Maggi cup

Lepas Maghrib tadi, aku mai 7-e ni. Ada nak beli barang sikit. Sebaik masuk dalam tu, aku perasan ada dua orang budak dok berbisik sambil tunjuk megi Samyang yang berharga RM8.70.


Usia mereka sekitar darjah 4, darjah 5. Nampak dok berbisik-bisik macam nak beli. Aku perhati ja budak berdua tu.


Lepas tu ada sorang budak datang dengan mak ayah dia, beli megi cup biasa. Budak dan mak dia pergi tempat air panas, buka cup dan tuang air panas. Seterusnya ke kaunter untuk bayar.


Budak lelaki berdua tadi perhati je kelakuan tersebut dan nampak tersenyum girang.


Tanpa berlengah, dia ambil satu cup megi samyang, pergi tempat air panas, tuang air panas dan ke kaunter, terus buat pembayaran.


Fahamlah aku, budak berdua ni 1st time nak beli megi cup di 7-e. Tak tahu cara. Jadi dia perhati sahaja orang lain buat dulu. Nak tanya, malu agaknya. Biasa la, budak kampung ni pemalu sikit.


Aku rasa, mereka beli samyang guna duit raya yang diperoleh hari ini.


Entah berapa lama dah pendam perasaan nak rasa megi ini.

Mungkin selama ni hanya telan air liur lihat kawan-kawan makan, dengar kawan-kawan bercerita.


Nak minta duit dengan mak ayah, mungkin mereka tahu, mustahil nak dapat. Sebab belenggu kemiskinan agaknya.


So, tahan diri sampai ada duit sendiri. Saat raya begini, saat dapat duit raya. Dan malam ini impian mereka tercapai.


Sebab tu aku memang lawan pandangan segelintir orang 'Jangan bagi duit raya kat budak-budak'. Ada je tulis artikel begitu. Suruh beri buku lah apa.


Katanya nak sedekah, bagi je bulan Ramadan. Lebih afdal sedekah pakaian, makanan, kasut, buku, bla...bla...bla...


Nope kawan. Bagilah duit raya pada anak-anak. Kalian tak pernah tahu berapa lama mereka tahan keinginan nak makan aiskrim Magnolia, nak beli seluar jeans Levis copy ori, nak beli selipar Adidas, nak itu, nak ini.


Impian mereka ini hampir mustahil nak dapat jika minta dengan mak ayah.


Satu-satunya peluang untuk mereka merasa semua ini cumalah bila tiba hari raya. Ada duit sendiri. Ada duit raya.


Aku yakin, ramai pembaca artikel aku malam ini akan setuju dengan aku. Kerana kalian pun pernah berada dalam kasut itu. Kan? ☺️


Yang lahir dalam dulang emas, mungkin tak faham kisah ini. Tak pa lah korang tak faham pun, cuma ingat, bila raya, bagi je duit raya kat budak-budak yang datang beraya tu. 


Kadang bukan budak yang nak guna, mak ayah dia di rumah yang berharap anak pulang bawa duit raya untuk beli sekampit beras.


Ini cerita warga bawahan. Yang tak semua orang faham.


Begitulah.


Kredit : Mohd Fadli Salleh




SUAMIKU IMAMKU ISTERIKU MAKMUMKU 

La tahzan, Innallaha Ma'ana

La Tahzan Innalaha Ma'ana | Jangan Bersedih, Allah Bersama Kita

🌿 La Tahzan, Innalaha Ma'ana

Jangan Bersedih, Sesungguhnya Allah Bersama Kita


“Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” (QS. At-Taubah: 40)

Mungkin saat ini kita sedang dilanda duka lara, kegundahan hati, atau dihimpit pelbagai kesulitan hidup.

Tapi ingatlah… setiap ujian itu tidak datang untuk mematahkan, tetapi untuk menguatkan.


🌧️ Ujian Itu Tidak Sia-Sia

Bersabarlah. Jangan larut dalam kesedihan terlalu lama.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah seorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kerisauan, kesedihan, atau gangguan melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya.” (HR. Bukhari & Muslim)

Setiap sakit, setiap air mata, setiap kesedihan — semuanya bukan sia-sia di sisi Allah.


🤍 Husnudzon Kepada Allah

Teruskan bersangka baik kepada Allah.

Barangkali Allah ingin mengangkat darjat kita.

Barangkali Allah ingin menghapus dosa kita.

Barangkali Allah rindu mendengar doa kita dalam tangisan.


🌈 Selepas Hujan Pasti Ada Pelangi

Allah tidak menjanjikan hidup sentiasa cerah, tetapi Allah menjanjikan ketenangan selepas ujian.

Setiap kesedihan pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Dan di sebalik setiap luka… ada cinta Allah yang sedang menyembuhkan.


“La Tahzan… jangan bersedih. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.”

#JMBELOG | Ketenangan Jiwa | Motivasi Islam

Wadah Terkini