Bila Kebenaran Tak Sedap Didengar
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Kita bukan menuduh. Kita bukan suka mereka-reka cerita. Apa yang terucap, apa yang terluah – semuanya bersebab.
Ada benda yang kita pendam lama. Ada perkara yang kita tegur elok-elok. Ada nasihat yang kita cuba beri dengan cara paling lembut. Tapi bila hati manusia dipenuhi dengan rasa ‘aku betul’, apa saja nasihat terdengar seperti serangan.
Akhirnya, perbuatan mereka memakan diri sendiri. Apa yang kita cuba elakkan, itulah yang mereka lakukan tanpa sedar. Apa yang kita nasihatkan dulu, itulah yang jadi punca masalah hari ini.
Ironinya, bila kita bercakap benar – kita pula dianggap punca. Kita pula yang dipersalahkan. Dan akhirnya, kita diblocking, kerana mereka tak mampu menelan hakikat bahawa salah itu datang dari diri sendiri.
Begitulah sikap manusia… Kadang, mereka lebih rela hilang kawan daripada mengakui kesalahan.
Tapi biarlah. Kita sudah buat bahagian kita. Kita sudah cuba menegur dengan cara yang paling halus. Dan selebihnya, serahkan pada masa – sebab masa tak pernah gagal membuka mata manusia yang tertutup.
Ada jatuh yang menyakitkan, tapi itulah yang akhirnya menyedarkan.
Dan kita? Kita teruskan hidup, tanpa perlu menyimpan dendam, tanpa perlu membalas apa-apa.
Sebab kebenaran tak perlu dipertahankan dengan suara. Ia mempertahankan dirinya sendiri.
0 Ulasan