Tonton Online Hero Seorang Cinderella (2017)



Hero Seorang Cinderella - Fattah Amin ft Fazura

Kau buatku tertanya
Dikali pertama
Bertentangan mata

Ku selalu merindu
Hadirnya bayangmu
Kau cuit hatiku

Hanya kau yang ku mahu
Sayang jangan terburu
Sampai bila harus ku tunggu
Oh sayang, aku malu
Baby baby can't you see
You and I are meant to be
Hanya kita berdua

Sayang bukan ku tak mahu
Bertemu dengan mu
Sayang, siapa la aku
Jangan la bimbang
Sayang, kan ku bina istana
Engkau permaisuri ku

Hanya kau yang ku mahu
Sayang jangan terburu
Sampai bila harus ku tunggu
Oh sayang, aku malu
Baby baby can't you see
You and I are meant to be
Hanya kita berdua

Hanya kau yang ku mahu
Sayang jangan terburu
Sampai bila harus ku tunggu
Oh sayang, aku malu
Baby baby can't you see
You and I are meant to be
Hanya kita berdua
Hanya kita berdua

Tonton Online Hero Seorang Cinderella (2017)

SINOPSIS HERO SEORANG CINDERELLA 
kisah seorang Cinderella yang bernama Nura Medina(Nur Fazura) dan hero, Tengku Ian Uzzam (Fattah Amin).
Sekali pandang, orang mesti cakap dia amat sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajamnya mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.
Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak-anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini adalah bersama denagn satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.
Nura Medina hidup bersama dengan ibu tiri, Datin Mawar(Datin Zizie Ezette) dan kakak tiri, Puteri (Uqasha Senrose) selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tidaklah begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar. Sehinggalah dia difitnah lalu telah dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan. Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu muncul dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat.
Namun ada rahsia disebaliknya? Apakah rahsianya?
Novel ni mengisahkan Tengku Ian Uzzam dan Nura Medina, Ian adalah seorang yang sangat sweet and pemaaf.  Medina pulak seorang yang kasar dan tak mudah percaya kat orang disebabkan persekitaran dia membesar Tengku Ian sudah tinggal lama di LA dan best friend with Faizzam.
Nura Medina anak Datuk Azizan dan Ian anak Tengku Ismadi, tetapi rupa-rupanya, Izzam yang merangkap kawan baik Ian adalah abang kandung Medina yang sudah lama terpisah dekat dua puluh tahun. Ian kembali ke Malaysia pun sebenarnya hendak selesaikan amanat ayah dia iaitu untuk menyatukan keluarga Izzam. akan tetapi Ian sudah mula jatuh hati dengan Medina.
Ian adalah penyelamat dan hero kepada Medina. Medina kena fitnah dengan kakak tiri dia Puteri, sehinggakan papa dia sendiri tak mengaku anak dan halau Medina keluar daripada rumah, masa tu pula la Medina tengah demam, Ianpun apa lagi terus ajak Medina kahwin, sebab dia nak jaga Medina, dia tak akan biar Medina sedih lagi, walaupun mereka baru kenal  4 bulan. Apakh kesudahannya… Dapatkah mereka bahagia selamanya?
 TAJUK : HERO SEORANG CINDERELLA 
JUMLAH EPISOD : 24 episod
TARIKH TAYANGAN : 22/05/2017
HARI & MASA : Isnin hingga Khamis, pada jam 10.00 malam
SIARAN TV : Slot Mega Drama (Astro Ria 104 & Ria HD 123)
PENULIS NOVEL : Anjell
PENGARAH : Michael Ang / Hadith Omar
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PARA PELAKON :Fattah Amin, Nur Fazura, Uqasha Senrose, Zizie Izette, Uqasha Senrose, Fikry Ibrahim, Aedy Ashraf, Nina Juren, Iswan Ismail, Jasmine Suraya, Lisdawati, 

 WATAK-WATAK PELAKON 
Fattah Amin sebagai ‘Tengku Ian Uzzam’
Nur Fazura sebagai ‘Nura Medina’
Zizie Izette sebagai ‘Puan Sri Mawar’
Uqasha Senrose sebagai ‘Puteri Emallyn’
Fikry Ibrahim sebagai ‘Farizzam’
Aedy Ashraf sebagai ‘Darius’

Kredit : remenpedas


Tonton Hero Seorang Cinderella (2017)

Tonton Online Encik Suami Mat Salih Celup



Encik Suami Mat Salih Celup Bermula 25 Jun 2017 | Slot Dahlia TV3

Drama adaptasi novel Encik Suami Mat Salih Celup karya Yumi Hyra akan menghiasi slot Dahlia TV3. Menampilkan gadingan baru Daler Yusuf dan Nelydia Senrose sebagai pelakon utama. Drama ini diarahkan oleh Hashim Rejab. 


JUDUL : ENCIK SUAMI MAT SALIH CELUP
TARIKH : Mulai 25 Jun 2017 (Raya Pertama)
HARI / MASA : Jumaat - Ahad / 6.58 Petang
SIARAN : Slot Dahlia TV3
PENULIS NOVEL : Yumi Hyra
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : Zamriez Golden Pictures
PELAKON : Daler Yusuf, Nelydia Senrose, Fikhree Bakar, Nadiyah Shahab, Ozlynn, Zila Bakarin, Nor Albaniah



WATAK PELAKON 
Daler Yusuf sebagai Ian Hadif
Nelydia Senrose sebagai Iman Amani
Fikhree Bakar sebagai Naim Hadri 



SINOPSIS ENCIK SUAMI MAT SALIH CELUP
Kisah antara Iman Amani dan Ian Hadif bermula apabila pertunangan antara Iman Amani dengan Naim diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya. Bagi menutup rasa malu keluarga, Iman Amani menerima cadangan ibunya untuk mengahwini anak rakan ibunya iaitu Ian Hadif. 



Setelah diijab kabulkan, ibu mentua Iman Amani memintanya untuk 'memelayukan' Ian Hadif yang selama ini membesar di luar negara. Mereka mula mengenali antara satu sama lain. 


Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya. Bekas tunangnya, Naim muncul semula, mahukan Iman kembali. Mengeruhkan lagi keadaan munculnya seorang model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan redha. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri.

Tonton Encik Suami Mat Salih Celup (2017)

Bersabarlah Sayang - Sanisah Huri


Bersabarlah Sayang - Sanisah Huri

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

Lara Dalam Kerinduan - Aiman Tino


Lara Dalam Kerinduan - Aiman Tino 
Termenung
Raya Hampir Tiba
Terkenang Pada Ayahanda
Yang Jauh Disana

Ku Rindu Mahu Bersama Mu
Bersalaman Di Hari Raya
Jatuh Air Mataku
Sedihnya Raya Ku Tanpa Mu
Mahu Gembira Mahu Kau Ada Bersamaku

Di Hari Yang Mulia
Pasti Akan Terluka
Oh Tuhan Tabahkan Hatiku
Selamat Hari Raya Ku Ucapkan Pada Semua Saudara
Biarkan Ku Sepi Tanpa Mu

Di Hari Yang Mulia
Ku Ucapkan Pada Mu
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya Ku Ucapkan Pada Semua Saudara
Biarkan Ku Sepi Tanpa Mu

Di Hari Yang Mulia
Ku Ucapkan Pada Mu
Selamat Hari Raya

Termenung
Raya Hampir Tiba
Terkenang Pada Ayahanda
Yang Jauh Disana

Menuju Ku Ke Pesara Mu
Ku Berdoa Pada Yang Esa
Ampunkan Dosa-Dosa Mu

Kasih Lebaran - Sufian Suhaimi


Kasih Lebaran - Sufian Suhaimi

Indahnya rasa
Pabila melihat mereka
Meraikan hari yang mulia
Ku terasa hiba

Hatiku mulai terusik
Mengenangkan nasib ku disini
Siapalah aku
Tuk menagih kasih

Secebis rayuan
Untuk ku diraikan
Kemanakah aku
Di pagi syawal ini

Mencari haluan
Seandainya
Ku diberikan peluang
Ingin ku merasakan kenikmatan kemanisan hari raya

Jika masih ada yang menyayangi
Sambutlah salam aidilfitri ini
Sesuci hati nurani

Hari ini
Lebaran kita semua
Seandainya kau berada disisiku
Takkan sama tika bersama dengan mereka

Seandainya
Ku diberikan peluang
Ingin ku merasakan kenikmatan
Hari raya bersamamu

Jika masih ada yang menyayangi
Sambutlah salam aidilfitri ini
Sesuci hati nurani

Hari ini
Lebaran kita semua

CORETAN DRAMA ANDAINYA TAKDIR

CORETAN DRAMA ANDAINYA TAKDIR / Ketika ini sedang hangat diperkatakan mengenai drama bersiri hebat, Andainya Takdir, yang masih lagi bersiaran di kaca TV.  Melalui komen-komen netizen, ramai yang rasa sakit hati apabila menonton drama lakonan Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis dan ramai lagi ini.  
Antara komen yang sering diluahkan adalah mengapa Airil jadi begitu jahat, kenapa isterinya terlalu baik dan tidak kurang juga yang menyampah dengan sikap ibu mertua Fatihah. Malah, penulis skrip cerita ini juga turut diheret sama menjadi kebencian ramai.  
Oleh itu, MH Online telah menemu bual penulis skrip drama Andainya Takdir ini, Wan Mahani Wan Hassan.  
Cerita Wan Mahani, 
“Cerita Andainya Takdir ini merupakan kisah benar yang berlaku terhadap seorang kenalan saya.  Dia bercerita dengan jujur masalah yang berlaku dalam rumah tangganya selama ini yang tak ramai mengetahuinya.  Terutama mengenai sikap suaminya yang mengalami masalah penyakit mental ‘Othello Syndrome’ atau dalam bahasa yang lebih mudah ‘cemburu buta’, tidak yakin dengan pasangan.  
“Cerita ini ditulis atas persetujuan beliau dan tujuannya bukanlah untuk memalukan mana-mana pihak tetapi adalah sebagai pengajaran kepada semua pasangan yang akan atau telah berumah tangga.  
“Ada juga komen yang saya baca katanya terlalu ganas sangat tetapi itulah sebenarnya yang berlaku.  Pun begitu, kalau kita tengok dari awal sehingga tamat cerita ini nanti, ganas tak adalah banyak sangat tetapi lebih banyak yang positif sebenarnya,” katanya. 
Tambah Wan Mahani, dia turut membaca komen yang mengatakan skrip yang ditulis itu keterlaluan dan sengaja dibuat-buat sehingga menampakkan cerita itu kurang jujur.  
“Kalau nak tahu sebenarnya dalam cerita ini, watak Airil (Shukri Yahaya), Fatihah (Nina Iskandar) dan ibu mertuanya (Sheila Mambo), ketiga-tiga ini adalah watak sebenar seperti yang diceritakan oleh kenalan saya itu kepada saya.  Sementara yang lain-lain itu adalah mengikut situasi semasa.  
“Jangan terkejut jika saya katakan bahawa saya juga menerima beberapa mesej yang mengatakan bahawa cerita Andainya Takdir ini sama atau hampir sama dengan kisah yang berlaku dalam rumah tangga mereka.  Jadi jelasnya di sini, cerita ini benar-benar wujud dan berlaku bukan pada seorang tetapi pada ramai wanita-wanita lain,” jelasnya.  
Dalam pada itu, Wan Mahani sempat juga bercerita mengenai hero drama tersebut iaitu Shukri Yahaya yang katanya ada peminat Shukri tidak menggemari watak Shukri sebagai lelaki psiko tersebut.  
“Ini merupakan watak psiko yang sangat mencabar bagi Shukri dan bagi saya dia telah melaksankan tugasnya dengan sangat baik.  Saya juga kagum dengan Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sheila Mambo dan semua pelakon serta krew yang terlibat di dalam drama ini.  
“Tahniah juga untuk pengarahnya Along Kamaludin dan penerbitnya A. Aida Production,” katanya.  
Akhir sekali Wan Mahani berharap agar drama ini dapat dipandang dari sudut yang positif dan tonton drama ini sehingga episod terakhir untuk mengetahui penghujung ceritanya.  
Kredit : MediaHiburan

TONTON ONLINE ANDAINYA TAKDIR (DRAMA)


TONTON ONLINE ANDAINYA TAKDIR (DRAMA)




Tajuk : Andainya Takdir
Mula Tayangan : 29 Mei 2017
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 malam
Siaran : Slot Samarinda TV3
Terbitan : A.Aida Production Sdn Bhd
Jumlah Episod: 16



Pelakon : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi, Adiba Yunus, Annie Ariffin, Ikhlas Jalil, Rosnah Mat Haris, Dilla Ahmad, Putra Amaris


SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR
Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis).
Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.
Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya.
Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat.
Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat
Fatihah berasa terpinggir.
Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.

Tonton Andainya Takdir (2017)


Nilai Surah Al-Ikhlas Bersamaan Sepertiga Al-Quran?

surat al ikhlas adalah sepertiga al quran socialtrending
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤
Surah al-Ikhlas. Antara surah yang terpendek hanya mengandungi 4 ayat. Namun, manfaat dan pahalanya disisi Allah S.W.T sangatlah tinggi. Sudah tentu anda tahu bahawa nilai pahala jika membaca 3 kali surah ini adalah bersamaan dengan anda membaca Al-Quran dan isinya. Adakah kenyataan ini benar dan mengapa sebegitu besar nilainya?

Sabda Nabi Muhammad mengenai surah Al-Ikhlas

quranz
1. Pada satu malam, seorang sahabat telah mendengar temannya yang sedang membaca surah al-ikhlas dan diulangnya berkali-kali. Sahabat tersebut memberitahu kepada Rasulullah S.A.W pada keesokan harinya, dengan seperti merendah-rendahkan amalan temannya itu. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda:
وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ
“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, surat al-Ikhlas itu senilai sepertiga al-Quran.” (HR. Bukhari 5013 dan Ahmad 11612).
2. Dari Abu Darda’ RA, Rasulullah S.A.W pernah bertanya kepada para sahabat,:
أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ فِى لَيْلَةٍ ثُلُثَ الْقُرْآنِ
“Sanggupkah kalian membaca sepertiga al-Quran dalam semalam?” Lalu para sahabat bertanya, "Bagaimana caranya kita membaca 1/3 al-Quran?". Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) يَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ)
“Qul huwallahu ahad senilai sepertiga al-Quran.” (HR. Muslim 1922).

Mengapa bernilai sepertiga Al-Quran?

quran 590
Di dalam Al-Quran secara keseluruhannya, terdapat 3 pembahasan utama iaitu:
  1. Hukum (perintah, larangan, halal dan haram)
  2. Janji dan ancaman (berkenaan syurga dan neraka, pembalasan dan kesengsaraan)
  3. Penceritaan mengenai Allah (Nama dan sifat Allah)
Jadi, jika dilihat kepada makna surah al-ikhlas, ia membahaskan masalah tauhid iaitu menceritakan mengenai siapakah Allah S.W.T.. Disebabkan oleh ia merangkumi satu daripada 3 pembahasan utama Al-Quran, maka nilainya adalah sepertiga Al-Quran.
Ianya disokong oleh keterangan al-Hafidz Ibnu Hajar,
قوله ثلث القرآن حمله بعض العلماء على ظاهره فقال هي ثلث باعتبار معاني القرآن لأنه أحكام وأخبار وتوحيد وقد اشتملت هي على القسم الثالث فكانت ثلثا بهذا الاعتبار
Menurut beliau, "bernilai sepertiga Al-Quran" seperti dalam sabda Rasulullah S.A.W itu difahami oleh sebahagian ulama akan makna zahirnya. Ulama-ulama tersebut menerangkan bahawa surah ini bernilai sebegitu kerana dipandang dari sudut kandungan makna Al-Quran. Oleh kerana isi al-Quran itu adalah hukum, berita dan tauhid, dan surah al-ikhlas membentangkan penceritaan tauhid, berdasarkan tinjauan ini, ia bernilai sepertiga Al-Quran. (Fathul Bari, 9/61)

Surah al-Ikhlas sama nilai pahala dan bukan sama nilai amal Al-Quran

al ikhlas
Perlu diingat, walaupun membaca 3 kali surah ini pahalanya bersamaan seperti membaca keseluruhan Al-Quran itu sendiri, namun ia hanya senilai dengan PAHALA, dan bukan sama nilai AMAL. Harus kita membezakan antara al-Jaza' dengan al-ijza'.
Definisi:
  1. Al-jaza' : sama nilai dalam pahala yang dijanjikan
  2. Al-ijza' : sama nilai dalam amal yang digantikan
Dalam hal ini, ia memenuhi definisi al-jaza'. Jadi, jika anda membaca 3 kali surah al-ikhlas yang membawa pahala seperti membaca Al-Quran, ia hanya bersamaan nilai pahala dan bukan nilai amal. Untuk memudahkan pemahaman, kita lihat pada contoh ini:
Jika anda bernazar untuk membaca satu Al-Quran jika hajat anda tercapai, maka anda tidak boleh menggantikan nazar anda ini dengan hanya membaca 3 kali surah al-ikhlas walaupun pahalanya adalah sama. Membaca 3 kali surah al-ikhlas walaupun pahalanya sama tetapi belum dianggap seperti membaca keseluruhan Al-Quran. Jadi ini beza antara senilai pahala dan senilai amal.
recite quran
Syaikhul Islam berkata :
"Jika seseorang membaca surat al-Ikhlas, dia mendapat pahala senilai pahala sepertiga al-Quran. Namun bukan berarti pahala yang dia dapatkan sepadan dengan bentuk pahala untuk ayat-ayat Quran yang lainnya. Bahkan bisa jadi dia butuh bentuk pahala dari memahami perintah, larangan, dan kisah al-Quran. Sehingga surat al-Ikhlas tidak bisa menggantikan semua itu." (Majmu’ al-Fatawa, 17/138).
Satu lagi contoh, jika anda solat di Masjidil Haram, pahalanya adalah 100,000 kali ganda solat di tempat lain. Ini tidak bermakna bahawa anda tak perlu lagi solat untuk 100,000 kali waktu, ia hanya bermaksud pahala yang anda dapat ketika solat di Masjidil Haram adalah 100,000 kali ganda.
Manakala al-ijza' pula adalah seperti, jika anda bermusafir dan tidak berkesempatan untuk menunaikan solat jumaat, maka anda dibolehkan untuk menggantikan dengan solat Zuhur. Atau jika tidak mempunyai air untuk berwudhu, maka anda boleh bertayammum. Bermakna, amalan anda bersamaan dengan nilai amalan yang digantikan.
Wallahualam.
Kredit : Iluminasi


Wadah Terkini