Hidup Yang Senyap, Tapi Bukan Kosong

Hidup Yang Senyap, Tapi Bukan Kosong

Ada kehidupan yang tidak bising, tetapi sarat dengan perjuangan yang tidak terlihat.


Hari-hariku hanya pergi dan balik kerja.
Rehat di rumah.
Ulang perkara yang sama, tanpa banyak cerita.

Yang tahu saja tahu siapa aku sebenarnya.
Yang lain hanya melihat dari luar,
dan menganggap aku memilih untuk menjauh.

Bukan sebab aku tak mahu berkawan.
Bukan sebab aku menutup pintu pada manusia.
Tapi sebab ada perkara yang aku sendiri
tak tahu bagaimana mahu diceritakan.

Ada letih yang tak pandai bersuara.
Ada beban yang bila cuba diluah,
ayatnya terhenti di dada.

Tak semua rasa perlu dijelaskan.
Tak semua luka perlu ditunjukkan.
Kadang, cukup dengan terus bertahan
walaupun dalam diam.

Aku belajar menerima,
bahawa tidak semua orang akan faham.
Dan itu tidak mengapa.

Asalkan Tuhan tahu apa yang aku tanggung,
dan aku masih mampu melangkah —
walau perlahan.

Kerana hidup bukan tentang siapa yang paling kuat bersuara,
tetapi siapa yang masih terus berjalan,
walaupun senyap.



Untukmu yang membaca hingga ke titik ini, semoga Allah memeluk hatimu dengan tenang, seperti kau selalu memeluk luka orang lain. Moga setiap langkah disertai tenang, dan setiap ujian membawa pulang hikmah. Semua tulisan berasal dari blog penulis. Kredit dan sumber akan dinyatakan apabila digunakan sebagai tanda hormat kepada asalnya. - Copyright - 2016 © #JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan