Pages

Disember 28, 2021

Fungsi “Check-Out” dalam MySejahtera dipadam, digantikan dengan MySejahtera Trace

Aplikasi pengesanan penularan wabak COVID-19 di Malaysia, MySejahtera, bakal menawarkan kemas kini baharu yang akan memperkenalkan fungsi MySejahtera Trace (MySJ Trace). Fungsi tersebut menggunakan hubungan Bluetooth dan membenarkan penjejakan kontak (contact tracing) yang lebih mudah untuk mengesan individu positif COVID-19.




Selain itu, MySJ Trace juga akan menggantikan fungsi Daftar Keluar (Check-Out) sewaktu pengguna ingin keluar daripada premis. MySJ Trace akan memberi maklumat tentang interaksi dengan pengguna lain secara langsung (live).

Dalam sebuah ciapan, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengatakan bahawa kemas kini tersebut telah pun dihantar ke platform Google, Apple dan HUAWEI, namun sewaktu artikel ini ditulis, Apple dan Google masih belum menawarkan kemas kini tersebut kepada orang awam.

Sementara itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjelaskan bahawa MySJ Trace dibangunkan bagi memenuhi keperluan program Find, Trace, Test, Isolate and Support (FTTIS) untuk mengawal penularan COVID-19. Jika seseorang itu disahkan positif COVID-19, notifikasi akan diberikan melalui MySejahtera bagi mendapatkan kebenaran untuk berkongsi maklumat kontak rapat yang dikesan.

Perlu diingati bahawa ini tidak bermakna MySejahtera mempunyai kebenaran untuk mengumpul data peribadi pengguna. MySJ Trace berfungsi dengan nombor ID unik Anonymized Unique User ID (UUID) dan tidak mengumpul sebaran data peribadi atau geo-lokasi.

Selain itu, data yang boleh diakses oleh Kementerian Kesihatan dalam MySJ Trace hanya disimpan dalam peranti selama 14 hari.

Kongsi pendapat anda tentang fungsi baharu MySejahtera ini dalam Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.




1 comments:

SalbiahM berkata...

jarang on bluetooth sebenarnya. jimat bateri handphone dan takut entah sapa-saa request pair, 'ter' accept pulak. takpelah kita tengok je dulu

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!