Cara baca Al-Fatihah dengan betul
Baca Al-Fatihah secara Wakaf
Kaedah membaca al-Fatihah dalam solat yang ditekankan oleh Ustaz Don adalah bacaan secara ‘wakaf’. Apabila kita hendak membaca, kita ambil nafas dan kita terus membacanya. Setiap bacaan ayat dalam surah al-Fatihah apabila wakaf (berhenti), ayat seterusnya kena sambung dengan nafas yang baru.
Mengikut sunnah Rasulullah SAW, ketika membaca al-Fatihah dalam solat kalau kena wakafkan bacaan, kena wakafkan. Setiap kali nak masuk ayat baru, tarik nafas. Maksudnya, ayat surah al-Fatihah baca satu per satu. Pastikan sebutan betul, makhraj huruf betul dan mematuhi setiap hukum tajwid termasuk panjang pendek bacaan. Jika hukum-hukum ini tidak dipatuhi, solat boleh menjadi tidak sah.
Bila kita baca ayat surah al-Fatihah dan berhenti dihujung ayat, dan disambung ayat seterusnya dengan nafas yang sama, ianya adalah satu kesalahan dalam membaca Al-Quran. Oleh sebab itulah solat yang dikerjakan menjadi tidak sah.
Cara Baca Surah Al-Fatihah
- (Ambil nafas) dan baca “Bismillaahirrahmaanirrahiiiiiimm“, kemudian wakaf/berhenti. (baki nafas dibuang)
- (Ambil nafas baru) dan baca “Alhamdulillaahi rabbil ‘aalamiiiiiin“, kemudian wakaf. (baki nafas dibuang)
- (Ambil nafas baru) dan baca “Arrahmaanirrahiiiiiimm“, kemudian wakaf. (baki nafas dibuang)
- (Ambil nafas baru) dan baca “Maalikiyau middhiiiiiinn“, kemudian wakaf. (baki nafas dibuang)
- (Ambil nafas baru) dan baca “Iyyaakana’budu wa iyyaakanasta’iiiiiinn“, kemudian wakaf. (baki nafas dibuang)
- (Ambil nafas baru) dan baca “Ihdinaosirataol mustaqiiiiiimm“, kemudian wakaf. (baki nafas dibuang)
- (Ambil nafas baru) dan baca “Siratoallazi na an’amta’alaihim ghoiril maghduu bi’alaihim walaodhoaaaaalliiiiiinn“, kemudian wakaf. (baki nafas dibuang)
Insyaallah dengan hidayah daripada Allah mampu memadam dosa-dosa kita. Amin.
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.