Semakin bertambah umur, semakin aku belajar memilih untuk senyap.

Semakin bertambah umur, semakin aku belajar memilih untuk senyap.

Bukan kerana aku tak punya rasa,
tapi kerana aku sudah letih menjelaskan perkara
yang tak pernah benar-benar mahu difahami.

Orang tak ajak, aku diam
Kerana aku sedar, kehadiran yang dipaksa
tak pernah membuatkan aku rasa diterima.

Orang tak suka, aku diam
Tak semua hati perlu diyakinkan.
Ada penolakan yang bukan untuk dilawan,
tapi untuk diterima dengan tenang.

Orang tak hargai, aku diam
Sebab aku tahu, nilai diri
tak diukur daripada siapa yang menoleh,
tapi daripada siapa yang ikhlas bertahan.

Orang taknak support, aku diam
Aku belajar berdiri dengan kaki sendiri,
walau lutut pernah menggigil,
walau hati pernah hampir jatuh.

Orang taknak berkawan, aku diam
Kerana aku tak lagi mencari ramai,
aku hanya menjaga yang sudi
duduk walau tanpa janji.


Diam aku bukan kalah.
Diam aku adalah pilihan.
Pilihan untuk menjaga jiwa
daripada luka yang sama,
daripada bunyi yang tak membawa makna.

Kadang-kadang,
senyap itu cara paling matang
untuk terus hidup tanpa kehilangan diri sendiri.

Dan jika kau masih di sini, membaca hingga ke penghujung…
mungkin ini bukan sekadar tulisan…
mungkin ini adalah rasa yang akhirnya kau temui dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan