Hadir Tanpa Rasa, Tapi Penuh Setia


Monolog Jiwa – Hadir Tanpa Rasa, Tapi Penuh Setia

Aku tanya dengan nada bergurau:

“Uncle, apa uncle rasa bila duduk lama-lama kat masjid ni? Tenang? Manis? Nampak cahaya turun?”

Dia senyum perlahan. Jawabnya lembut…

“Uncle tak rasa apa-apa pun.”

Aku terdiam. Aku sangka… Orang yang datang paling awal, balik paling akhir, pasti penuh ‘rasa’ — rasa tenang, rasa getar, rasa manis.

Tapi kata uncle,

“Uncle tak rasa apa-apa. Tak ada tangisan. Tak ada getar.
Cuma takut… takut kalau uncle tak datang, uncle yang tinggalkan Allah — sedangkan Allah tak pernah tinggal uncle.”

Diam aku lebih lama kali ini. Sebab aku mula sedar, Kadang-kadang yang tak merasa itu… lebih hampir. Yang duduk diam tanpa air mata itu… lebih selamat. Yang hadir tanpa rasa manis itu… mungkin lebih jujur pada Tuhannya.

Jangan tertipu dengan rasa.
Kerana rasa itu datang… dan pergi.
Tapi kehadiran, itu tanda setia.
Dan setia, itu lebih tinggi dari seribu rasa yang manis.

Kadang, Allah sembunyikan rasa supaya kita belajar ikhlas.

Kalau hadir hanya kerana rasa, kita hamba rasa, bukan hamba Dia.

Tapi kalau kita terus hadir — walau tiada rasa, tiada getar, tiada tangisan… itulah sebenar-benar cinta dan penghambaan.

#MonologJiwa #JMBELOG #SetiaTanpaRasa

Catat Ulasan

0 Ulasan