Aisy dan Danial berkawan sejak mereka tinggal di kampung lagi sementara Aisy dan Sofea pula telah menjadi kawan baik di kolej. Danial amat meminati Sofea sehingga dia sanggup membuat apa-apa sahaja yang Sofea inginkan, walaubagaimanapun Danial bukanlah ciri lelaki yang dicari Sofea. Sementara itu, Sofea cuba memenangi hati Harris dengan bantuan ibu Harris, Puan Sri Nora. Danial yang cemburu mengambil keputusan untuk menculik Sofea. Namun sebaliknya, Aisy yang diculik. Aisy berjaya melepas diri dan terserempak dengan Ryan meminta pertolongan.
Hubungan Ryan dan Aisy menjadi lebih rapat selepas insiden tersebut dan Ryan telah melamar Aisy untuk menjadi tunangnya. Sofea mula cemburu dengan hubungan mereka berdua. Dia menganggap bahawa dirinya lebih bagus daripada Aisy selama ini. Pada suatu hari, Aisy telah mendapat berita bahawa tunangnya itu telah ditangkap khalwat dengan Sofea, Aisy tergamam.
Hati Aisy hancur berkecai. Harris telah memutuskan pertunangannya dengan Sofia. Aisy juga membuat keputusan yang sama. Hajah Mariam amat bimbang dengan emosi Aisy dan memaklumkan bahawa cucunya Harris akan dikahwinkan dengan Aisy.
Kisah percintaan antara Rahadatul Aisy (Farah Nabilah) dan Umayr Harris (Zul Ariffin). Aisy pulang ke tanah air setelah empat tahun berada di kota London. Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Harris. Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu. Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sofea (Tisha Shamsir), dan ingin menebus segala kesalahannya.
Aisy yang menyangkakan dirinya sudah dicerai, terkejut dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran, kini sangat penyayang. Harris sabar dengan karenah dan sikap Aisy terhadapnya. Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati isterinya yang telah dilukai. Pelbagai perkara telah dilakukan oleh Harris untuk melembutkan hati isterinya itu.
Lama-kelamaan, hubungan antara Harris dan Aisy bertambah pulih. Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu. Dia menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi. Namun, apa yang tidak diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris sebenarnya masih belum hilang.
Tatkala saat bahagia muncul kembali, dugaan baru melanda rumahtangga pasangan ini sekali lagi. Kemunculan Rayyan (Daler Yusuf) iaitu bekas tunang Aisy yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea, mengubah kembali perangai Harris kepada asal. Sifat cemburunya juga semakin menjadi-jadi. Sofea pula berdendam dengan Aisy kerana mengahwini bekas tunangnya iaitu Harris. Dia ingin memporak-perandakan rumahtangga Aisy dan Harris agar mereka berdua bercerai.
Adakah kebahagiaan akan menjadi milik Aisy dan Harris? Mampukah titian cinta antara dua insan yang hampir retak ini boleh dicantum semula? - MYINFOTYPE
GAMBAR PELAKON
JUDUL : TITIAN CINTA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 September 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Farhana Fauri
PENULIS NOVEL : Ridhya Iman
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Shah Jaszle, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Feiyna Taj, Arash Mohd, Rais Ismail, Dibi Halim, Kamal Ibrahim, Razali Ghani, Faha, Alexandra
WATAK PELAKON
Zul Ariffin sebagai Umayr Harris
Farah Nabilah sebagai Rahadatul Aisy
Tisha Shamsir sebagai Sofea
Daler Yusuf sebagai Ryan
Shah Jaszle sebagai Danial
Dian P. Ramlee sebagai Hajah Mariah
Marisa Yasmin sebagai Puan Sri Nora
Arash Mohd sebagai Tan Sri Hakim
Kuza sebagai Hajah Mariam
Rahim Jailani sebagai Haji Helmi
Dottie sebagai Sakeena
Adam Shadan sebagai Fahmi
Feiyna Taj sebagai Farah
Tonton Online Tukar Tukar Menu Full Episod (Drama)
SINOPSIS TUKAR-TUKAR MENU
Mengisahkan Khatijah atau Cat (Izreen Azminda) terpaksa pulang ke kampung bagi menjaga ibunya Mak Ati (Norlia Ghani) yang diserang angin ahmar.
Di kampung Cat terjumpa semula bekas kekasihnya iaitu Cef Shak (Cef Fikree). Ketika itu masing-masing dengan status janda dan duda anak satu.
Pada mulanya Cef Shak mengelak untuk berjumpa Cat kerana teringatkan peristiwa lama dia ditinggalkan Cat semata-mata memilih lelaki mat salih sebagai calon suami.
Namun, Cat tetap berusaha memujuk dan menambat hati Cef Shak semula.
Dipaparkan juga bagaimana Cat dan Cef Shak setiap hari menyediakan menu berbeza dan diberikan kepada jiran mereka. -myinfotype
JUDUL : TUKAR-TUKAR MENU
EPISOD : 16 episod TARIKH TAYANGAN : 29 Mei2017 (Bulan Ramadhan 1438 / 2017) HARI / MASA : Isnin-Khamis, 12.30 tengah hari SIARAN : TV3 SKRIP : Azlina Din IDEA ASAL : Dato A Aida PENGARAH : Rusdi Ramli TERBITAN : Jutaan Ringgit Sdn Bhd PELAKON : Izreen Azminda, Chef Fikree, Norlia Ghani, Muntazar Ghani, Baby Sofea, Syamim Razi, Zee Zainal, Fiza Halim, Annie Arifin, Ziema Din, Noreen
WATAK PELAKON
Izreen Azminda sebagai Khatijah Fikree Aznan sebagai Shak Muntazar Ghani sebagai Koji Baby Sofea sebagai Nur Ain Syamim Razi sebagai Addin Norlia Ghani sebagai Mak Ati
Tiada tiada lain ku cinta,
Hanya dirimu yang ku puja
Di mana saja pun kau berada
Di sini ku selamanya
Biarpun beribu batu
Aku akan setia menunngu
Biarpun harus ku merindu
Hanya satu i ask for you
Baby baby jangan jangan tinggalkan aku
Baby baby jangan jangan merajuk sangat
Sabar ku tunggu
Sampai kau rindukan ku
Sumpah sakit baby i love you
Hari demi hari beganti
Sentiasa aku di sini
Menunggu saat kau sedari
Aku yg kau cintaiii
Baby baby jangan jangan tinggalkan aku
Baby baby jangan jangan merajuk sangat
Sabar ku tunggu
Sampai kau rindukan ku
Sumpah sakit baby i love you
Baby baby jangan jangan tinggalkan aku
Baby baby jangan jangan merajuk sangat
Sabar ku tunggu
Sampai kau rindukan ku
Sumpah sakit baby i love you
Ku tahu kau mahu
Aku selalu ada dengan dirimu--uuu
Tak perlu ragu ku milik mu
This song is for you
Baby baby jangan jangan tinggalkan aku
Baby baby jangan jangan merajuk sangat
Sabar ku tunggu
Sampai kau rindukan ku
Sumpah sakit baby i love you
Baby baby jangan jangan tinggalkan aku
Baby baby jangan jangan merajuk sangat
Sabar ku tunggu
Sampai kau rindukan ku
Sumpah sakit baby i love you
Kisah kasih sayang antara Hilman Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha, seorang gadis Melayu. Hilman telah jatuh cinta dengan Intan sejak pertama kali ketemu lapan tahun yang lalu di sebuah restoran. Hilman, seorang yang baru mengenali Islam berdoa agar dipertemukan dengan Intan lagi. Mereka bertemu kembali dan mula rapat. Hilman cuba melamar Intan tetapi ditolak kerana Intan belum bersedia.
Tiga tahun kemudian, Intan ketemu dengan Hilman ketika mengendalikan kursus di Kuala Terengganu. Mereka kembali rapat dan merancang untuk berkahwin. Namun tragedi berlaku, Hilman kemalangan lalu hilang ingatan. Munculnya Damien yang tidak ingat akan agama. Intan berusaha untuk mengembalikan ingatan Damien kepada agamanya dan mengembalikan cintanya yang hilang.
Drama adaptasi novel Awak Suka Saya Tak karya Melur Jelita yang akan menghiasi slot MegaDrama di Astro Ria. Membawakan gandingan utama iaitu Alvin Chong dan Emma Maembong. Drama 16 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Raja Ahmad Alauddin. Akan menemui penonton bermula 25 September ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 132.
JUDUL : AWAK SUKA SAYA TAK ?
EPISOD : 16 episod TARIKH TAYANGAN : 25 September 2017 HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam SIARAN : Astro Ria 104 & Ria HD 123 SKRIP : Rozie Rashid & Amka Ahmad PENULIS NOVEL : Melur Jelita PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin TERBITAN : Global Station Sdn Bhd PELAKON : Alvin Chong, Emma Maembong, Sabhi Saddi, Rebecca Nur, Raden Ahmad Faizal, Kael, Fieza Jolie, Aman Aziz, Mustapha Kamal, Susan Manen, Angeline Tan, Joyce Harn, Michelle Tan, Jesse Lim
WATAK PELAKON
Alvin Chong sebagai Hilman Yong Abdullah / Damien Yong Emma Maembong sebagai Puteri Intan Zulaikha Sabhi Saddi sebagai Nazim Rebecca Nur Islam sebagai Salina Raf Yaakob sebagai Danish Kael sebagai Azad Aman Aziz sebagai Yasin Fieza Jolie sebagai Lily Amalina Smith sebagai Shasha Mustapha Kamal sebagai Dato Megat Susan Manen sebagai Datin Sofea
JM BARU BERKESEMPATAN NAK TENGOK TELEMOVIE NUR 3 PAGI SETELAH BEBERAPA HARI DI TAYANGKAN DI TV3 (JUMAAT - 22 SEPTEMBER 2017 / 1 MUHARAM 1439)
LAKONAN AZIRA SHAFINAZ, SYAFIQ KYLE , ABDUL RASHID JAAFAR DAN KAMAL SUMBU. ARAHAN HEYKAL HANIFAH
SINOPSIS NUR 3 PAGI
Nur Jannah telah berkenalan dengan Fariz. Dalam perkenalan itu, mereka mahu mengakhiri dengan ikatan perkahwinan. Namun, diakhirnya, Nur mendapati bahawa Fariz itu adalah saudara susuannya.
Kisah konflik mengenai dua adik beradik yang berlainan bapa. Mereka saling benci membenci di antara satu sama lain dan kebencian semakin membara apabila mereka meningkat dewasa.
JM tak berkesempatan semalam (16 September 2017) TELEMOVIE KAYUHAN KASIH AYAH (tv3)
SINOPSIS KAYUHAN KASIH AYAH
Kisah Yatim, seorang yang lurus bendul, dan menyara hidupnya dengan menjaja cendol menggunakan basikal beroda tiga. Suatu hari, Yatim terlihat perpisahan yang menyayat hati antara Rizqi dengan ibu dan adiknya yang terpaksa dihantar ke sebuah rumah anak-anak yatim. Sejak itu, Yatim mendermakan wang simpanannya dan bekerja dengan lebih keras.
Di sekolah, Rizqi bersahabat dengan Danial yang merupakan anak kepada Iskandar. Danial sering berkongsi makanannya dengan Rizqi. Iskandar melarang perbuatan Danial kerana dia menganggap rezekinya hanya untuk mereka sekeluarga dan bukan untuk orang lain. Namun pada suatu hari, Iskandar bertanyakan Yatim tentang pergorbanannya terhadap anak-anak yatim itu. Bagi Yaim, setiap perkongsian dan pertemuannya dengan anak-anak yatim itu bagaikan puncak kegembiraan dan kebahagiaan hidup mereka. Adakah Iskandar akan insaf?
JUDUL : KAYUHAN KASIH AYAH
TARIKH / MASA : Sabtu, 16 September 2017. 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Jo Sidek
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Aniq Communication Sdn Bhd
PELAKON : Aman Graseka, Azri Iskandar, Balqis Samundur Khan, Rafael El Arash, Firdaus Ghufran, Ieka Zulkifli, Liza Othman, Azza Elite, Roslan Salleh, Putri Luvna Wilma, Mohd Natshah Ismail
Husin telah menggunakan ilmu hitam iaitu dengan memuja 'Anak Kerak' demi untuk mendapatkan kekebalan, kesenangan dan kemewahan hidup di dunia. Kuasa ilmu anak kerak sememangnya tiada tandingan. Ia menjadi kuat, tangkas dan kebal. Sudah pastinya pengamal akan berdepan dengan tragedi dan dendam dari yang hidup mahupun yang mati. -mm