Pages

Jun 24, 2017

Tonton Online Encik Suami Mat Salih Celup



Encik Suami Mat Salih Celup Bermula 25 Jun 2017 | Slot Dahlia TV3

Drama adaptasi novel Encik Suami Mat Salih Celup karya Yumi Hyra akan menghiasi slot Dahlia TV3. Menampilkan gadingan baru Daler Yusuf dan Nelydia Senrose sebagai pelakon utama. Drama ini diarahkan oleh Hashim Rejab. 


JUDUL : ENCIK SUAMI MAT SALIH CELUP
TARIKH : Mulai 25 Jun 2017 (Raya Pertama)
HARI / MASA : Jumaat - Ahad / 6.58 Petang
SIARAN : Slot Dahlia TV3
PENULIS NOVEL : Yumi Hyra
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : Zamriez Golden Pictures
PELAKON : Daler Yusuf, Nelydia Senrose, Fikhree Bakar, Nadiyah Shahab, Ozlynn, Zila Bakarin, Nor Albaniah



WATAK PELAKON 
Daler Yusuf sebagai Ian Hadif
Nelydia Senrose sebagai Iman Amani
Fikhree Bakar sebagai Naim Hadri 



SINOPSIS ENCIK SUAMI MAT SALIH CELUP
Kisah antara Iman Amani dan Ian Hadif bermula apabila pertunangan antara Iman Amani dengan Naim diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya. Bagi menutup rasa malu keluarga, Iman Amani menerima cadangan ibunya untuk mengahwini anak rakan ibunya iaitu Ian Hadif. 



Setelah diijab kabulkan, ibu mentua Iman Amani memintanya untuk 'memelayukan' Ian Hadif yang selama ini membesar di luar negara. Mereka mula mengenali antara satu sama lain. 


Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya. Bekas tunangnya, Naim muncul semula, mahukan Iman kembali. Mengeruhkan lagi keadaan munculnya seorang model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan redha. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri.

Tonton Encik Suami Mat Salih Celup (2017)

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!