Resepi Cupcake Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan
Bahan-bahannya:-
- 3 biji telur
- 3/4 cawan gula
- 3/4 cawan susu pekat manis
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 cawan air panas
- 1 cawan minyak masak
- Sedikit esen vanilla
Bahan topping :
- 1 sudu makan serbuk koko
- 3/4 cawan minyak masak
- 1/2 cawan susu pekat manis
- Cip coklat @ coklat rice secukupnya
Cara Buat Cupcake Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan

Cara buat cupcake coklat kukus homemade pada resep cupcake coklat moist kukus sukatan cawan viral kami senaraikan dibawah ini,
- Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Ayak semua bahan.
- Dalam bekas berlainan, pukul telur hingga kembang. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi hingga adunan menjadi putih. ( jika tiada pemukul, boleh guna blender.)
- Tambahkan susu pekat manis. Pukul @ kisar lagi.
- Masukkan campuran tepung dan pukul @ kisar lagi hingga sebati.
- Tambahkan minyak masak dan esen vanilla. Kisar sekejap.
- Tuang adunan ke dalam bekas lain dan masukkan air panas, Gaul guna senduk sehingga adunan sebati dan tidak berketul.
- Tuang adunan ke dalam cawan kertas. Panaskan periuk kukusan hingga naik wap dan kukus kek selama 15 minit.
Langkah untuk cara memasak topping :
- Satukan serbuk koko, susu dan minyak masak. Sebatikan.
- Masak guna kaedah double boil sehingga warna koko nampak berkilat. ( guna api kecil dan pastikan air mendidih terlebih dahulu).
- Bila kek telah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dituang topping pada Resepi Cupcake Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan.
- Kek ini juga enak jika dimakan tanpa topping.
Nota (Resepi Cupcake Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan)
Resepi Cupcake Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan – Berikut adalah beberapa tips yang berguna untuk resepi cupcake coklat kukus moist sukatan cawan dibawah ini:
- Pastikan air dalam pengukus sentiasa mendidih semasa proses pengukusan. Periksa kelembapan dalam ketuhar kukus dan pastikan suhu kukusan adalah konsisten.
- Gunakan tusuk gigi atau lidi kecil untuk menguji kematangan. Cupcake siap jika tusuk gigi keluar bersih tanpa sebarang adunan yang melekat.
- Gunakan bekas cupcake yang berkualiti dan lapik dengan mangkuk kertas cupcake untuk memudahkan proses mengeluarkan cupcake daripada bekas.
- Selepas cupcake sejuk, taburkan hiasan seperti gula aising, serpihan coklat, atau buah-buahan ke atasnya untuk memberi rupa yang menarik.
- Simpan cupcake dalam bekas kedap udara untuk memastikan kelembapan dipertahankan. Selamat mencuba coklat cupcake moist resepi viral !
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.