November 15, 2018

Perniagaan Dengan Harta Khadijah Dan Perkahwinan Baginda

Perniagaan Dengan Harta Khadijah Dan Perkahwinan Baginda

Berdasarkan apa yang diceritakan oleh Ibnu Athir dan Ibnu Hisyam bahawa Khadijah r.a. ialah seorang saudagar yang mahsyur dan terkenal dengan kemuliaan budi dan kekayaan hartanya. Ramai orang Arab yang meminjam sebahagian harta Khadijah untuk dijadikan modal perniagaan mereka.

Khadijah mendengar perihal Nabi Muhammad yang mulia peribadi dan mempunyai akhlaq yang terpuji. Khadijah pun mempelawakan kepada baginda untuk menjalankan usaha perniagaan dengan hartanya dan sanggup juga untuk memberi keuntungan yang lebih dari yang pernah diberikan kepada orang lain. 'Maisarah', budak suruhan Siti khadijah menbantu dan mengiringi baginda dalam perniagaannya.

Baginda menerima tawaran itu dengan rela hati. Baginda bersama Maisarah berdagang ke negeri Syam. Baginda mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda dalam perniagaannya. Bila baginda kembali bertemu Khadijah, baginda menyerahkan apa yang perlu dan patut diserahkan dengan penuh amanah.

Maisarah melihat sendiri budi pekerti nabi dan tertawan dengannya, lalu menceritakan segala-galanya kepada Khadijah. Khadijah turut tertawan dengan peribadi dan keamanahan baginda, serta keuntungan yang berlebihan kerana keberkatan baginda.

Melalui perantaraan Nafisah binti Manbah, Khadijah telah melamar baginda untuk dijadikan teman hidupnya yang halal. Tawaran tersebut disambut baik oleh baginda, dan baginda pun segera memberitahu hasrat hatinya kepada bapa-bapa saudaranya dan mereka terus melamar Khadijah melalui bapa saudaranya Amru bin Asad. Perkahwinan pun dilangsungkan dengan selamatnya. Sewaktu itu, Rasulullah berumur25 tahun, manakal Khadijah berumur 40 tahun.

PENGAJARAN DAN RENUNGAN

Perniagaan nabi dengan harta Khadijah merupakan kelangsungan siri perjuangan nabi untuk menghadapi cabaran hidup yang dulunya dimulakan dengan menternak kambing.

Perkahwinan dengan Khadijah menunjukkan bahawa Rasulullah tidak memberatkan soal kepuasan hawa nafsu semata seperti pemuda-pemuda lain waktu itu. Kalau tak, pasti nabi juga memilih wanita-wanita yang muda. Perkahwinan mereka semata-mata kerana kejujuran dan kemuliaan budi Khadijah sehingga Khadijah digelar "Wanita Suci" di masa jahiliyyah itu.


Kredit 

Sumber 

2 ulasan:

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut