Monolog Jiwa — Penat Kerana Manusia


Penat Kerana Manusia — Monolog Jiwa | #JMBELOG

Monolog Jiwa — Penat Kerana Manusia

Penat Kerana Tugasan vs. Penat Kerana Manusia

Dalam hidup, penat itu biasa.
Penat kerana tugasan — itu lumrah.
Ia hanya tanda kita manusia, yang ada batas, yang perlu rehat, yang perlu diam sebentar sebelum melangkah lagi.

Tapi ada satu penat yang lebih halus,
yang tidak selalu nampak di mata, —
iaitu penat kerana manusia.

Penat kerana kata-kata yang menghiris,
penat kerana sikap yang melelahkan,
penat kerana jiwa kita diragut perlahan-lahan
oleh hati-hati yang tidak pernah tahu menghargai.

Di situ, kita kena belajar berjaga-jaga.
Kerana penat begitu bukan sekadar letih —
ia bisa mencuri bahagia,
menghilangkan senyum,
dan menjauhkan kita dari diri sendiri.

Kalau sampai kita terasa lebih takut pada manusia,
daripada tugasan yang berat,
maka itu tanda jiwa kita perlu dilindungi.

Berhati-hatilah, kerana ada penat yang boleh diubati dengan tidur,
tapi ada penat yang hanya boleh disembuhkan dengan menjauh.

Catat Ulasan

0 Ulasan