Keheningan Yang Membawa Tenang
Label: Monolog Jiwa, Catatan Kehidupan, Kesunyian, Reda, Refleksi
Ada waktunya, seseorang telah cuba jadi sebaik mungkin…
Tapi tetap dianggap tak pernah cukup.
Segala kebaikan yang diberi,
seakan tak pernah wujud — walau setitis air.
Pernah jujur sepenuhnya,
namun tetap dijatuhkan hukuman,
seolah semua salah hanya datang darinya.
Orang yang pernah dia harap akan ada saat dia perlu,
orang yang dia selalu doakan bahagia —
akhirnya pergi tanpa alasan,
tinggalkan dia dengan seribu tanda tanya yang tak berpenghujung.
Dan ya…
dia pernah bertanya perlahan,
"Aku salah apa?"
Sejak itu, langkahnya jadi perlahan.
Dia mula menyepi, bukan kerana benci sesiapa,
tapi kerana dia belajar —
manusia kadang hanya tunggu peluang,
untuk lari tanpa reda bersalah.
Kini dia lebih memilih bersendirian.
Memandang langit. Dengar deru angin.
Duduk di tepi jalan selepas hujan,
atau atas jambatan sunyi hanya untuk melihat air mengalir…
Dia mula berdialog dengan alam. Dengan Tuhan.
Dan dari situ, dia belajar erti reda.
Bukan semua luka perlu dipersoal.
Bukan semua kehilangan perlu dipaksa pulang.
Kadangkala, tenang itu hadir bila kita diam…
dan mula berbicara hanya dengan Tuhan.
“Ketenangan bukan bila dunia faham kita…
tapi bila kita mula faham, kita tak perlu difahami semua orang pun…”
– #JMBELOG ✍️

0 Ulasan