#7samudera #jmbelog
#kepadamukekasihhati #jmbelog
Lindungiku dari duka dan lara
Walaupun keras dugaan melanda
Takkan kubiar engkau terluka
Agar kau tahu kaulah kekasihku
#keranacinta #jmbelog
#kesetiaan #jmbelog
Rintihan Jiwa - Sup
Lirik Lagu Rintihan Jiwa - Sup
Terbayang gambar wajahmu Menjelma di sudut hatiku Tak terdaya aku Membiarkan ia pergi Walaupun telah berlalu Tiada lagi kau di sisi Masih belum pudar Kenangan untukmu Apakah salahnya diriku Hingga sanggup kau tinggalkanku Setelah ku beri kasihku padamu Dan telah ku sandarkan Harapan melangit pada dirimu Dengarkanlah rintihan jiwa ini Yang menjerit memanggil oh namamu Hanya Tuhan yang tahu Betapa aku cinta padamu Dan kerana-Nya jua Kita terpisah
#adfaita #jmbelog
#seberkassinar #jmbelog
#sepenuhhati #jmbelog
Kau bagiku Segala-galanya
Ku panjatkan doa
Moga dibukakan pintu hatimu
Kan ku buktikan kejujuran cintaku
Menghantui jiwamu
Dalam ku meniti semua kepastian
Dari bibirmu oh kasih...
Lirik Lagu Jika Kau Rasa Getarnya - Slam
Lirik Lagu Jika Kau Rasa Getarnya - Slam
Janganlah hanya mengukir janji Sedangkan dikau masih mencari Adakah benar kata kata Bukan ungkapan sementara Kaulah pancaran yang daku rasa Bagaikan obor yang menyinar Jika terpadam tiba tiba Sunyilah insan alam gelita Jika kau selam hati ini Pastinya engkau kan mengerti Betapa sucinya cintaku Jangan diragu Jika kau rasa getarnya Debaran kasih cinta yang meronta Nilai kasihku padamu cukup berharga Bukan simpati yang aku pinta Kebenaranmu memutus kata Agar dapatku abadikan Untuk pedoman peniti cinta Jika kau selam hati ini Pastinya engkau kan mengerti Betapa sucinya cintaku Jangan diragu Jika kau rasa getarnya Debaran kasih cinta yang meronta Nilai kasihku padamu Cukup berharga
#kuredhasendiri #jmbelog
#rajakoranisepyarhogaya #jmbelog
Raja ko rani se pyaar ho gaya
Pehli nazar mein pehla pyaar ho gaya
Dil jigar dono ghayal huye
Teer-e-nazar dil le paar ho gaya
Raja ko rani se pyaar ho gaya
Pehli nazar mein pehla pyaar ho gaya
Dil jigar dono ghayal huye
Teer-e-nazar dil le paar ho gaya
#bahteracinta #jmbelog
Mengitari matahari
Merangkaikan waktu
Tahun-tahun berlalu
Takkan pernah berubah
Masa demi masa
Kita berdua
Takkan pernah berpisah
Baur dalam cinta
Mengharungi samudra
Mencapai tujuan
Nun di pantai harapan
#terdiamsepi #jmbelog
Ku ingin dirimu tetap ada di sini
Melewati kisah cinta yang kita jalani
Ku tak mampu bila dirimu pergi
Ku sendiri menanggung semua beban kau berikan
Mengalir air mata, membasahi pipi
Kutepiskan semua dengan ikhlas hati
#cintabandartasikselatan #jmbelog
Ketika ku memerlukan kasihmu
Menanti Kasih Dihujung Hari - Saleem
Lirik Lagu Menanti Kasih Dihujung Hari - Saleem
Lamaku menanti kekasih di hujung hari Puasku mencari sesuatu yang kekal ini Dengan sepasang mata insan terlihat keindahan Dengan sepasang mata insan tampak kelemahan Keindahan itu penzahiran rasa cinta Kelemahan itu hilang penghayatan jiwa Jadikan aku perindu yang menagih cintamu Mengharapkan belaian kasih di sepanjang waktu Dalam pelukan sinarmu oh selalu Aku mengharapkan kau kan terima Walaupun ku tak punya apapun jua Hanya hasrat ingin bersamamu Ibarat air dengan salju Beza pada nama kenyataannya satu Andainya aku diterima kan kuserahkan jiwaku Akan kukorbankan apa saja walupun nyawa kujual Demi cintaku, demi kasihmu akan kutunggu sepanjang waktu Walau seribu tahun lamanya dugaan ini mencengkam jiwa Aku mengharapkan kau kan terima Walaupun ku tak punya apapun jua Hanya hasrat ingin bersamamu Ibarat air dengan salju Beza pada nama kenyataannya satu Andainya aku diterima kan kuserahkan jiwaku Akan kukorbankan apa saja walupun nyawa kujual Demi cintaku, demi kasihmu akan kutunggu sepanjang waktu Walau seribu tahun lamanya dugaan ini mencengkam jiwa Demi cintaku, demi kasihmu akan kutunggu sepanjang waktu Walau seribu tahun lamanya dugaan ini mencengkam jiwa Aaaw aaaw aaa Aaaw aaaw aaa
Lelaki (Warkah Seorang Anak) - Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Lelaki (Warkah Seorang Anak) - Siti Nurhaliza
Telah berdiri seorang lelaki Hidup berbekal kecekalan diri Walau menghadapi sejuta cabaran Terus berpaut pada kebenaran Berkurun sudah kau merintis jalan Bertahun sudah hasratmu terhalang Tetap bersemarak api keazaman Bara keramat doa dan harapan Kau melangkah bermula dari lembah Kau mendaki setangga ke setangga Semakin hampir menjejaki puncak Semakin sering kau ditikam onak Namun kerana kau lelaki Derita dapat di selindungi Tangisanmu rahsia di hati Kau melangkah bermula dari lembah Kau mendaki setangga ke setangga Semakin hampir menjejaki puncak Semakin sering kau ditikam onak Namun kerana kau lelaki Derita dapat di selindungi Tangisanmu rahsia di hati Kesepianlah oh teman nan sejati Di dalamnya kau mengenal diri Tenangnya wajah matangnya bicara Kerana kau meyakini Tuhanlah yang Maha Esa Kerana kau meyakini Tuhanlah yang Maha Esa
Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta - Springs
Lirik lagu Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta - Springs
Ku tak tahu mengapa Tiba-tiba sahaja Di dalam hati ini sering rindu padamu Ingin kumeluahkan, tak berdaya Ku tahu engkau jua Sangat sayang padaku Kaupun sering merindu Bila tidak bertemu ternyata kau dan aku Punya rasa... Kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu Dan tiba-tiba kita jatuh cinta Ini semua sudah suratan ilahi Dan kita harus tabah hadapi kenyataan Biar... apapun terjadi Aku... harap engkau tabah... Menerimaku sebagai teman barumu Semoga kita saling sayang, bahagia... Usahlah engkau pergi Semadi di hatiku Masih menyayangimu, oh sayangku... Bila sehari tak jumpa, aku rindu...
QAD KAFANI 'ILMU RABBI
Lirik Lagu QAD KAFANI 'ILMU RABBI
Cukuplah bagiku pengetahuan Tuhanku, Daripada permintaan dan usahaku, Doa serta permohonanku, Sebagai bukti kefakiranku... Oleh kerana rasa itu aku berdoa, Pada saat aku senang dan susah, Aku adalah hamba, menjadi kebangganku, dalam kefakiran dan keperluanku... Wahai Tuhanku Yang Memiliki aku, Kau Maha Tahu akan keadaanku, dan apa yang berada dalam hatiku, dari kesedihan dan kesibukanku... Maka tolonglah aku dengan kelembutan, dari Mu wahai Tuhan seluruh hamba, Wahai Tuhan yang maha Pemurah tolonglah hamba, sebelum lenyap kesabaran hamba... Wahai Pemberi pertolongan dengan segera, berilah kami dengan segera pertolonganMu, yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan, dengan apa-apa yang kami harapkan semua... Wahai Yang Maha Dekat, dan Menjawab, wahai Yang Maha Mengetahui dan Mendengar, aku mengaku akan kelemahanku, dan ketaatan serta kesedihanku... Aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmatMu, wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku, pada lembah kurnia-Mu aku berada, Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku di sana... Aku sentiasa mempunyai prasangka baik, ia adalah teman dan kawanku, juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku, sepanjang malam dan siangku... Wahai Tuhanku dalam jiwa ini terdapat hajat, tunaikanlah wahai yang Maha Menunaikan, tetenteramkanlah rahsia dan hatiku, dari kebimbangan dan pergolakannya... Sungguh aku berada dalam ketenteraman dan ketenangan dan juga ketenteraman dan ketenangan menjadi pakaianku...
Tanpa Rela - Misha Omar
Lirik Lagu Tanpa Rela - Misha Omar
Saat engkau pergi Dan tinggalkan cintaku Terbiar hatiku hanyut tak terpujuk Semua terjadi atas kemahuanmu Memadam hatiku dan hadiahkanku sepi Sayang tak pernah ku duga Keegoan mu mematikan rasa Cinta yang ku puja Terhapus dimamah dusta Tegarnya kau mengakhiri Dan memilih dia Hanya aku dan diriku Sendirian didera waktu Melara dihukum kecewa Tanpa relaku Semua terjadi atas kemahuanmu, Memadam hatiku dan hadiahkanku.... sepi Sayang tak pernah ku duga Keegoanmu mematikan rasa Cinta yang ku puja Terhapus dimamah dusta Tegarnya kau mengakhiri dan memilih dia Hanya aku dan diri ku Sendirian didera waktu Melara dihukum kecewa Tanpa relaku Berakhir kisah duka antara kita Hanya tuhan yang tahu segalanya Sayang tak pernah ku duga Keegoan mu mematikan rasa Cinta yang ku puja Terhapus dimamah dusta Tegarnya kau mengakhiri Dan memilih dia Hanya aku dan diri ku Sendirian didera waktu Melara dihukum kecewa Tanpa relaku
#disaatsendiri #jmbelog
Aku Bukan Jodohnya - Tri Suaka
Lirik Lagu Aku Bukan Jodohnya - Tri Suaka
Ini salahku Terlalu memikirkan egoku Tak mampu buatmu bersanding nyaman denganku Hingga kau pergi tinggalkan aku Terlambat sudah Kini kau t'lah menemukan dia Seseorang yang mampu membuatmu bahagia Ku ikhlas kau bersanding dengannya Aku titipkan dia Lanjutkan perjuanganku 'tuknya Bahagiakan dia, kau sayangi dia Seperti ku menyayanginya 'Kan kuikhlaskan dia Tak pantas ku bersanding dengannya 'Kan kuterima dengan lapang dada Aku bukan jodohnya Aku titipkan dia Lanjutkan perjuanganku 'tuknya Bahagiakan dia, kau sayangi dia Seperti ku menyayanginya Dan 'kan kuikhlaskan dia Tak pantas ku bersanding dengannya 'Kan kuterima dengan lapang dada Aku bukan jodohnya, oh-wo-wo Oh, aku titipkan dia Lanjutkan perjuanganku 'tuknya Bahagiakan dia, kau sayangi dia Seperti ku menyayanginya 'Kan kuikhlaskan dia Tak pantas ku bersanding dengannya Dan 'kan kuterima dengan lapang dada Aku bukan jodohnya
#YaHabibiYaMuhammadYaArusalKhofiqoini #jmbelog
Wahai Nabi yang dikuatkan (dengan wahyu), wahai Nabi yang diagungkan, wahai imam dua arah kiblat.
#namamukinijadisebutan #jmbelog
Dengan pelangi ungu
Kau lakarkan hidup sepiku
Dengan benang sutera
Cintamu hingga aku
Terus terlena keasyikan
Yang belum aku pasti
Kini kuharap kau kembali
Menerangi duniaku yang sepi
Hatiku sunyi
#kausahabatkauteman #jmbelog
#kausahabatkauteman #jmbelog
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa
Telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
thank you for your love, only HE is able to reciprocate #jmbelog
thank you for your love, only HE is able to reciprocate #jmbelog
TIADA maaf bagimu
"TIADA maaf bagimu."
Ayat itu begitu ringkas dan padat. Namun, sudah cukup untuk mencengkam sanubari bagi sesiapa yang menantikan balasan kata-kata pemberian maaf selepas membuat permohonan ampun tersebut.
Andai kata, ayat tersebut yang terdetik dalam hati, pastinya golongan berkenaan terlupa bahawa tiada manusia di dunia yang tidak berbuat kesalahan. Sudah tentu ada kekhilafan di mana-mana.
Benar, bukan mudah sebenarnya untuk memaafkan seseorang. Ia tidak semudah mengungkapkannya hanya pada bibir. Namun, perlu lahir dari lubuk hati yang paling dalam.
Ketahuilah bahawa apabila memaafkan orang lain, ia bukan sahaja membuatkan hati si pesalah tadi berasa tenang, tetapi ALLAH turut akan menurunkan ketenangan itu kepada kita. Bahkan, ALLAH juga begitu memuliakan mereka yang memaafkan orang lain. Justeru, apakah kelebihan apabila kita belajar memaafkan? Kenapa sifat itu begitu dipandang mulia di sisi Islam?
Tuntutan Islam
Membutirkan lanjut tentang topik itu, Sinar Islam mewawancara pendakwah Ustaz Fauzi Mustafa.

Ujar Ustaz Fauzi, memaafkan kesalahan orang lain adalah dituntut dalam agama Islam. Islam adalah agama perdamaian dan kemaafan.
Beliau turut mengajak kita mengingati kembali kisah Nabi Yusuf AS yang mana baginda telah dibuang ke dalam sebuah telaga buta ketika masih kecil. Perbuatan itu dilakukan oleh adik-beradiknya akibat rasa cemburu mereka terhadap baginda AS.
"Apabila Nabi Yusuf sudah menjadi orang yang berkuasa di Mesir, baginda AS tidak berdendam. Malah, baginda memaafkan adik-beradiknya.
"Benar, memaafkan kesalahan orang lain merupakan sifat orang mulia. Dalam al-Quran pun disebut banyak kali supaya kita memaafkan orang lain," katanya ketika dihubungi Sinar Islam baru-baru ini.
Firman ALLAH SWT: "Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta jangan mempedulikan orang-orang yang jahil." (Surah al-A'raf, ayat 199)
Dalam pada itu, jelas Ustaz Fauzi, agak mustahil untuk kita melupakan suatu perkara apatah lagi jika ia pahit untuk dikenang.
"Itu memang fitrah manusia. Ingatlah bahawa melupakan itu bukan kerja kita. Itu adalah kerja ALLAH SWT. ALLAH tidak menyuruh kita melupakan, tetapi memaafkan.
"Nabi Muhammad SAW sendiri pun masih ingat lagi apa yang Abu Jahal dan musuh-musuh Islam lain lakukan terhadap baginda. Bahkan, apabila kita melupakannya, kita boleh terjebak kembali ke 'lubang' yang sama," jelas beliau.
Sifat ALLAH, para anbiya
Ustaz Fauzi meneruskan perkongsian ilmunya. Kali ini, beliau menyentuh tentang kehebatan dan kemuliaan orang yang memaafkan kesalahan orang lain.

Agamawan itu menjelaskan, ALLAH SWT akan mengampunkan kesalahan orang yang memaafkan orang lain.
"Semua sifat ALLAH, kita boleh tiru kecuali satu sahaja iaitu takabbur (membesarkan dirinya). Ingatlah bahawa kita tidak boleh membesarkan diri kita.
"Namun, apabila ia melibatkan sifat ALLAH yang lain seperti ar-Rahman (pengasih), ar-Rahim (penyayang), al-Adlu (adil) dan al-'Afuwwu (pemaaf), kita boleh lakukan. Ia merupakan satu perbuatan mulia apabila kita meniru sifat-sifat ALLAH itu. Apabila kita memaafkan orang, ALLAH akan mengampunkan dosa kita. Malah, kita akan dekat dengan keampunan-NYA," ujar beliau.
Tambahan pula, tidak akan hilang maruah, jadi hina atau jatuh harga diri seandainya kita memaafkan orang lain. Justeru, maafkanlah orang dan jangan berdendam, ujar beliau.
"Sifat memaafkan telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa pembukaan Kota Makkah. Baginda telah memaafkan penduduk Makkah yang pernah menghalau baginda sebelum ini.
"Peristiwa itu menggambarkan bahawa dalam Islam, sifat memaafkan orang lain telah ditunjukkan oleh para anbiya terdahulu. Apabila para nabi buat, itu adalah perintah ALLAH SWT," jelasnya lagi.
Ujar beliau, betapa hebatnya ungkapan kemaafan itu kerana ALLAH akan meninggikan darjat orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Tambahnya lagi, perbuatan itu juga adalah sifat para rasul, nabi dan wali-wali ALLAH yang berjiwa hebat!
Sabda Rasulullah SAW: “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan ALLAH tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain), melainkan kemuliaan dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan ALLAH akan mengangkatkan darjatnya." (Riwayat Muslim)
Kepada satu soalan, Ustaz Fauzi menjelaskan: "Orang yang mulia suka memaafkan orang lain. Dia bukan orang biasa-biasa. Sebab itulah andai kata, ada orang berbuat salah dengan kita dan dia tidak meminta maaf serta kita juga tidak memaafkannya, nanti di akhirat kelak, orang yang berbuat salah dengan kita akan mencari kita semula.
"Kemudian, dia kena 'bayar' segala kesalahannya kepada kita. Bayaran kesalahan itu adalah dengan pahala. Jika pahalanya habis, tetapi dosanya ada lagi, maka akan diambil dosa daripada orang yang dia pernah berbuat salah dulu, lantas dimasukkan ke dalam 'akaun' dia. Maka, itulah orang yang rugi," jelas beliau.
Tanda orang bertakwa
Bagi memperincikan lebih lanjut, Sinar Islam mendapatkan pandangan pendakwah Ustaz Bakhtiar Fitri Abdul Hamid tentang tuntutan memaafkan kesalahan orang lain.

Ujar agamawan itu, ketahuilah bahawa memaafkan orang lain adalah antara tanda-tanda orang bertakwa sepertimana yang disebutkan dalam ayat 133-134, Surah Ali 'Imran.
"Takwa itu merupakan antara sifat tertinggi bagi orang-orang yang beriman. Untuk memperoleh tahap takwa, perlu memaafkan kesalahan orang lain.
"Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW, baginda menceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, antara orang-orang yang diutamakan memasuki syurga ALLAH tanpa dihisab atau diringankan hisab adalah orang-orang yang memaafkan orang lain atau reda dengan orang lain walaupun dia disakiti atau dizalimi individu berkenaan," kata beliau.
Sekalipun individu berkenaan tidak menzalimi atau berbuat kesalahan dengan kita, nasihat Ustaz Bakhtiar Fitri, mohon maaflah kepada orang tersebut. Beliau turut memetik kata-kata penuh keinsafan daripada Abdullah Ibnu Abbas bahawa: "Kamu akan berjaya di atas titian sirat kerana ALLAH memaafkan kita."
ALLAH mengampunkan hamba-NYA kerana kesalahan kita kepada manusia lain telah pun dimaafkan, terang beliau.
"Syarat taubat ada empat iaitu menyesal dengan kesalahan, berazam tidak mengulangi kesilapan tersebut, terus membuat kebaikan dan jika melibatkan kesalahan kepada manusia, mohon maaflah kepada orang berkenaan.
"Andai kata kita tidak memaafkan orang, kita akan menyebabkan orang itu tersangkut di atas titian sirat. Contohnya, kalaulah seorang anak tidak reda kepada ayahnya kerana gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa seperti mengajar anaknya solat dan lain-lain, ayah berkenaan juga tidak dapat melepasi titian sirat berkenaan selagi tidak mendapat kemaafan anak. Jadi, perlunya ibu bapa untuk memohon kemaafan daripada anak masing-masing," ungkap beliau.
Meskipun individu yang dianiayai berhak mendoakan yang tidak elok kepada si pelaku, kata Ustaz Bakhtiar Fitri, sebaiknya maafkanlah orang berkenaan.
"Contohilah sikap pemaaf Rasulullah SAW tatkala beliau dibaling dengan batu hingga berdarah badan baginda. Walaupun baginda ditawarkan oleh Malaikat Jibril untuk membalas perbuatan penduduk Taif berkenaan, namun baginda menolaknya. Malah, baginda memaafkan individu berkenaan.
"Dunia kita pada hari ini sangat menuntut orang yang boleh memaafkan kesalahan orang lain, bertolak-ansur dan berlapang dada dengan kelemahan orang. Itulah antara kesempurnaan apabila kita bahagia. Mudah-mudahan dengan sebab kita memaafkan orang akan menyebabkan orang memaafkan kita," jelas beliau.
'Mohon ALLAH bukakan pintu hati orang untuk maafkan kita'
Seandainya permohonan maaf yang dipinta daripada individu berkenaan tidak diterima, kita disarankan untuk meminta pertolongan orang tengah dalam usaha menyelesaikan perkara tersebut.
Menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Mohd Noor, sebolehnya individu tersebut mestilah dalam kalangan orang yang disegani untuk menasihati mereka yang enggan memaafkan kesalahan kita sebelum ini.

"Orang tengah berkenaan handaklah mengingatkannya tentang ganjaran pahala lumayan bagi sesiapa yang memaafkan kesalahan orang terhadapnya, malah kesalahannya sendiri akan diampunkan oleh ALLAH SWT kerana kesudiannya memaafkan orang," jelasnya kepada Sinar Islam.
Dalam perihal meminta maaf itu, agamawan itu berkata, ia terpulang kepada seseorang untuk memilih tatacara permohonan kemaafan menurut situasi yang difikirkan terbaik.
"Contohnya, dengan sering menyampaikan salam, mengucapkan selamat hari jadi, memberi hadiah-hadiah tertentu, membelanja makan dan sebagainya.
"Untuk membuat permohonan maaf, dianjurkan pilih keadaan dan waktu yang sesuai serta munasabah seperti sempena sambutan hari raya, hari lahir dan sebagainya," ujar beliau.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Dr Mohammad Nidzam Abdul Kadir berkata, seandainya kita sudah berusaha sedaya mungkin untuk memohon maaf, tetapi tidak berhasil memohon kemaafan daripada individu tersebut, maka berdoalah kepada ALLAH memohon agar dibukakan pintu hatinya.

"Mudah-mudahan individu berkenaan terbuka hatinya untuk memaafkan kesalahan kita. "Bagaimanapun, jika kita melakukan kesalahan kepada orang yang sudah sekian lama tidak berhubung serta bersua dengannya setelah pelbagai usaha dilakukan, berdoalah semoga ALLAH mengampuni dosa kita," ujar beliau.
🔎 Carian Minggu Ini
🌙 Diari Yang Tersimpan
-
▼
2021
(520)
-
▼
Ogos
(29)
- Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-64 #...
- #7samudera #jmbelog
- #kepadamukekasihhati #jmbelog
- #keranacinta #jmbelog
- #kesetiaan #jmbelog
- Rintihan Jiwa - Sup
- #adfaita #jmbelog
- #seberkassinar #jmbelog
- #sepenuhhati #jmbelog
- Lirik Lagu Jika Kau Rasa Getarnya - Slam
- #kuredhasendiri #jmbelog
- #rajakoranisepyarhogaya #jmbelog
- #bahteracinta #jmbelog
- #terdiamsepi #jmbelog
- #cintabandartasikselatan #jmbelog
- #arrahman #jmbelog
- Menanti Kasih Dihujung Hari - Saleem
- Lelaki (Warkah Seorang Anak) - Siti Nurhaliza
- Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta - Springs
- QAD KAFANI 'ILMU RABBI
- Tanpa Rela - Misha Omar
- #disaatsendiri #jmbelog
- Aku Bukan Jodohnya - Tri Suaka
- #YaHabibiYaMuhammadYaArusalKhofiqoini #jmbelog
- #namamukinijadisebutan #jmbelog
- #kausahabatkauteman #jmbelog
- thank you for your love, only HE is able to recipr...
- Alhamdulillah , done COVID19 vaccination
- TIADA maaf bagimu
-
▼
Ogos
(29)

