tidak boleh mendaki bukit atau membuat lubang melaluinya. 

Persoalannya, bilakah tembok Yakjuj dan Makjuj ini akan terbuka? Dalam satu hadis Nabi SAW menyatakan bahawa setiap hari kerja sebahagian Yakjuj dan Makjuj ialah menebuk tembok. Ketua mereka mengarahkan apabila malam hampir tiba, baliklah dahulu dan kerja menebuk disambung semula esok.

Begitulah kerja sebahagian mereka setiap hari sehingga satu masa yang ditentukan Allah, ketua mereka akan mengungkapkan ayat dengan menyebut perkataan Insya-Allah: "Baliklah kamu esok kita sambung semula insya-Allah tembok akan terbuka. Maka kerana perkataan itulah keesokan harinya ketika mereka melakukan kerja-kerja menebuk, maka tembok tersebut akan terbuka. Ini disebabkan ketua mereka menyebut perkataan insya-Allah.

Tiada siapa yang mampu membunuh Yakjuj dan Makjuj hatta Nabi Isa AS yang diturunkan ke bumi buat kali kedua pada waktu itu sendiri tidak mampu membunuhnya. Lalu Nabi Isa AS dan kaum Muslimin yang bersama dengannya berdoa kepada Allah dan Allah makbulkan doa mereka. Lalu Allah menghantar sejenis virus seperti dalam hidung unta dan menyerang setiap leher Yakjuj dan Makjuj dan mereka akhirnya mati sekali gus. Dikatakan banyaknya mayat mereka seperti bangkai belalang.

Kematian itu menyebabkan bumi berbau busuk selain mayat manusia yang dibunuh mereka. Nabi Isa AS bersama Muslimin berdoa lagi kepada Allah supaya menyelesaikan masalah mayat manusia yang tersangat ramai.

Lalu Allah menghantar sejenis burung besar dan mengangkat mayat Yakjuj dan Makjuj dan manusia lain ke satu tempat yang cuma Allah sahaja yang mengetahuinya.

Tetapi sisa-sisa darah dan nanah masih lagi berbau busuk. Mereka berdoa lagi kepada Allah supaya menghilangkan bau busuk tersebut. Kemudian Allah menurunkan hujan yang lebat membersihkan seluruh bumi daripada sisa-sisa dan bau busuk dan bumi akhirnya bersih sebersihnya sehingga air hujan yang turun seperti manik-manik yang jernih jatuh ke bumi.

Penulis Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Barangsiapa... Ustaz Ahmad Rizam

Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan oleh Allah kepada nya, maka dia adalah orang yang kaya.

Barangsiapa suka memandang akan harta orang lain, dia akan sentiasa miskin.

Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusanNya (qadha’Nya)

Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.

Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.

Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.

Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya.

Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.

Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.

Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.

bila sakit baru sedar nikmat sihat yang Allah bagi

 


MasyaAllah betul sangat tu Ustaz, bila sakit baru sedar nikmat sihat yang Allah bagi langsung kita tak pernah sedar dan tak pernah bersyukur.

Terima kasih ustaz sedarkan kita semua.. Kita selalu beranggapan orang senang orang yang kaya2. Sebenarnya anggapan kita silap. 

Filem P. Ramlee Yang Tak Boleh Ditayangkan Di TV Sebab…

Filem P. Ramlee Yang Tak Boleh Ditayangkan Di TV Sebab…

1. Sabarudin Tukang Kasut (1966)

Filem Sabaruddin Tukang Kasut yang diarahkan oleh P. Ramlee ini sendiri berkonsepkan cerita ‘1001 malam’ yang bertemakan komedi. Dikatakan, filem ini mengandungi banyak sindiran sinis kepada pemerintah tapi boleh dijadikan iktibar untuk penontonnya.

Tapi kenapa cerita ni tak boleh ditayangkan di TV? Difahamkan, filem Sabarudin Tukang Kasut ini mempunyai kualiti yang rendah sehinggakan tahap audio dan visualnya di tahap yang menyedihkan.

Malah, VCD originalnya juga turut diletakkan “Keadan Gambar & Suara Kurang Memuaskan. Harap Maaf.”

2. Bakti (1950)

Kalau korang nak tahu, filem arahan L. Krishnan ini merupakan filem pertama yang menampilkan P. Ramlee sebagai hero di mana beliau membawa watak sebagai Nasir dan nama ini juga diberikan kepada anak sulungnya yang lahir pada tahun 1953.

Filem ini mengisahkan tentang kisah seorang budak miskin yang dijaga oleh Orang Kaya Ibrahim dengan persetujuan anak perempuannya Sa’adiyah namun dibenci oleh anak lelakinya Hassan.

Cerita ini sebenarnya diadaptasi dari novel Les Misérables tau! Bukan kaleng-kaleng. Pun begitu, filem ini tak dapat ditonton lagi sekarang kerana salinan penuhnya dipercayai telah hilang dan gagal ditemui.

3. Melanchong Ka-Tokyo (1964)

Melanchong Ka-Tokyo yang diarahkan oleh Ramon A. Estella ini telah dirakamkan di studio Singapura dan Jepun. Walaupun P. Ramlee bukan pelakon dalam filem ini, dia telah dijemput untuk menjadi penyanyi undangan.

Ia mengisahkan tentang Rosnah yang berasal dari Malaysia telah memenangi pertandingan dengan ganjaran melancong ke Jepun yang ditanggung penuh. Filem ini menunjukkan konflik hubungan di antara Rosnah, Kunio (lelaki Jepun) dan Darus.

Namun begitu, salinan filem ini dikatakan telah musnah ekoran banjir yang berlaku di studio Jalan Ampas pada tahun 1966.

4. Gelora (1970)

Filem ini mengisahkan tentang konflik hubungan kekeluargaan dan percintaan. Namun begitu, filem yang dilakonkan oleh P. Ramlee dan Sarimah ini juga turut memaparkan adegan seksual di antara Sarimah dan kekasih kepada anak perempuannya.

Disebabkan ia memaparkan babak-babak intim yang tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak, filem ini tak boleh ditayangkan di kaca TV.

5. Sitora Harimau Jadian (1964)

Filem yang diinspirasikan dari filem Werewolf of London ini telah dibuat selepas P. Ramlee melawat studio Merdeka yang terletak di sebelah Zoo Negara.

Ia mengisahkan tentang penduduk Kampung Kiambang yang telah diganggu dengan keganasan Sitora Harimau Jadian yang semakin menjadi-jadi. Kerana banyak orang kampung yang telah menjadi mangsa, Dr Afendi telah datang untuk membantu orang di sana sebelum dia sendiri terkena sumpah dan menjadi Anak Sitora.

Difahamkan filem ini tak dapat ditayangkan di kaca TV ekoran mempunyai unsur tahyul yang melampau. Pun begitu, salinan filem ini juga dikatakan telah hilang.

Korang pernah tengok yang mana?

Sumber: Facebook

Sumber: Lobak Merah

Pelakon Ridzuan Hashim Pulang Ke Negeri Abadi

Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari kelmarin (5 April 2023).

Berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham, Kamarul Izham Ahmad Badri. #AWANInews



Lirik Lagu Menanti Dibarzakh - Far East

Ku merintih

Aku menangis

Ku meratap

Aku mengharap

Ku meminta

Dihidupkan semula


Agar dapat kembali

Ke dunia nyata

Perjalanan rohku

Melengkapi sebuah kembara

Singgah di rahim bonda

Sebelum menjejak ke dunia

Menanti di barzakh


Sebelum berangkat ke mahsyar

Diperhitung amalan

Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah

Semerah mawar dan juga rindu

Tujuh langkah pun baru berlalu

Seusai talkin' bernada syahdu


Tenang dan damai di pusaraku

Nisan batu menjadi tugu

Namun tak siapa pun tahu

Resah penantianku


Terbangkitnya aku dari sebuah kematian

Seakan ku dengari

Tangis mereka yang ku tinggalkan

Kehidupan di sini

Bukan satu khayalan


Tetapi ia sebenar kejadian

Kehidupan di sini

Bukan satu khayalan

Tetapi ia sebenar kejadian


Kembali oh kembali

Kembalilah ke dalam diri

Sendirian sendiri

Sendiri bertemankan sepi

Hanya kain putih

Yang membaluti tubuhku

Terbujur dan kaku

Jasad di dalam keranda kayu


Ajal yang datang dimuka pintu

Tiada siapa yang memberitahu

Tiada siapa pun dapat hindari

Tiada siapa yang terkecuali


Lemah jemari nafas terhenti

Tidak tergambar sakitnya mati

Cukup sekali tak sanggup

Untukku mengulangi


Jantung berdegup kencang

Menantikan malaikat datang

Menggigil ketakutan

Gelap pekat di pandangan

Selama ini diceritakan

Kini aku merasakan

Di alam barzakh jasad dikebumikan


Selama ini diceritakan

Kini aku merasakan

Di alam barzakh jasad dikebumikan


Ku merintih

Aku menangis

Ku meratap

Aku mengharap

Ku meminta

Dihidupkan semula

Agar dapat kembali

Ke dunia nyata

Lirik Lagu Sudah Sampai Sini - XPDC

SUDAH SAMPAI SINI

BERMUSIM SILIH BERGANTI BULAN MENTARI
PEJAM CELIK TAK TERASA AKU
SUDAH SAMPAI SINI
SUDAH SAMPAI SINI

BERGERAK BERLAGU HANYALAH SEKETIKA
TINGGAL AKU DALAM KERUGIAN
DIA PASTI PERGI
DIA TERUS PERGI

SELAGI TERIKAT SATU JANJI SETIA
SELAGI ITU TERCATIT KISAH SEMUA
DI SANA KEPASTIAN AKAN MENANTI KITA
DI SITU TANDA TANYA
DI SITU HALUANNYA

DI SITU TANDA TANYA
DI SITU HALUANNYA
ANTARA KAU AKU ADA SATU RAHSIA
PASTI TERBONGKAR DI TARI YANG TERSEDIA
TERSENYUM MENANGIS SATU ANTARA KITA

SELAGI TERIKAT JANJI SETIA
SELAGI ITU TERCATIT KISAH SEMUA
DI SANA KEPASTIAN AKAN MENANTI KIT

Lirik Lagu Lain hidup - XPDC

LAIN HIDUP

DALAM SINARAN MENTARI
BAGAIKAN BUMI INI TAK PUTAR
CERAH KE PETANG
HINGGA MALAM MELAPANG
TERKUBUR AKU DI DALAM SENDIRI

HILANG AKU HILANG DULU
DALAM BAYANGAN KELABU
HITAM MENJELANG
WARNA-WARNA NYA HIDUP
TELANJANG SEGALA KENANGAN ITU

MERAH DAN MERAH PADAM
AKU MENIKAM HIDUP WARNANYA MERAH
DAN HIJAU SEPERTI MELAMBAI AKU
MENCARI DIA DI DALAM RUNTUHAN
ADA YANG SAMA-SAMA MENANTI WARNANYA

SELAMA KERINDUAN
MENIKAM KERESAHAN
AKU JUGA SEPERTI MU

SAYANGNYA ADA BEZA
ITU MENJADI MISTERI
PUTARAN HIDUP INI

YANG MAKIN JAUH
YANG MAKIN JAUH
YANG MAKIN JAUH

Lirik Lagu Nasib Kita - XPDC

Datang dan pergi
Segala berganti
Menentukan arah meragut kerinduan

Hanyalah satu lagi
Sedang bersembunyi
Kenyataan yang tidak dapat dilihat
Ia tidak akan dapat kau lihat

Warnanya serupa
Namun ianya tidak sekata
Sememang banyak bezanya

Itu yang diperlukan
Mengheret ke dasar lautan
Api atau pun syurga

Di dalam tidur yang semakin tak lena
Memisahkan semangat kita yang membara
Memimpikan indah bila dicapai ia tiada
Betapalah sukar menentukannya

Melihat hitam belum tahu di mana lubuknya
Siang dan malam bezanya
Sekali pandang mana tahu di sana ada bencana
Banyak lagi kisahnya

Melihat hitam belum tahu di mana lubuknya
Siang dan malam bezanya
Sekali pandang mana tahu di sana ada bencana
Banyak lagi kisahnya

Melihat hitam belum tahu di mana lubuknya
Siang dan malam bezanya
Sekali pandang mana tahu di sana ada bencana
Banyak lagi kisahnya

Berikan jalan menuju pulau harapan
Berikan jalan menuju pulau harapan
Uwoho

Lirik Lagu Cukup Dikenang Saja - The Junas Monkey

Hari terus berlaluTergilas oleh waktuAku yang pernah menyakitimuRasanya ingin bertemu
Maafkan kesalahanDan juga kekhilafanPernah menancapkan duri tajamTak lekang dalam ingatan
Kini kau pergiMeninggalkanku
Begitu sulit lupakan kamuApalagi kamu baikBegitu susah cari gantinyaCukup dikenang saja
Maafkan kesalahanDan juga kekhilafanPernah menancapkan duri tajamTak lekang dalam ingatan
Kini kau pergiMeninggalkanku
Kini kau pergiMeninggalkanku
Begitu sulit lupakan kamuApalagi kamu baikBegitu susah cari gantinyaCukup dikenang saja
Begitu sulit lupakan kamuApalagi kamu baikBegitu susah cari gantinyaCukup dikenang saja
Begitu sulit lupakan kamuApalagi kamu baikBegitu susah cari gantinyaCukup dikenang saja
Cukup dikenang sajaCukup dikenang sajaCukup dikenang saja

Lirik Lagu Buah Hati - Armada

Untukmu yang telah lama ditungguLagu ini tercipta untukmuTatapanmu, sentuhanmu, bahagiaku
Tuhan telah menjawab doakuKau hadir menyejukkan hatikuKau anugerah yang terindahDi hidupku
Sehatlah kau selaluBahagialah selaluBersyukurlah selaluSayangku
'Kan kujaga oh dirimu hingga tua nanti'Kan kusayangi, kulindungi dari kerasnya dunia'Kan kujaga oh dirimu hingga tua nantiItu tugasku, kau buah hatiku
'Kan kujaga oh dirimu hingga tua nanti'Kan kusayangi, kulindungi dari kerasnya dunia'Kan kujaga oh dirimu hingga tua nantiItu tugasku, kau buah hati
Oh, dirimu hingga tua nanti'Kan kusayangi, kulindungi dari kerasnya dunia'Kan kujaga oh dirimuItu tugasku, tanggung jawabkuItu tugasku, kau buah hatiku

Lirik Lagu Santai Raya - Faizal Tahir

Lirik Lagu Santai Raya - Faizal Tahir

Bila raya semua nak cepat 
Siapa yang suka lambat-lambat 
Takut nanti semua tak sempat 
Lewat sikit nanti tak dapat 
Nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam, ketupat 
Semua tak sabar nak balik raya 

Genap sebulan berpuasa 
Menahan lapar dan dahaga 
Beribadah satu keluarga 
Tanam rasa syukur di jiwa 
Tua muda miskin kaya kecil besar bandar desa 
InsyaAllah semua pulang beraya 

Kau yang terindah di mataku
Moga raya kita kan bertemu
Janganlah resah jangan terburu-buru

Santai raya lah sayangku
Jangan belanja laju-laju
Ini bukan baju baru
Asal bergaya denganmu

Santai raya lah sayangku
Mari beraya denganku
Banyak lagi rumah nak tuju
Yang pentingnya rendang padu

Ra ra ra ra
Ra ra ra raya
Semua nak raya
(Padu)
Ra ra ra ra
Ra ra ra raya
Selamat hari raya
(Raya bos!)

Siapa yang nak duit raya?
Kenalah cukup berpuasa
Kalau sikit janganlah kecewa
Kalau banyak bagi pada mama

Siapa yang nak duit raya?
Kenalah cukup berpuasa
Kalau sikit janganlah kecewa
Kalau banyak bagi pada mama
Bagi mama bagi mama

Kau yang terindah di mataku
Moga raya kita kan bertemu
Janganlah resah jangan terburu-buru

Santai raya lah sayangku
Jangan belanja laju-laju
Ini bukan baju baru
Asalkan bergaya denganmu

Santai raya lah sayangku
Ikut beraya denganku
Banyak lagi rumah nak tuju
Yang pentingnya rendang padu

Ra ra ra ra
Ra ra ra raya
Semua nak raya
(Padu)
Ra ra ra ra
Ra ra ra raya
Selamat hari raya
(Raya bos!)

Ra ra ra ra
Ra ra ra raya
Semua nak raya
(Padu)
Ra ra ra ra
Ra ra ra raya
Selamat hari raya
(Raya bos!)

Lirik Lagu Kita Rai, Kita Raya - Alieff Irfan

Di syawal yang mulia
Akhirnya berkumpul jua
Setelah lama tak jumpa

Yang jauh dimata
Hantarlah khabar berita
Sejuk hati keluarga

Meriahnya suasana syawal mulia
Tiba jua

Kita rai
Hari raya bermaafan semua
Hari murni hari raya
Ikhlas kan jiwa raga
Hari mulia dan ceria
Bahagia gembira
Hari raya masa kita
Meraikan bersama

Di syawal yang mulia
Akhirnya berkumpul jua
Setelah lama tak jumpa

Yang jauh dimata
Hantarlah khabar berita
Sejuk hati keluarga

Meriahnya suasana syawal mulia
Tiba jua

Kita rai
Hari raya bermaafan semua
Hari murni hari raya
Ikhlas kan jiwa raga
Hari mulia dan ceria
Bahagia gembira
Hari raya masa kita
Meraikan bersama

Oh balik kampung
Oh rakan bertandang
Oh balik kampung
Oh hati lapang

Kita rai
Hari raya bermaafan semua
Hari murni hari raya
Ikhlas kan jiwa raga
Hari mulia dan ceria
Bahagia gembira
Hari raya masa kita
Meraikan bersama

Oh balik kampung
Oh rakan btandang
Oh balik kampung
Oh hati lapang

Meraikan bersama

Lirik Lagu Raya Rempit - Achey

raye telah muncul semula
raye sungguh indahnya suasana
raya semua benda nak bergaya
raya

termasuk budak motor jugak

yang pakai motor empat lejang
timing kuda konongnya garang
satu kampung habis kau canang
ekzos perang
pam pam pam pam pam

yang pakai motor dua lejang
ekzos engkau ekzos senapang
setting piston setting mainjet
bunyinya
nget nget nget nget nget
ngettt

raya rempit
jangan cuba kau cari sakit
raya rempit
atas jalan jangan meroket
baju raya murah takpe
asal motornya bergaya
tukar itu tukar ini
ok senyum sampai ke pipi

hari raya hari mulia
hati hati di jalan raya
sayang nyawa sayang keluarga
yang menanti kepulangan
kita

bunyinya
nget nget nget nget nget
ngettt

raya rempit
jangan cuba kau cari sakit
raya rempit
atas jalan jangan meroket
baju raya murah takpe
asal motornya bergaya
tukar itu tukar ini
ok senyum sampai ke pipi

raya rempit
jangan cuba kau cari sakit
raya rempit
atas jalan jangan meroket
baju raya murah takpe
asal motornya bergaya
balik kampung jumpa kawan
motor kita paling bangsawan
motor kita paling bangsawan
motor kita paling bangsawan

Doa


Yaa Allah Yaa Syaafi

Jika hari ini ada di antara kami yang sedang sakit, mohon diangkat penyakitnya Ya Allah , Berikanlah kesembuhan untuknya, kerana sesungguhnya hanya Engkaulah Maha 
Penyembuh

Yaa Allah Yaa Razzaq

Jika hari ini ada di antara kami yang dalam kesulitan rezeki, 
Mohon mudahkanlah dan bukakanlah jalan rezekinya Ya Allah
Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki 

Yaa Allah Yaa Qawwiy

Jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih, dalam menerima dan menghadapi ujian-Mu , 
Mohon Kuatkanlah kami untuk mampu bertahan dan bersabar. 
Hiburkanlah kami dengan penuh kurnia-Mu 
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau Ingkari Setelah kesusahan pasti 
ada kesenangan dan kemudahan. 

Yaa Allah Yaa Baasith

Jika diantara kami ada yang berhutang, selesaikanlah hutangnya, mudahkanlah urusannya, dan luaskanlah 
rezekinya.

Yaa Allah Yaa Qudduus

Jika hari ini ada di antara kami yang sedang wujud benih-benih cemburu dihatinya, rasa sombong menaklukinya, timbul iri dihatinya, muncul juga dengki dan dusta, 
Mohon bersihkan dan sucikanlah Yaa Allah.

Yaa Allah Yaa 'Afuuw

Mohon Ampunilah segala dosa dan khilaf kami, 
Sekiranya tika saat ini, ada diantara kami yang merasa disakiti dan dizhalimi kerana kesalahan kami yang disengajakan atau pun tidak,
Bukakanlah pintu hatinya, agar mampu memaafkan kami 

Yaa Allah Yaa Ghaffaar

Ampunkanlah dosa kami dan pasangan kami, 
dosa kedua Ibu bapa kami, 
dosa kedua ibu bapa pasangan kami, 
dosa semua anak2 kami dan pasangan masing2, 
dosa ahli keluarga kami, 
dosa guru-guru kami, 
dosa sahabat2 kami, 
dosa pelajar2 kami, staf2 kami dan dosa Seluruh kaum Muslimin dan muslimat yg hidup atau mati tanpa terkecuali.
Sesungguhnya Engkau lah Dzat yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani

Yaa Allah Yaa Mujiib

Ijabahkanlah Do'a-Do'a kami, Tiada daya & upaya kecuali dengan PertolonganMU ya ALLAH, Karena hanya kepada MU lah tempat kami Bergantung dan tempat Kami memohon Pertolongan

Doa Sebelum Memulakan Kerja (Awal Pagi)

بسم الله الرحمن الرحيم.......
الحَمْدُلِلّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِىْ نِعَمَهُ بِمَنِّهِ وَإِفْضَالِهِ وَيُدَافِعُ نِقَمَهُ بِعِزِّهِ وَجَلاَلِهِ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ بِحُسْنِ فِعَالِهِ . ألّلهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَتَابِعِيْهِ فِىْ أَقْوَالِهِ وَأَفْعَالِهِ
Ya Allah, bahawa sesungguhnya kami memohon ke hadrat Mu mendapatkan seluruh kebaikan di sepanjang hari ini, dari awal pembukaannya, dengan petunjuk hidayah Mu. Kami mohon berlindung kepada Mu dari sebarang kejahatan yang terdapat pada hari ini, pada hari sebelumnya dan pada hari selepasnya.

ألّلهُمَّ أَصْلِحْ لَنَا دِيْنَنَا الَّذِى هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِنَا
 وَأَصْلِحْ لَنَا دُنْيَانَا الّتِىْ فِيْهَا مَعَاشُنَا
 وَأَصْلِحْ لَنَا آخِرَتَنَا الّتِى إِلَيْهَا مَعَادُنَا

Ya Allah baikpulihkanlah pegangan agama kami, kerana agamalah yang menjadi kuasa pengawal segala urusan hidup kami. Perbaikkanlah segala urustadbir persoalan keduniaan kami, kerana di dalamnya kami menjalani kehidupan kami. Perbaikkanlah urustadbir urusan akhirat kami, kerana disanalah destinasi tempat kembali kami.

وَاجْعَلِ الحَيَاةَ زِيَادَةً لَّنَا فِى كُلِّ خَيْرٍ
 وَاجْعَلِ الموْت رَاحَةً لَّنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ
Jadikanlah penerusan kehidupan ini peluang penambahan segala kebaikan kami, dan kematian kami nanti sebagai detik ketika mendapat ketenangan dan kerehatan.

Ya Allah, jadikanlah perkhidmatan dan pekerjaan kami, termasuk dalam budaya kerja cemerlang, memenuhi ciri-ciri Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan, sebagai amalan soleh yang mendapat keberkatan dan keredaan Mu.

Ya Allah, jauhkanlah kami daripada sebarang perbuatan menyeleweng sama ada penyelewengan masa, material dan tenaga sebaliknya jadikanlah kami sebagai orang yang memberi tumpuan kepada kerja dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami kerana sesungguhnya kami amat takut kepada peringatan balasan Mu nanti terhadap orang-orang yang mengabaikan tanggungjawab.

رَبَّنَا آتِنَا فِىْ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِىْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِناَ عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ٍوَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ .

APRIL 30 2023

 


Wadah Terkini