Catatan
Tunjukkan catatan dari November, 2023
JANGAN SIMPAN BARANG YANG TAK DIPAKAI

(JANGAN SIMPAN BARANG YANG TAK DIPAKAI) Sahabat, Kita mencari harta dan kekayaan tidak dilarang dalam agama, Mengumpul dan menghimpun kekayaan itu yg dilarang dan tercela. Peringatan utk saya, keluarga dan sahabat2 semua juga... Mungkin ada yg tak tahu, Semoga ilmu yg disampaikan oleh Ustazah Asma' Harun dahulu Sama2 kita dpt manfaatnya. Check collection kita, Keluarkan pinggan mangkuk yg sekadar kita simpan bertahun2, utk hiasan, pakaian, tudung tudung yang penuh dalam almari, Koleksi Telekong yg kita sayang, kasuk kasut, periuk belanga, Tupperware yg menggunung tersusun cantik, handbag yg berbagai saiz. Langsir2, perabot2 yg masih dalam stor sayang nak buang, Mana yg dah lama kita tak pakai, Jangan di simpan. Keluarkan. Itu ada hisabnya sahabat.. Astaghfirullahal’adzim... Sedekahkan. Ia sahabat.. Perlu ada limit utk start beli Barang baru. Nak beli yang baru, yang lama terus diberikan, disedeqahkan pada yg memerlukan. Jangan simpan lama2 tak ...
Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego, tak nak mintak maaf.

Pergi pasar dengan Adra tadi, sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak. Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong. "Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar. Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia. Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details." "Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you. Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia "lai" sini mama mau tanya" Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, "nak sikit". Ajar dari kecil bila ...
Resepi cucur manis 4 bahan
Bahan-bahan 2 cawan tepung gandum tanpa peluntur 2 cawan air panas 3 sudu besar gula Secubit garam Cara penyedian: 1. Gaul semua bahan dengan senduk sehingga rata. Hati-hati sebab panas. 2. . Sapu minyak masak pada tapak tangan untuk bulatkan adunan sebelum digoreng. 3. Goreng sehingga keemasan dan boleh dihidangkan. SinarPlus
Ai Team Subscribers: November 25 2023
[ channel - subscriber - date joined] ALIEFF IRFAN - 5.2m - 06/08/2016 BELLESTRELLE - 1.31m - 09/12/2017 *** AI TEAM - 530k - 19/04/2014 AI ENTERTAINMENT - 364k - 24/01/2023 AI MUKBANG - 212k - 17/01/2023 AI GARAGE - 261k - 28/05/2023 *** El Riss - 781k - 01/01/2020 Aniq - 768k - 17/12/2021 Boyraa - 723k - 16/12/2021 Shahrul Niezam - 571k - 18/12/2021 Fiera - 535k - 25/08/2022 Mimi - 527k - 07/06/2022 Laming - 515k - 26/01/2019 Sulong - 498k - 30/12/2021 Aiman Noah - 492k - 22/12/2021 Afiq Jefri - 396k - 28/03/2020 Isya - 348k - 24/01/2023 Kekanda - 281k - 09/03/2023 Syahmie - 219k - 16/03/2023 Nazrul - 207k - 31/10/2017 Faridah - 194k - 09/03/2023 Fatin Razali - 193k - 12/04/2023 Areesa - 171k - 09/03/2023 Manis - 165k - 09/03/2023 Madkhan - 156k - 28/04/2023 Nisa - 145k- 11/04/2023 Ayra - 138k - 09/03/20...
Roti 4 segi

Ni lah punca perang mulut laki bini masa mula² menikah dlu.. kirim kt dia "tlg beli roti pat segi" tau2 dia bawak balik roti gardenia "Awat beli roti gardenia?" "Tadi kata nk roti 4 segi, hat ni la yg bentuk 4 segi, hat lain nuu roti bun" "Dakkk, nak roti 4 segi hat buleh patah² cicah ayaq milo tuuu, roti hup seng" "Laaaaa.. tu biskut laa, bukan roti" Tepok dai laki kami.. tpi bini dia xmau kalah woooo "Dakkk, kmi kt kedah mmg panggei roti pat segii.." Last² si somi kluaq p beli "roti pat segi" utk isterinya yg tercinta.. makanya makanlah sang isteri roti pat segi itu bersama ayaq milo panaihhh.. lakinya pulak qekah lah roti gardenia bersama nutella Sekian cerita pda zaman dahulu HanizaHussin
RESEPI LAUK PANTANG

RESEPI LAUK PANTANG LAUK PANTANG Bahan-bahan digoreng: 1) Bawang kecil hiris nipis. 2) Bawang putih hiris nipis. 3) Ikan bilis. 4) Halia hiris nipis. (kalau suka, saya tak letak sebab kacau rasa) Bahan perasa: 1) Lada hitam disangan & ditumbuk halus. (secukup rasa) 2) Garam halus. (secukup rasa) GAULKAN KESEMUANYA, SIAP! *kalau baru sangat lepas bersalin, elakkan dulu lada hitam. Takut anak panas atau kuning (katanya). Tapi kalau nak jugak, letak sikit je dulu. Lepas semua dah ok, boleh la makan lada hitam macam biasa. Halia pun sama* Lauk ni jadi lauk fav satu family walaupun takde orang dalam pantang. Bagus untuk buang angin & panaskan badan. Mmg membuka selera Selamat mencuba! MAHI , SirapLimau
5 cara boleh turun berat badan tanpa bersenam,
SETIAP orang mengimpikan bentuk badan yang cantik dan sihat. Namun impian itu hanya menjadi angan-angan kosong tanpa sebarang usaha dan komitmen terutamanya dari segi senamam dan diet pemakanan yang sihat. Tambahan pula ramai yang berbadan besar di luar sana akui bukan mudah untuk kurus dan perlukan disiplin yang sangat tinggi. Tapi sebenarnya ia tidak mustahil asalkan mempunyai keazaman untuk memiliki bentuk badan idaman. Selain melakukan senaman yang kerap sebenarnya tanpa korang sedari, penurunan berat badan dan memiliki fizikal yang normal juga boleh dicapai dengan hanya mengamalkan 5 langkah mudah ini. Antaranya adalah seperti : 1. Kerap bergerak Anda haruslah memastikan badan anda sentiasa bergerak untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat se...
Tujuh amalan yang mampu memperindah laluan kita ke syurga
Tujuh amalan yang mampu memperindah laluan kita ke syurga 1. Ilmu yang disebarluaskan Amat besar rahmatnya bagi orang yang menyampaikan, menyebarkan dan mengajarkan ilmu dunia dan akhirat yang bermanfaat. 2. Anak soleh yang ditinggalkan Pendidikan anak-anak seharusnya bermula sejak di dalam rahim ibu. Bacaan zikir, al-Quran, kata-kata yang baik dan amal soleh harus dilazimkan oleh ibu bapa sejak awal lagi kerana memiliki anak yang soleh banyak kelebihannya. Antaranya anak-anak itu boleh terus mengalirkan manfaat kepada ibu bapanya, mendoakan kita dan menutup aib kita. 3. Kitab-kitab keagamaan yang diwariskan Barang siapa yang mewariskan buku-buku yang baik, maka, pahala berterusan akan diterima oleh si pemberi tersebut selagi mana ia ada dan dibaca. 4. Masjid yang dibina Orang yang membina, mewakafkan dan mendermakan wang bagi pembinaan masjid akan dikurnikan pahala serta kedudukan di syurga. Ia sebagaimana disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW: "Sesiapa yang membangunkan sebua...
RESEPI BAKSO INDONESIA

RESEPI BAKSO INDONESIA Bahan-bahan bebola bakso: Isi ayam kisar Daging kisar Bawang merah & bawang putih (hiris dan goreng sehingga kuning keemasan) Putih telur Bawang goreng Baking powder 1/2 kiub ayam Lada putih Serbuk bawang putih Garam Ketul ais batu Cara-cara: 1. Kisar semua bahan sehingga sebati. Kemudian bulat-bulatkan. 2. Rebus air dengan lemak ayam, bila dan mendidih kecilkan api. Masukkan bakso yang sudah dibulat-bulatlan tadi. 3. Apabila sudah timbul, tanda sudah masak dan boleh diangkat. RESEPI BAKSO INDONESIA (KUAH) Bahan-bahan: Bawang putih Daun bawang (bahagian putih) Buah keras Sisa minyak goreng bawang Cara-cara: 1. Kisar bawang putih, daun bawang dan buah keras dengan minyak goreng bawang tadi. Kemudian goreng dalam kuali tanpa minyak. 2. Masukkan sedikit air rebusan bakso dan kacau. Masukkan ke dalam kuali yang ada bakso. Masak sehingga mendidih. 3. Perasakan dengan garam dan kiub ayam. Sedia untuk dimakan bersama bahan-bahan sampingan lain. RESIPI SAMBAL CI...
tanam taugeh, letak kacang hijau dalam balang, pungut hasil lepas 3 hari

Taugeh yang kaya protein dan enzim yang melancarkan penghadaman rupanya boleh dihasilkan dengan tanam saja dalam balang. Sayur jenis ini juga sarat dengan vitamin dan kaya antioksidan yang berguna sebagai perisai kepada penyakit kanser juga baik untuk tampak awet muda. Bagi orang lelaki pula, rugilah jika menolak taugeh sedangkan ia mampu meningkatkan penghasilan hormon bagi tujuan kesuburan. Malah, menurut portal Hello Doktor, taugeh mampu melawan kanser serta memperbaiki fungsi otak. Dalam masa yang sama, makan taugeh juga sebenarnya adalah amalan awet muda yang sangat bagus untuk diikuti. Jadi, tidak perlu lagi ke kedai hanya semata-mata mahu membeli taugeh. Tuai saja taugeh di rumah anda yang ditanam 3 hari lalu untuk dicampurkan bersama mi goreng anda. Cara tanam taugeh pun cukup mudah, lagipun tidak banyak kerenah untuk menjaganya. Bahan-bahan yang diperlukan: Kacang hijau Tisu Balang Air Cara-cara penanaman: 1. Rendam kacang hijau selama 24 jam. Tak payah banyak-banyak, segengga...
RESIPI PUTU MAYAM PANDAN
Bahan-bahan: 2 cawan tepung beras 2 cawan air 1 sudu teh garam 1 sudu makan minyak masak Pes pandan nona manis (jika nak rasa pandan & warna hijau) Daun pisang – lapik semasa mengukus Gula perang Gula merah @ gula melaka – dihiris halus Kelapa parut putih – digaul dengan secubit garam Cara-cara penyediaan putu: 1. Sediakan daun pisang yang dipotong bentuk bulat. 2. Panas dan didih air terlebih dahulu. 3. Bila sudah mendidih masukkan garam dan minyak jagung gaul rata. 4. Tutup api masukkan tepung beras sedikit2 sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika perlu, belum jadi adunan lembut tambah tepung sedikit-sedikit sahaja. 5. Masa adunan panas masukkan ke dalam acuan maruku pilih lubang yang paling kecil untuk putu mayam. 6. Putar acuan secara membulat di atas daun pisang yang telah disapu sedikit minyak jangan terlalu tebal. 7. Susun dalam kukus. Kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja sudah masak alihkan putu mayam ke dalam bekas. 8. Sedia dihidang bersama dengan kelapa d...
Resepi Donut Bulat
Bahan-bahan 1. 1 paket yis mauripan 2, 3 cawan tepung gandum 3. 1 cawan air suam 4. 3 sudu besar gula 5. 3 sudu besar susu pekat 6. 2 sudu besar marjerin 7. 1 biji telur 8. Gula halus atau gula aising (untuk gaul donut) Cara-caranya: 1. Cairkan marjerin dan biarkan ia sejuk. 2. Setelah marjerin sejuk, tambahkan telur, kemudian adun bahan-bahan selama beberapa minit dan ketepikan. 3. Gula dan susu pekat dicampurkan dalam air suam, kemudian diadun hingga larut. 4. Kemudian, masukkan yis, kacau lagi, dan biarkan selama 10 minit. 5. Setelah yis naik buih, masukkan campuran marjerin yang telah diadun bersama telur, dan kacau rata. 6. Campurkan semua bahan ke dalam tepung gandum. Uli doh sehingga sebati. 7. Kemudian, rehatkan doh selama 30 minit. Sebelum itu, uli dan ketuk-ketuk doh untuk mengeluarkan udara yang terperangkap. 8. Bentukkan doh menjadi bulatan dan susun dengan memberi jarak di antara satu sama lain dalam talam yang telah ditabur dengan tepung atau marjerin. 9. Rehatkan donat s...