Monolog Jiwa – Masih Kuat Walau Tak Terlihat

Monolog Jiwa – Masih Kuat Walau Tak Terlihat

Tengok orang bercerita, nampak seronok saja.
Tapi aku tak mampu — tak semewah itu hidupku.

Aku ke mana-mana dengan bas saja.
Pernah jalan kaki hampir empat jam pergi dan balik sebab bas rosak, basikal pun tak ada masa itu.

Aku tak pandai dalam pelajaran.
Tapi kerja dan kerja lagi, kerana hidup tak menunggu mereka yang lemah.

Motor pertama, Honda Wave 100, hadiah kecil dari hasil kerja pertama.
Kemudian tukar ke Wave 110, sebab motor pertama accident.
Tukar lagi — motor kedua juga mengalami accident.
Banyak kali juga tukar sebab accident.
Setiap calar, setiap jatuh, macam bekas perjuangan yang tak semua faham.

Start kerja sekuriti, dan perlahan-lahan dapat upgrade ke motor Adventist.
Terbaru — Honda Vario 160, bukan untuk gaya,
tapi sebab yang lama kini jadi kegunaan keluarga.

Sekarang 40 lebih, masih menanggung hutang yang tiada siapa yang tahu.
Semua demi keselesaan famili.

Sakit memang sakit, tapi terpaksa kuat.
Aku hanya memohon agar diberi kekuatan untuk terus menjalani hidup,
agar semuanya settle sebelum aku menutup mata.

Aku terus berjalan walau sunyi, kerana aku tahu ada yang bergantung pada langkahku.

Dan jika kau masih di sini, membaca hingga ke penghujung…
mungkin ini bukan sekadar tulisan…
mungkin ini adalah rasa yang akhirnya kau temui dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan