Pahala Zikir Sepanjang Hari

 Pahala Zikir Sepanjang Hari

======

1. Pernah suatu ketika Rasulullah keluar untuk menunaikan solat subuh dari rumah isterinya Saidatina Juwairiyah dan Baginda dapati, Juwairiyah sedang duduk ditempat solatnya.


2. Apabila selesai solat subuh (ketika waktu Dhuha), Rasulullah pulang ke rumah dan mendapati Saidatina Juwairiyah masih ditempat duduknya (sama seperti keadaan Rasulullah keluar dari rumah tadi).


3. Lalu Rasulullah bertanya kepadanya: "Apakah kamu masih seperti ini ketika aku keluar tadi?" Juwairiyah menjawab: Ya. Lalu Rasulullah mengajarkan Juwairiyah satu zikir yang sekiranya diucapkan tiga kali sahaja sudah sama pahalanya dengan apa yang Juwairiyah bacakan sepanjang hari. Lafaz zikir tersebut ialah:


سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ


4. Amalkan zikir yang diajarkan oleh Baginda Nabi buat isterinya ini. Semoga Allah membimbing kita.


📮Join Telegram Taman Ilmu

telegram.me/tamanilmuofficial

BERHATI-HATI FENOMENA AKHIR ZAMAN

BERHATI-HATI FENOMENA AKHIR ZAMAN

1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil.

2. Perubatan semakin canggih, kesihatan semakin buruk.

3. Melancong keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan jiran terdekat.

4. Pendapatan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang.

5. Ilmu semakin tinggi, emosi semakin rendah.

6. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis.

7. Pengetahuan semakin bagus, keadilan semakin berkurang.

8. Perzinaan semakin rancak, kesetiaan semakin pupus.

9. Semakin banyak kawan di dunia maya, tapi tidak ada sahabat yang sejati.

10. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya.

11. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu.

12. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap.

13. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai.

14. Teknologi semakin canggih, fitnah dan aib semakin tersebar.

15. Orang yang rendah ilmu banyak bercakap, orang yang tinggi ilmu banyak mendiamkan diri.

Semoga kita sedar dan Semoga kita semua tetap berada di dalam lindungan Allah Subhanahu Wa Ta'ala… 😇

Cnp



Sikap Bermuka-muka

Sikap Bermuka-muka
==========
1. al-Imam al-Bukhari merekodkan perbualan beberapa orang lelaki yang bertanya kepada Saidina Abdullah bin Umar tentang sikap mereka yang bersikap bermuka-muka. 

2. Dihadapan orang mereka memuji, dibelakang orang, mereka mengutuk dan mengkeji. Lalu Abdullah bin Umar menjelaskan bahawa sifat sebegini dianggap sebagai sebahagian daripada sifat munafik di zaman Rasulullah. 

3. Dalam riwayat riwayat yang lain pula Rasulullah menjelaskan:

إِنَّ شَرَّ النَّاسِ ذُو الوَجْهَيْنِ، الَّذِي يَأْتِي هَؤُلاَءِ بِوَجْهٍ، وَهَؤُلاَءِ بِوَجْهٍ»

Sejahat-jahat manusia adalah mereka yang memiliki dua wajah. Dia datang kepada orang lain dengan wajah yang lain, dan dia pergi kepada orang lain dengan wajah yang lain pula. (Sahih al-Bukhari).

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna

Cinta & Suka

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan
gembira...

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa
berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma
berangin sahaja...

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita
cinta, kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang
yang kita suka, kita akan tersenyum...

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas
berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu...
Di depan orang yang kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita
cinta...
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita
suka...

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan
turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan
turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang
yang kita suka... umpama kita membuang telinga
kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam
hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang
anda
cinta....

Cinta ibarat rumah
Tak perlu cantik & tak perlu mewah
Yang penting biar bahagia di dalamnye

Tetapi, hakikatnya
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi

Fungsi “Check-Out” dalam MySejahtera dipadam, digantikan dengan MySejahtera Trace

Aplikasi pengesanan penularan wabak COVID-19 di Malaysia, MySejahtera, bakal menawarkan kemas kini baharu yang akan memperkenalkan fungsi MySejahtera Trace (MySJ Trace). Fungsi tersebut menggunakan hubungan Bluetooth dan membenarkan penjejakan kontak (contact tracing) yang lebih mudah untuk mengesan individu positif COVID-19.




Selain itu, MySJ Trace juga akan menggantikan fungsi Daftar Keluar (Check-Out) sewaktu pengguna ingin keluar daripada premis. MySJ Trace akan memberi maklumat tentang interaksi dengan pengguna lain secara langsung (live).

Dalam sebuah ciapan, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengatakan bahawa kemas kini tersebut telah pun dihantar ke platform Google, Apple dan HUAWEI, namun sewaktu artikel ini ditulis, Apple dan Google masih belum menawarkan kemas kini tersebut kepada orang awam.

Sementara itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjelaskan bahawa MySJ Trace dibangunkan bagi memenuhi keperluan program Find, Trace, Test, Isolate and Support (FTTIS) untuk mengawal penularan COVID-19. Jika seseorang itu disahkan positif COVID-19, notifikasi akan diberikan melalui MySejahtera bagi mendapatkan kebenaran untuk berkongsi maklumat kontak rapat yang dikesan.

Perlu diingati bahawa ini tidak bermakna MySejahtera mempunyai kebenaran untuk mengumpul data peribadi pengguna. MySJ Trace berfungsi dengan nombor ID unik Anonymized Unique User ID (UUID) dan tidak mengumpul sebaran data peribadi atau geo-lokasi.

Selain itu, data yang boleh diakses oleh Kementerian Kesihatan dalam MySJ Trace hanya disimpan dalam peranti selama 14 hari.

Kongsi pendapat anda tentang fungsi baharu MySejahtera ini dalam Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.




Monolog Jiwa — "Tunggulah Kasih"

Monolog Jiwa | Tunggulah Kasih — Zinidin Zidan & Tri Suaka

Monolog Jiwa — "Tunggulah Kasih"

Sebuah renungan apabila jarak menjadi ujian, dan doa menjadi jambatan antara dua hati.

Ada lagu yang tidak hanya didengar, tetapi juga dirasai; bagai bisik malam yang menempel pada pelupuk mata. "Tunggulah Kasih", dinyanyikan bersama oleh Zinidin Zidan dan Tri Suaka, tergolong dalam jenis itu — balada yang sederhana bahasanya, namun dalam maknanya. Lagu ini menuturkan satu cerita yang akrab pada siapa saja yang pernah menunggu: janji, doa, dan keyakinan bahwa rindu akan berujung pertemuan.

Baris pembuka yang merendah dan tulus — “Oh Tuhan, tolong jaga dia” — menempatkan nada lagu ini pada medan spiritual sekaligus manusiawi. Bukan sekadar permintaan; ia adalah pelepasan sebentuk tanggungjawab ketika jarak memaksa dua jiwa untuk berpisah sementara.

Lirik penuh

Oh Tuhan tolong jaga dia Disaat aku jauh darinya Hanya dia yang kucinta Dan slalu kusebut di setiap doa Kuingin selalu bersamanya Jalan cita cinta yang indah Aku haraplah Kukan datang tuk bertemumu sayang Kumencintaimu setulus hatiku Kumenyayangimu semampu hidupku Tunggulah kasih demi cinta ini Tetap jangan kau bersedih Sabarlah kasih kupasti kembali Tuk tepati janji yang dulu kuberi Yakinlah kasih akan cinta ini Takkan terpisah walau sampai mati Kumencintaimu setulus hatiku Kumenyayangimu semampu hidupku Tunggulah kasih demi cinta ini Tetap jangan kau bersedih Sabarlah kasih kupasti kembali Tuk tepati janji yang dulu kuberi Yakinlah kasih akan cinta ini Takkan terpisah walau sampai mati Kumencintaimu setulus hatiku Kumenyayangimu semampu hidupku Tunggulah kasih demi cinta ini Tetap jangan kau bersedih Sabarlah kasih kupasti kembali Tuk tepati janji yang dulu kuberi Yakinlah kasih akan cinta ini Takkan terpisah walau sampai mati

Cerita di balik lagu

Lagu ini ditulis oleh Tri Suaka dan dibawakan bersama oleh Zinidin Zidan dalam versi yang menjadi popular di platform digital pada akhir 2021 hingga 2022. Pada banyak laporan hiburan, karya ini dicatat sebagai sambungan emosi dari karya-karya terdahulu Tri Suaka — sebuah narasi yang konsisten tentang perjuangan cinta, pengorbanan, dan penantian.

Makna dan tafsiran

Secara garis besar, Tunggulah Kasih adalah surat untuk seseorang yang ditinggalkan sementara — bukan oleh pilihan perpisahan, tetapi oleh keadaan. Tema-tema utama yang muncul adalah kesetiaan, doa, dan keyakinan bahawa cinta sejati tak akan padam walau diuji jarak dan waktu.

Dalam gaya #JMBELOG yang lembut dan reflektif, kita boleh membacanya sebagai monolog kepada diri sendiri juga — satu pengakuan bahawa kadang cinta memerlukan kesabaran, dan bahawa menunggu boleh jadi bentuk tindakan paling berani.

Kredit & Rujukan rasmi

• Lagu: Tunggulah Kasih
• Penyanyi: Zinidin Zidan & Tri Suaka
• Penulis lagu: Tri Suaka
• Rilisan: 2021 / 2022 melalui platform digital

🎬 Video rasmi: Tonton di YouTube

Telefilem 'Angan-Angan Mat Jiman' & Telefilem Ambon disiarkan pada 25 Disember 2021

Telefilem 'Angan-Angan Mat Jiman' disiarkan pada 25 Disember 2021, Sabtu jam 9 malam di Astro Citra saluran 108.

Lakonan  Amerul Affendi, Fadhli Masoot, Chubb-E, Harris Annuar, Aleza Shadan, Arie Zaharie, Muzayyin, Bohari Ibrahim...

Sinopsis - Jiman ialah seorang pemuda kampung yang telah banyak kali gagal dalam perniagaan mendapat idea untuk melakukan bisnes untuk mencegah Covid-19. Pelbagai eksperimen dilakukan oleh jiman dan kawan kawannya terhadap binatang dan tumbuhan dan akhirnya memakan diri sendiri apabila dia keracunan.


Telefilem Ambon disiarkan pada 25 Disember 2021, Sabtu jam 9 malam di TV1.

Lakonan Muntazar Ghufran, Zarina zainuddin, Alif Hadi, Dottie, Ebby Yus, Fateha Khairul Nizam, Muhammad Aidil Rafiq dan Daniel Zulkifli...

Sinopsis - Bila tiba cuti Sekolah Ambon tidak sabar untuk menghabiskan Cuti Sekolahnya di Kampung Tok Sabariah, bersama Mudin dan Pool. Pada masa yang sama, Nadia sepupu Ambon balik ke Kampung juga. Nadia pendiam kurang berkawan dan gemar bermain gajet. Ada misi dari ayah Nadia yang Ambon perlu selesaikan ! Pakcik Ambon iaitu Pakcik Eddie pula seorang pemalu tetapi sukakan Makcik Aida. Ambon cuba untuk mengajar Pakcik Eddie cara-cara memikat Makcik Aida. Tetapi, berjayakah Pakcik Eddie dengan bantuan Ambon? Bagaimana pula hubungan Haji Jefri dan Tuk Sabariah?

#suratancintakita #jmbelog

Tak pasti ke manakah


Semua sudah suratan

Tak tahu mengapakah
Cinta yang lama terbina berkecai
Walaupun hakikatnya
Kita saling menyayangi

Manis yang kau rasakan
Pahit yang aku terima menusuk
Hanya mampu berserah
Walau apa jua

Biarkanlah aku pergi
Biarkan kubawa diri
Usah kau tangisi
Akan perpisahan ini
Semua sudah suratan

Bukannya salahku
Bukannya silapku
Perpisahan ini
Hanya kerana mulut berbisa
Engkau terpedaya

Bukannya pintaku
Bukannya mahuku
Perpisahan ini
Atas angkara orang ketiga
Kita bersengketa

Selamat tinggal, kasih
Semoga engkau berbahagia
Biarlah cinta kita
Tinggalkan kenangan dalam jiwa

Selamat tinggal, sayang
Semoga engkau berbahagia
Biarlah cinta kita
Tinggalkan kenangan selama-lamanya

Bukannya salahku
Bukannya silapku
Perpisahan ini
Hanya kerana mulut berbisa
Engkau terpedaya

Bukannya pintaku
Bukannya mahuku
Perpisahan ini
Atas angkara orang ketiga
Kita bersengketa

Selamat tinggal, kasih
Semoga engkau berbahagia
Biarlah cinta kita
Tinggalkan kenangan dalam jiwa

Selamat tinggal, sayang
Semoga engkau berbahagia
Biarlah cinta kita
Tinggalkan kenangan selama-lamanya

Mengapa Lupa Rakaat Dalam Solat?

Mengapa Lupa Rakaat Dalam Solat?
==========
1. Perasan atau tidak, kita lebih mudah ingat barang yang kita lupa ketika melaksanakan solat? Sedangkan diluar solat kita tidak ingat tentang perkara itu? Sehingga menyebabkan kita terlupa berapa rakaat yang telah kita tunaikan.

2. Fenomena "ingat barang" dalam solat ini pada hakikatnya telah disebutkan dalam hadis Nabi. Rasulullah membayangkan kepada kita bahawa syaitan sering mengganggu seseorang dalam solatnya sehingga mengingatkan kepadanya perkara yang dia terlupa diluar solat. Sabda Rasulullah:

إِذَا قُضِيَ التَّثْوِيبُ أَقْبَلَ حَتَّى يَخْطُرَ بَيْنَ الْمَرْءِ وَنَفْسِهِ يَقُولُ لَهُ اذْكُرْ كَذَا وَاذْكُرْ كَذَا لِمَا لَمْ يَكُنْ يَذْكُرُ مِنْ قَبْلُ حَتَّى يَظَلَّ الرَّجُلُ مَا يَدْرِي كَمْ صَلَّى

“Sehinggalah iqamah itu telah selesai, maka syaitan akan kembali (mengganggu) hingga mengingatkan seseorang dalam dirinya. Syaitan berbisik: "Ingat demikian, ingat demikian" untuk sesuatu yang tidak dia ingat sebelumnya hingga seorang lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia telah solat.” (Sahih Muslim)

3. Atas dasar itu kita sering dinasihatkan agar memohon perlindungan Allah dari gangguan syaitan sebelum solat. Seorang sahabat Nabi bernama Usman bin Abi al-As pernah mengadu kepada Rasulullah dia sering tidak khusyuk dan diganggu. Maka Rasulullah berpesan:

ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْهُ

“(Yang mengganggu kamu) itu ialah syaitan yang dinamakan Khanzab. Oleh itu apabila kamu rasa diganggunya, maka segeralah mohon perlindungan kepada Allah dari godaannya” (Sahih Muslim)

4. Oleh itu andai kita sering terganggu dalam solat, mohonlah perlindungan dari Allah. Ucapkan isti’azah (bacaan A’uzubillahi Minasy Syaitan) dan berdoalah agar Allah membantu kita khusyuk dalam solat.

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna

Elemen Burung dalam Hadis Tawakal

Elemen Burung dalam Hadis Tawakal
=======
1. Ketika menerangkan mengenai konsep tawakal dan rezeki, Rasulullah ﷺ memberikan perumpamaan mengenai burung yang keluar pada waktu pagi mencari rezeki. Penggunaan objek burung dalam hadis ini menarik untuk diteliti.

2. Menurut al-Imam al-Baihaqi, elemen burung digunakan bagi menggambarkan tentang usaha. Kerana burung tidak duduk diam dalam sarangnya melainkan dia akan keluar mencari rezeki. Seakan-akan, tawakal harus disertakan dengan usaha. Kata al-Baihaqi:

فهذه الطيور لا تبقى في أوكارها تنتظر رزق الله

“Burung-burung ini tidak kekal di dalam sarang mereka menanti rezeki yang akan diberikan oleh Allah (sebaliknya burung-burung ini keluar mencari rezeki).

3. Oleh itu seseorang tidak boleh dengan mudah menyatakan dia sudah bertawakal sedangkan dia belum berusaha untuk mendapatkannya. Seorang pelajar tidak boleh bertawakal dan mengharapakan kejayaan sedangkan dia tidur sepanjang hari. 

4. Atas sebab itulah Saidina Umar menegur sekumpulan manusia yang datang dari Yaman tanpa membawa bekalan. Saidina Umar bertanya kepada mereka:

مَا أَنْتُمْ؟ فَقَالُوا: نَحْنُ المُتَوَكِّلُوْنَ. فَقَالَ: بَلْ أَنْتُمُ المُتَّكِلُوْنَ.

“Siapakah kamu semua ini? Mereka menjawab: Kami adalah golongan yang bertawakal. Umar membalas: (kamu bukanlah orang yang bertawakal) bahkan kamu adalah orang yang hanya bersandar (tidak berusaha). 

5. Lalu Saidina Umar menjelaskan kepada mereka tentang konsep tawakal:

أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِالمُتَوَكِّلِيْنَ؟ رَجُلٌ أَلْقَى حَبَّةً فِي الأَرْضِ ثُمَّ تَوَكَّلَ عَلَى رَبِّهِ

Biar aku beritahu kamu tentang orang yang bertawakal: Iaitu lelaki yang mencampakkan benih ke tanah (iaitu berusaha bercucuk tanam) dan kemudian dia pun bertawakal kepada Allah. (Inilah sebenar-benar tawakal) (Syu'ab al-Iman).

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Taman Ilmu

Rasulullah SAW sebut tanda-tanda Kiamat

Rasulullah SAW sebut tanda-tanda Kiamat antaranya iaitu:

1. Anak-anak jadi keras kepala
2. Hujan turun lebat, kejadian banjir
3. Kejahatan bermaharajalela 
4. Orang bercakap bohong itu dipercayai/diyakini, manakala orang jujur itu didustai. Orang jujur, soleh didustai.
5. Banyak pemakai jubah dan serban namun khianat 
6. Banyak peniaga namun tiada pembeli
7. Harta-benda melimpah ruah (jalan haram contoh scammer)
8. Pemilik/orang kaya diagung-agungkan kerana kekayaan dia
9. Banyak undang-undang terwujud
10. Muncul pemimpin di kalangan kanak-kanak (pemimpin berfikiran anak-anak, berperangai kanak-kanak)
11. Golongan wanita bertambah, lelaki berkurangan kerana gejala sosial cth dadah
12. Penguasa-penguasa yang khianat/zalim
13. Timbangan dan ukuran dalam aktiviti perniagaan dikurangkan (penipuan)
14. Pemimpin sibuk dengan harta, namun golongan bawahan sibuk menyebar ilmu
15. Lelaki membunuh saudaranya (adik-beradiknya)
16. Banyak khatib atas mimbar, namun khutbah tak difahami. 
17. Ulama condong kepada pemimpin, menghalalkan yang haram (halal dan haram dilanggar demi jaga kepentingan diri)
18. Satu kaum yang makan dengan lidah-lidah mereka semacam lembu, bermaksud mereka suka memuji orang yang suka kepada mereka (menjilat = makan pujian)
19. Orang Mukmin menyembunyikan keimanan, orang Munafik buat salah secara terang-terangan
20. Para alim ulama mendambakan (ingin) kematian sehingga digambarkan mati itu lebih baik daripada emas berwarna merah 
21. Datang 50 orang yang sembahyang tapi tiada satu orang pun solatnya yang diterima! Kerana tidak diletakkan Allah sebagai keutamaan, ibadah dalam riak
22. Tidak ada lagi harta pusaka perlu dibahagi kerana manusia terlalu tamak dan tiada lagi kegembiraan dalam perihal harta ghanimah (hilang semangat juang)
23. Dapat jiran-jiran yang buruk, perkelahian jiran, adik-beradik, teman sepejabat
24. Dihentikan pedang daripada jihad
25. Memperoleh untung dunia melalui agama
26. Zaman yang penuh kegemilangan iaitu zaman sahabat berebut buat kebaikan. Kemudian sampai zaman terkemudian andai buat 1/10 daripada kebaikan pun
27. Bersabar dalam beribadah dalam keadaan kekacauan, akan datang satu zaman lebih buruk daripada terdahulu
28. Yang paling ditakuti Rasulullah SAW pada umat Baginda adalah, mereka (umatnya) mendapat pemimpin yang menyesatkan mereka. Pedang telah diletakkan dan berterusan perang hingga Kiamat (Suriah, Iraq, Palestin dll)
29. Jika kamu hidup ditengah-tengah manusia yang buruk perangai, telah rosak perjanjian dan amanah dalam hidup mereka, mereka saling berselisih.. para sahabat bertanya bagaimana nak buat? 
Rasulullah SAW sebut, "Tetaplah dalam rumah kamu." 
Maksud, jaga lidah dan jaga penulisan kamu. Duduk diam-diam dalam rumah.
Hendaklah kamu mengurusi diri sendiri..dan tinggalkan urusan manusia lain, orang ramai..tinggalkan.
30. Akan muncul sesudah Rasulullah SAW, para pemimpin yang berjalan tak sesuai dengan petunjuk (sunnah) Rasulullah. 
31. Lahir generasi yang hati mereka, hati-hati syaitan. Bagaimana mendapani perkara ini, #30,#31- Dengar dan taat apa yang diajar Rasulullah walau kamu disebat, dihumban di penjara, dirampas harta agar kamu selamat.
32. Terjadinya fitnah, perpecahan, perselisihan di kalangan orang Islam. Jika kamu hidup di saat itu...
Sekiranya kamu sanggup jadi hamba Allah, jadilah hamba Allah yang terbunuh. Dan kamu mati di jalan Allah (dan kamu bukan orang yang membunuh). Maka lakukanlah (mati terbunuh).



Inn Shaa Allah REZEKI MELIMPAH

Inn Shaa Allah REZEKI MELIMPAH
.
1. DHUHA.
Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.
.
2. TAHAJJUD.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
.
3. AL-QURAN.
Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.
.
4. ZIKIR.
Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.
.
5. SOLAT BERJEMAAH.
Terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.
.
6. SILATURRAHIM.
Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.
.
7. BERSEDEKAH.
Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.
.
8. SOLAT AWAL WAKTU.
Solatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.
.
9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH.
Jangan mengharapkan manusia di luar sana.
.
10. TAWAKAL DAN USAHA.
Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.
.
4 amalan surah setiap hari.
.
● Surah Yaasin - Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah - Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman - Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
.
Lain-lain:
.
1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.
.
BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH. INSYAA-ALLAH


#copypaste

Amalan calon ahli syurga

Amalan calon ahli syurga 




Diriwayatkan dari Anas bin Malik dia berkata, “Ketika kami duduk-duduk bersama Rasulullah s.a.w, tiba-tiba baginda bersabda, ‘Sebentar lagi akan datang seorang lelaki penghuni Syurga.’ Kemudian seorang lelaki dari Ansar melintas di hadapan mereka sementara bekas air wudhu' masih membasahi janggutnya, sedangkan tangan kirinya memegang sandal.

Esok harinya Nabi s.a.w bersabda lagi, ‘Akan lalu di hadapan kamu seorang lelaki penghuni Syurga.’ Kemudian muncul lelaki semalam dengan keadaan sama seperti hari sebelumnya.

Keesokan harinya Rasulullah s.a.w bersabda lagi, ‘Akan lalu di hadapan kamu seorang lelaki penghuni Syurga!!’ Tidak berapa lama kemudian orang itu masuk sebagaimana keadaan sebelumnya; kesan air wudhu' masih memenuhi janggutnya, sedangkan tangan kirinya memegang sandal.

Setelah itu Rasulullah bangun dari tempat duduknya. Sementara Abdullah bin Amr bin Ash mengikuti lelaki tersebut, lalu dia berkata kepada lelaki tersebut, ‘Aku sedang punya masalah dengan orang tuaku, aku berjanji tidak akan pulang ke rumah selama tiga hari. Jika engkau mengizinkan, aku ingin menginap di rumahmu untuk memenuhi sumpahku itu.’

Dia menjawab, ‘Silakan!’

Anas berkata bahawa Amr bin Ash setelah menginap tiga hari tiga malam di rumah lelaki tersebut tidak pernah mendapatinya sedang qiamullail, hanya saja tiap kali terjaga dari tidurnya ia membaca zikir dan takbir hingga menjelang subuh. Kemudian mengambil air wudhu'.

Abdullah juga mengatakan, ‘Saya tidak mendengar ia berbicara, kecuali yang baik.’

Setelah menginap tiga malam, ketika hampir saja Abdullah menganggap remeh amalnya, dia berkata, ‘Wahai hamba Allah, sesungguhnya aku tidak sedang bermasalah dengan orang tuaku, hanya saja aku mendengar Rasulullah selama tiga hari berturut-turut di dalam satu majlis beliau bersabda, ‘Akan lalu di hadapan kamu seorang lelaki penghuni Syurga.’ Selesai baginda bersabda, ternyata yang muncul tiga kali berturut-turut adalah engkau.

Sahaja saya ingin menginap di rumahmu ini, untuk mengetahui amalan apa yang engkau lakukan, sehingga aku dapat mengikuti amalanmu. Sejujurnya aku tidak melihatmu mengerjakan amalan yang berpahala besar. Sebenarnya amalan apakah yang engkau kerjakan sehingga Rasulullah berkata demikian?’

Kemudian lelaki Ansar itu menjawab, ‘Sebagaimana yang kamu lihat, aku tidak mengerjakan amalan apa-apa, hanya saja aku tidak pernah mempunyai rasa iri kepada sesama muslim atau hasad terhadap kenikmatan yang diberikan Allah kepadanya.’

Abdullah bin Amr berkata, ‘Rupanya itulah yang menyebabkan kamu mencapai darjat itu, sebuah amalan yang kami tidak mampu melakukannya’.”

Sumber: Az-Zuhdu, Ibnul Mubarak, hal. 220 (alsofwah.or.id) Artikel www.KisahMuslim. com

Jadilah burung helang

Tahukah Anda ?

Satu-satunya burung yang berani bertenggek di atas burung helang sewaktu ia sedang terbang adalah burung gagak. Namun, burung helang tidak akan memberi sebarang riaksi atau berlaga dengan burung gagak tersebut. 

Burung helang tidak akan menghabiskan masa dan tenaga cuba bertarung dengan burung gagak. Sebaliknya, burung helang akan melebarkan sayapnya dan terbang mengharung awan ke paras yang lebih tinggi menuju keatas langit. Semakin tinggi burung helang menjulang ke atas langit, semakin sukar burung gagak untuk bernafas. 
Akhirnya, burung gagak itu akan jatuh dengan sendiri kerana kekurangan oksigen.

Seperti burung helang, janganlah kita membuang masa cuba bertikam dengan gagak yg menganggu hidup kita hari ini, terbang tinggi dan biarkan mereka melukut mendongak mengikuti perjalanan kita.

Terbang dan terus terbang ke atas langit yg lebih tinggi kerana akhirnya nanti mereka akan jatuh dan hilang sendiri.

Kredit : Sumbu



25 BLOG - 18 DECEMBER 2021

Labels

#JMBELOG 1 OGOS 2025 2018 2025 5G 8 PERATUS CUKAI ACHEY ADAB ADAB DAN HIKMAH ADAB DAN ILMU ADAB DAN NILAI ADAT DAN BUDAYA Addmath ADIK ADIK KUAT TAPI PERLU REHAT ADSENSE AGAMA Agama & Tafsir AGAMA DAN KEHIDUPAN AGAMA DAN ROHANI AHLUS SUNNAH AHMAD FAEZAL AI & Teknologi AI EDGE AI Safety & Etika AI TEAM AIDILFITRI AIM24 AIR AIR KELAPA AISHA RETNO AKHIR AKHIR ZAMAN AKHIRAT Akhlak AKIDAH AKU AKU MENJAUH AKU SAYANG KAU SAHABAT KU AL-AQSA AL-FATIHAH AL-QUR'AN ALAM ALAM SEMULA JADI ALAT AI ALATAN TANGAN Alieff Irfan ALIF LAM MIM AMAD DAYYAN AMAL DAN AKHIRAT AMALAN 5S AMALAN IKHLAS AMALAN KEHIDUPAN Aman Shah AMANAH AMANAH KITA Amaran Awal Amaran Kesihatan AMIR HARIZ AMIRAOTHMAN Ammar Ammar Ahyan ANAK ANAK ISTIMEWA ANAK KECIL ANAK MALAYSIA Anak Melayu ANAK MUDA ANAK YATIM ANALISIS DUNIA Analisis Media ANGINA ANTARA LAPAR MALAM DAN MENJAGA DIRI ANTIBULI DIGITAL Anuar Zain ANUGERAH INDUSTRI MUZIK ANUGERAH YANG TAK TERNILAI ANXIETY APA KATA CHATGPT APAK (HARRY KHALIFAH) Apresiasi Karya AR RAHMAN ARA JOHARI ARAB artis malaysia ASAS INTERNET ASEAN ASIA TENGGARA ASRAMA ASTRONOMI ASTRONOMI ISLAM Automotif AUTOMOTIF JIWA AYAH AYAH DAN IBU AYUH KEDAH BACK TO TOP BADAN TAK SAMA BAHAGIA DAN POSITIF BAHAGIA YANG DICARI BAHASA Bahasa & Budaya BAHASA DAN NADA BAHASA JIWA Bahasa Malaysia Bahasa Melayu BAHASA NUSANTARA BAHU BAKAT MUDA BALIK KAMPUNG BANCIAN RASMI BANGKIT DARI JATUH BATAS DAN ADAB Bateri Besar BAYAR BIL BAYI TERBUANG BE YOURSELF BEBAN & HARAPAN BEBOLA TEPUNG BELAJAR MENDENGAR DIRI BELAJAR REDA BELAJAR SAMA-SAMA BELAJAR SAMPAI SYURGA BELANJA HIDUP Bellestrelle BENCANA BENDERA MALAYSIA BENTO BEREHAT ITU BERANI BERITA MALAYSIA Berita Pendidikan BERJIWA DAMAI BERKONGSI AGAMA BERLIN 2009 BERTAHAN BERTAHAN DALAM LELAH BERUANG AIR BIAR DUNIA TAHU BIAR JADI RAHSIA BICARA TANPA SUARA BIJAK KEWANGAN BIJAK TENAGA BIJAK URUS DUIT BILA CERITA TERHENTI BILA KATA TAK LAGI MAMPU BILA KATA TAK SAMA DENGAN RASA BILA KATA TAK SAMA DENGAN RASA 2 Bila Kehilangan Bukan Tanda Kalah BILA KITA RASA KITA SAJA YANG BETUL BILA TUBUH BERBICARA BIOLOGI BISMILLAH BLOG BLOG MALAYSIA BLOG PERFORMANCE BLOGGER Blogger Malaysia BLOGGER TIPS BLOGGING BLOGLIST BLOGWALKING BLOOD MOON BOIKOT BIJAK BOLA SEPAK BRASIL Bruno Mars BUANG GARAM DILAUT BUDAYA & TRADISI BUDAYA JEPUN BUDHA BUDI95 BUKAN SEBAB AKU BUMI BUNYI DAN MAKNA CACATAN EMOSI CACATAN JIWA CACATAN KEHIDUPAN CACATAN PERIBADI CACATAN REFLEKTIF CAHAYA JIWA CAHAYA PAGI CAMPURAN REMPAH CANCER FIGHTER CARIAN POPULAR CAT RESCUE CATATAN AKHIR TAHUN CATATAN BLOGGER Catatan Dapur CATATAN DIRI CATATAN DUNIA CATATAN EMOSI CATATAN HARIAN CATATAN HATI CATATAN HIBURAN CATATAN HOSPITAL CATATAN ILMU Catatan Industri CATATAN INFORMASI CATATAN JALANAN Catatan Jiwa CATATAN KAUM TERDAHULU CATATAN KEHIDUPAN CATATAN KESIHATAN CATATAN LANGIT CATATAN LAPANGAN CATATAN MALAM CATATAN MALAYSIA CATATAN PAGI CATATAN PERASAAN CATATAN PERIBADI CATATAN PERPISAHAN CATATAN RAMADAN CATATAN REALITI CATATAN RINGAN CATATAN SUKAN CD4 CERITA DALAM LAGU Cerita Di Sebalik Lagu CERITA HARU CERITA HATI CERITA HATI LELAKI CERITA HIDUP CERITA HUJAN DAN KETABAHAN CERITA KITA CERITA LUCU CERITA SANTAI BOLA CERITA TENTANG AKU CERITA YANG TAK PERNAH SELESAI CHATGPT CHICKEN TENDERS FLUFFY CHICKEN CHRISTIE'S Cik B CINTA CINTA & PENGORBANAN Cinta & Rindu CINTA DALAM REDHA CINTA DAN DOA CINTA DAN PERNANTIAN CINTA DAN REDA CINTA DAN RINDU CINTA DAN TENANG CINTA IKHLAS Cinta Kain Putih CINTA SUNYI CIUM TANGAN CLEAN ROOM CODPIECE CONTROL CORETAN KEHIDUPAN Cuaca CUACA JIWA CVT & Enjin DAKWAH & PENGORBANAN Dakwah Lembut DALAM DIAM DALAM DIAM MOJACK HAFIZ Dalam Kerja DALAM SUNYI DALAM SUNYI SEORANG LELAKI DALAM SUNYI SEORANG LELAKI 2 DAMAI JIWA Dapur DAPUR DAN RESEPI Dapur Harian DAPUR JIWA DAPUR RUMAH Darah Dari Bunyi Ke Makna Dari Hati Seorang Pejuang DARI POS PENGAWAL DARI TANAH SUCI DARI TUBUH KE JIWA Dasar Privasi DASHRATH MANJHI DATA 2026 Datin Sri Nur Shahida DATO SRI SITI NURHALIZA Dato' Sri Aliff Syukri Dato’ Sri Aliff Syukri Dayang Nurfaizah DEEPAVALI DEMAM DEMI HIJAU KUNING Demokrasi Malaysia DESSERT RINGKAS DEWASA DENGAN BIJAK DEWASA JIWA Dhamiri DI BALIK NOMBOR GILIRAN DI BALIK SENYUMAN DI SEBALIK ANGKA Di Sebalik Viral DIAM DIAM DAN SUARA DIAM ITU BAHASA DIAM TAPI SAYANG DIAM YANG BERBICARA Dicky DIPLOMASI ISLAM DIRI DAN EMOSI DISEBALIK SENYUM DISIPLIN DIRI DIWALI DIY DOA Doa & Harapan DOA & KASIH SAYANG DOA & REFLEKSI DOA & TAUBAT DOA AKHIR BULAN DOA ANAK DOA BUAT GAZA DOA DALAM DIAM DOA DAN AMALAN DOA DAN HARAPAN DOA DAN PASRAH DOA DAN REFLEKSI DOA DAN ZIKIR DOA DARI JAUH DOA HARI INI DOA HARIAN DOA JIWA DOA JUMAAT DOA KESEMBUHAN DOA KETIKA MENDENGAR GURUH DI LANGIT DOA MALAM DOA MUSAFIR DOA PAGI DOA SEORANG HAMBA DOA UNTUK PALESTIN DR AMALINA CHE BAKRI DRAMA DRAMA KELUARGA DRAMA KOMEDI DRAMA/FILEM/SINOPSIS/YOUTUBE DUNIA Dunia & Isu Semasa Dunia Digital DUNIA KERJA DUNIA MUSLIM DUNIA PEKERJAAN DUNIA SECURITY Dunia Seni DUNIA SUNYI ECG ECHOCARDIOGRAM Edukasi EDUKASI AWAM Edukasi Peternakan Ehin EKONOMI EKONOMI RAKYAT EKONOMIRAKYAT ELLY MAZLEIN EMOSI EMOSI JIWA EMOSI & PERASAAN EMOSI DAN DIAM EMOSI DAN EGO EMOSI DAN LUKA EMOSI DAN PERASAAN EMOSI DAN RASA EMOSI JIWA EMPATI EMPATI DAN KESEDARAN Epigenetik ETIKA KERJA EXECUTIVE MBA Fahrenheit FAKTA FAKTA ALLAH FAKTA DUNIA FAKTA GLOBAL FAKTA ISLAM Fakta Kehidupan FAKTA RINGAN Fakta Sains FAKTA SEJARAH Fakta Tubuh Manusia Fakta Unik Ayam FAKTABANKMALAYSIA FALAK FALSAFAH HIDUP FANTASI FeLV FENOMENA ALAM FESTIVAL FILEM MALAYSIA FIDYAH PUASA FIEYA JULIA FIFA FILEM FILEM DAN JIWA FILEM DAN LAGU FILEM DAN SENI FILEM KAIJU Filem Klasik FILEM SERAM FINAL GEGAR VAGANZA FIQH FIQH & KEHIDUPAN FIQH IBADAH FITRAH MANUSIA FLANIL FOURTWNTY Freedom Flotilla GAJET Gaji 2026 GAMERA GASTRIK GAYA HIDUP GAYA HIDUP DIGITAL GAYA HIDUP SIHAT Gaza Siege GEGAR VAGANZA GEGAR VAGANZA 12 GENERASI 80-AN GEOGRAFI GEOLOGI Geopolitik GIVEAWAY GIVEAWAYJMBELOG Global Sumud Flotilla GOOGLE YEAR IN SEARCH2025 GOSIP GPMP Gred Purata Sekolah Greta Thunberg GTMETRIC GTN (GLYCERYL TRINITRATE) GUNTING BHAVANA GUNUNG LIANG BARAT Guru Hadie HADIS HADIS NABI ﷺ HAIWAN Haji HAK ASASI HAK BERSUARA HAK DAN TANGGUNGJAWAB HAK ORANG ASLI Hak Pekerja HALAL Hamba & Tuhan HARAPAN HARAPAN BARU HARAPAN DI SETIAP LANGKAH HARGA DIRI HARGA MINYAK HARGA PETROL HARGAI HARGAI KASIH HARI HISAB HARI JUMAAT HARI PEMERGIAN Hari Raya HARI UNTUK HATI BEREHAT HARRY AZRUL HARSZAN HASIF UPIN HATI HATI & PERASAAN HATI DAN AIRMATA HATI DAN HARAPAN HATI DAN MANUSIA HATI DAN PERASAAN HATI DAN TUHAN HATI YANG BERBICARA HATI YANG KUAT HATI YANG MENUNGGU HATI YANG PERNAH DEKAT HATI YANG TENANG HB HEALING DALAM DIAM HIBURAN HIBURAN JIWA HIBURAN MALAYSIA HIDANGAN RINGAN HIDAYAH HIDUP Hidup Adalah Perjuangan HIDUP DAN KERJA HIDUP SEDERHANA Hijrah HIKMAH DARI LANGIT HIKMAH UJIAN HILAL HINDU Hipertensi HOLOCAUST Hormon HR & IR Hubungan Antarabangsa HUBUNGAN KERJA HUBUNGAN UTHMANIYYAH Hubungi saya HUJAN HUJAN YANG MENGERTI Human Rights Humanitarian Aid HURRICANE OTIS Hutang & Harapan IBADAH IBU ACAPULCO IDENTITI Identiti Nasional Iera Milpan IKAN BERENANG IKAN CENCARU IKAN DAN AYAM IKB IKHLAS IKLIM Ikuti Saya di Media Sosial ILMU ILMU & IMAN Ilmu & Keindahan ILMU BAHASA ILMU DAN FAKTA ILMU DAN HIKMAH ILMU DAN IMAN ILMU DAN REFLEKSI ILMU FALAK ILMU FIQH ILMU HADIS ILMU HARIAN ILMU ISLAM ILMU PENGETAHUAN ILMU TAHARAH Ilmu Tubuh Iman & Kehidupan IMAN DAN HATI IMAN TROYE IMIMIGRESEN IMPIAN DAN USAHA Import / Global</span> INFLUENZA INFO INFO BERGUNA INFO BLOGGER INFO CUACA INFO DAPUR Info Drama & Filem INFO ISLAM INFO KESIHATAN INFO KEWANGAN INFO MAKANAN Info Perubatan INFO RINGKAS Info Semasa INFO TERKINI Info Unik Informasi Global INFRASTRUKTUR Insomnia INSOMNIACKS INSPIRASI INSPIRASI BLOG INSPIRASI DAN MOTIVASI INSPIRASI DIGITAL INSPIRASI GLOBAL INSPIRASI HATI INSPIRASI HIDUP INSPIRASI JIWA INSPIRASI KEHIDUPAN INSPIRASI PAGI Inspirasi Pelajar INSPIRASI PENULISAN INSPIRASI RAYA Inspirasi Seni International Law INTI KELAPA IQIYI ISI KANDUNGAN ISLAM ISLAMIK Israel–Palestine Conflict ISTERI ISTERI & KELUARGA Istiqamah ISU DUNIA ISLAM ISU SEMASA ISYARAT TUBUH JACKIE CHAN JADEN SMITH JAGA DIRI JAGA TUBUH JAGA JIWA JALUR GEMILANG JAMAL MIRDAD JANGAN CEPAT MENGHUKUM Jangan Menghakimi JANJI KEKASIH JANTUNG Jantung & Jiwa JANUARI JAWATAN KOSONG JEJAK BLOGGER Jejak Hijrah Jejak Jiwa Dalam Cerita JENIS DARAH JEPANG JIMAT BILL JIWA JIWA & EMOSI JIWA & HATI Jiwa & Iman JIWA & PRINSIP Jiwa & Tubuh JIWA 2026 JIWA ANAK MALAYSIA JIWA DAN IMAN JIWA DAN KEHANCURAN JIWA DAN KETUHANAN JIWA DAN TUHAN JIWA DIAM JIWA KITA JIWA LELAKI JIWA PEJUANG Jiwa Rakyat JIWA SUNYI JIWA TENANG JIWA YANG BERTAHAN JIWA YANG DIAM JIWA YANG LELAH JIWA YANG MELANGKAH JIWA YANG TERJAGA JIWA YANG TERSAKITI Jom Berkenalan JOMPAY JPJ Judika JUMAAT JUMU'AH JUSTICE FOR ZARA JUTAWAN AI KAABAH Kad Pengenalan KALAM QALBI KALENDAR HIJRIAH Kalkulator KAPURUNG KASIH KASIH AYAH KASIH IBU KASIH KELUARGA KASIH PADA DIRI KASIH SAYANG KASIH TANPA BALASAN KASIH TANPA KATA KATA HATI KATA HIKMAH KATA JIWA KATA JIWA ARAB & MELAYU KATA RINGKAS KATA SINDIRAN Kata Untuk Kita Semua KATA-KATA Kata-Kata Hidup KATOLIK KAWAN KDN KEADILAN KEADILAN UNTUK ZARA KEAJAIBAN CIPTAAN Keajaiban Tanah Suci KEBAIKKAN KEBAIKKAN KECIL KEBAKARAN KEBENARAN KEBERANIAN KEBERSIHAN KECEMASAN Kecewa KEDAH KEEP SHINING Keharmonian Kaum KEHIDUPAN Kehidupan & Kerja Kehidupan Harian KEHIDUPAN SECURITY KEHIDUPAN SEDAR Kehidupyan KEHILANGAN Keimanan KEINSAFAN KEISLAMAN KEJAYAAN KEJUJURAN KEK COKLAT Coklat KEK KUKUS KEK LAPIS Kekasihku KEKELUARGAAN KEKUATAN KEKUATAN & DOA KEKUATAN DALAM DIAM KEKUATAN DIRI KEKUATAN HATI KEKUATAN IMAN KEKUATAN JIWA KELAJUAN Kelmarin Yang Pijar KELUARGA KEMAAFAN KEMANUSIAAN KEMATIAN KEMATIAN DAN KEINSAFAN KEMBALI KEPADA ALLAH KEMBALI KEPADA TUHAN KEMISKINAN Kenali Penulis KENANGAN KENANGAN ZAMAN Kenegaraan KEPEDULIAN KEPERCAYAAN KEPERCAYAAN TRADISIONAL KEPIMPINAN Keputusan SPM KERANA EGO KERENDAHAN HATI KERJA KERJA DAN REZEKI KERJA DAN SOKONGAN JIWA KERJA DENGAN HATI KERJAYA KERJAYA DAN KEPIMPINAN KEROHANIAN KESABARAN KESALAHAN DAN KEMAAFAN KESEDARAN KESEDARAN AWAM KESEDARAN DIRI KESEDARAN HATI Kesedaran Hidup KESEDARAN JIWA KESEDARAN KESIHATAN KESEDARAN KEWANGAN KESEDARAN PENGGUNA KESEDARAN PERUBATAN KESEDARAN ROHANI KESEDARAN STROK KESEDIHAN KESELAMATAN KESELAMATAN ANAK KESELAMATAN PEKERJA KESELAMATAN PENDAKIAN KESEMBUHAN JIWA KESEORANGAN KESETIAAN KESIHATAN KESIHATAN JANTUNG KESIHATAN & KERJA Kesihatan & Mental KESIHATAN DAN RASA KESIHATAN EMOSI KESIHATAN HAIWAN KESIHATAN HATI KESIHATAN JANTUNG KESIHATAN JIWA Kesihatan Kucing KESIHATAN MENTAL Kesihatan Mental & Fizikal KESIHATAN MINDA KESIHATAN ROHANI KESUCIAN KESULTANAN MELAYU KESUNYIAN KESYUKURAN KETABAHAN KETAHANAN HIDUP KETENANGAN Ketenangan Hati KETENANGAN JIWA KETENANGAN YANG DISALAH ERTI KETENTUAN ALLAH KETENTUAN ILAHI KETUHANAN KEWAJIPAN KEWANGAN KEWANGAN & KEHIDUPAN KEWANGAN 2025 KEWANGAN PERIBADI KHAI BAHAR KHAMIS TENANG KHIANATI KINI VIRAL KISAH AKU KISAH AUTISME KISAH BENAR KISAH DALAM PERJALANAN KISAH DI SEBALIK LAGU KISAH DUNIA KISAH HAIWAN KISAH HIDUP KISAH IBU KISAH INSPIRASI Kisah Islam KISAH Islami KISAH JALANAN KISAH KEHIDUPAN KISAH KEJAYAAN KISAH KUCING KISAH LAGU KISAH LAWAK KISAH NABI KISAH NYATA KISAH PENGAWAL KESELAMATAN KISAH PERJUANGAN KISAH SAHABAT KISAH USAHAWAN Kisah YANG DIPERCAYAI BENAR KITA KITA BUKAN TUHAN Kitshafiq KOLEKSI ISTIMEWA Koleksi Siri Rezeki KOMITED KOMITMEN KOMPUTER KOMUNIKASI KOMUNITI KOMUNITI BLOGGER KONTEMPLASI KORBAN RINDU KOS LEMBU KOS SARA HIDUP KOS TERNAKAN KPDN KRISTIAN KUAH ROJAK Kuasa & Tubuh KUCING KUIH TRADISIONAL KULIM LA NINA LAGENDA Lagu & Emosi LAGU DAN MAKNA LAGU JIWA LAGU MELAYU LAGU RAYA LAGU ROHANI LAGU TEMA LAILAHAILALLAH LANGIT LANGIT MALAM LANGKAH SUNYI LAUK HARIAN LAUT Legenda Malaysia LEGENDA Malaysian LEGENDA SERAM LELAH SEORANG PEJUANG LELAH TERSEMBUMYI LELAKI Lelaki & Kehidupan LELAKI DALAM DIAM LELAKI DAN AMANAH LELAKI DAN PERASAAN LELAKI PEJUANG LIMFOMA LELAKI SUPER LETUPAN KILANG Lifestyle LIKU KEHIDUPAN LIRIK LAGU Lirik Lagu Beraya Dengan Saya Lirik Lagu Bila Takbir Bergema Lirik Lagu Dentam Dentum Raya Lirik Lagu Doakan Lirik Lagu Hadirkan Pengganti LIRIK LAGU JODOH LEBARAN Lirik Lagu Kepingan Hati Lirik Lagu Kepulangan Yang Dinanti Lirik Lagu Lembayung Tari Lirik Lagu Luka Serius Lirik Lagu Lumangad Oku Dika Lirik Lagu Mama Papa Raya Lirik Lagu Musafir Di Aidil Fitri Lirik Lagu Nak Balik Raya Lirik lagu Raya Kita Gembira Lirik Lagu Risk It All Lirik Lagu Sakit Tak Bertepi Lirik Lagu Salahku Lirik lagu Senyum Gugur Di Penghujung Doa Lirik Lagu Setiaku Lirik Lagu Syawal Ini Lokman Hakim LUAHAN HATI Luahan Jiwa luahan sunyi LUKA DALAM DIAM LUKA DIAM Luka Jiwa Luka Yang Dipendam LUKA YANG TAK TERLIHAT LUKISAN Lumangad Oku Dika LUVIA BAND M. Nasir M.NASIR MAAF MAAF DAN DOA MAAF DAN MEMAAFKAN MAKANAN Makanan & Emosi MAKANAN HALAL MAKANAN IMPORT Makanan Laut MAKLUMAT AM MAKLUMAT KENDERAAN MAKMAL MAKRIFAT MAKSUD PERKATAAN Malam MALAM TERLARANG Malam Yang Sunyi MALAYSIA Malaysia 1963 Malaysia Utara MAMPUKAH AKU MANFAAT RAKYAT MANGU MANN Marah Aku Ada Sebabnya MARATHON Maritime Activism MASAKAN Masakan Cina MASAKAN HARIAN MASAKAN INDONESIA Masakan Melayu MASAKAN TRADISI MASJID MASJIDIL HARAM Masmera MATANG MATI AKAL MAULIDUR RASUL MAZHAB SYAFI'I MEDIA SOSIAL Mee & Noodles MELAYU Melepaskan MEMAAFKAN MEMBERI MEMORI H MENCARI TUHAN MENDENGAR MENDEWASA Menu Harian MERDEKA METALLICA MH370 MIN AWEL DEKIKA MINDA Minuman MINUMAN MANIS Minyak & Subsidi Misteri & Sejarah MISTERI DUNIA MISTERI KEMANUSIAAN MISTERI LAUT MONETISASI MONOGRAF EKONOMI MONOLOG MONOLOG AYAH TERSAKITI MONOLOG BERDIRI MONOLOG BUAT KAMU MONOLOG DIRI MONOLOG DURIAN MONOLOG FILEM MONOLOG HATI MONOLOG ILMU MONOLOG JIWA MONOLOG JIWA KHAS MONOLOG KEHIDUPAN MONOLOG KHAMIS MONOLOG KHAS MONOLOG KHAS JUMAAT MONOLOG KHAS KHAMIS MONOLOG LELAKI MONOLOG MALAM SAKIT Monolog Perempuan MONOLOG RASA MONOLOG REALITI MONOLOG SAHABAT MONOLOG SENI MONOLOG SEORANG AKU MONOLOG SEPI MONOLOG SUNYI MoONOLOG JIWA MOTIVASI Motivasi & Kehidupan MOTIVASI DIRI MOTIVASI HATI MOTIVASI HIDUP Motivasi Islam MOTIVASI JIWA MOTIVASI JiwYa Motivasi Kehidupan MOTORSIKAL MPV MSSM MUDAH MUDAH DAH SEDAP MUDAH TAPI PERLU TAHU MUHASABAH MUKJIZAT RASULULLAH MUNAJAT JIWA MUZIK MUZIK JIWA MUZIK MALAYSIA MYONIT NABI NABI MUHAMMAD SAW NABI NUH AS NAIM DANIEL NAMA DALAM DOA Naqshbandi NARATIF AMAZON Nasi Beringin Nasihat NASIHAT AL-QURAN NASIHAT AYAH NASIHAT DAN PANDUAN NASIHAT JIWA NASIHAT KEHIDUPAN NASYID NEGARA NEWBOYZ Nikmat & Syukur NILAI & IMAN NILAI DAN AMANAH NILAI DAN PRINSIP NILAI DIRI NILAI HIDUP NILAI INSAN NILAI JIWA Nilai Kehidupan NILAI KEMANUSIAAN NOSTALGIA Nostalgia Malaysia Nostalgia SPM NOTA JIWA NOTA RINGKAS NOTA UNTUK JIWA NSS NURKILAN NUSANTARA NUZUL AL-QURAN Odda OLAHRAGA Overthinking PAGEVIEWS Pagi & Harapan PAGI YANG LEMBUT PAKMAN IKAN BAKAR PALESTINE PANDUAN PANDUAN BLOG PANDUAN HARIAN PANDUAN HIDUP PANDUAN IBADAH PANDUAN KEWANGAN PANDUAN PELAJAR Panic Attack PANTUN PARENTING Pasar Pagi PASEMBOR PBB Pejuang PEJUANG DIRI PEJUANG KANSER PEJUANG SENYAP PEJUANG SUNYI PEJUANGAN DALAM SENYAP Pekerja PEKERJA BARISAN HADAPAN PEKERJA KESELAMATAN PEKERJA LAPANGAM PEKERJAAN PELABURAN Pelajar Cemerlang PELINDUNG DIRI PEMBELAJARAN PEMBENTUKAN NEGARA PEMERIKSAAN KESIHATAN PEMIKIRAN PEMULIHAN DIRI PEMULIHAN JIWA Penafian PENCARIAN DIRI PENCUCI MULUT Pendam PENDEKAR PENDIDIKAN PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Kedah PENDIDIKAN KEHIDUPAN PENDIDIKAN PROFESIONAL PENEMUAN PENGAWAL PENGAWAL KESELAMATAN PENGETAHUAN PENGETAHUAN AM PENGETAHUAN JIWA PENGETAHUAN NEGARA PENGETAHUAN UMAMI PENGETAHUAN UMUM PENGHARAPAN Penghargaan PENGKHIANATAN PENGORBANAN PENGORBANAN DAN KESABARAN PENGORBANAN DIAM PENGORBANAN TANPA SUARA PENGURUSAN KONFLIK PENGURUSAN MASA PENGURUSAN TEMPAT KERJA PENJAGAAN DIRI PENULIS GEOPOLITIK PENULISAN PENULISAN JIWA Penutup Jiwa PENUTUP TAHUN Penyakit Haiwan Penyelenggaraan Penyelidikan Laut PERALATAN Perang Persepsi PERAPAN DAN SALUTAN PERASAAN PERASAANKU PERBANDINGAN PERBANKAN ONLINE Perbelanjaan Harian PERGAULAN PERHAMBAAN PERHATIAN PERHUBUNGAN PERINGATAN PERINGATAN AL-QUR'AN PERINGATAN COD PERINGATAN HATI PERINGATAN LEMBUT PERJALANAN HIDUP PERJALANAN JIWA Perjalanan Sembuh PERJUANGAN PERJUANGAN DALAM SENYAP PERKAHWINAN PERKERJAAN DAN KEMANUSIAAN PERLINDUNGAN DIRI PERLINDUNGAN PENGGUNA PERMAKANAN PERMAKANAN SIHAT Perpaduan PERPISAHAN PERSAHABATAN Persediaan Raya PERSEKITARAN KERJA PESAKIT JANTUNG PESAN TERSIRAT PESANAN AYAH PESANAN TERAKHIR PESAWAH PETIKAN JIWA PETUA PETUA HIDUP PETUAORANG LAMA PIALA DUNIA PIGPEN PILIHAN PILIHAN PEMBACA Pilihan Pembaca Pinggan Yang Tak Pernah Kosong PLASTIK POGUM VAZHIYELLAM POLISIA Popular POPULAR POST PRODUKTIVITI DAN DISIPLIN PROFESIONALISME PROFILE ARTIS PROGRAM PILIHAN PROMOSI PSIKOLOGI PUISI PUISI JIWA PUISI LAGU PUISI MOTOSIKAL PUITIS HATI PUJUK JIWA PULAU MARAJO PULAU PINANG PULAU UNIK PUNCH PUSPAKOM PUTARAN BUMI PUTERA BOBO Putra Qadejah El Zahra QIFARAH QR QS2026 QUOTE QYIAM Rafeah Buang Rahmat RAHSIA MASAKAN RAHSIA WAKTU TIDUR RAKYAT PEKA RAMADAN RAMADAN & JIWA RAMADHAN RAMLY BURGER Ranking Sekolah RANKING UNIVERSITI Ranking universiti Malaysia RASA RASA DAN CERITA RATCHAGAN RAYA Raya 2026 Raya Kira Jadi RBA RE Real Malaysia REALITI DI SEBALIK SERAGAM REALITI HIDUP Realiti Kerja Realiti Pekerja Realiti Rakyat REALITI TV REDA REDHA REFLEKSI REFLEKSI 30AN REFLEKSI ALAM REFLEKSI DAN PSIKOLOGI REFLEKSI DIRI Refleksi Dunia Refleksi Harian REFLEKSI HATI REFLEKSI HIDUP REFLEKSI HUJAN REFLEKSI IMAN REFLEKSI ISLAM REFLEKSI JIWA REFLEKSI KEHIDUPAN REFLEKSI KEMANUSIAAN Refleksi Kerja REFLEKSI KESIHATAN REFLEKSI MASA DAN KESEIMBANGAN Refleksi Masa Depan REFLEKSI NUSANTARA REFLEKSI PERIBADI Refleksi Ramadan REFLEKSI SEJARAH REFLEKSI SEMASA REFLEKSI TUBUH REFLEKSI WAKTU REFLEKTIF REHAT REHAT & PEMULIHAN REHAT ITU PERLU REHAT JIWA RELATED POSTS REMEMBER ZARA RENUNGAN RENUNGAN AKHIRAT RENUNGAN DIRI RENUNGAN HATI RENUNGAN HIDUP RENUNGAN JIWA RENUNGAN PAGI Repvblik RESEPI RESEPI JIWA RESEPI MUDAH RESEPI TRADISIONAL RESEPI: MASAKAN RESOLUSI REVIEW BLOG Review Telefon REZEKI REZEKI & SYUKUR Rezeki & TAKDIR REZEKI BERKAT REZEKI DAN SYUKUR REZEKI DAN TAKDIR RINDU RINDU AYAH Rindu Yang Pergi RINGGIT RISALAH CINTA RON95 RUJUKAN AGAMA RUJUKAN BLOG MALAYSIA Rukyah Hisab RUMAH TANGGA Ryenald Guntabid S. Jibeng Sabar SABTU SAFETY SAHABAT SAHABAT ITU SAHABAT NABI SAHABAT PENA SAHABAT TERBAIK SAHUR SAINS SAINS & JIWA SAINS & REFLEKSI SAINS ANGKASA SAINS DAN JIWA SAINS DAN KEHIDUPAN SAINS DAN REFLEKSI Sains Itu Keren SAINS RINGKAS SAJIAN HATI SAKIT HANYA KITA RASA SAKIT INI SAKIT ITU NYATA SAKIT YANG TAK DIFAHAMI SALAM JUMAAT SALAM KHAMIS SALAM YANG SEMAKIN JAUH Salawat Asyghil Sam Lim SAMBAL SAMBAL BERLADO SAMPAI AKHIR SANISAH HURI SANTAI JIWA Sastera Gelap Sastera Nusantara Satu Hari Di Hari Raya SCAMMER SCROLL BOX DI POSTINGAN BLOG SECURITY OFFICIAL DAY SEGMEN SegmenBloglist SEJADAH RINDU SEJARAH SEJARAH ASEAN SEJARAH BAHASA SEJARAH DIGITAL SEJARAH DUNIA SEJARAH EKONOMI Sejarah Filem Melayu SEJARAH GELAP SEJARAH ISLAM SEJARAH JENAMA SEJARAH KEDAH SEJARAH MALAYSIA SEJARAH MANUSIA SEJARAH NABI SEJARAH NEGARA Sejarah Politik Malaysia SEJARAH RM5 SEJARAH WEB SEKOLAH Sekolah Terbaik Kedah SELAMAT HARI RAYA SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN Selawat SELERA KITA Self Healing SELF REMINDER SELF-CARE Seloka Hari Raya - Hail Amir dan Uji Rashid SEMANGAT DAN PERJUANGAN SEMBUNYI LUKA SENARAI BLOG SENARAI LIRIK LAGU SENDIRI SENI Seni & Budaya SENI & EMOSI SENI MODEN SENYUM DALAM TANGIS SENYUMAN SEO SEO Blog SEORANG AKU SEPERTI DULU SERAM SERAM DAN MISTERI SERANGAN SIAM 1821 SERBA SALAH TAPI IKHLAS SERINGGIT Servis Motor Servis Motosikal SETIA SETIA TANPA RASA SETIAP JIWA PUNYA CERITA SETIAP SUNYI PUNYA SUARA SHAOLIN BOY SHIPPING POST SIDRATUL MUNTAHA SIGNAL AI SIKAP MANUSIA SILENT STRUGGLE SIMBOLIK RM5 SINDIRAN HALUS SINDIRAN MANJA SINOPSIS SIRAH NABAWIYYAH SIRAH NABI SIRI 365 HARI SIRI KHAS SISTEM IMUN SITEMAP SITI NORDIANA SKYECHIP SMK KUBUR PANJANG SOKONGAN EMOSI SOKONGAN JIWA SOLAT Solidarity Movements SOP SOP RADIO SOSIAL SOUNDTRACK TAMIL SPANAR Spiritual SPM SPM 2025 SST ST12 STATISTIK Statistik Bahasa Dunia STATISTIK BLOG STATISTIK SUKA STEVEN PASARIBU STOP BULLYING STPM2024 Stress & Tekanan STROK Strok Haba SUAMI Suami Isteri SUARA DALAM DIAM SUARA DALAM MARAH SUARA DARI DALAM SUARA DARI HATI SUARA DARI KOMUNITI SUARA DARI PAGAR SUARA HATI SUARA INI TAKKAN MATI SUARA YANG DIAM Suasana Di Hari Raya Sudirman SUDIRMAN HJ ARSHAD Sufi SUKA BAJO SUKAN SUKAN DAN SEMANGAT SUKAN SEKOLAH SUMBANGAN TUNAIRAHMAH SUMBER SUMBER / PERKONGSIAN / LAIN-LAIN SUMBER DAN RUJUKAN SUMBER RASMI Sunni SUNYI Sunyi Yang Menyembuhkan SURAH AL-KAHFI SURAH FAATHIR SURAH MARYAM SURAT MALAM SYAABAN MENUJU SYAWAL SYAM (OKU) Syawal Syeriena Marcella SYUKUR SYUKURI HARI INI TADABBUR Tadabbur Al-Quran TAFSIR RINGKAS TAFSIRAN Tag Berantai TAHIYAT AKHIR Takdir & Hikmah Takdir & Redha TAKDIR DAN REDA TAKWIM HIJRI Takwim Islam TALK TO MY MANAGER TAMIL CLASSIC TANAH TANAH AIR DAN JIWA Tanda Amaran Tanda Kebesaran Allah TANGGUNGJAWAB TANGISAN TAPI DOAKU TETAP DEKAT TARDIGRADE Taubat TAUBAT DAN KEINSAFAN TAUHID TAZKIRAH Tazkirah Hati TB TB Paru-Paru TEGURAN DENGAN KASIH TEKNOLOGI Teknologi & Penerbangan TEKNOLOGI WEB TELEFILEM Telefon Pintar Bajet Telefon Rugged TEMPAT KERJA TEMPLATE Tenaga TENANG TENANG DALAM DIAM TENANG DALAM HIDUP TENTANG BERTAHAN TENTANG BLOG Tentang Blog Ini Tentang Cinta TENTANG HATI TENTANG Hidup Tentang Manusia TENTANG MEMAAFKAN TENTANG MENYENDIRI TENTANG PERASAAN Tentang Rasa TENTANG RINDU DAN JARAK Tentang Saya TENTANG YANG KITA SIMPAN DALAM DIAM TERASA ITU URUSAN HATI TERI MERI TERIMA KASIH TERIMA KASIH SAHABAT TERJEMAHAN TERLALU BODOH THE CONJURING WARREN FILES THE KARATE KID THE PATRIOTS THE UNFORGIVEN Thunderclap Headache TIA TIDUR Timeline Negara TINTA MINDA Tinted Kereta TIP HARIAN TIPS TIPS BERGUNA TIPS BLOG TIPS KEHIDUPAN Tips Kereta Tips Kesihatan. TIPS KEWANGAN Tips Membeli Telefon TIPS PERBANKAN TIPS RUMAH TOKOH TOKOH DAN LAGENDA Tokoh Dunia TOKOH DUNIA ISLAM TOKOH ISLAM Tokoh Negara Tokoh Seni TOOL TOXIC Traffic Blog TRAVEL TRENDING MALAYSIA Tuberkulosis TUBUH DAN JIWA TUDUHAN DAN FITNAH TUHAN TAK PERNAH PERGI TULISAN HATI TULISAN REFLEKTIF TUMBBAD Tunaikan Saja Hari Raya Tung Tung Raya TUPAI KING TUTORIAL TV9 UBAT UCAPAN HARI LAHIR UCAPAN JIWA UCAPAN PAGI UJIAN HIDUP UKHUWAH DAN PERSAUDARAAN Ulangtahun ULASAN ULASAN RINGKAS Umrah UN UNDANG-UNDANG Undang-Undang Jalan Raya UNDANG-UNDANG MALAYSIA UNTUK ADIK UNTUK AYAH UNTUK AYAHANDA TERCINTA UNTUK DIRI SENDIRI UNTUK HARI SUSAH UNTUK HATI Untuk Hati Yang Penat UNTUK HATI YANG SEDANG UNTUK HATI YANG SEDANG BERTAHAN Untuk Hati Yang Sedang Hilang Makna Untuk Hati Yang Sedang Mencari UNTUK HATI YANG SEDANG PENAT TAPI DIAM UNTUK HATI YANG SEDANG SAKIT UNTUK HATI YANG SEDIH UNTUK HATI YANG SUNYI UNTUK HATI YANG TAK BANYAK BERSUARA UNTUK HATI YANG TAK KUAT TAPI MASIH ADA Untuk Hati Yang Tak Pernah Minta Menjadi Kuat UNTUK JIWA YANG PENAT UNTUK JIWA YANG TIDAK BANYAK BERSUARA UNTUK YANG MENCARI UNTUK YANG SEDANG SAKIT UNTUK YANG SELALU DITAHAN UPGRADE KESEDARAN DIRI URAT SARAF Usop UUM Vario 160 Veterinar Viral Malaysia WADAH WAKTU SOLAT WANGIAN DAN HARUMAN WANITA & PERANG WANITA DALAM ISLAM WANY HASRITA WARKAH JIWA WARTAWAN DAN PERANG WIDGET WISATA WITIR WONDER PETS WORDLESS WEDNESDAY WORKPLACE SAFETY WORLD CUP 2026 WORLD PARA ATHLETICS CHAMPIONSHIPS YAKJUJ MAKJUJ YAMAN YANG SEDANG HILANG DIRI Yonnyboii YOUTUBE YOUTUBER MALAYSIA YVES KLEIN ZIANA ZAIN ZIKIR Zikir Senyap Zikir Sunyi Zon Waktu ZYNAKAL