Aku Diam, Bukan Kerana Hilang Suara


Aku Diam, Bukan Kerana Hilang Suara

Aku Diam, Bukan Kerana Hilang Suara

Why aku banyak diam… Why aku suka bersendirian… Sebuah renungan tenang tentang sunyi yang menyembuhkan.

Why aku banyak diam…
Why aku suka bersendirian…
Why?

Bukan sebab aku tiada suara,
tapi sebab aku tak selalu rasa perlu untuk bicara.

Aku diam bukan kerana kosong,
tapi kerana jiwaku tenang tanpa terlalu banyak dunia.
Aku selesa dalam sunyi,
tanpa gangguan yang tak perlu aku pikul.

Bukan aku benci manusia,
aku cuma penat dengan perkara yang tak penting.

Aku tak lari dari dunia,
aku cuma melindungi hati dari beban yang tak sepatutnya aku simpan.

Bila sakit, aku diam.
Bila perit, aku telan.
Kadang-kadang terlepas juga di bibir —
“aku tak sihat…”

Bukan sebab aku nak simpati,
tapi sebab berat untuk simpan selamanya sendiri.
Aku tahu, tak semua mampu faham,
dan tak semua perlu tahu.

Aku bukan tak mahu berkawan,
aku cuma terbiasa berdamai dengan diri sendiri.

Di tempat kerja, aku diam bila tiada perlu.
Di rumah, aku sunyi tanpa rasa sepi.
Kerana bagi aku,
diam itu bukan kelemahan —
diam itu cara aku bertahan.

Dan mungkin…
itulah bahasa jiwaku.

Catat Ulasan

0 Ulasan