Doa untuk adik-beradik

Apa khabar Abang...?
Apa khabar Kakak...?
Apa khabar adik-adik...?

Banyak sungguh kenangan masa kecil bersama adik beradik...

Makan sepinggan, tidur sebantal...

Gaduh-gaduh kemudian baik semula, dah beribu kali...

Kena rotan berjemaah dengan mak ayah antara yang manis bila diingati...

Mulalah dia salahkan dia, dia salahkan dia...

Masing-masing nak menang sendiri...

Maklumlah... budak-budak berhingus lagi...

Tapi mereka tetap selalu di hati ...
.

Mana taknya, kami keluar dari rahim yang sama...

Mudah-mudahan ALLAH SWT pelihara kami semua...

Kat dalam dunia masing-masing sibuk bukan main...

Sekurang-kurangnya ada yang mengirim khabar dan bertanya-tanya...

Entah ada ke tidak beras di dapur mereka...

Semoga semua baik-baik saja ya ..
.

Mudah-mudahan ALLAH SWT satukan kita di Syurga sana...

Bersama mak dan ayah yang didoakan sentiasa...





Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”