Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-64 #MalaysiaPrihatin



“Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan”. 
-Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj – Perdana Menteri Malaysia Pertama-

Tarikh keramat 31 Ogos pasti diraikan di seluruh negara sebagai sambutan ulang tahun bermulanya negara beransur bebas daripada cengkaman penjajah. 

Tahun 2021 pastinya melakarkan satu sejarah buat negara apabila kita semua berhadapan dengan ancaman wabak Covid-19 untuk tahun yang kedua. Pun begitu kita telah buktikan yang kita mampu mendepani wabak ini dengan jayanya kerana sikap perpaduan dan saling bekerjasama di kalangan rakyat Malaysia. 

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-64 buat negaraku Malaysia tercinta. Semoga negara kita segera bebas dari wabak Covid-19

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan
#MalaysiaPrihatin

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

3 ulasan:

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”