Kereta itu hilang?

Pada suatu hari, selepas mesyuarat, saya  ke tempat letak kereta dan meraba-raba poket saya untuk mendapatkan kunci kereta saya.  Tiada dalam poket saya!  Tiada dalam beg bimbit saya!  Aah.. sudah. 
 Saya bergegas kembali ke bilik mesyuarat untuk mencarinya, tetapi tidak ditemui…

 Tiba-tiba, saya teringat bahawa saya mesti dah tinggalkan kunci saya di dalam kereta.  Suami saya telah berpesan berkali-kali supaya berhati-hati agar tidak meninggalkan kunci saya di pintu kereta ... Saya segera bergegas ke tempat letak kereta, tetapi perkara yang mengerikan berlaku: kereta itu hilang!

 Saya segera menghubungi polis dan memberitahu mereka di mana saya berada, warna kereta, nombor plat, tempat saya meletakkan kereta...dll.  Akhirnya, saya mengaku cuai dan tertinggal kunci di dalam kereta...

 Kemudian, saya dengan berat hati menelefon suami saya dan memberitahunya: Saya meninggalkan kunci saya di dalam kereta, dan kereta itu telah dicuri!

 Suami senyap agak lama ... Saya fikir panggilan telah diputuskan.  Kemudian, saya mendengar suara marahnya: "Bodoh!"  dia menjerit, "Saya yang memandu awak ke sana tadi!"

 Kini, giliran saya pula untuk diam.. Saya malu, tetapi saya juga sangat gembira kerana kereta itu tidak hilang.  Saya berkata: "Baiklah, sila datang dan jemput saya!"

 Dia menjerit lagi: "Boleh.. boleh! Tetapi awak perlu meyakinkan polis bahawa saya bukan pencuri dan tidak mencuri kereta awak. Saya kena tahan di balai sekarang! Macam mana saya nak ambil awak?"

 Ini ialah novel mikro yang memenangi anugerah "Tanda-Tanda Penuaan" pada Mac 2023. Tolong jangan hanya ketawa diam-diam sendirian, majukan kepada saudara dan rakan anda, dan kongsikannya dengan rakan kumpulan!

Sumber CnP.

Asal Usul Coca Cola

Asal Usul Coca Cola
---
Asalnya dari minuman beralkohol ( wine ) yang dicampur dengan dadah kokain.
> Mabuk sebab wine ( anggur merah )
> High pulak dari kokain

Kemudian, mereka keluarkan versi tanpa alkohol tapi mengekalkan rasa yang sama.

Evolusi seterusnya ialah meletakkan soda dalam keluaran mereka.

Coke versi USA tak sedap sebab guna gula dari sirap berasaskan jagung.

Coke yang guna gula dari tebu jadi permintaan ramai. Sebab tu kat eBay, kalau jual air coke, kena nyatakan sumber gula ( tebu atau jagung )

Di Mexico, Coke dah jadi ancaman negara sebab terlalu banyak rakyat dia mati sebab kencing manis.( Rujukan https://youtu.be/hqnUohxXV0I?si=N_JWAOa9T2sEdMl4 )

Jadi, jangan ajar anak anda minum soda atau air perisa kola. Kalau dah ketagih, susah nak undur.

Rujukan >> 
Pemberton's French Wine Coca was an alcoholic beverage created by John Pemberton, the pharmacist and inventor of Coca-Cola, in Atlanta. The drink was made with coca, kola nut, and damiana, and was based on Vin Mariani. The original recipe contained cocaethylene, a combination of cocaine and alcohol



Lirik Lagu Niskala Suaka - K.O.I

Kera di hutan rimba disusukanCucu di teratak kebulur kelaparanTiga warna tujuh jiwa sumpah setiaPutih merah sifat niskala suaka
Masa ruang waktu tempat mana dia berlakuPutih sama biru merah pekat dah membekuTarik warna kuning ikat tengkuk tali anjingKucing lawan kucing hanya mahu satu locengWarna ungu, putih halus, jalan salah yang terlanjurKena ingat susun atur bawa dalam susur galurMana dia anak bawah yang menyanjung tunduk mukaKini apa yang ada hanya tubuh ditimbus tanahWaktu muda mendabik dadaMeninggi bahu melanggar semua di depan mataKejar kuasa sampai sanggup menunggu tahunKejar nama sampai sanggupnya anak dihukumTempatnya ditukar di ingat seketikaUntuk bawa anak anak buah makan besarAl maklumlah arwah baik orangnyaSuka tolong sama kita untuk tangkap ikan besar
Kera di hutan rimba disusukanCucu di teratak kebulur kelaparanTiga warna tujuh jiwa sumpah setiaPutih merah sifat niskala suaka
Mula dari Alif sampai Ya ku kebalSentiasa positif, kitab aku tebalTiga puluh khatam, tanya pada khadamMemangku pendendam cuma suka diamAmokku di pendam kalau tak ku tendangMereka main tikam, depan dan belakangSetinggi mana pun, memang tiada ampunWalaupun serumpun, masih pilih daunEy, meneraju ke alam baruTerus humble la kalau nak majuJangan mendongak buat tak maluTerasa hebat bertindak meluluBila menangis mencari bahuUpdate media nobody bantuDikecam beramai terus membisuZaman dia lain, generasi kita berbezaKau masih berlampin, minum susu tin sambil baring, oh selesaSerumpun bak serai, sesusun bak sirihMacam ombak di pantai bersama pasir berkasih
Kera di hutan rimba disusukanCucu di teratak kebulur kelaparanTiga warna tujuh jiwa sumpah setiaPutih merah sifat niskala suaka
Kera di hutan rimba disusukanCucu di teratak kebulur kelaparanTiga warna tujuh jiwa sumpah setiaPutih merah sifat niskala suaka



Lirik Lagu Hukuman Pada Pesona - Kumpulan Meditasi

Masih diburu lagiBayang cinta yang pergiTitis kasihku mengalir lesuDingin matamu
Walau hanya bayanganLuka makin mendalamKu lalui batasan deritaTanpamu pesona
Yang tiada
Kasihmu yang menghilangLukaku berpacaranMenjadi mimpi hitamlahKenangan
Ke manakah kau sayangPandanganku terhalangHingga kerlipan airmataBerlinangan
Oh sayangPulang padakuDan pulang menyinar restu
SemalamanDihukum rindu
Masih diburu lagiBayang cinta yang pergiTitis kasihku mengalir lesuDingin matamu
Walau hanya bayanganLuka makin mendalamKu lalui batasan deritaTanpamu pesona
Yang tiada
Kasihmu yang menghilangLukaku berpacaranMenjadi mimpi hitamlahKenangan
Ke manakah kau sayangPandanganku terhalangHingga kerlipan airmataBerlinangan
Oh sayangPulang padakuDan pulang menyinar restu
SemalamanDihukum rindu
Pulang padakuDan pulang menyinar restu
SemalamanDihukum rindu

Doa agar hati tenang (Hadis Imam Thabrani)

Doa agar hati tenang (Hadis Imam Thabrani)

Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ’atho-ika.

Ertinya: "Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang ridho dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu."

9 MAKANAN YANG TIDAK BOLEH DIPANASKAN

9 MAKANAN YANG TIDAK BOLEH DIPANASKAN

1. Telur

Jika dipanaskan semula telur, ia boleh menjadi toksik dan mendatangkan kesan buruk dalam sistem pencernaan anda. Seterusnya berpotensi untuk membuatkan anda jatuh sakit.

Lebih-lebih lagi jika ia dipanaskan berulang kali, kerana haba boleh menyebabkan toksin terhasil di dalam telur tersebut.

Dicadangkan bahawa, makanan perlu disimpan dalam peti sejuk dalam masa 2 hingga 4 jam dan makan di antara sehari atau dua hari. Jika disimpan lebih dari masa tersebut, anda mungkin boleh jatuh sakit.

2. Bayam

Memanaskan semula sayur bayam bukan saja menyebabkan kehilangan zat, malah boleh menyebabkan zat nitrat daripada sayur-sayuran ini mengubah sifat-sifat karsinogenik toksik terutamanya apabila ia dipanaskan untuk kali kedua. Oleh itu, sebaiknya keluarkan makanan ini dari senarai apa sahaja makanan yang ingin dipanaskan semula.

3. Ubi Bit

Ubi bit mengandungi sejumlah besar nitrat yang bermanfaat, terutama apabila dimakan mentah atau dibuat jus. Apabila dimasak dan dipanaskan semula, ianya akan bertukar menjadi toksik. Oleh itu, cuba untuk habiskam bit pada hari yang sama.

4. Lobak Bulat

Seperti ubi bit, lobak adalah sayur berakar yang terdedah kepada nitrat di dalam tanah. Masak dan makan pada hari yang sama untuk mengelakkan risiko ‘carcinogenic’(potensi untuk menyebabkan kanser). Ataupun buang lebihan lobak putih dalam masakan anda sebelum memanaskannya semula

5. Nasi

makanan yang tidak boleh dipanaskan

Bagaimana ia disimpan sebelum dipanaskan boleh menyebabkan masalah. Menurut Agensi Piawaian Makanan, “Beras yang tidak dimasak boleh mengandungi spora bakteria yang dapat menyebabkan keracunan makanan.

Apabila beras dimasak, spora dapat bertahan, kemudian, jika beras ditinggalkan pada suhu bilik, spora akan berkembang dan boleh menghasilkan racun yang menyebabkan muntah atau cirit-birit. Pemanasan semula nasi tidak akan menghilangkan racun ini. “

Perkara terburuk yang mungkin anda sering lakukan adalah dengan membiarkan pada suhu bilik, yang menyebabkan bakteria untuk terus membiak. Cara terbaik adalah dengan menyimpannya di dalam peti sejuk selama beberapa jam, sebelum boleh memanaskannnya semula.

6. Kentang

Kentang sedikit rumit jika dibiarkan sejuk pada suhu bilik dan ia perlu disejukkan dengan segera kerana suhu panas boleh menggalakkan pertumbuhan botulisme, bakteria yang jarang berlaku.

Botulisme tidak boleh dibunuh dengan cepat di dalam ketuhar gelombang mikro, jadi sebaiknya sejukkan dengan segera untuk elak sebarang masalah dengan pemanasan semula.

7. Ayam

makanan yang tidak boleh dipanaskan

Jika ingin menikmati semula masakan ayam, anda perlu memilih sama ada memakannya secara sejuk atau memanaskan semula dengan suhu yang rendah dalam jangka masa yang panjang.

Protein yang telah membeku setelah berada lama dalam peti sejuk, akan berubah setelah dipanaskan semula. Ini akan menjadi faktor utama sakit perut. Mikrowave juga tidak membantu dalam proses yang betul.

8. Cendawan

Seperti juga ayam, cendawan mempunyai protein tertentu yang boleh menyebabkan masalah usus atau hati, jika ia dipanaskan semula selepas sehari disimpan. Mungkin anda harus memakannya pada hari yang sama.

Bagi lebihan makanan, sebaiknya makan ketika masih sejuk, kerana dapat menghalang dari permasalahan tersebut.

9. Minyak

Minyak boleh menjadi tengik atau bertukar menjadi lemak apabila dikenakan haba yang tinggi. Ini termasuk juga kacang hazel, avokado, walnut, atau biji anggur. Gunakan mereka pada suhu bilik adalah lebih baik.

Sumber: Astro Awani, Beautiful Nara, MyResepi

HATI-HATI GHIBAH & FITNAH!

Jangan ikut-ikutan membenci orang lain hanya karena mendengar cerita buruk tentangnya..

Apa yang kamu dengar belum tentu benar..

HATI-HATI GHIBAH & FITNAH!

Hal sebegini banyak dah terjadi... Dalam keluarga... Dalam persahabatan... Di tempat kerja... Dalam kejiranan.. Dalam dunia hobi... Waima.. Dalam alam maya.... Kadang-kadang kenal hanya di fb.... Baik.. Baik baik... Tiba2.. Menjauh.... Tiba2 jadi musuh....

Subbahanallah...
Semoga kita di jauhi dari sikap dan perangai sebegini....

Mungkin ramai yang cakap..jangan layan... Buat tak tau je....ya...itu lah yang kita buat.. Tapi tahu tak tahu.... Dalam kita diam.. Dalam kita x ambil tahu dan ambil peduli tu... Nama kita cukup buruk dalam cerita2 orang yang benci kan kita....

Reality nya.... Kita buat apa pun kita tetap jadi isu... Buat baik salah... Buat jahat salah...

Nasihat qin.. Dari pengalaman qin sendiri..
Kerap kan baca al fatihah....
Baca sebanyak mungkin... Sambil membayang kan wajah2 orang2 yang bermasalah dengan kita.. Baca ulang2 kali.... Xkisah lps solat... Atau ada masa terluang... Baca sampai kita menangis pun tak apa.... Percayalah seusai kita menangis kita akan lebih tenang... Lebih yakin.....

Yakin macam mana??
Kita boleh tersenyum tatkala kita terserempak dengan mereka2 yang memberi masalah pada kita.... Kita boleh tersenyum di saat orang berkata buruk tentang kita....

Satu je... Bila mana kita letak kan Allah no 1...percayalah... Kita tak takut pun pada sesiapa yang hadir untuk bagi masalah pada kita....

Ujian...ibarat selimut... Ibarat comforter...
Hanya yang faham sahaja faham......

#lumrahBerjiran
#lumrahBerhobi
#lumrahPersahabatan
#lumrahKehidupan

Lirik Lagu Masing Masing - Ade Govinda dan Ernie Zakri

Tapi akuLetih jugaLebih baikKita masing masing
Pernah sesayang itu pernahPernah secinta itu pernahPernah sedalam ituTapi itu duluSebelum ada hati lain
Pernah berjuang itu pernahPernah terjatuh juga pernahPernah bersama kitaTapi itu duluPada akhirnya pisah juga
Aku tak kau angap pada ceritaAku tak kau angap pada deritaTapi kamu berlaku bagai pemilik ragakuTapi aku letih jugaLebih baik kita masing masing
Pernah sesakit ini pernahTapi kamu yang paling sakitWalau rasaku ini sakit tak berdarahApa rasanya jadi aku
Aku tak kau angkap pada ceritaAku tak kau angap pada deritaTapi kamu berlaku bagai pemilik ragakuTapi aku letih juga
Aku tak kau angap pada ceritaAku tak kau angap pada deritaTapi kamu berlaku bagai pemilik ragakuTapi aku letih jugaLebih baik kita masing masing
Tapi aku letih juga lebih baik kita masing masing

Di situlah silapnya sangkaan kita


Semua orang ada masalah.
Yang membezakan adalah cara kita respond pada masalah.

Bila kita sedang tak berduit, kita sangka orang yang berduit hidupnya takde masalah.

Bila kita sakit, kita sangka orang yang sihat hidupnya takde masalah.

Bila kita sedang ada masalah rumahtangga, kita sangka orang yang nampak bahagia dengan pasangan masing-masing tak pernah dilanda masalah.

Di situlah silapnya sangkaan kita.

Mana ada orang yang hidupnya tak diuji?

Tempat yang kita tinggal sekarang ni namanya DUNIA.
Kalau namanya dunia, hidup pasti ada turun naik.
Kejap sihat, sakit, susah, senang, menangis, gelak.
Itulah fitrah dunia, tak selamanya bahagia.
Dan tak semua yang kita nak, kita dapat.
Ini memang syarat untuk terus tinggal di dunia.

Kalau nak segalanya smooth, sihat walafiat, kaya tak pernah susah, bahagia tak jumpa derita - itu tunggu di syurga.
Kat sini, takkan dapat sesenang tu.

Kalaupun ada manusia yang hidupnya di dunia nampak senang dan bahagia - percayalah, dia tetap ada ujiannya yang tersendiri yang kita tak tahu dan kita tak mampu untuk menanggungnya.
Kerana Allah hanya bagi ujian kepada yang mampu.
Boleh jadi kita tak diberikan kesenangan seperti si dia kerana kita bukanlah orang yang mampu menanggung ujian kesenangan.
Mungkin kita akan hanyut jauh dari Allah bila semakin senang. Boleh jadi.

Jangan ingat ujian orang kaya ni tak berat.
Berapa ramai orang-orang yang terkenal dan kaya lebih banyak dikutuk dari dipuji?
Zaman sekarang ni, semakin kau senang, semakin kau banyak musuh dan semakin apa yang kau buat sentiasa dicari kesalahannya.
Itulah ujian orang have-have yang kita tak nampak.

Selain dari tu, belum tentu dia ada kawan yang yang benar-benar ikhlas berkawan dengan dia.
Belum tentu saudara-mara yang menghimpit-himpit pada semuanya ikhlas mengaku saudara.
Setiap masa ada orang nak pinjam duit [read : pinjam dah hilang].
Dibagi pinjam, hilang.
Tak dibagi pinjam, dikatanya sombong.
Dibagi pinjam sikit, dikatanya kedekut.
Itu belum lagi dengan orang yang sentiasa buat khianat and tunggu masa nak bersorak tengok dia jatuh tersembam.
Jangan ingat orang yang tidur atas duit tak ada masalah.
Masalah mereka mungkin bukan dari segi wang ringgit tapi perasaan.

Selalunya kita anggap masalah yang melibatkan perasaan ni takde apa sangat berbanding masalah takde duit, betul tak?
Kerana, kita takde masalah melibatkan perasaan.
Kita cuma ada masalah duit.
That's why kita rasa perkara yang melibatkan fake friends and fake relatives ni semua takde apa sangat asalkan duit berkepuk gitu.
Cubalah nanti bila kita berada dalam kelompok fake people, baru kita tau betapa lemasnya hidup, kalau boleh tak nak jadi kaya biar nampak mana satu yang ikhlas berkawan.

Baru-baru ni kan Father's Day.
Aku letak gambar keluar makan Korean food kat IG, berdua dengan En Wan.
Then this lady hantar DM cakap, dia teringin nak keluar celebrate berdua dengan suami.
Dia tak ada masalah nak keluar berdua sebab anak-anak dah bersekolah, kalau tinggalkan kat rumah pun tak apa sebab ada maid at home.
Cumanya, suami sangat sibuk.

Suami pensyarah at the same time ada projek bisnes juga.
Weekdays dah tentu busy.
Weekends pun sibuk dengan hal business.
Dia kata dari segi duit, memang cukup.
Cuma masa tak ada.
Jangankan nak celebrate Father's Day, nak celebrate wedding anniversary pun tak ada masa.

Gitulah keadaannya.
Yang takde duit, masalahnya lain.
Yang ada duit, masalahnya lain.
Yang belum berjumpa jodoh, masalahnya lain.
Yang ada pasangan, masalahnya lain.
Semua pun ada masalah, tinggal lagi jenis masalah je yang berbeza.

Baru-baru ni aku bersembang dengan sorang kawan lama.
Aku baru tau dia dah bertitle Dr [PhD].
Serius tak sangka dia segigih tu sebab dia punya level pemalas tu 2x5 je dengan aku.

Aku cakap "Best lah kau dah ada title Dr. Senang nak buat keje. Kalau kau jump into business, kau tak start apa-apa lagi orang dah percaya dah kat kau. Jalan tu dah mudah".

Pastu dia kata "Aku tak carry title aku ni. Kat tempat keje je guna. Asal pi meeting skolah, orang tuju aku jadi leader, asal meeting komuniti rumah, orang tuju aku jadi ketua. Dalam mana-mana meeting punya ramai bagi pendapat, balik-balik tanya aku jugak "apa pendapat Dr?". 

Aku gelak dengar.

Bila aku pikir-pikir balik, gitulah.
Aku anggap life dia hebat sebab ada title Dr.
Dia pulak rasa life aku best sebab boleh hidup dengan bekerja sendiri.

Yang sebetulnya, Allah Maha Adil.
Apa yang kita rasa best ada pada orang lain, belum tentu kita boleh tanggung ujiannya.
Yang aku nampak best cuma pada title Dr, aku tak nampak lagi ujian-ujian yang dia tanggung dek kerana title dia tu.
Sama macam dia, dia nampak life aku best sebab aku mampu untuk tak makan gaji dan terikat dengan jadual majikan.
Yang dia tak nampak adalah aku bertanggungjawab sepenuhnya pada kelansungan hidup staff-staff aku.
Staff aku ada yang nak kawen, nak bayar loan kereta, rumah, bagi mak bapak duit.
Itu semua aku nak kena pikir.

Jadi, jangan ingat life orang best sangat.
Yang best tu hanya di mata kita saja.
Belum tentu semuanya best.
Masing-masing ada masalah yang dorang tak tunjuk.

Tak dinafikan masalah ada kalanya buatkan diri patah semangat.
But to be fair, ada masalah yang melemahkan, ada masalah yang menguatkan.

Masalah hanya akan jadi besar kalau kita yang memperbesar-besarkannya.
Terkadang masalah yang ringan boleh bertukar jadi berat bila kita terlalu melebih-lebihkannya.
Sedangkan masalah yang berat boleh menjadi ringan bila kita mampu memilih cara atau method yang tepat dalam menghadapinya.

That's why letak berat atau tidaknya sebuah masalah bergantung kepada bagaimana cara kita dalam menghadapi dan mengatasinya.
Belum tentu lagi masalah orang yang tak berduit akan selesai kalau diberikan seguni duit.
Boleh jadi makin ditumpukkan duit, makin besar masalahnya.

Bila berdepan dengan apa-apa masalah, yang penting carilah jalan untuk mengatasi masalah, bukan memperbesarkan masalah.

Contohnya, kalau kita sakit, jumpa doktor.
Insyallah masalah selesai.

Kalau ada kecurian, lapor pada polis.
Insyallah masalah selesai.

Kalau ada masalah dengan seseorang, berjumpa terus dengan that person.
Insyallah, masalah selesai.

Ini tak.
Bila ada masalah dengan A, dia pi mengumpat kat B and C.
Adakah itu akan menyelesaikan masalah?
Membesarkan masalah lagi ada.

Kadang-kadang kita kena muhasabah diri.
Pangkal dari suatu masalah kadang-kadang bukan masalah itu sendiri, tetapi cara kita menyingkapi dan menerima masalah tu.
Oleh sebab itu, salah satu sikap yang perlu ada adalah menerima masalah.
Sikap berlapang dada dalam menerima masalah juga diperlukan sebagai langkah awal dalam menghadapi masalah especially masalah yang berat.
Kalau ada masalah dengan orang lain, fikir balik, di mana puncanya.
Kalau kitalah puncanya, maka muhasabah dan perbaiki diri.
Kalau puncanya dari orang lain, pergilah pada orang tu dah selesaikan.

Senang, kan?
Tapi tak.
Kebanyakkannya lebih suka pilih untuk cerita kat orang sana, cerita kat orang sini untuk menampakkan diri benar dan si dia salah.

Berlapanglah dada dalam menerima kesilapan diri, kekurangan diri dan kehebatan orang lain.
Dengan berlapang dada menerima masalah, kita jadi sedar bahawa hidup tak selalu seperti yang kita inginkan.
Semakin kita mampu menerima masalah, semakin besar peluang kita untuk mengatasinya kerana dengan menerima masalah bererti kita dah pun melalui tahap awal untuk identify masalah yang kita hadapi.

Kita boleh kecewa dan sedih dengan nasib diri, tapi jangan berlarut-larut apetah lagi persoalkan kenapa takdir orang lain lebih baik.
Bukan hak kita persoalkan kenapa orang tu hidup senang padahal tak taat pada Allah sedangkan kita taat tapi masih diuji macam-macam.
Bila kita dah rasa diri jauh lebih baik dan tak layak diuji, itu bermakna kita sedang menjadi jahat.

Hidup kita ni sangat luas.
Luasnya adalah jarak dari hidup hingga mati, hingga dibangkitkan semula, hingga berkumpul di Padang Mahsyar, hingga dihisab, hingga meniti titian sirat, hingga ke syurga/neraka.
Kita sekarang baru di phase awal.
Apa pun bentuk ujian yang kita hadapi sekarang masih phase awal.
Entah apa lagi ujian yang kita bakal hadapi nanti sebelum sampai syurga.
Jadi, kalau ujian yang Allah bagi sekarang membuatkan kita semakin dekat padaNya, insyallah Allah akan cancel ujian-ujian lain yang sepatutnya kita lalu sebelum nak sampai syurga tu.

Sebagai makhluk yang beriman, yang percaya wujudnya Allah, salah satu cara yang kita boleh buat bila berdepan dengan masalah adalah meminta pertolonganNya dengan cara berdoa.
Sebab kita tahu bahawa masalah merupakan ujian yang diberikanNya, baik masalah ringan atau berat sekalipun.
Setiap masalah yang Allah hantar, dia hantar sekali dengan solution.
It is just that Dia nak ajar kita berusaha terlebih dulu dalam mencari penyelesaian untuk setiap masalah.
Kerana usaha adalah ibadah.
Usaha itu yang akan dinilai.
Bila dah usaha, barulah doa sebagai tanda bahawa kita berserah kepadaNya dan minta ditunjukan penyelesaian yang terbaik

Wadah Terkini