Sebelas di Padang

Episod 1 · Cerita Santai Bola

Di bawah lampu yang sedikit pudar, sebelas nyawa bersatu—seperti satu nafas yang terbagi. Penjaga gol berdiri sunyi, menunggu saat bola menjadi jawapan; pemain lain berlari, masing-masing membawa doa yang sama: bukan hanya mahu menang, tetapi mahu pulang dengan hati yang lapang.

Padang bukan sekadar rumput; ia tempat ingatan yang basah oleh hujan dan kering oleh peluh. Kita belajar bahawa dalam permainan ada giliran, ada saat setia; dan ada juga saat kita hanya mampu memandang, menyimpan satu harap yang tak berbunyi.



Untukmu yang membaca hingga ke titik ini, semoga Allah memeluk hatimu dengan tenang, seperti kau selalu memeluk luka orang lain. Moga setiap langkah disertai tenang, dan setiap ujian membawa pulang hikmah. Semua tulisan berasal dari blog penulis. Kredit dan sumber akan dinyatakan apabila digunakan sebagai tanda hormat kepada asalnya. - Copyright - 2016 © #JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan