Pages

Disember 19, 2021

Amalan calon ahli syurga

Amalan calon ahli syurga 




Diriwayatkan dari Anas bin Malik dia berkata, “Ketika kami duduk-duduk bersama Rasulullah s.a.w, tiba-tiba baginda bersabda, ‘Sebentar lagi akan datang seorang lelaki penghuni Syurga.’ Kemudian seorang lelaki dari Ansar melintas di hadapan mereka sementara bekas air wudhu' masih membasahi janggutnya, sedangkan tangan kirinya memegang sandal.

Esok harinya Nabi s.a.w bersabda lagi, ‘Akan lalu di hadapan kamu seorang lelaki penghuni Syurga.’ Kemudian muncul lelaki semalam dengan keadaan sama seperti hari sebelumnya.

Keesokan harinya Rasulullah s.a.w bersabda lagi, ‘Akan lalu di hadapan kamu seorang lelaki penghuni Syurga!!’ Tidak berapa lama kemudian orang itu masuk sebagaimana keadaan sebelumnya; kesan air wudhu' masih memenuhi janggutnya, sedangkan tangan kirinya memegang sandal.

Setelah itu Rasulullah bangun dari tempat duduknya. Sementara Abdullah bin Amr bin Ash mengikuti lelaki tersebut, lalu dia berkata kepada lelaki tersebut, ‘Aku sedang punya masalah dengan orang tuaku, aku berjanji tidak akan pulang ke rumah selama tiga hari. Jika engkau mengizinkan, aku ingin menginap di rumahmu untuk memenuhi sumpahku itu.’

Dia menjawab, ‘Silakan!’

Anas berkata bahawa Amr bin Ash setelah menginap tiga hari tiga malam di rumah lelaki tersebut tidak pernah mendapatinya sedang qiamullail, hanya saja tiap kali terjaga dari tidurnya ia membaca zikir dan takbir hingga menjelang subuh. Kemudian mengambil air wudhu'.

Abdullah juga mengatakan, ‘Saya tidak mendengar ia berbicara, kecuali yang baik.’

Setelah menginap tiga malam, ketika hampir saja Abdullah menganggap remeh amalnya, dia berkata, ‘Wahai hamba Allah, sesungguhnya aku tidak sedang bermasalah dengan orang tuaku, hanya saja aku mendengar Rasulullah selama tiga hari berturut-turut di dalam satu majlis beliau bersabda, ‘Akan lalu di hadapan kamu seorang lelaki penghuni Syurga.’ Selesai baginda bersabda, ternyata yang muncul tiga kali berturut-turut adalah engkau.

Sahaja saya ingin menginap di rumahmu ini, untuk mengetahui amalan apa yang engkau lakukan, sehingga aku dapat mengikuti amalanmu. Sejujurnya aku tidak melihatmu mengerjakan amalan yang berpahala besar. Sebenarnya amalan apakah yang engkau kerjakan sehingga Rasulullah berkata demikian?’

Kemudian lelaki Ansar itu menjawab, ‘Sebagaimana yang kamu lihat, aku tidak mengerjakan amalan apa-apa, hanya saja aku tidak pernah mempunyai rasa iri kepada sesama muslim atau hasad terhadap kenikmatan yang diberikan Allah kepadanya.’

Abdullah bin Amr berkata, ‘Rupanya itulah yang menyebabkan kamu mencapai darjat itu, sebuah amalan yang kami tidak mampu melakukannya’.”

Sumber: Az-Zuhdu, Ibnul Mubarak, hal. 220 (alsofwah.or.id) Artikel www.KisahMuslim. com

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!