2. Ketika pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan sedikit air. Lepas itu, baru pukul telur tu sampai kembang.
3. Sebelum goreng, tunggu sampai minyak betul-betul panas baru masukkan telur.
4. Tambah satu sudu besar mayonis dalam bancuhan telur dadar, lepas itu pukul sampai sebati dan kembang.
5. Lepas anda dah siap pukul telur sampai kembang, tapiskan sebab nak tapis buih-buih minyak yang ada pada telur. Dah siap, barulah kita masukkan bahan-bahan lain.
6. Sewaktu nak tuang pun ada caranya tau! Caranya adalah, tuang telur dari jarak yang agak tinggi. Jangan lupa kecilkan api dahulu dan tunggu telur sampai masak sebelum terbalikkan.
7. Tambahkan air perahan limau nipis semasa mengacau telur. Lepas itu, pukul hingga rata dan sebati.
8. Lagi satu, masa nak pukul telur itu, tambahkan sedikit serbuk penaik ke dalam bancuhan tersebut. Kemudian, pukul sampai sebati. Cara ni dikatakan akan menjadikan telur dadar lebih sedap.
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!