Disember 30, 2024

Waktu istimewa yang dianugerahkan oleh Allah SWT untuk hamba-Nya


Subhanallah! 

Ini adalah waktu istimewa yang dianugerahkan oleh Allah SWT untuk hamba-Nya memperbanyakkan munajat, memohon keampunan, dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Jangan lepaskan peluang untuk berdoa dengan sepenuh hati, memohon rahmat, kesejahteraan dan keberkatan dalam hidup. Bismillah! 🤲🏻✨

Bersikap terbuka

Jika hati awak tak tenang dan rasa berat saat ada orang memberi nasihat kat awak . sedarlah bahawa di hati awak tu ada kesombongan dan hati awak telah mati untuk mendengar nasihat orang .

jadi ,

Cuba belajar untuk menerima nasihat orang lain dengan lapang hati , tidak marah , tidak benci .

Keep istiqomah 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آل سَيِّدِنَا مُحمَّـــدْ 

Pencipta PS

"Sony Kena Scam Dengan Nintendo, Tapi Sony Balas Dengan PlayStation?"

Semua orang kenal PlayStation. Ramai diantara kita yang membesar dengan PlayStation. 

Mesti ramai yang pernah main PS2. Tapi tak ramai yang tahu siapa yang cipta PlayStation ni. 

Perkenalkan, Ken Kutaragi!




Pernah tak awak tanya pada diri sendiri?

"Pernah tak awak tanya pada diri sendiri? Mesti pernah kan, saat awak mula berubah ke arah kebaikan, rasa seolah-olah tiada siapa yang menemani awak dalam perjalanan hijrah itu? Mesti pernah kan, awak rasa keseorangan, walaupun hati sendiri kadang kala lemah, tak cukup kuat untuk menanggung ujian-Nya? Tapi ingat, walaupun kawan² awak menjauhi diri awak, mungkin itu cara Allah menyelamatkan awak, menjauhkan awak daripada mereka yang mengajak ke arah kemaksiatan. Jangan biarkan diri awak bersedih, kerana dalam sepi itu, Allah sentiasa ada bersama awak. Awak kuat, walaupun kadang rasa tak mampu, Allah tahu apa yang terbaik. Jika awak sudah sampai sejauh ini, itu semua kerana kasih sayang Allah yang tak pernah tinggalkan awak. Dia sentiasa bersama, memberi kekuatan yang tak pernah terbayang oleh hati awak".

~ ukhtyftihahh

Disember 29, 2024

Kesan paracetamol secara berlebihan

Pengambilan paracetamol secara berlebihan boleh menyebabkan gejala dos berlebihan seperti sakit perut, mual, muntah, gangguan hati, kekejangan dan koma. Individu yang mengambil ubat itu secara berlebihan juga berisiko mengalami kegagalan hati dan buah pinggang dalam tempoh dua ke empat hari.




Disember 27, 2024

SURAH AL-KAHFI (RUMI) & TERJEMAHAN



1. Alhamdu lillaahil lazeee anzala ‘alaa ‘abdihil kitaaba wa lam yaj’al lahoo ‘iwajaa

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)


2. Qaiyimal liyunzira baasan shadeedam mil ladunhu wa yubashshiral mu’mineenal lazeena ya’maloonas saalihaati anna lahum ajran hasanaa

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.


3. Maakiseena feehi abadaa

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.


4. Wa yunziral lazeena qaalut takhazal laahu waladaa

Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”.


5. Maa lahum bihee min ‘ilminw wa laa li aabaaa’ihim; kaburat kalimatan takhruju min afwaahihim; iny yaqooloona illaa kazibaa

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.


6. Fala’allaka baakhi’un nafsaka ‘alaaa aasaarihim illam yu;minoo bihaazal hadeesi asafaa

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu diseba8k((bkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.


7. Innaa ja’alnaa ma ‘alal ardi zeenatal lahaa linabluwahum ayyuhum ahsanu ‘amalaa

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.


8. Wa innaa lajaa ‘iloona maa ‘alaihaa sa’aeedan juruzaa

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.


9. Am hasibta anna Ashaabal Kahfi war Raqeemi kaanoo min Aayaatinaa ‘ajabaa

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?


10. Iz awal fityatu ilal Kahfi faqaaloo Rabbanaaa aatinaa mil ladunka rahmatanw wa haiyi’ lanaa min amrinaa rashadaa

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa:

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.

Surah Adh-Dhuha - سورة الضحى

Surah Adh-Dhuha - سورة الضحى


Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001

Demi waktu dhuha,

A002

Dan malam apabila ia sunyi-sepi -

A003

(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

A004

Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

A005

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

A006

Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

A007

Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?

A008

Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

A009

Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

A010

Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

A011

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Disember 25, 2024

PEMENANG AWARD AI TEAM 2024


CATWALK TERBAIK : ANEESA & NAIM
BEST DRESS LELAKI : PAIH GERAM
BEST DRESS PEREMPUAN : NISA
FANSCLUB TERBAIK : EL HUSTLE
BATCH SEMENTARA TERBAIK : BATCH 2
TALENT SEMENTARA TERBAIK : NUHA NAZREE
VIDEOGRAPHER TERBAIK : AREP
EDITOR TERBAIK : AIMAN
PARTNERSHIP TERBAIK : KARINA ( KEKANDA & RINA) 
TALENT PALING BERDISIPLIN : HAFIZ HAKIM
TALENT PALING PEMBERSIH : ATIQAH
TALENT PALING STYLO LELAKI : KEKANDA
TALENT PALING STYLO PEREMPUAN : AREESA
YOUTUBER PALING BERDEDIKASI : ADAM NAZRI
TALENT PALING KOMITED : FARIDAH
TIKTOKER TERBAIK : FATIN
TOP SALE AWARD : NAZRUL
TALENT PALING POPULAR : KEKANDA
RISING STAR AWARD : EMNY
YOUTUBER TERBAIK : NAZRUL
TALENT TERBAIK OG (ORIGINAL/SENIOR) : EL RISS
TALENT TERBAIK JUNIOR : NAZRUL
SUPERSTAR : KEKANDA

Tags