Gout kini bukan sahaja bergelar pemegang rekod kebangsaan Australia bagi acara 200m, malah beliau kini berada di tempat kedua dalam senarai sepanjang zaman untuk atlet terpantas bawah 18 tahun.
Ini sekaligus mengatasi rekod Usain Bolt pada tahun 2003 dengan catatan 20.13 saat bagi pelari bawah 18 tahun dan kini hanya Erriyon Knighton yang berada di hadapan beliau sebagai pemegang rekod.
“Saya tidak menjangka ia akan berlaku secepat ini. Saya telah mengejar rekod itu, tetapi saya fikir ianya hanya akan tercapai tahun hadapan atau tahun selepas itu,” ucap Gout menurut laporan Punchng.

0 Ulasan