MONOLOG BERDIRI 2

MONOLOG BERDIRI 

(Suara makin perlahan… tapi makin dalam.)

"Aku pandang langit…
Kadang aku tanya… kenapa hati ni mudah rasa luka… mudah rasa kecewa…?

Mungkin sebab aku pernah berharap…
Mungkin sebab aku terlalu ikhlas…
Atau mungkin… aku terlalu percaya… bahawa semua orang itu seperti aku…

Tapi… tak mengapa.
Hari ini aku belajar lagi…
Bahawa ikhlas itu bukan untuk dilihat…
Tapi untuk dipersembahkan… hanya kepada Tuhan.

Aku sedar…
Bukan semua orang akan faham cara aku mencintai…
Bukan semua akan faham cara aku menghargai…

Tapi aku tetap memilih…
Untuk melayan sepertimana aku ingin dilayan…
Untuk menghargai sepertimana aku ingin dihargai…

Walaupun… kadang-kadang…
Yang aku beri, hanya kembali dalam bentuk senyap.
Yang aku harap, hilang entah ke mana…

Tapi tak apa…
Kerana aku percaya…
Yang aku beri, bukan hilang… Tapi disimpan Tuhan… untuk dibayar pada waktu yang paling aku perlukan…

Aku berdiri di sini…
Bersama sisa-sisa rasa…
Bersama harapan yang masih aku genggam…
Bersama diri yang tak sempurna… tapi tetap ingin menjadi baik…

Aku bisik pada diri…
'Teruslah jadi baik… walau dunia kadang tak pernah adil…'

(Diam. Pandang ke depan. Tarik nafas dalam… Tersenyum tipis.)

Aku… tetap berdiri.

0 comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”